Tuesday, December 31, 2013

MELBOURNE – DAY 1 – SHRINE OF REMEMBRANCE

Lepas dah siap unpack, semayang n tambah layer baju (sejok siot tak sangka ai), Kak Kiah pun bergerak keluar untuk ke Shrine of Remembrance.

Before pegi tu actually ada dapat email dari satu chef ni yang kije kat Msian Hall. Kak Kiah ada mintak tolong dia arrangekan tour ke Philip Island esok. Dia email dia kata ada kat area2 Space Hotel tu and kalo nak ke Shrine dia leh anto sebab dah satu jalan nak ke Msian Hall. Tapi bila turun takde pulak nampak mana2 melayu. Nak email, kt bawah tetibe takde lain pulak. Haru betul lah. Ni la padahnya bila takde henpon kat sini.

So last2 Kak Kiah menapak je la dulu sementara mata melilau2 cari public phone. Dah jumpa public phone, call2 tak dapat lak. Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami katanya (in english of coz huhu). Masalah is the problem lah. Last2 menapak lagi sampai kat Federation Square sebab masa ni kat sini je tempat yang Kak Kiah tau ada free wifi. Terus email kat Chef bagitau Kak Kiah pegi Shrine of Remembrance dulu and akan ke Msian Hall sendiri lepas tu. Kak Kiah bukan apa, takut pulak menyusahkan dia kan tunggu2 Kak Kiah.

Dari Federation Square ni Kak Kiah pun amek tram untuk ke Shrine of Remembrance. Oh ya lupa nak habaq, nak naik tram ni kena ada MyKi card. Boleh beli kat memana convenience store dengan harga 6AUD. Pastu top la ikut suka. In my case, Kak Kiah topup ikut daily sebab ada hari naik tram ada hari tak naik tram kan. Kalo rasa2 cam nak naik tram tu lama (more than 2 hrs) top la 7AUD. Kalo rasa kejap je top up la min 3.50AUD. Nak senang, topup 7AUDx berapa hari kat sini. Takyah pening kepala. Kalo ada belen, simpan je lah untuk next visit hehee... (boleh refund tapi leceh nak kena isi form bagai).

MyKi Card
Shrine of Remembrance ni located kat along St Silda Rd. Nampak dalam peta cam dekat je dari Fed Square tapi kalo menapak, begegor gak le tempurung lutut. Nak gi sana amek memana tram menghala ke Glen Iris/East Brighton/or apa2 yang via St Kilda (Route 3/3a/5/6/8/16/64/67/72) and stop kat Domain Interchange/St Kilda Rd (Stop#20). Kalo rasa cam pening nak hafal, leh check out time table n journey kat http://ptv.vic.gov.au (provided ko ada wifi sentiasa lah kan). Kalo takde, salin je kat kertas cam Kak Kiah ni hehee..

Shrine of Remembrance ni actually lebih kurang cam Tugu Negara la untuk kita, tempat memorial untuk mengenang patriot2 Aussie yang terkorban ketika WW1 & WWII.


Masa Kak Kiah sampai ni malangnya dah lepas kul 5pm so tak dapat la masuk dalam. Kalo masuk dalam dapat la tengok exhibition kat dalam tu. Ada guided tour jugak la at 11am and 2pm selama setengah jam kalo nak story lebih detail. And actually few days before, yakni 11hb November adalah diorang punye Hari Pahlawan. So I guess kalo dapat datang masa tu sure best kan. Tengok army veterans diorang punye perarakan n upacara remembrance tu.

So akhirnya amek gambo kat luar je la.. Jom layan piccas..


 
Australia ada anto soldiers dia ke Malaya dari 1948-1960
View of Melbourne dari Shrrine. Canteks kan?
View dari tepi
"LET ALL MEN KNOW THAT THIS IS HOLY GROUND. THIS SHRINE ESTABLISHED IN THE HEARTS OF MEN AS ON THE SOLID EARTH COMMEMORATES A PEOPLES FORTITUDE AND SACRIFICE. YE THEREFORE THAT COME AFTER GIVE REMEMBRANCE" Kat tepi tu ada sculpture buttresses, representing Patriotism, Sacrifice, Justice and Peace & Goodwil (ada pompuan, dua singa n budak kecik tengah2).


Api ni memang tak pernah padam, simbol pada eternal life lah kononnya pada yang dah terkorban tu. Kat tugu ni ada listed nama2 tempat berlakunya perang.

Field of Poppies
Bunga poppi ni kira bunga rasmi untuk Remembrance Day. Cam kita punye bunga raya untuk Hari Pahlawan. Boleh beli kat Visitor Center and tanam sini kalo mau.


Cobbers ni statue untuk mengingati mereka yang terkorban dalam Battle of Fromelles kat France tahun 1916. Dalam sejarah Australia, perang ni yang paling teruk sekali sebab mengorbankan more than 5,000 soldiers.

The Drivers and The Wipers

Tribute to War Horses. Untuk kuda2 yang terkorban masa perang pun ada.



Anyway, masa Kak Kiah datang ada few area yang tengah buat construction. So Kak Kiah ada miss lah tengok few things. Plus agak tergesa2 gak sebab tengok jam masa tu dah nak kul 6pm and Kak Kiah nak pegi Royal Botanical Garden. Even though masa siang panjang (sunset kul 8+) tapi sebab first day kan, macam takut gak la sesat ke apa dalam garden tu nanti.

Next stop – Royal Botanical Gardens, nantikan update dari Kak Kiah uols..

4 comments:

  1. cantik pulak bungga poppi tu...
    time ms datang dulu tak teringat pun nak datang ke sini...menarik gak tempatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo ada rejeki nak ke sini, KK pun nak mai sini lagi. orang kata better datang before 10am sbb ada cam memorial service apa tah every day 10.30am. dalam shrine tu pun ada banyak stori2 pasal diorang nye army collaboration ngan Msian Army.

      Delete
  2. Api tu tak pernah padam..api betul ke tipu2...kalau lah hujan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Api betul noks. Gak tau lah kalo ujan gimana. Tapi rasanya still nyala kot. Sumbu baek punye huhu..

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.