Friday, February 8, 2013

BANDUNG - DAY 2 - SETIABUDI & RIAU AREA

Before ke Rumah Mode, kami ke BIP (pronounce 'bee air pear') dulu sebab cikgu2 berdua tu nak beli beg troli. Kak Kiah tak beli sebab dah beli dari Msia. Asal aritu nak beli sini tapi takut harga mahal ke apa kan huhu.. Tau je lah Kak Kiah ni bajet cheapskate..
Murah-murah ya bagasinya neng..
Then kami ke Setiabudi untuk ke Rumah Mode. FYI, Rumah Mode ni memang sangat la femes n menjadi favorite pelancong2 dari Msia.

Harga agak mahal berbanding FO lain tapi kualiti baju2 dia memang bagus sangat. Design pun cantik2. Even t-shirts kat Rumah Mode ni pun banyak sangat taste Kak Kiah. Kalo RM30 kita dah leh dapat t-shirt lawo2 sini. Cuma Kak Kiah kureng berkenan sket baju2 diorang suka lipat2. Bila nak tengok kena bukak satu2. Pastu salesgirl dia lak cepat2 akan lipat balik, tak senang Kak Kiah nak memilih.

Lepas Rumah Mode, kami ke Fashion World sebelah je letaknya. Kat sini pun Kak Kiah rembat lagi few t-shirts Armani Exchange. Masa ni hujan turun. Namun begitu semangat bersoping masih kuat membara.
Lepas tu kami shopping jeans lak kat Toko Tiga. Kat sini Kak Kiah belikan jeans untuk boipren Kak Kiah. Ye lah kena gak beli jiwa. Nanti dia ingat Kak Kiah lupa daratan dapat jenjalan kan (walopun sekarang ni rasa nyesal belikan dia jeans tu.. ada ke patut lepas dapat jeans dia gado ngan Kak Kiah pasal jeles ngan Pak Darso erk!). Harga jeans kat sini memang murah2, RM50-70 sehelai. Jenama ada macam2. Kalo yang kelas sket cam Levis tu harga dalam RM120-150.

Then pegi ke area Riau pulak. Riau ni lebih kurang Dago gak, banyak FOs yang menarik. First kami ke The Summit. Lebur lagi rupiahku di sini. Lepas soping kami pekena eskrem durian kat depan FO ni. Sedap sangat tau. Harga Rp8,000 secawan.

After that kami lintas jalan pegi ke FO depan The Summit (tak ingat nama). Kat sini ada banyak jual handbag. Ofis mate Kak Kiah kan ada kirim handbag. Tapi Kak Kiah tengok takde pun handbag yang ori. Kalo gred A++ tu ada la. So Kak Kiah pun tak tau nak beli ke tidak, maklum la barangan branded2 ni Kak Kiah memang kurang pengetahuan (I pakai henbeg cap ayam je you.. yang penting dalam beg banyak duit, kau hado? Hahah). Tapi Kak Kiah ada la curi2 snap picca handbag2 tu sume, ingat nak send kat FB kawan Kak Kiah tu. Kalo dia setuju baru la Kak Kiah beli esok2 ke lusa2 ke..
Lepas tu kami ke The Heritage & Cascade lak. Again, banyak gile baju lawa2. Rasa penyesalan mula terasa sebab tak bawak duit banyak2. Dari semalam Kak Kiah cuma soping baju Kak Kiah. Ni kalo napsu soping untuk diri sendiri tak dikekang, harus la takde souvenir untuk orang lain kang huhu..

Masa ni dah lebih 12 jam waktu penyupiran Pak Darso. Kalo ada additional hour memang kena bayar lebih sket. Bincang punya bincang semua setuju untuk extra time ni. Ye lah kat Jalan Riau ni tak sampai 3 jam, mana cukup nak cover semua kan. So kami ke Collector Parfum depan FO Oasis sebab nak beli perfume bancuh. Murah je sebotol 30ml (Rp45,000), 100ml (Rp115,000). Kak Kiah ni tak pandai bab2 perfume ni tapi ramai orang rekomen beli perfume kat sini, katanya murah n bau tahan lama macam ori la. Kak Kiah beli 2 jenis – Issey Miyaki untuk mak, Hugo For Women untuk Kak Kiah sendiri.
(Note : Perfume ni memang best ok. Kak Kiah pakai 30ml tu leh tahan 6 bulan. Kalo dari pagi pakai, sampai ke malam baunya uols!)
Then kami ke Bakso Malang Karapitan (BMK) untuk dinner. Pak Darso yang rekomen tempat ni, dekat je ngan BIP n about 15min dari hotel kami. BMK ni just jual bakso je tapi pelbagai rupa jenis bakso la. Kak Kiah order Bakso Seceng.
Ya Allah sedap juga bakso ni. Memang i love u lah food kat Bandung ni. Semua Kak Kiah suka! Murah gak bakso ni. Kami makan bertiga cuma Rp60,000.

