Thursday, January 31, 2013

SEOUL - SUMMARY

Bila dah balik Msia, Kak Kiah review la balik plan itinerary Kak Kiah dengan yang actual nye. 
 Ada few places Kak Kiah tak dapat pergi –

  1. Bukchon Hanok Village (just dapat cover 3 spots) – shud be pegi masa 1st day tapi sebab masa terbuang banyak sesat cari Raon Guesthouse.
  2. Dongdaemun Market – sebab ingatkan Cheonggyecheon Stream tu pendek je and boleh jalan kaki dari Cheonggye Plaza, rupanya jauh! N masa ni tak sure Dongdaemun bukak sampai kul berapa (masa 1st day tatau wifi free susah nak dapat kat tengah2 bandar Seoul so susah nak check kat internet).
  3. KTO – lalu pun masa susur Cheonggyecheon Stream dah gelap. Sama jugak tak sure KTO bukak sampai kul berapa. I thought sampai kul 5pm.
  4. Insadong – tak jumpa tempat ni. Bila cek2 balik rupanya dekat je ngan Raon Guesthouse and sepatutnya boleh cover on my 1st day.
  5. Petite France & Garden of Morning Calm – salah naik train so sampai Nami lambat. By the time setel cover Nami, dah nak gelap.
  6. Four Seasons House – email tak berbalas so Kak Kiah tak sure nak pegi ke tak.
  7. Yonsei University – tak cukup masa. Namsangol Hanok Village shud be masuk Day 2 tapi sebab sakit kaki terpaksa masukkan dalam Day 4. So Yonsei terpaksa dikuarkan dari list.
  8. KBS, MBC, 63 Building – tak cukup masa sebab soping sakan kat Namdaemun & Myeongdong. I shud keep barang2 dalam storage locker instead dari buang masa balik ke Guesthouse.
  9. Korean Folk Village & Hwaseong Fortress – terpaksa kuarkan dari list sebab masukkan Namdaemun Day 6 instead of Day 4.
Kesimpulannya untuk sehari cuma boleh pegi 2-3 tempat max. Selain dari timing autumn yang cepat gelap, masa dalam subway patut kena kira. Kalo salah train or sesat je, mungkin ada tempat yang kena cross out dari list. Unless u’re willing to spend kejap je masa kat satu tempat tu. For me rasa rugi lak nak datang kejap2 sebab kita bayar kan. Kak Kiah rasa most tempat Kak Kiah akan spend masa 3 jam sebab seriously kebanyakan tempat2 ni besaaaaaar sangat. Lagi satu kelemahan trip Kak Kiah ni ialah Kak Kiah kuar lambat. Biasa kul 9-10am baru hegeh2 nak kuar guesthouse. If Kak Kiah kuar awal, maybe dapat lebih tempat untuk pegi. Another problem besar ialah sakit kaki sampai pergerakan pun jadi slow. So to those yang nak ke Seoul, make sure exercise kaki banyak2 before pergi esp naik turun tangga. Kak Kiah masa kat sana tu sampai tahap jalan berdengkot2 dah sebenarnya. 

Dari segi perbelanjaan, tolak duit yang lebur sebab miss flight tu (sob sob), basically perbelanjaan sebenar tak jauh beza dari apa yang Kak Kiah bajet.
Budget Cuti-cuti Seoul
Kira total lebur = KRW492,000 (~RM1,500) tak termasuk duit soping/souvenir. Ok la kan considering Kak Kiah pegi 7 hari n ada amek DMZ, pegi Nami, Everland & Hangang River Cruise. Plus makan pun sedap je sampai lauk bekal pun boleh bawak balik Msia semula huhu. N of coz sebab Kak Kiah solo travel kan, dari segi kos tak dapat nak sharing2.

