Tuesday, December 31, 2013

MELBOURNE – DAY 1 – ROYAL BOTANIC GARDENS

RBG ni kedudukannya sebelah je ngan Shrine of Remembrance. Tapi kena jalan lah sikit. And garden ni sebenarnya tersangatlah luas. Ada 8 pintu masuk, Gate A sampai H. Dari Shrine Kak Kiah masuk ikut Gate G.


Since masa ni pun dah petang, Kak Kiah takde la nak cover semua. Just cover sampai lake je. Tu pun risau sebab tengok cam tak ramai orang. Kalo ramai pun dekat area2 mengadap Alexandra Avenue sebab ramai orang joging2 situ.

Masa ni dah end of spring, so bunga2 pun tak berapa nak mekar sangat. Tapi sebab suka sangat tengok bunga comel2, agak ghalit jugak Kak Kiah kat sini. Sebab memang macam2 species ada tau. Pastu bau wangiiiii jer....

This entry tak banyak cerita. So moh ler tengok gambo ye...





Kak Kiah melepas lelah..
Bunga2 yang comel




Salah satu kolam di Pioneer Women's Memorial Garden
Lagi bunga2an comel
Kaktus pun ada
Laluan menuju ke Ornamental Lake. Wangi betul area ni..



Pasangan itik bergumbira di waktu petang
Ornamental Lake

Peaceful

Merenung nasib diri huhuhu..
Pokok ni cam yang kat Cameron Highland tapi saiz lagi bagak
Dalam garden ni sebenarnya aman damai je. Sesuai la bawak family lepak2 sini petang2. Tapi datang awal la sikit jangan senja2 lak macam Kak Kiah ni huhu.. naseb baik takde momok Ostolia ikut balik..

Dah kul 7pm Kak Kiah pun kuar la dari Gate A and menyusur Alexandra Avenue sebab nak ke city balik. Nak tau ngape tak direct terus pegi Msian Hall? Hehee.. sebenarnya Kak Kiah terlupa nak salin direction naik tram apa n benti kat mana uols. Hazabedah kan?

Masalahnya punyelah jauh ya rabbi Gate A tu nak ke St Kilda Rd. Menapak cam nak tecabut kaki. Tengok peta macam dekat hehe. Jalan punye jalan dekat 45 min kot baru sampai St Kilda Rd tu, tembus depan NGV & Arts Centre. Pastu tengok2 cam dah tak jauh dari Princess Bridge and Federation Square. So... jalan lah lagi... masa ni memang tatau la nak cakap. Meraung kaki ni ha.

Lalu kat Princess Bridge masa ni dah masuk Maghrib dah. Sempat amek gambo kejap walopun gambo kureng sebab senja kan. 

View of Yarra River dari Princess Bridge
The Flinders
The Southbank
Then lepak kat Federation Square untuk online semata. Lepas check cemana nak ke Msian Hall, terus tahan tram and patah balik lalu St Kilda Rd semula untuk ke Msian Hall. Sedih kan cara perancangan Kak Kiah ni? Caca merba. Hai nasib baik la sorang. Kalo ada group ni memang harus dapat makian percuma hahaha...

MELBOURNE – DAY 1 – SHRINE OF REMEMBRANCE

Lepas dah siap unpack, semayang n tambah layer baju (sejok siot tak sangka ai), Kak Kiah pun bergerak keluar untuk ke Shrine of Remembrance.

Before pegi tu actually ada dapat email dari satu chef ni yang kije kat Msian Hall. Kak Kiah ada mintak tolong dia arrangekan tour ke Philip Island esok. Dia email dia kata ada kat area2 Space Hotel tu and kalo nak ke Shrine dia leh anto sebab dah satu jalan nak ke Msian Hall. Tapi bila turun takde pulak nampak mana2 melayu. Nak email, kt bawah tetibe takde lain pulak. Haru betul lah. Ni la padahnya bila takde henpon kat sini.

So last2 Kak Kiah menapak je la dulu sementara mata melilau2 cari public phone. Dah jumpa public phone, call2 tak dapat lak. Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami katanya (in english of coz huhu). Masalah is the problem lah. Last2 menapak lagi sampai kat Federation Square sebab masa ni kat sini je tempat yang Kak Kiah tau ada free wifi. Terus email kat Chef bagitau Kak Kiah pegi Shrine of Remembrance dulu and akan ke Msian Hall sendiri lepas tu. Kak Kiah bukan apa, takut pulak menyusahkan dia kan tunggu2 Kak Kiah.