Bila perut dah kenyang, badan pun dah capek. Lepas tu Pak Darso hantar kami balik ke hotel. Dalam perjalanan tu sempat order Kek Lapis Kukus Kalimantan kat Pak Darso. Murah je tau cuma Rp65,000. Kalo orang lain jual Rp75,000. Kak Kiah order 3 jenis – cheese, stoberi n ceklat. Pak Darso kata nanti lusa malam dia hantar ke hotel.

Before berpisah sempat bergambar ngan Pak Darso. Ganteng bukan? Hoho.. FB dia pun ada bagi tau, tapi Kak Kiah tak ingat buleh gitu?
Anyway, sampai je bilik panas hati tengok bilik tak berkemas, towel tak bertukar. Pergh memang teruk la servis Hotel Patradisa nih. Siap korang esok Kak Kiah nak hamun.

Malam ni pun diorang tido awal. Kak Kiah je terkebil2 susah nak tido. Dah la bilik atas dok bising2 lagi.. Apa saja la dibuat 2-3 pagi tak tido2 lagi ntah..

Tuesday, February 5, 2013

BANDUNG – DAY 2 – KG DAUN CULTURE CAFE

Masa study pasal Bandung ni kat internet, ramai suggest suh makan kat Kg Daun ni sebab sedap. Since Kg Daun ni located bawah sikit dari Tangkuban Perahu, so kami plan untuk lunch kat sini je.

Entrance Kg Daun
Kg Daun ni memang cantik sangat tempatnya. Damai je jiwa sebab banyak pokok2. Before kitorang sampai tu, Pak Darso calling2 dulu untuk reserve pondok. Katanya kalo tak reserve nanti lama kitorang kena tunggu giliran nak dapat pondok kosong. Kadang2 dapat pondok tak best. So Pak Darso reservekan kami pondok yang dekat ngan waterfall. Sayang Pak Darso!
Kami sudah lapar!!
Pondok kami di Kg Daun
Pondok2 kat Kg Daun ni best. Ada yang kecik, ada yang besar. Nak panggil waiter, kena ketuk ‘kentongan’. Dalam pondok ni siap ada bantal lagi leh lepak baring2 sementara tunggu makanan sampai. Kami sebenarnya nak ajak Pak Darso makan sekali. Tapi tunggu punya tunggu dia tak muncul2. Katanya tadi nak park kereta.

Anyway, kami memang target nak makan sedap sepuas hati kat sini. So, kami order Gurame (Talapia Hitam) Bakar, Sup Buntut (Sup Ekor), Sayur Kangkung Belacan, Bajigur & kopi untuk Kak Kiah.

Jemput makan! Nyum nyumm..
Memang lazat tak terkata. Berbaloi sangat datang sini. Kak Kiah sajes sapa nak makan sedap, sila la datang sini. Anyway, harga agak mahal sikit tau. Untuk apa yang kami makan, total bil Rp240,000 (RM80). Ye tau, mahal.. tapi berbaloi la ngan masakan dan kecantikan tempat ni.
Lepas siap makan, kami pegi musolla untuk solat dulu. Air dia sejuk bangat bagai di lemari ais!
Hatur Nuhun - Terima Kasih!
Bila kuar je tengok Pak Darso dah tunggu dalam keta. Bising la memasing kenapa dia tak datang kat pondok kami. Dia kata dia makan kat dapo je dapat special service sebab bawak customer datang sini. Ye lah tu, ntah2 dia segan sama cewek2 jelita ni kot hehee..

Lepas tu kami pun gerak ke Bandung. Next destination – Rumah Mode! Woohoooo!!

Monday, February 4, 2013

BANDUNG – DAY 2 – TANGKUBAN PERAHU

Hari ni plan kami ialah melawat Tangkuban Perahu and then soping di area Setiabudi & Riau.

Bekfes for today
Before kuar, kami bekfes dulu. Hari ni bekfes megi goreng, nasik putih, telur dadar n keropok. Again foodnya tersangat lah sedap walaupun dari rupa zahir kurang menyelerakan. Rasa Kak Kiah la, maybe sebab padi kat sini tanam kat tanah subur bekas gunung berapi kot.. tu pasal rasa nasiknya memang marbeles. Kak Kiah loikkeee... 