Dari segi must try/must see – alhamdulillah dapat semuanya – hanbok wearing, maple trees, honey candy, uyu banana, teobokki, kimchi, makan kat murree, ikan bakar Dongdaemun & solat di Seoul Central Mosque. InsyaAllah next trip to Jeju in March 2013, Kinabalu May 2013 & Melbourne Nov 2013, segala plan Kak Kiah dapat buat dengan lebih baik n teratur.

Alhamdulillah setel dah sume posts berkenaan percutian Kak Kiah yang pertama secara solo ke Seoul. Hopefully apa yang Kak Kiah tulis kat blog ni dapat membantu pada mereka2 yang mencari maklumat dan menanam cita2 untuk ke Seoul.

Till then, kamsahamnidaaa!! 

SEOUL - DAY 8 - KEMBALI KE PANGKAL JALAN

Pepagi kul 5am dah terjaga sebab dah ramai orang lalu lalang. Rasa poyo lak berbaring atas bangku tu buat cam rumah sendiri kui3x..
Good morning Incheon!
Lepas siap merapikan diri sume, kul 5.45am Kak Kiah dah tercangak beratur tunggu kaunter check in bukak. Gigih kan? Harus la. Dont want banana fruit twice u know. Walaupun begitu nampaknya ramai orang2 Msia yang amek flight pagi ni.
Checking in
Bila dah sampai turn Kak Kiah nak check in, datang risau yang lain pulak. Terlupa yang Kak Kiah takde timbang luggage semalam. Pada Kak Kiah ada 5 beg. Memula tu cadang nak letak 2 beg, skali timbang2 je dah lebih 20kg. Cepat2 Kak Kiah amek beg balik kampung, tinggal beg troli je. 20.5 kg, fuh lepasssss... Officer tu nasib baik tak kira extra 0.5kg tu. Tapi dia cakap hand luggage tak boleh ada 4, mesti ada 2 je. Pada Kak Kiah sekarang ada back pack, beg balik kampung, hand bag n satu beg plastik besau isi seaweed. Dia suruh ejas jadikan dua. So dah jadi satu hal pulak nak nyusun. Semua yang berkotak2 Kak Kiah bukak. Sumbat semua dalam back pack n beg balik kampung, termasuk la handbag. Ipad Kak Kiah pegang gitu je. Dalam hati dok mikir, apa saja la yang aku beli kat Korea ni sampai beranak-pinak beg huhuhu.. 

Then rasa2 dah konfiden sikit, Kak Kiah pun masuk la untuk ke security inspection. Hah sampai situ kena tahan lak. Habis kena bukak beg balik kampung. Rupanya Kak Kiah lupa sangat pasal souvenir besi takleh masuk hand luggage. Dah la ada chopstick segala, gelang, brooch sume terpapar jelas kat skrin tu. Yang paling sadis, lauk sambal tumis belen pun ada Kak Kiah letak dalam beg tu! Adoiyaii.. mcmana la boleh tak ingat langsung ni. Nasib baik la dia tak suh masuk jail ke. Dia cuma bukak je kuarkan satu2 benda dalam beg tu. Fuh memang toye habis muka Kak Kiah masa tu. Orang lak dok lalu lalang. Mesti diorang ingat Kak Kiah sorok dadah.. hehe..

Setel bab tu Kak Kiah pun turun bawah amek train untuk ke boarding hall. Jauh betul perjalanan rupanya. No wonder la kena ada kat sini 3 jam before flight time. Sampai je kat boarding hall tu cuci-cuci mata kat kedai2 dulu. Duit won banyak lagi ni kat tangan (hasil keluarkan kat ATM semalam). Beli kopi n ingat nak bekfes dulu. Masa ni pun baru kul 8.00am.
Boarding Hall
Skali tu masa tengah sedap melayan kopi sambil tengok kapal terbang, teringat kat Ipad. Eh mana lak ipad Kak Kiah? Ya Allahhh... tertinggal kat dalam train!! Macam lipas kudung Kak Kiah berlari pergi kaunter information. Kak Kiah bgtau officer tu Ipad Kak Kiah tertinggal kat dalam train. Kak Kiah memang ingat letak Ipad tu kat tepi tingkap. Officer tu pun call la sapa tah tatau la.. Pastu dia bgtau Kak Kiah, ada orang jumpa Ipad tu n dah serahkan pada officer diorang. Dia suruh Kak Kiah tunggu kejap, dia nak turun bawah amekkan. Masa ni memang dah bergenang dah air mata. Tatau nak habaq la perasaan Kak Kiah masa tu macamana uols. Memang dah macam drama tamil je Kak Kiah ni dari semalam.

