Hehe.. hari ni Kak
Kiah nak sambung cerita. Sebenarnya lama terhenti sebab agak bizi. Tapi
memandangkan blog ni telah dilink ke forum CARI (tenkiu azra!), rasa cam zalim
bin kijam lak kalo biarkan blog ni bersawang lama2 kan.. huhuhu..
Untuk hari ke 6 ni Kak
Kiah punya plan ialah shopping & free n easy. Kalau ikut plan asal, hari ke
6 ni asalnya nak ke Suwon yakni Korean Folk Village & Hwaseong Fortress.
Tapi memandangkan Suwon ni luar dari Seoul, perjalanan amek masa sikit so Kak
Kiah rasa takut tak sempat nak bersoping di Namdaemun. Makanya plan Suwon
terpaksa dibatalkan dengan rasa pilu.
Alhamdulillah cuaca
hari ni agak baik. So about 9am Kak Kiah dah kuar dari guesthouse dengan
cerianya. Namdaemun Market ni satu station je dari Myeongdong, kira tak jauh la.
Kalo nak membetis boleh gak tapi Kak Kiah jalan pun dah macam OKU terhencot2,
tak sanggup rasanya nak mengazabi kaki sendiri.
Untuk ke Namdaemun ni
kena amek Line 4, berhenti kat Hoehyeon Station exit 5. Tempat ni dibukak
seawal 7am sampai lewat petang, tutup hari Ahad. Kat Namdaemun Market ni macam2 ada – souvenir,
pakaian, makanan, barangan dapo – murah2 n melambak2 gitu esp kat bangunan
E-Lengdang. Kira kalo datang Seoul mesti datang tempat ni la kalo nak soping
souvenir.
Kuar je dari Exit 5,
Kak Kiah ala2 tercangak kejap. Dalam direction kata nak ke E-Lengdang ni, kuar
je exit belok kanan jalan sikit nampak bangunan kaler hijau oren. Kak Kiah pun
dengan memandai2nya kuar dari exit tengok ada pintu gerbang, terus ke kanan.
Jalan punya jalan sampai ke hujung tak nampak langsung bangunan kaler hijau.
Rupanya Kak Kiah salah belok kanan. Sepatutnya kuar je dari Exit 5 tu (exit ni
menyenget tau), terus je ke kanan atau dengan erti kata lain ke belakang la.
Hehe simple punye direction pun tak faham2.
Namdaemun Market |
Jalan punya jalan akhirnya terpandang tulisan E-Lengdang kat satu pintu ni. Toleh atas, eh kaler hijau! Ooo ni rupanya bangunan yang femes tu. Akhirnya jumpa jugak.
Dengan penuh
bersemangat Kak Kiah pun naik la nak tuju ke 2nd floor sebab ada jual brooch.
Kak Kiah ada la bawak alamat satu kedai ni katanya ahjumma tu jual brooch
murah2. Sekali tu eh sesat lagi. Ntah level berapa yang Kak Kiah naik, sekali
tengok tempat jual bunga2an. Rupanya terlajak satu floor. Turun bawah balik.
Bila dah masuk tempat jual brooch tu kan – omak aiiiiii... banyaknya kedai!!
Kedai ahjumma tu no 209. Tapi masa Kak Kiah masuk tu tak nampak langsung no
kedai 200+. Last2 Kak Kiah mintak tolong sorang ahjussi tu owner salah satu
kedai situ nak tanya kat mana kedai no 209. Punyelah baik ahjussi tu siap pegi
call no ahjumma kedai 209. Pastu dia kata tunggu kejap nanti satgi ahjumma tu
datang jemput. Wah! Terharu Kak Kiah uols. Tak sampai 5 minit, ahjumma tu pun
datang. Rupanya kedai dia nun hujung kat belakang. Serious memang besar gile
tempat ni.