Masa bekfes tu ada sorang makcik ni datang join kami. Nanny namanya. She’s about 50s n from Kuantan, tapi kepala memang gile2. Dia datang ngan member dia satu family. Beriye interbiu kitorang sebab nak match kan ngan anak bujang dia haha.. Siap amek no tipun lagi. Nanny pesan masa pegi Tangkuban Perahu tu hati2 ngan penjual2 kat sana sebab diorang akan paksa kita beli souvenir2 kat sana ngan harga melampau mahal.

Lepas bekfes tu sementara tunggu supir datang, Kak Kiah call Kak Lina nak komplen hal reservation hotel tu esp untuk final day nanti yang kitorang kena pindah masuk bilik deluxe tu. Kak Kiah cakap kalo tak dapat bilik triple, kitorang nak move out pegi hotel lain. Ye la, where got road Kak Kiah kne tido atas simen lagi kan? Pas tu bersungguh dia apologize. Dia ngaku la mistake dia sebab tak dabel cek my email. Terus Kak Kiah tak jadik nak maki. Haii.. nasib baik la Kak Kiah ni hari ni mood ok sket. Kak Lina kata nanti dia cuba deal ngan hotel nak dapatkan bilik triple for us.

About 8am, supir kami pun sampai. Namanya Darso. Kak Kiah ingat dia ni pakcik2 tua ke, skali tu muda uols! Hensem manis orangnya huhu. Memang peramah habis Pak Darso, sweet talker lak tu. Tapi awas dah kawin tau. Kami book dia untuk 12 hrs – Rp400,000 (RM135). Kereta nya pun besar, bersih n selesa.

Destinasi hari ini - Tangkuban Perahu!
Tangkuban Perahu ni located belah utara sket dari Bandung, about 1 hr journey. It’s actually kawah gunung berapi, last erupted in 1959. Kalo tengok dari jauh memang nampak macam perahu yang tertangkup. Sepanjang perjalanan Pak Darso bukak citer pasal legenda Tangkuban Perahu ni. Kisah pasal Dayang Sumbi yang awet muda bercinta ngan anak yang terpisah ngan dia sejak kecil, Sankuriang. Sankuriang ni plan nak kawin ngan Dayang Sumbi. Sekali tu Dayang Sumbi ternampak tanda lahir kat Sankuriang ni. Maka tahulah dia Sankuriang tu sebenarnya anak dia. Untuk tolak pinangan Sankuriang, Dayang Sumbi mintak Sankuriang buatkan satu perahu besar dan terusan sungai sebelum matahari terbit. Maka gigih la Sankuriang ni bina perahu n terusan dengan bantuan ‘buta hejo’ (gergasi kaler ijau). Panik tengok Sankuriang almost complete, Dayang Sumbi suruh hamba2 dia tebarkan kain sutera merah kat kaki langit untuk tunjukkan Sankuriang yang matahari dah terbit. Maka mengaruk la Sankuriang lalu dia sepak perahu n terusan yang dah dibina, maka tertangkuplah perahu tu n banjir la kawasan. Selamat lah Dayang Sumbi dari kawin ngan anak dia sendiri.

Perjalanan ke Tangkuban Perahu ni akan melalui jalan-jalan kampung and mendaki bukit. Pemandangan sepanjang tu memang cantik sangat, macam gi Cameron Highland la... ada kebun sayur, kebun stroberi n ada tempat2 jual kelinchi (arnab), either jual hidup or dijadikan sate.
Semakin dekat nak sampai Tangkuban Perahu ni makin kuat bau kentut. Haha. Actually ni bau belerang atau sulfur. Dah dekat2 tu dalam hati dok baca ayat Kursi banyak2. Kak Kiah ada dengar gak pasal penjual2 souvenir kat Tangkuban Perahu ni macam ada mandrem lah, do not look them directly in the eyes sebab ramai pelancong dah terkena, jadik bodo tetibe. Diorang punya trick kekadang tolong explain pasal tempat ni, or amekkan gambo. But lepas tu diorang akan follow kita n paksa kita beli barang diorang. Kak Kiah harap sangat trip kami ke Tangkuban Perahu ni bebas dari anasir2 yang tak best ni.