Dapat je Ipad tu rasa macam nak sujud syukur kat situ masa tu jugak, plus nak peluk2 oppa officer yang kiut tu. Kak Kiah takleh bayangkan kalo kat Msia, memang lesap la Ipad tu jawabnya. Thankfully rakyat Korea ni memang amanah n baik hati. For this, i salute them..
Ipad yang berjaya kembali ke pangkuan muah cup3x!
Flight Kak Kiah kul 9.35am. Boarding gate pulak nun hujung dunia.
Menuju ke boarding gate
Jalan punya jalan akhirnya sampai. Tak lama pastu terus gate dibukak n naik la Kak Kiah dalam kapal terbang sambil berdoa mudah2an takde lagi terjadi perkara yang tak diingini.
Kak Kiah sedang kesedihan meninggalkan bumi Korea
But.. I'm happier sebab dah nak balik ke tanahair terchenta!
Bawah tu Jeju Island - next destination yippee!!
My meal - akhirnya jumpa nasik!
Dalam flight Kak Kiah dok sebelah one Chinese girl from Penang, tapi keje Spore. Dia ngan kengkawan dia dalam 7 orang baru balik dari Jeju. Wah seronok Kak Kiah sembang ngan dia. Maklum lah bulan 3 nanti nak ke Jeju pulak. Lepas dah puas sembang Kak Kiah gasak tido. Penat giler beb..

Akhirnya kul 3.30pm sampai lah Kak Kiah di bumi Malaysia. Alhamdulillah selamat semuanya.. What a journey!! It was fun, interesting, adeventurous n pasti Kak Kiah takkan lupakan sampai bila-bila. Kak Kiah rasa sangat bersyukur sebab berpeluang cuti2 ke Seoul. And pada sesapa yang masih memikir2 untuk pilih Seoul sebagai destinasi percutian, please.. dont think anymore.. just go! Definitely worth it..

Next entry - summary bajet!

Wednesday, January 30, 2013

SEOUL DAY 7 – FLIGHT BALIK

Ok sambung cerita.. 

Sementara tunggu airport bus sampai, Kak Kiah borak2 la ngan ahjussi yang jaga bustop tu. Dia ni peramah la, tanya Kak Kiah best ke tak Seoul ni, pegi mana, beli apa etc etc. Then dia tanya flight Kak Kiah kul berapa. Bila cakap 5.25pm, dia kata oh sempat tu.. Masa ni agak lega sikit hati Kak Kiah.
Ahjussi aiport bus dan luggageku yang beranak menjadi 4
Kul 3.30pm, airport bus pun sampai. Kak Kiah bajet paling busuk pun sejam la kan perjalanan, so ada harapan catch flight. 

Goodbye Seoul!! Sob sob.. miss u olredi..
Sekali tu boleh pulak dalam perjalanan tu, ada tourist2 dr China beramai2 naik bas. Dah la riuh rendah, beg masing2 banyak lak tu. Airport bus ni kan drivernya kena turun susun bas satu2 kan. So lama la berenti kat situ. Bila jalan lagi, berhenti kat bustop lain, naik pulak lagi ramai tourist dr China. Pun sama gak berbondong2 beg. Tambah lak ngan jalan jem. 