Tengok kedai ahjumma
ni alah kecik je rupanya. Muat2 duduk 2 orang je. Tapi barangannya wowww
sungguh menarik uols! Brooch n gelang dia memang cantik2. Ahjumma ni pun baik,
Kak Kiah baru je duduk dia dah bagi kopi n kuih korea yang bentuk ikan isi
kacang hijau (tatau nama). Punyalah bagus servis dia. Masa tu dah terasa2
bagaikan bakal mengalir deras duit won ku di sini hahaha..
Santek-santek semuanyeee... |
Seperti yang dijangka,
memang banyak Kak Kiah memborong kat sini. Actually Kak Kiah ni bukan jenis
pakai gelang. Tapi sebab ahjumma ni pandai memujuk dan mensaiko, Kak Kiah tewas
uols.. tewas!!!
Lepas tu Kak Kiah merayap lagi kat E-Lengdang ni cari souvenir lain pulak. Memula tu ingat nak beli keychain ke, fridge magnet je ke.. sekali tu bila dah nampak souvenir cantik2 mulalah datang perasaan tamak nak beli semua. Rambang mata nokkk..
Bila dah mula risau takut melepasi bajet, akhirnya Kak Kiah pun kuar dari E-Lengdang. Nak merayap kat luar pulak. Konon nak kawal napsu soping kan. Huh hampeh! Nampak t-shirt korea, beli. Nampak kedai k-pop, masuk beli lagi. Beli scarves, beli baju sejok.. haiyyaaaa.. Tangan sampai penuh ngan beg plastik. Ni baru jelajah ¼ je dari market ni, kalo cover semua ni tatau la apa benda lagi yang Kak Kiah beli lagi.
Lepas tu Kak Kiah merayap lagi kat E-Lengdang ni cari souvenir lain pulak. Memula tu ingat nak beli keychain ke, fridge magnet je ke.. sekali tu bila dah nampak souvenir cantik2 mulalah datang perasaan tamak nak beli semua. Rambang mata nokkk..
Bila dah mula risau takut melepasi bajet, akhirnya Kak Kiah pun kuar dari E-Lengdang. Nak merayap kat luar pulak. Konon nak kawal napsu soping kan. Huh hampeh! Nampak t-shirt korea, beli. Nampak kedai k-pop, masuk beli lagi. Beli scarves, beli baju sejok.. haiyyaaaa.. Tangan sampai penuh ngan beg plastik. Ni baru jelajah ¼ je dari market ni, kalo cover semua ni tatau la apa benda lagi yang Kak Kiah beli lagi.
Masa tengah syok2
jalan cuci2 mata tengok barang2, sekali tu dengar ada orang jerit “Apa khabar,
apa khabar”. Kak Kiah toleh tengok ada la mamat korea kat satu stall ni suh
datang dekat. Rupanya stall ni ada jual honey candy yang famous tuh. Mamat
korea tu boleh cakap melayu sikit2. Punya lah laju dia bercakap nak promote
honey candy dia, sambil2 tu dia demo la cemana nak buat honey candy tu. Sekotak
harganya KRW5000 untuk almond & peanut. KRW7000 untuk coklat.
Since honey candy ni
termasuk dalam list ‘must try’ Kak Kiah, dan juga mamat korea itu begitu comel
sekali, maka Kak Kiah borong 5 kotak terus perisa almond, coklat & peanut
hehe.. Mamat korea tu siap cakap “aku cinta padamu”, mau tak cair.. Kalo dia
kata “sudikah jadi isteriku?” memang Kak Kiah borong semua kotak agaknya
kui3x..
Masuk kul 12pm, tengok
tangan pun dah penuh ngan barang2, akhirnya Kak Kiah balik ke guesthouse. Lepas
semayang n lunch, Kak Kiah kuar balik nak merayap Myeongdong pulak.
Lepas tu Kak Kiah
‘terrrrrr’masuk Nature Republic. Hahaha ni sume Jang Geun Seuk punye pasal. Tak
memasal Kak Kiah ‘terrrrrrr’beli BB cream pulak. Kat Msia haram tak pakai
segala menatang krim, datang sini reti pulak beli krim. Harga KRW25,000. Tapi
memang best krim ni. Serta merta nampak kulit muka jelita tau.