Untuk masuk Tangkuban Perahu, tiketnya ialah Rp50,000 sorang. Parking satu keta Rp15,000. Bila sampai2 je kat sini, wahhhhh subhanallah.. cantiknya!! Walaupun masa tu agak berkabus and cuaca sejuk, tapi pemandangan memang awesome okeh.
Orait jom layan piccas..
 









Alhamdulillah sepanjang kami kat situ, xde satu pun penjual2 tu berani dekat. Maybe diorang tau yang kami tau trick diorang huhu. Maka dengan gumbiranya kami buat hal kami berposing sakan ngeh3x..

Dah penat jalan, singgah kedai beli air. Kat sini kenal antara minuman femes kat Bandung ni – ‘bandrek’ atau teh halia, n ‘bajigur’ iaitu santan kelapa letak gula merah rasa cam kuah pengat. 
Kat Tangkuban Perahu ni ada banyak gak kedai2 yang jual cenderahati. Kawan Kak Kiah ada kirim belikan bekas nasi yang dianyam pakai mengkuang tu. So Kak Kiah beli kat sini je untuk dia sebab dia kata kat Pasar Baru tak jual. Cikgu Elly beli satu untuk mak dia.

Lepas puas merayap, kami pun bergerak nak ke Kg Daun lak untuk lunch. Ok jumpa di next entry!

BANDUNG – DAY 1 – DAGO

Since Bandung ni waktu dia lambat sejam dari Mesia, waktu Subuh pun awal la. Kul 6am dah habis waktu. So gagahkan diri bangun walopun tak cukup tido.

Asalnya plan hari ni nak ke Tangkuban Perahu n Kak Kiah dah book supir 1 hari melalui Kak Lina jugak. Janjinya kul 8am, so dalam kul 7am tu kami sume dah bersiap2 la nak bekfes dulu. Bekfes provided by the hotel ye.

Bekfes
Masa tengok food ni kan, Kak Kiah punye la rasa heran. Nasik putih, lauk kubis, keropok n popia? Itu je? Mana nak kenyang cam ni.. Skali tu bila masuk mulut, wahhhh sedap kauuu!! Konsep bekfes ni vegetarian tapi seriyes emang enak banget. Nampak je tak menyelerakan tapi rasa dia best. Nasik dia pun lain macam tapi lagi sedap dari nasik kat Msia.

Lepas bekfes, Kak Kiah pun ronda2 jap hotel amek piccas. Not bad gak la hotel ni. Dari luar nampak cam cikai je, bila masuk rupanya besar gak. Hiasan pun not bad. Kat sini harga bilik deluxe Rp225,000 (RM75), triple Rp350,000 (RM118). Ok la murah, basic je lagipun kita bukan dok bilik sangat kan. Location wise sangat strategik sebab walking distance to Pasar Baru n depan tu leh amek Angkotan untuk ke Dago atau Riau.
Inside Patradisa
Triple Room
Bila dah kul 8am, bayang supir tak nampak2 lagi. Last2 Kak Kiah gi tanya budak receptionist suruh check ngan Kak Lina. Rupanya again, salah tarikh! Kak Lina ingat Kak Kiah amek supir tu esok. Eeeeeee memang haram jadah tol tau. Again mencarut lagi Kak Kiah dibuatnya. Terpaksa ubah plan hari esok ke hari ni. Buat spoil mood orang betul la.. Haii.. nasib baik la budak kaunter tu asek senyum je. Nak marah pun tak sampai hati.

Anyway, budak kaunter tu cakap bilik triple untuk kitorang dah redi, which is kat ground floor facing the garden. Nanti diorang akan pindahkan beg2 kitorang ke bilik baru.

So, kitorang pun kuar la dari hotel nak ke Dago. Memula tu ingat nak pegi cari convenience store sebab nak beli sim card indon. Ye lah dari semalam sampai tak calling2 pun family kat Msia. Takut diorang risau lak kan. So kitorang pun tanya2 orang and menapak punya menapak sampai la jumpa cam 7-11 kat area Braga. Punyelah jauh tersasar. Sampai kat kedai tu pulak katanya tak jual sim card. Budak tu pun macam tak faham apa yang kitorang cakap kan. Aiyooo tensen Kak Kiah dibuatnya..

Last2 kitorang pun amek cab Gema Ripah nak ke Dago. Kalo kat Bandung ni digalakkan naik cab Blue Bird la sebab lebih murah n ikut meter. Masa ni agak bongok gak sebab tak tau cab Blue Bird tu macamana rupanya. Dah nama Blue Bird, Kak Kiah assume kaler biru la kan. Tu yang terus tahan cab tu. Rupanya Gema Ripah. Gema Ripah ni tambang minimum Rp15,000. So kalo perjalanan kurang pun tetap kena bayar Rp15,000.