Makanyaaaaa.. guess what? Kak Kiah sampai airport kul 5pm!!! Macam nak meraung bila information officer kat situ cakap kaunter check-in dah tutup. So just imejin ye adik2, Kak Kiah sorang2 tau masa ni. Blur. Sedih. Geram. Panik. Menyesal. Sume berbaur2. Blank seketika tatau nak buat apa tu. Nak nangis pun tak guna bcoz rice has become porridge kata omputih huhu.. Last2 officer tu suh Kak Kiah pegi opis AA untuk dapatkan next flight. Katanya no way Kak Kiah dapat catch flight yang ni sebab luggage pun dah dihantar ke kapal terbang. 

Nak jadi cerita, satu hal pulak nak mengusung troli penuh ngan luggage tu sambil nak cari opis AA. Sampai sesat barat Kak Kiah dibuatnya. Dah la kat hujung solok kat belakang level 2 tu. Dekat setengah jam cari baru jumpa.
Opis AA dan staff2 nye
Sampai opis AA, jumpa 2 orang minah chinese dari KL. Sama jugak tertinggal flight macam Kak Kiah. Rupanya diorang pun sama naik bas ngan Kak Kiah. Officer AA tu cakap memang no choice lah, kena tukar next flight which is pagi esok kul 9am. Harga kena bayar nak tau berapa? RM1000+ ok! Nangesssssss....

Kak Kiah pun dengan berat hati turun lah bawah cari ATM. Itu lah kan, mulut celupar kata tak nak balik sangat. Kan dah Allah makbulkan. Happy birthday to me ahahaha.. Memang lawak kan kejadian di hari jadi sendiri ni. So Kak Kiah pejam mata je cucuk duit. Dalam hati dah kira2 lepas ni 2 bulan la makan megi je haha padan muka. Naik opis AA balik n setelkan pembayaran sume. Officer tu siap pesan, pagi esok make sure kul 6am ada kat kaunter check in. Wah 3 jam awal dari waktu flight? Bior benor officer ni..

Lepas tu Kak Kiah terus turun bawah area arrival hall. Beli kopi n roti. Pas tu lama termenung... Macam tak caya je Kak Kiah bole miss flight. Ye lah, Kak Kiah ni jenis study everything sebelum datang sini. Boleh katakan semua info Kak Kiah ada. Tapi bab balik Kak Kiah tak check langsung pukul berapa mesti ada kat sini. Ingatkan macam kat Msia la sejam pun lepas lagi nak check in. Rupanya kat sini mesti ada 3 hrs before. Tapi bila dah jadi cam ni, rasa nak gelak pun ada. Pengalaman bermakna ni kena tido kat airport on my 37th birthday. Hahaha.
Hanya ini yang mampu ditelan ketika ini.. uhuk uhuk..
Lama gak lepak kat arrival hall tu. Sempat borak ngan sorang ahjussi ni tengah tunggu mak dia balik dari Jepun. Ramah jugak ahjussi ni, nama dia Mr Yim. English berterabur tapi ok la Kak Kiah faham. Dia ni dok dekat je ngan Gimpo, keje kat Dongdaemun. Sambil tu citer pasal Koreans n Malaysians. Pastu Kak Kiah promo Msia pulak. Hehe harus la. Siap online tunjuk dia tempat2 menarik kat Msia cam Pulau Redang, Kinabalu, KLCC, Melaka etc. Kak Kiah memang bole jadi agen Tourism Malaysia kan? Gigih gitu..
Mr Yim - the nice ahjussi
Mr Yim sempat bagi Kak Kiah no tipun dia, in case ada apa2 emergency leh call dia. Dia n mak dia ada ajak Kak Kiah tido umah dia sebab kesian tengok Kak Kiah kena tido kat airport. Tapi Kak Kiah tak berani la takut esok tak sempat lak nak kejar ke airport kul 6 pagi.