Dari Federation Square ni Kak Kiah pun amek tram untuk ke Shrine of Remembrance. Oh ya lupa nak habaq, nak naik tram ni kena ada MyKi card. Boleh beli kat memana convenience store dengan harga 6AUD. Pastu top la ikut suka. In my case, Kak Kiah topup ikut daily sebab ada hari naik tram ada hari tak naik tram kan. Kalo rasa2 cam nak naik tram tu lama (more than 2 hrs) top la 7AUD. Kalo rasa kejap je top up la min 3.50AUD. Nak senang, topup 7AUDx berapa hari kat sini. Takyah pening kepala. Kalo ada belen, simpan je lah untuk next visit hehee... (boleh refund tapi leceh nak kena isi form bagai).

MyKi Card
Shrine of Remembrance ni located kat along St Silda Rd. Nampak dalam peta cam dekat je dari Fed Square tapi kalo menapak, begegor gak le tempurung lutut. Nak gi sana amek memana tram menghala ke Glen Iris/East Brighton/or apa2 yang via St Kilda (Route 3/3a/5/6/8/16/64/67/72) and stop kat Domain Interchange/St Kilda Rd (Stop#20). Kalo rasa cam pening nak hafal, leh check out time table n journey kat http://ptv.vic.gov.au (provided ko ada wifi sentiasa lah kan). Kalo takde, salin je kat kertas cam Kak Kiah ni hehee..

Shrine of Remembrance ni actually lebih kurang cam Tugu Negara la untuk kita, tempat memorial untuk mengenang patriot2 Aussie yang terkorban ketika WW1 & WWII.


Masa Kak Kiah sampai ni malangnya dah lepas kul 5pm so tak dapat la masuk dalam. Kalo masuk dalam dapat la tengok exhibition kat dalam tu. Ada guided tour jugak la at 11am and 2pm selama setengah jam kalo nak story lebih detail. And actually few days before, yakni 11hb November adalah diorang punye Hari Pahlawan. So I guess kalo dapat datang masa tu sure best kan. Tengok army veterans diorang punye perarakan n upacara remembrance tu.

So akhirnya amek gambo kat luar je la.. Jom layan piccas..


 
Australia ada anto soldiers dia ke Malaya dari 1948-1960
View of Melbourne dari Shrrine. Canteks kan?
View dari tepi
"LET ALL MEN KNOW THAT THIS IS HOLY GROUND. THIS SHRINE ESTABLISHED IN THE HEARTS OF MEN AS ON THE SOLID EARTH COMMEMORATES A PEOPLES FORTITUDE AND SACRIFICE. YE THEREFORE THAT COME AFTER GIVE REMEMBRANCE" Kat tepi tu ada sculpture buttresses, representing Patriotism, Sacrifice, Justice and Peace & Goodwil (ada pompuan, dua singa n budak kecik tengah2).


Api ni memang tak pernah padam, simbol pada eternal life lah kononnya pada yang dah terkorban tu. Kat tugu ni ada listed nama2 tempat berlakunya perang.

Field of Poppies
Bunga poppi ni kira bunga rasmi untuk Remembrance Day. Cam kita punye bunga raya untuk Hari Pahlawan. Boleh beli kat Visitor Center and tanam sini kalo mau.


Cobbers ni statue untuk mengingati mereka yang terkorban dalam Battle of Fromelles kat France tahun 1916. Dalam sejarah Australia, perang ni yang paling teruk sekali sebab mengorbankan more than 5,000 soldiers.

The Drivers and The Wipers

Tribute to War Horses. Untuk kuda2 yang terkorban masa perang pun ada.



Anyway, masa Kak Kiah datang ada few area yang tengah buat construction. So Kak Kiah ada miss lah tengok few things. Plus agak tergesa2 gak sebab tengok jam masa tu dah nak kul 6pm and Kak Kiah nak pegi Royal Botanical Garden. Even though masa siang panjang (sunset kul 8+) tapi sebab first day kan, macam takut gak la sesat ke apa dalam garden tu nanti.

Next stop – Royal Botanical Gardens, nantikan update dari Kak Kiah uols..