Menuju ke Dago - shopping area yang best!
Bila dah sampai Dago tu kitorang pun tercangak2. Mau tak, FOs kebanyakannya bukak kul 10am. Yang kitorang ni kul 9am dah sampai. Haha. So kitorang menyusur je la sepanjang Dago tu dok usha2 mana FO yang bukak dulu.

Memula gi The Glow, cuci2 mata je dulu sebab baju dia biasa2 je. Then pergi Jetset, Episode, Nike Factory Store & Level. Ha masa kat Level lah paling sakan Kak Kiah memborong. Mana taknya diskaun 50% gitu. Baju pun cantik2 tau.


Agak2 dah tengari kitorang naik Angkotan untuk ke Restoran Simpang Raya untuk lunch, hujung je Jalan Dago (sebelah FO DSE). Naik Angkotan ni Rp3,000 sorang. Kelakar jugak naik Angkotan ni. Macam naik van takde pintu. Kemain laju drebar tu bawak. Jalan kat Bandung ni semedang je jem, penuh sesak ngan keta n motor. Tapi amazingly driver2 diorang memang sangat cekap. Respek gile Kak Kiah rasa. Ada time tu kitorang nak lintas jalan tapi takut sebab keta non stop lalu lalang. Last2 ada makcik tu tolong kitorang. Dia lintas je sambil tangan buat sign tahan, otomatik keta sume slow down. Wah impress tul Kak Kiah tengok dia.

Angkotan
Lunch di Restoran Simpang Raya, Dago
 
Restoran Simpang Raya ni masakan padang. Lauk punye lah banyak. So kalo tanak kena caj melampau, pick lauk yang betul2 kita nak makan je lah ye. So kami decide amek lauk paru goreng, terung berlada, dendeng berlada, ayam kari, sayur campor n gulai kering kambing. Air lak Kak Kiah order jus alpukat. Fuiyoo memang sedap ok! Memang masakan padang ni taste Kak Kiah. Total bil Rp170,500 (~RM57). Erk!! Mahal kan? Memang makanan kat Bandung ni bole tahan mahal la actually. Kena lak kami ambik lauk pun banyak sebab lapo nye pasal. Tapi takpe lah kita bab2 makan ni jangan berkira, asalkan sedap dah alhamdulillah..

Lepas lunch kami pun kuar nak merayap gi FO lain kat Dago tu. Before that singgah kiosk depan restoran tu sebab nak beli sim card. Rupanya kat sana diorang panggil sim card ni ‘kartu perdana’. Loh patut la awek 7-11 tadi tak faham kitorang cakap apa haha. Kartu perdana ni sekeping Rp5,000. Kak Kiah beli jenis simPATI. Kalo calling2 Msia caj Rp660/min, internet Rp5,000 sehari, unlimited speed 384.

Then kami pergi ke FO Gossip. Kat sini banyak baju cantik2. Selain dari tu kami pergi ke FO Blossom, Rich n Famous, Grande n Glamour. Banyak jugak Kak Kiah beli rupanya, walopun asalnya niat takmo bersoping. Total 6 blouse, 1 jeans & 1 t-shirt semua untuk diri sendiri, buleh gitu? Untuk orang lain Kak Kiah x beli apa pun kekeke… Tapi baju2 kat sini memang banyak taste Kak Kiah. Kak Kiah suka blouse labuh tapi ada shape. Sesuai la kan untuk kita yang bertudung. Kain-kain dia pun berkualiti n jahitan kemas, sedap pakai la.. Sebelum datang Bandung ni, Kak Kiah puasa shopping tau xde beli baju ke apa. So masa ni la nak hadiahkan diri sendiri kan (alasan haha)..

Kak Kiah n the girls - sakan bersoping
Pas tu kami ke Donatello. Kasut kat sini memang cun2. Cikgu2 berdua tu sakan soping kasut. Nasib baik la Kak Kiah ni tak gila kasut, so selamat la rupiahku dari lebur di sini. Selain kasut, henbeg pun cantik2 gak. Opis mate Kak Kiah ada kirim belikan henbeg. Tapi sebab Kak Kiah buta brand, tak sure plak nak beli brand Donatello ni. Kot la tak kelas ke kan huhuhu..

