Lepas Subuh Kak Kiah
tertido balik. Sedar2 dah kul 9.30am. Tengok Koh dah siap mandi sume. Huhu..
penangan tableh tido semalam punya pasal la ni. Padahal plan nak tengok sunrise
di Tonle Sap River. Hampeh dot com tak memasal terlajak.
Hari ni acara kami adalah
santai2 dan meronda2 di Phnom Penh je sebab esok pagi baru kami akan bertolak
ke Ho Chi Minh. Oh ya lupa nak habaq. Tiket bas kami beli dah semalam masa on
the way balik dari Tuol Sleng. Syarikat bas tu namanya 15SH, recommended by
pakcik restoran Iraq tempat kami lunch semalam. Harga tiket USD8.
Guesthouse ni takde
sediakan bekpes so Kak Kiah makan buah dan biskut je. Bancuh kopi pun pakai air
mineral. Minum kopi sejuk jawabnya. Sedeh!
Lepas siap2 kami pun
keluar. Since bas kami esok kul 5am jadi Koh pegi deal dengan owner guesthouse
ni dulu untuk arrangekan tuk2 esok pagi. Kak Kiah pulak terjebak melayan sorang
pakcik tourist dari Netherland ngan sorang tuk2 driver yang beriye suh naik
tuk2 dia. Pakcik tourist tu pernah gi Indon so pandai sikit la cakap BM.
Peramah pulak tu. Dia sorang je datang melancong kat sini. Yang tuk2 driver tu
tukang nyampuk. Tapi ok la nasib baik bukan jenis pushy.
|
Pakcik Netherland, tuk2 driver yang direject dan KK yang bermata sembab |
Destinasi kami yang
pertama ialah National Museum.
|
KK di depan National Museum Phnom Penh |
|
Bangunan ni banyak ciri2 Khmer dan Thailand |
|
Aksi penceroboh tanak bayo duit tiket masuk |
|
Ukiran kat bumbung dan atap tu memang cantik |
National Museum ni
kalo jenis minat nak tau lebih lanjut tentang sejarah Cambodia bole la spend masa
kat sini. Harga tiket masuk USD5. Kami tanak masuk so just amek gambo dari luar
je.
Pastu kami menapak ke
Royal Palace pulak. Tak jauh dari National Museum, cuma 5 minit jalan kaki.
Singgah sat kat Royal
Palace Park sebab rasa macam best je untuk berposing2.
|
Pavilion. Kat sini King duduk tengok parade. |
|
Dataran depan Royal Palace. King Cambodia baru celebrate bday dia few weeks ago. |
|
The Moonlight Pavillion |
|
Ada banyak burung merpati sini. |
|
Boleh tahan jinak. Kat sini ada orang jual makanan burung so bole la beli and bagi pigeon makan kalo mau. |
|
Current King - Norodom Sihamoni. Hensem kan beliau? Tapiii.. |
Royal Palace ni kalo
nak masuk harga entrance fee ialah USD6.50. Pun kami tak masuk gak. Just amek
gambo dari luar.
|
Royal Palace |
|
Pagoda |
|
Amek gambo dari luar pagar je |
|
Atap pun jadik lah |
Kak Kiah sebenarnya
sakit hati bila tengok Royal Palace ni. Lawa tu memang lawa. Hebat tu memang
hebat. Tapi keliling palace ni je memang ramai pengemis, budak2 mintak sedekah
dan tuk2 driver yang dok pujuk tourist naik tuk2 untuk dapatkan sesuap nasik. I
was like.. apa sebenarnya King ni buat dalam istana tu? Tak tengok rakyat ke?
Bizi sangat hias istana nak bagi lagi grand? Ok ok Kak Kiah faham Cambodia
mundur salah satunya lepas pemerintahan Pol Pot dan Cambodian-Vietnamese War.
Tapi sejak King ni naik takhta since 2004 sampai sekarang pun macam takde apa2
function. Lebih kepada jadik “puppet king”. Just nak teruskan sistem monarki tu
je tapi power semua bagi Prime Minister pegang. Prime Minister pulak jenis
mengayakan kroni2 sendiri, dah 25 tahun berkuasa tak reti2 nak step down.
Penyudahnya rakyat jadi mangsa.
Kan akak dah emo..
FYI, King Cambodia
sekarang ni masih bujang lagi so memang takde lagi pewaris takhta. Walopun dia
hensem, tapi latar belakang dia yang minat ballet dance membuatkan Kak Kiah
rasa dia sesuatu sangat. Dah la dia cakap anggap semua perempuan tu sebagai
“sisters”. Suspicious kan? Ntah2 dalam lemari tak? (mati laa speku raja negara
orang). Tapi kalo sampai sudah dia takde anak, rasa2nya sistem monarki ni akan
tamat jugak satu hari nanti.
Apapun nasib rakyat
Cambodia ni bergantung pada situasi politik negara ni sendiri. Selagi si
diktator Hun Sen tu masih jadik PM, selagi tu la rakyat kekal miskin. Dah la
dia tu pun lebih kurang Pol Pot jugak ada seksa2 sapa yang against dia. Kak
Kiah berdoa semoga satu hari nanti dia akan digulingkan jugak dan Cambodia
boleh membangun serta tak ketinggalan dengan negara2 lain. Patriotik tak ahkak?