Dekat kul 11pm banyak kedai dah pun tutup. Last2 Kak Kiah naik atas ke departure hall. Ada la jugak orang2 yang tido kat sini rupanya. Kak Kiah meround2 la dulu kat atas tu. 
Habis sume mende nak amek gambo haha boring nye pasal
Lengang habis! Boleh skate dalam ni kalo mau
Actually masa ni baru rasa lapar sebab hari ni Kak Kiah cuma makan roti je, tak amek meal langsung. So Kak Kiah singgah satu convenience store ni nak cari makanan. Ada la pack yang jual nasi n lauk n tinggal reheat je tu kan, tapi takde pulak yang vege. Sume gogi gogi gogi, pork pork pork.. Megi halal tu pun xde jual. Sandwich pun takde yang telo je, suma ada daging. Last2 mintak tolong budak kedai tu, explain la nak yang vege or anything yang tak berdaging. Sampai tiga orang budak kedai tu tolong Kak Kiah. Ha tengok betapa bagusnya orang Korea ni. Bukan nak puji melebih, tapi diorang ni memang helpful sangat2. Walopun cakap macam ayam-itik ngan Kak Kiah ni, diorang berusaha nak tolong Kak Kiah.
Last2 Kak Kiah beli ni, tauhu dalam tu ada inti cam nasi pulut, telur n of coz banana uyu. Lapar punye pasal Kak Kiah bedal je.
Wajah-wajah pathetic ku
Pastu Kak Kiah main game sudoku sampai kul 2+am. Ingat tanak tido, tapi memang tak tahan sangat mata.. last2 ZZzzzZZZ.... tapi tidor2 ayam je la sebab bising ada mangkuk2 buat keje renovation. Macam lahanat..

SEOUL - DAY 7 - BUKCHON HANOK VILLAGE

Lepas tour di Changeukdung Palace, Kak Kiah pun tuju ke Bukchon. Bukchon Hanok Village ni kira kawasan perkampungan rumah2 tradisional atau hanok. Kalo jaman dolu2, kawasan ni kira pegawai2 istana la duduk. Sekarang ni kebanyakannya yang dok sini orang kaya2 la sebab rumah area ni memang mahal, maklum lah usia pun dah beratus2 tahun.

Changdeukgung Palace dari sisi (Changdeukgung-gil)
Kat Bukchon ni ada 8 spots yang cantik untuk amek gambo kat sini. So berbekalkan peta yang disimpan dalam Ipad, Kak Kiah pun meredah la village ni. Since Kak Kiah masuk dari Changdeokgung, plan asal nak cari spot#1. Tapi jalan punya jalan tak jumpa jugak. Map dalam Ipad ni pulak tak boleh nak zoom in. Dah le kena naik bukit segala. Macam nak nangis pun ada sebab dekat sejam cari Bukchon-gil tak jumpa2.. Last2 Kak Kiah sempat jumpa spot #2 n spot#3 je.
Euk Dok Culture Center - muzium untuk Buddhist Art
Tak tau rumah ni untuk apa.. belasah je amek gambo sebab cantik hehe
Bukchon spot #2 - area ni banyak workshop - Embroidery Workshop & Kite Workshop
Seriously jalan-jalan kat Bukchon ni memang confusing sesangat. Walau apapun pemandangan perkampungan ni memang cantik! Sebagai one of fans tegar k-drama, Kak Kiah memang suka sangat tengok rumah2 hanok. Selalu berangan nak design rumah cam ni. Kena lak kedudukan atas bukit, memang aman la jiwa penduduk2 Bukchon ni gamaknya.
Bukchon spot #3 - Gahoesaessak-gil
Salah satu guesthouse yang ada di Bukchon