MELBOURNE – SPACE HOTEL

Ok citer pasal hotel lak. Hotel ni Kak Kiah dah book awal2 thru hostelbookers. Memula ingat cam nak dok kat Malaysian Hall sebab cheaper, tapi ada orang kata takleh lebih dari 5 malam so tak jadik la.. plus Malaysian Hall tu cam jauh sket dari city kan nanti leceh lak asek nak kena naik turun tram.

Space Hotel ni located kat Russell St, depan Old Melbourne Gaol. Location wise ok la sebab dekat ngan Swanston St, Melbourne Central Station, RMIT University, Melbourne University, Carlton Gardens and Victoria Market. Dia takde lah dok betul2 tengah city tu so u still have to walk la. Untuk pegi sini boleh naik train sampai Melbourne Central or naik tram and benti kat Russell St.
The Space Hotel, Melbourne
Harga per night untuk female 6 dormitory ialah 36AUD. Masa booking just bayar 10%, the rest masa check in. Wifi kat sini bayar ye takdak free2 (bab ni memang tak best). 3AUD per hour or 10AUD per day.

So lepas dah meronda2 tadi, Kak Kiah pun sampai la ke hotel. Terus buat bayaran semua. Pastu jangan lupa ye ada deposit 100AUD. Masa ni agak terkedu gak Kak Kiah sebab tak calculate lak kos deposit ni masa buat bajet aritu. Dah la dalam tangan tak banyak dolar ni. ATM+ lak tak activate. Credit card? Memang tak pakai sebab tak minat utang2. Maknanya ada kemungkinan besar duit soping akan short la 100AUD kan? Sobs sobs....RM300 tu tau...

Reception Counter
Ok lah dah setel hal check in, diorang pun bagi card ni.


Card ni kira cam kunci la untuk bukak pintu. Kat sini security memang bagus la, merata2 cctv and segala pintu sume lock. Nak bukak kena pakai kad ni. Nak masuk jamban pun kena pakai kad ni kalo tak lampu tak nyala (macam bilik hotel Msia la).

Jom tengok bilik. 

My room -702

Ada 3 katil dabel decker, alhamdulillah Kak Kiah dapat katil ujung tepi tingkap. Senang nak semayang. Setiap katil ada diberi satu locker, include 1 bantal, selimut, cadar & tuala. Ada few hangers. Ada 2 plug kat luar locker, satu plug dalam locker. Locker takde lock tau.. so make sure kena bawak padlock.

Masa Kak Kiah masuk ni takde sapa2 dalam bilik. Tapi tengok keadaan katil2 jiran, cam semua ada orang la.

So kita melawat kawasan dulu. 

Shower & toilet. Kalo ada orang kat dalam kan, dari luar akan dengar lagu. Tatau cemana diorang buat haha..
Toilet sharing ye baik laki mahupun pompuan. Akan tetapi no worries la sebab each floor ada at least 2 toilet+shower and 2 shower. So jarang la full. Kalo full gak, still boleh pegi floor lain (in case nak terkucil sangat la). Toilet & shower sentiasa bersih sebab staff sini memang rajin2.

Tempat buat air n amek air panas
Pastu each floor akan ada pantry ni kalo nak buat air. Air panas n styrofoam cup disediakan. Tapi kopi or teh paket kena bawak sendiri or leh amek kat kitchen kat 5th floor).

Space hotel ni ada 8 floors ada ada 2 lift. 1 lift untuk floor 1-5. 1 lagi lift untuk floor 5-8. 


Internet Cafe
Space Travel
Space Bar
Ground floor dekat ngan receptionist ada Internet Cafe, Space Travel & Space Bar. Internet Cafe ni tak pasti rate dia berapa, tapi agak mahal sikit dari wifi. Space Travel ni tempat kalo nak dapat info or nak arrange tour. Ada staff la dok sini dari 8-5. Space Bar lak tempat hang out memalam kalo nak bermabok2an. Kak Kiah tak masuk la.. tengok dari luar je. Kalo waktu malam memang penuh bar tu.

Tempat2 menarik di sekitar
Pamplets & brochures untuk hotel guests
Untuk kesenangan para OKU
Mesin ATM & lolipop pon ado..
Level 1 ada Meeting Space untuk meeting2. Level 2 ada Movie Space. Ha best tau ada wayang kauu.. Pastu sentiasa on 24 jam walopun takde orang. Kalo rasa bosan tatau nak buat apa leh mai sini, tengok wayang or buat wayang kekeke...

The Movie Space


Level 3 ada Workout Space. Boleh bersenam2 sini.