Huhu. Boleh tukar kerakyatan pas ni.
Dari Royal Palace kami
menuju ke Independence Monument lak.
Sebelum sampai monumen
tu singgah dulu sini.
|
Replika apa ni tak sure. Tapi sakan la KK & Koh amek take ni berkali2 nak bagi nampak cam beciom. Haha takde keje sungguh.. |
|
Tugu bagi memperingati mereka yang terkorban dalam Cambodian-Vietnamese War |
|
The fountain. Memalam ada la kot pancut-pancutan di sini. |
|
Inilah dia Independence Monument - didirikan lepas Cambodia menyambut kemerdekaan |
|
Monumen ni berbentuk bunga lotus |
|
Patung King Sihanouk - bapa kemerdekaan Cambodia |
Cambodia ni mencapai
merdeka pada tahun 1953 dari Perancis during the rule of King Norodom Sihanouk,
apak kepada King sekarang. King Sihanouk ni lagi boleh diharap la kalo nak
dibanding dengan anak dia. Asalnya dia ni geng dengan Pol Pot tu, sebab Pol Pot ni adik pada salah sorang gundik dia. And Pol Pot yang dapatkan balik takhta dia lepas Cambodia bertukar kejap jadi sebuah negara republik. Tapi walopun dia ni pro-communism, bila dia tengok apa
yang Pol Pot dah buat kat rakyat Cambodia dia berani jugak la menentang dan komplen
kat UN. Sampai terpaksa seek asylum kat China sebab tanak cooperate dengan
Khmer Rouge.
Dari Independence
Monument, kami membetis lagi menyusur Norodom Boulevard menghala ke Wat Phnom.
Punyalah nak jimat duit sanggup tanak amek tuk2 hehe.. Tapi ok jugak la sebab
sepanjang jalan ni memang banyak embassy dan organisasi bawah UN macam UNHCR,
UNICEF dan UNTAC. Teringat pulak kat Angelina Jolie amek anak angkat Cambodia n
jadik ambassador UNHCR lepas balik dari shooting film Tomb Raider kat sini.
|
Budak2 pegi skolah. Sedih tengok attire diorang, asal boleh je.. |
|
Kereta mewah tetiba menyelit. Rasa macam nak sagat je bila tengok.. |
Jalan punya jalan
sekali ternampak satu kedai ni ada bendera Malaysia kat luar. Huh apa lagi..
perut pun dah lapar. Baik kita soru dulu.
|
Malaysia Restaurant di St 13. Dekat ngan Central Market. |
|
Rupa paras dalam kedai |
|
Wak Doyok pun hade jual |
|
Our lunch. 11,000 riel je. |
Sempat jugak solat
dulu kat sini. Tapi kedai ni kurang sket la bab kebersihannya. Bila Kak Kiah
masuk dapur tu agak horror sebab nampak tikus. Bau bilik yang Kak Kiah tumpang
tu pun kemain kepam and bau lipas lagi. But bila pikir2 ni kan Phnom Penh,
bukan KL.. nak expect apa kan.. Redha je lah. Janji boleh solat. Makan pun
telan je.. dah lapar jangan banyak sangat cekadak.. Kalo rasa tak lalu nak
telan, lain kali bawak bekal sendiri huhu..
Next destination, Wat
Phnom!
*bersambung
kesiannya kalau duduk bawah pemerintah yang kejam, walaupun tak membunuh cam polpot tu..tapi kesian jugaklah. negara mundur, kebajikan rakyat tak terjaga. macam tak percaya dengan cite kk ni..tahun 2015, tapi sy rasa rakyat diaorang stuck pada tahun 70-80an je..kan?
ReplyDeleteya betul tu mama. kalo study pasal politik Cambodia ni memang geram sangat. sampai sami2 Buddha terpaksa join demo untuk tentang kerajaan skrg. tapi tu la.. corruption banyak sangat under PM dia skrg tu. rakyat dia pulak mentaliti macam lemah sangat, ye lah yang bijak pandai tak ramai.
DeleteKak Kiah is backkkk !!!!!
ReplyDeleteSeronok baca kisah KK .... ada sedih ada tawa dan ada sinis ... hahahahaa
Terima kasih berkongsi cite ...
KK
Di sini ramai pelarian yang menetap ... tetapi generasi baru nih memang tidak tahu akan erti perit dan pengorbanan yang dilalui oleh bapa/ibu dan datuk nenek mereka ... Namum jika kita berbual dengan generasi lama, memang boleh menitiskan airmata!!!
KK ingt dulu masa kecik2 memang ramai pelarian Kemboja datang Msia tahun 70-80an. masa tu tatau kenapa.. skrg baru faham. kesian kan sampai terpaksa tinggalkan tanahair sendiri sebab nak survive.
DeleteTengok pose2 KK dalam gambar dah macam duta Kemboja pulak...hiks.
ReplyDeletehaha lepas duta Seoul jadi duta Lombok.. ni skang tukar jadi duta Kemboja pulak..kena pakai pakaian penari Apsara lah pasni huhuhu
Delete