This is actually a restaurant
Tengok jam masa tu dah kul 2+pm, cepat2 la Kak Kiah nak gerak balik. Sekali tu masa jalan nak balik tu, ternampak Tourism Office. Masuk kejap sebab nak tanya direction ke Anguk Station. Siap citer kat officer tu yang Kak Kiah sesat2 kat dalam Bukchon. Pastu dia cakap spot#1 hujung jalan je. Aik.. Kak Kiah heran la sebab dah lalu situ tapi tak jumpa apa pun. Dia pun tunjuk la spot#1 tu rupanya bukan rumah, tapi pemandangan atas bukit menghala ke Changdeok Palace. Laaaaa patut la tak jumpa!! Memang bongok tau kau ni Kiah.. tu la bila redah je tapi takde info dalam tangan, kan dah buat penat kaki..

Ni la rupanya Bukchon spot #1, view facing the palace
Lepas siap amek gambo lebih kurang, Kiah pun terus la jalan cecepat ke Anguk Station. Masa ni hati dah cemas dah sebab dah nak kul 2.30pm. Risau takut lambat sampai airport. 

Sampai je kat Myeongdong exit 9, Kak Kiah terus tuju kat airport bustop sebab nak check next bus to Incheon kul berapa. Ahjussi tu cakap bus dah on the way n suruh Kak Kiah cepat2. Kak Kiah pun apalagi, terus berdesup naik Myeongdong GH amek luggage. Sekali tu elok turun2 je sampai bustop, nampak airport bus dah gerak.. Aiyaaaa macam nak menangis wa cakap luuuu... Next bus lagi setengah jam pulak tu, yakni 3.30pm. Hati masa ni dah rasa tak sedap dah. Rasa penyesalan pun semakin bersarang sob sob..



Ok kita sambung citer kat next entry. Saspen habis beb apa yang jadi lepas ni..

Tuesday, January 29, 2013

SEOUL DAY 7 – CHANGDEOKGUNG PALACE

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!
SAENGIL-CHUKA-HABNIDA!! 

Ahahahaha... selamat harijadi yang ke 37 buat diri sendiri! Kak Kiah rasa sangat happy sebab dapat celebrate besday kat sini. Ye lah, sejak beberapa tahun kebelakangan ni besday Kak Kiah sendu je. Sebab tu tahun ni memang sengaja Kak Kiah plan trip ni supaya dapat celebrate bday kat Seoul. Hadiah untuk diri sendiri. Nak harap orang bagi hadiah bila dah tua bangka ni macam kirim salam lah kan. So sapa lagi yang kita nak harap untuk happy kan diri kalo bukan kita sendiri kan?

Anyway, dengan menjejak usia ke arah penghujung 30an ni, Kak Kiah bersyukur sebab masih diberi rahmat Allah atas kesihatan yang baik, kehidupan yang baik walaupun sederhana. Semoga Kak Kiah ada rezeki lagi lepas ni untuk melihat lagi luasnya bumi Allah ni. Bab kahwin beranak bercucu bagai, Kak Kiah takmo pikir kan sebab rasanya dah kertu dah.. Tak kuasa nak mikir.. Apa yang Allah dah bagi ni pun cukup baik untuk Kak Kiah, alhamdulillah bersyukur sangat2.. 

Anyway untuk hari ni sebelum berangkat pulang ke Msia, Kak Kiah nak pegi Changdeokgung Palace. Kak Kiah dah buat online reservation untuk Secret Garden Tour kul 10.30am. So pepagi lagi Kak Kiah dah bangun sebab nak setelkan packing. Seram jugak tengok barang2 sendiri. Tak tau la berapa kg kena ni nanti. Setel je mandi bersiap sume, Kak Kiah terus check out sebab kalo ikutkan check out time kul 11am. So Kak Kiah cuma simpan luggage je kat guesthouse ni dulu. Nanti tengahari baru datang amek. Untuk simpan luggage after check out ni, free for the first 2 hrs. Lepas tu kena bayar KRW5000 untuk additional hour.