Dah kul 5+ baru kami bergegas nak balik. Mana taknya, tak solat lagi! Maghrib sini masuk awal, dalam 5.45pm. So bila nampak je cab CIPAGANTI, kami pun terus tahan sebab time peak hour orang balik keje kan macam susah la nak dapat cab. Cab ni mahal tambangnya Rp20,000. Tapi redho je lah kan, nak cepat nye pasal.

Pengemis kanak2 di tengah hujan lebat
Masa ni ujan lebat. Jalan pulak jem. Masa cab ni benti kat trefik light, ada satu grup pengemis kanak2 datang ketuk2 tingkap. Drebar teksi tu kata jangan bagi sebab kang lagi ramai datang serbu. Kesian Kak Kiah tengok. Ye lah hujan lebat tu.. Memang tatau nak describe lah perasaan Kak Kiah tengok senario sebegini.

Sampai je kat hotel, bergolot memasing semayang. Terus je lah jamak maghrib isyak pastu. Malam ni Elly n Shikin macam malas nak kuar makan. Kaki sakit sebenarnya menapak sepanjang Jalan Dago tu huhuhu.. So kitorang tanya adik kaunter tu bole order nasik tak. Dia kata tukang masak takde, gi kuar balik lambat sikit maybe kul 8-9pm camtu. Tapi dia cakap kat hujung Jalan Wastu Kenchana ni ada BMC, tempat makan yang paling dekat.

So nak tak nak, walopun betis memasing dah kejang, kami menapak la ke BMC. Tak la jauh pun, dalam 10 min jalan dah sampai dekat belakang masjid. Tapi sepanjang perjalanan ni kurang lampu jalan, so agak scary gak lah.

BMC ni actually Bandung Milk Central, pusat pemprosesan bahan tenusu kat Bandung masa zaman Belanda. Now tempat ni dah direnovate jadik restoran. 

BMC
Untuk dinner Kak Kiah n Cikgu Shikin order Nasik Goreng Kambing. Cikgu Elly order Bebek. Minuman kami bertiga order Teh Botol. Seriyes cakap memang sedap kesemuanya. Kak Kiah rasa orang2 kat Bandung ni memang terer masak kot, sume masakan Kak Kiah suka n makan sampai licin!

Our dinner
Tengah2 makan kami disapa oleh sorang awek ni. Rupanya dia ni org Pahang, buat industrial training kat BMC. Namanya Dayah. Very peramah. Kesian dia sebab dia sorang2 je budak Msia kat sini. Tu yang excited bila jumpa kami. Dayah ni amek kos Food Science kat Universiti of Malaysia Terengganu. Tapi dia nye training dah nak abis dah. Minggu depan dah nak balik Msia. Walopun baru few months kat sini, slang Indon pekat okeh! Kak Kiah hampir2 tak pasti dia ni orang Msia ke orang Indon asalnya tadi huhuhu..

Banyak gak kami sembang. Dari pengalaman dia dok sini sampai la ke citer antu Indon haha. Sempat gak kami pelawa dia join kami soping kat Pasar Baru nanti. Ye la, dia kan dah macam penduduk sini dah. Tau mana kedai yang best, jadi maybe leh la bantu kami membargain harga murah. Sebelum balik, kami bertukar2 no hp. Senang nanti apa2 hal leh roger2..

Us with Dayah
Dekat kul 10pm baru la kami balik. Sampai je hotel kengkawan berdua tu dah melepek nak tido. Kak Kiah pulak bergayut tipun boipren bagi laporan (masa ni lom break lagi huhu). Lepas tu dok buat kira2 n get redi planning untuk esok. Kalo boleh tanak la esok punye plan kacau-bilau macam hari ni. Bila dah buat semakan rupiah, wah untuk hari ni je Kak Kiah dah belanja almost RM180! Gila babas Kak Kiah soping rupanya.
Antara hasil rampasan hari pertama
Kat kul 1am baru Kak Kiah lelap. Tu pun asek terjaga bunyi bising orang tingkat atas hempas toilet seat cover la, seret kerusi la.. Haishh..

BANDUNG – DAY 0 – ARRIVAL

Sepatutnya Kak Kiah tulis pasal percutian di Bandung dulu before Seoul. Tapi sebab Kak Kiah lebih banyak memori tentang Seoul, tu yang excited buat entry Seoul dulu huhu..

Ok citer pasal trip ke Bandung..