Sambil mengayuh leh layan movie gaks
Level 4 ada Lounge Space. Nothing much cuma ada port untuk santai2 membaca and borak2.



Level 5 ada Food & Laundry Space. Kat sini leh masak-memasak, makan2 and dobi baju. Kitchen dia memang best and beso. Tapi kalo nak masak, bawak la utensil sendiri. Kat sini kalo nak pakai kena sewa lah pulak, plus kena samak lagi. Microwave, oven, toaster semua ada. Guna je mana yang bekenan di hati.

Tempat memasak. Sentiasa bersih.

Nak cari mamat2 macho pandai masak, malam2 lepak la sini... fuh terer ok diorang masak dah macam Chef Joe!
Barang2 makanan kena simpan dalam beg and store either kat rak yang disediakan or dalam freezer. Tak kesah la baper banyak makanan nak bawak, janji mesti letak tag nama & check out date kat beg tu.  

Freezer untuk simpan makanan2 sejuk. Mesti ada beg & letak tag. Takde tag akan dikira hak semua hehe..

Kat sini leh buat air. Free flow coffee n tea. Lengkap semuanya.



Pastu ada 2 vending machine. Satu untuk cold drinks. Satu lagi untuk jajan2 atau toiletries cam shampoo, ubat gigi, sabun, tampons etc. Senang kan.. masuk coin je takyah susah2 gi 7-11.


Kat eating space ni leh tengok TV. Memalam syiok dok sini sebab jumpa ramai kawan baru (yang hensem2 lagi macho ahaha)..

Selain kitchen, ada laundry gak. Leh cuci baju, dry or gosok baju (so no need bawak iron).  Tapi nak cuci agak mahal gak 5AUD satu kali cuci, sabun 2AUD, dry 3AUD. 

Mesin basuh. Mahal. Kalo selai dua tu takyah la basuh sini, bawak balik Mesia jer..
 


Next, tempat yang paling feveret sekali.. of coz la ROOFTOP! Hehee.. Kat roof top ni best la sebab pemandangan best n syiok untuk lepak2. Ada jakuzi lagi tau. Pagi2 leh datang sini layan kopi and cuci mata tengok mat2 saleh badan perkasa berjakuzi ahahaha...

The Rooftop - bukak 7am-9pm.

Rumput tu tipu2 nye. Leh basuh lagi huhu..
Me - chillaxing
Main candy crush ler tuuu...

The Jakuzi. Best oo.. Tapi Kak Kiah idok le mandi sini sebab peraturannye kena pakai bikini gituh!
Pemandangan cantik dari rooftop

RMIT Univ sebelah jer.. Yang lebar bulat tu kubah State Library yang Kak Kiah pegi tu
Old Melbourne Gaol - prison lama. Tapi leh datang tour sini. Ned Kelly yang femes tu mati kat sini la. N oh ya.. tempat ni haunted uols. Malam2 leh join diorang buat ghost tour sini. Serem akak..
Overall, Space Hotel ni memang best la. Dah le staff2 dia baik n peramah, tempat pun selesa and selamat. Pastu kadang2 diorang ada cheaper tour package lagi. Contohnya cam Eureka Skydeck tu kalo pegi sendiri 18.50AUD, kalo book ngan diorang 15AUD je. Kan dah jimat tu. Nak pegi St Kilda Beach pun ada free transportation dari sini. Just bagitau je staff nanti diorang akan arrangekan. Memang no wonder la Space Hotel ni menang 2013 Victorian Tourism Award. Chaiyok!!

Tapi ada gak yang tak bestnya uols. Bab wifi la... tension makcik. Hari2 bayo 10AUD untuk menatang ni tau. Tapi pakai 3-4 jam dah sampai limit. Macam syaitonirrajim betul lah. Pastu my dormates ada yang ramah ada yang tak. Most of them jenis yang kul 8pm dah tido n tutup lampu. Apakah??? Kira sepanjang kat sini Kak Kiah la orang pertama bangun tido n orang last tido tau. Tu pun dok risau la kot2 pergerakan kita tu mengganggu theyols. But yang peramah tu ok jugak tak sombong. Mostly kami lepak kat kitchen aje sebab kat bilik takleh nak borak..

That’s all kot bab accommodation kat sini. Harap2 sapa yang solo backpacker tu and nak cari tempat yang sesuai, Kak Kiah memang rekomen sangat lepak sini. Sangat berbaloi!