Changdeokgung Palace ni antara palace yang well-preserved, kira cam 2nd istana la lepas Gyeongbukgung. Istana ni dijadikan residence most kings masa Joseon era. Untuk ke Changdeokgung ni naik subway Line 3, stop kat Anguk Station exit 3. Actually palace ni located sebelah je ngan Gyeongbukgung yang Kak Kiah pegi masa first day tu. Tapi sebab Kak Kiah tak dapat nak reserve Secret Garden Tour yang english nya untuk that day sebab full, Kak Kiah just dapat slot untuk hari ni je. Secret Garden Tour ni kira cam additional tour course la dalam palace tu. Kalo amek yang general cuma dapat cover belah2 depan. Secret Garden Tour ni rugi kalo tak amek, esp Kak Kiah datang time peak autumn ni kan.. memang cantik la katanya..

Changdeukgung Palace
Kak Kiah sampai masa tu dah dekat kul 11am. Punyelah risau sebab katanya reservation kul 10.30am kan. Nasib baik la kat kaunter tu cakap Kak Kiah leh join sebab tour tu start kul 11.12am. Berlari la tercungap2 masuk sebab starting point tu agak jauh ke dalam.

View palace sebelum ke starting point
Nasib baik la Kak Kiah sampai2 je ngam2 orang yang terakhir masuk gate tu. Fuh legaa...

Gate masuk ke Secret Garden
Ramai gak yang join tour ni. Ada sorang makcik tourist guide ni explain pasal tempat2 dalam palace ni, suara halus kemain. Dah la Kak Kiah yang kat belakang sekali. Memang tak dengar apa yang dia bebel sebab sangat ghairah menangkap piccas. Masa tu eksen la sebab bawak tripod kan. Orang lain yang datang solo memandang Kak Kiah dengan penuh jakinya hahahaha.. Tapi Kak Kiah tak ujub, siap offer lagi amekkan gambar untuk diorang tau.

Ok cakap banyak tak guna. Layan picca untuk membuktikan bahawasanya tempat ni memang sangat cantik!
Menuju ke Buyongji & Jihamnu - the heart of Secret Garden
Buyeongjeong Pavillion
Area ni memang paling cantik dalam garden ni
Seonhyanjae - tempat untuk scholars datang belajar
Aeryeonji & Uiduhap area
Aeryeon Pond - loving the lotus flowers

Quarters dibina untuk terima foreign envoys
Seonhyanjae area
Tour ni amek masa dalam 2 jam. Jenuh gak naik bukit turun bukit. Nasib baik la ada Bill jadi teman borak. Dia ni umo baru 32 tahun, tapi bapak besau nye badan. Kak Kiah ibarat jari kelingking je diri sebelah dia. Dia ni engineer dari Chicago, US. Datang sini ada keje dekat sebulan dah kat Seoul. Tapi hari ni dia cuti so dia nak jenjalan tengok palace. Sempat gak Kak Kiah hasut dia suh datang Msia. Promo beb. Sapa lagi nak up negara sendiri kalo bukan kita rakyat Msia kan?

Me n Bill
Subhanallah cantiknya ciptaan yang Maha Esa
Ongnyucheon area - tempat King lepak minum wine sambil berpuisi gurindam

Perjalanan balik - mak oii tingginya tangga!
Changdeokgung Palace - Daebak!!
Memang rasanya berbaloi sangat join tour ni. Pada those yang nak datang ke Seoul waktu autumn, please datang la ke Changdeokgung ni. Memang awesome pemandangannya. 

Lepas say bye2 kat Paul, tengok jam kul 1pm. Kak Kiah nye flight kul 5.25pm. Dalam hati pikir sempat ni kalo nak round Bukchon dalam sejam. So Kak Kiah pun terus menuju ke Bukchon sebab tempat ni belakang Changdeokgung je. Masa 1st day aritu tak sempat cover tempat ni sebab Kak Kiah sesat cari guesthouse kan. 

So next entry.. Bukchon Hanok Village!