Bandung ni merupakan trip obersee Kak Kiah yang pertama sebagai tanda protes kepada boipren Kak Kiah yang tak suka Kak Kiah jalan tu. Actually angan2 nak ke Bandung ni dah bermula sejak 2011. Tapi memandangkan geng jalan Kak Kiah tu cikgu n tiap tahun kena jaga bebudak SPM, agak sukar Kak Kiah nak dapatkan date yang sesuai untuk trip ni. Sudahnya early 2012 bila dah dapat jadual persekolahan tu baru decide tarikh n beli tix. Harga agak mahal RM435 rtn. Kalo beli time promo boleh aje dapat RM100+ rtn, but of coz kne beli tix setahun awal ler. Kami pergi bertiga, Kak Kiah, Cikgu Elly & Cikgu Shikin pada 29/5/2012 sampai 3/6/2012, total 5H5M.

Sebelum nak pegi tu, Kak Kiah la yang dok cari info, book hotel, supir pelbagai sebab excited nak jalan kan. Maklum la ni first time nak organise trip gi obersee. Tanak pakai agent lak tu. Kalo dalam Msia takde la cuak sangat. Risau jugak takut kengkawan tak enjoy lak jalan ngan Kak Kiah. So I tried my best nak match kan sume orang punye citarasa. Macam Kak Kiah ni idok le nak bersoping sangat (ye la tu), but yang berdua tu memang kaki soping. So itinerary Kak Kiah memang lebih banyak acara menyoping je lah.

Kami flight kul 11.15pm. Cikgu2 berdua tu dari Mersing so janji jumpa kat LCCT dalam kul 10pm. On the 29th, Kak Kiah masih keje full day lagi (dedikasi okeh). Tapi Kak Kiah mintak bos balik awal sejam yakni kul 4pm sebab takut lambat sampai LCCT. Untuk balik awal sejam ni pun Kak Kiah tak rehat waktu lunch tau (sebab tu bos sayang haha). Tapi Kak Kiah takde la balik rumah terus. Singgah dulu Billion nak tukau duit rupiah. Actually Kak Kiah dah kirim tukar duit kat Cikgu Elly seblom ni, tapi Kak Kiah takut tak cukup duit pulak nak bersoping nanti. Up la sket barang seratus dua. 

Lepas Asar, dalam kul 6pm baru Kak Kiah gerak. Drive sorang2. Masa ni berdebar2 Tuhan je yang tau. Kak Kiah ni kan bongok sikit bab driving ni. Pas tu nak drive sorang2 dengan xde GPS ke apa, cuma print map je jalan nak ke Sepang tu. Pas tu kuar time peak hour harus la keta beribu2 lemon atas jalan tu kan. Tapi Kak Kiah kuatkan hati, dalam keta bukak CD yasin nak bagi kurangkan rasa takut n gemuruh.

About kul 8+pm, Kak Kiah benti kat Seremban makan n solat dulu. Takut kang kat airport tak sempat lak nak solat. Kul 9pm baru Kak Kiah gerak semula menuju ke LCCT. Kak Kiah plan nak park keta kat Tune Hotel sebab kalo park kat LCCT mahal woo.. RM46 sehari! Kat Tune cuma RM20 sehari, lebih murah n selamat sebab dalam kawasan hotel, ada CCTV n ada guard jaga.

So dari kejauhan nak dekat2 LCCT tu Kak Kiah dah nampak bangunan Tune Hotel ni. Sekali tu Kak Kiah boleh tersalah masuk lorong one way, nak gostan tak buleh. Dah tak memasal Kak Kiah kena kuar balik ke highway. Menonong2 jap cari jalan patah balik ke LCCT. Hehe kalut betul..

Sampai je Tune, alhamdulillah ada parking kosong. 
Senget-benget kau parking ye kiah.. haha..
Lepas siap pastikan Jamilah (keta Kak Kiah) dalam keadaan selamat, Kak Kiah terus amek shuttle bus untuk ke LCCT. Murah je naik bas ni – RM1. Tak sampai 10 min dah sampai. Plus takyah susah2 angkut beg. Sume drebar tu yang buatkan. 

Dalam bas ada kapel dari Australia ni nak fly balik kampung katanya. Peramah gak theyols. Sempat gak kami borak2 sampai la kat Departure Hall tu.

Bila dah sampai, ngam2 je kengkawan Kak Kiah tepon. Rupanya diorang pun baru sampai. Terus kami buat check in luggage. Memasing dah excited. Masa ni Kak Kiah memang darat habis. Maklum la dah lama tak nek kapal terbang, last pun masa balik dari UK in 98. Tercangak2 dari baggage drop area tu nak sampai ke boarding hall hehe.. 
We're ready uols!
Tersengih2 memasing kerana begitu teruja
Bila boarding gate dah bukak, kami pun terus la menuju ke kapal terbang Air Asia. Huh cinonet rupanya kapal terbang diorang ni ek. Seat pun sempit giler. Rasa macam sesak napas. But ni lah sebabnya tambang dia murah kan, selagi boleh save kos, sumbat sebanyak mungkin manusia dalam ni.
Now everyone can fly maa..
Masa perjalanan ialah 2 jam dari LCCT ke Bandung. Dalam flight tu Kak Kiah dok tepi tingkap, sebelah 2 orang melayu. Cikgu2 berdua tu dok depan Kak Kiah. Sepanjang perjalanan Kak Kiah rasa sangat2 tak selesa. Hidung sakit. Telinga sakit. Kepala pun berdenyut2. Kat luar tu pulak hujan, so kapal terbang tu macam tak stabil terumbang-ambing which agak merisaukan Kak Kiah. Ingatkan nak membaca tapi last2 tak dapat buat apa pun. Tekak pulak kering. Rasa nyesal sangat tak seludup air dalam hand luggage tadi. Nak beli air kedekut lak tu huhu.. Dalam hati dok berdoa mudah2an sampai dengan selamat..

Alhamdulillah, akhirnya kul 12.20am kami pun touch down kat Airport Hussien Sastranegara, Bandung. Mind u waktu Indon lambat sejam waktu Msia ok. 
Airport = Bandara
Lepas setel urusan kastam, imigresen n baggage claim kami terus ke pintu depan tu nak amek cab ke hotel. Untuk amek cab kita pegi kat kaunter teksi kat luar tu cakap nak cab. Nanti dia bagi la macam kupon teksi ada tulis plat no kat situ. Tambang cab Rp40,000-50,000.

Hujan agak lebat masa ni. Kak Kiah dah mula risau takut tak cuaca tak best sepanjang kat Bandung ni. Maklum la Kak Kiah memang tak cek lansung ramalan kaji cuaca nih. Konfiden je sangka panas sampai ke petang gituh.
Letih namun bersyukur sebab dah selamat sampai
Lama tunggu cab dekat setengah jam baru muncul. Punyalah tension sebab masing2 dah kengantukan. Kami pun menuju ke Hotel Patradisa di Jalan Wastu Kenchana (dekat area Balai Kota). Hotel ni Kak Kiah book melalui Kak Lina dari forum CARI.
Hotel Patradisa - sekali pandang macam Rumah Tumpangan Ah Lok
Sampai je kat Hotel Patradisa, Kak Kiah tengok malap je tempat ni. Ada 3 orang lelaki kat area receptionist tu tengah borak2 then pandang2 weols. Agak menyeramkan. Pastu Kak Kiah bagitau la nak check in kan. Skali tu budak tu kata takde pun nama Kak Kiah untuk reservation hari ni, esok ada la but boleh check in kul 2pm. I was like whaaaattttt???? Hah mula la Kak Kiah bebel2 lepas tu sebab Kak Kiah memang ada print out sume communication ngan Kak Lina kan. Apparently dia tak baca betul2 email Kak Kiah. I clearly told her sampai 2,3 kali yang Kak Kiah akan sampai 1-2am on the 30th. Memang Kak Kiah masa tu bengang habis. Takkan kitorang nak tido tepi jalan pulak kan? Dah la kat reservation tu tulis Kak Kiah amek bilik cuma untuk 3 malam je, meaning untuk final night nanti kena pindah bilik. Macam lahanat..

Anyway, nasib baik la ada bilik available, walopun twin room aje. But kne la additional one more night dalam kos accomodation since ada masalah miskomunikasi ni kan. Nak gado further pun maleh sebab kesian tengok muka Cikgu Elly & Cikgu Shikin pun dah kepenatan.
Twin Room saja yang available untuk malam ni

Sampai je bilik dengan rela hatinya Kak Kiah volunteer tido bawah. Ye lah mistake Kak Kiah gak before fly tak dabel cek ngan Kak Lina lagi sekali kan. Dah la bilik sempit, kne tido atas simen ye (takde pun budak receptionist tu nak bagi toto ke hapa ke jadah tol). Nasib baik Cikgu Elly kesian kat Kak Kiah dia pun bagi dia nye selimut untuk Kak Kiah buat alas.

Dekat kul 4 pagi baru Kak Kiah tido. Tu pun lepas puas mencarut dalam hati..