Kak Kiah jalan kat
Myeongdong tu laju je sebab risau duit mencurah2 keluar. Asal masuk je kedai,
pasti beli. Kuar je kedai, menyesal.. hehe.. Tapi seronok gak soping kat sini.
Kebanyakkannya barangan kosmetik la yang best. Facial mask, BB cream, snail
cream antara bende yang orang selalu beli kat sini.
Dah penat jalan, Kak
Kiah singgah stall ni ada jual teobokki. Bende ni Kak Kiah selalu sangat tengok
dalam drama Korea. Teringin nak rasa. Kak Kiah beli semangkuk je teobokki
KRW3000 & semangkuk lagi twigim KRW3000 gak. Lepak tepi jalan makan sambil
cuci2 mata. Cuaca lak masa ni dah start sejuk, memang best la makan panas2 ni. Anyway
punyelah jenuh nak habiskan. Banyak okeh! Teobokki ni memang pedas giler tapi
sedap. Last2 Kak Kiah bungkus je bawak balik. Memang senak perut kalo nak
habiskan.
Lepas tu Kak Kiah
merayap lagi sampai ke Namdaemun. Eh Namdaemun lagi? Hehe sebenarnya Kak Kiah
terlupa nak beli kimchi, kawan Kak Kiah kirim.
Namdaemun Market ni petang2 pun ramai je lagi orang. Kali ni Kak Kiah banyak merayap kat food area. Seronok tengok macam2 makanan diorang.
Kesimpulannya kalau nak pergi Namdaemun Market,
definitely seharian kat sini memang best. Macam2 ada.. Tapi duit kalo ada
lebih, laaaagii best!! Hahaha..
Kimchi yang pelbagai - 1kg KRW10,000 |
Namdaemun Market ni petang2 pun ramai je lagi orang. Kali ni Kak Kiah banyak merayap kat food area. Seronok tengok macam2 makanan diorang.
Namdaemun Market - masih sesak dengan manusia walaupun dah lewat petang |
Habis merayap tengok
jam dah dekat kul 5.30pm. Kak Kiah pun terus gerak ke destinasi seterusnya -
Yeouido Park naik cruise uols!! Ok see u next entry..
Salam kak kiah,,
ReplyDeletebrapa RM harga bracelet tuh?cantik
Ni tgh plan budget utk shopping kat sana..takut bawak duit x cukup lak nanti.. :)
salam Liza, bracelet tu antara KRW4000-7000 (RM12-21). sangat2 berkualiti n cantik. kat sini je rasanya bakal lebur RM100-200. unless kuat iman hehe..
DeleteK.kiah, kimchi tu kan, mmg kene beli by kilo yer? beli sket2 bleh tak? nanti diorang wrap dalam ape yer..? tingin plak nak beli
ReplyDeletebole kot beli sket2.. dia tapau bakas tupperware plastik tu and then shrink wrap.
Deletekat kastam lepas ke?atau flight ke?takut airasia tak bagi ke?
Deleteunnie, lepas je.. janji jangan masuk hand luggage. masa pack tu wrap betul2 takut nnt tumpah lak dalam luggage.
DeleteSalam. Kak kiah, saya nak pegi korea bln 5 ni..jd tgh bajet nk beli survenier.. Agak2 bape yg akak abis utk beli survenier tu?
ReplyDeletebajet utk souvenir dalam RM500. maklom la sedara mara kengkawan ramai huhu.. t-shirt 'i love korea' tu KRW10000 3 helai, kalo good quality KRW10000 sehelai. fridge magnet 4 ketul/keychain/ketip kuku (sepapan) KRW5000-10000. sudu&chopstick besi 1 set KRW3000-5000. kain silk/cotton from KRW5000 per yard. brooch from KRW2000-30000 onwards. ni biasa yg org beli la..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesis Kiah, Myeongdong vs Namdaemun..mana lg best...
ReplyDeletemy taste memang Namdaemun. sehari suntuk dok situ pun x pe. myeongdong best tp urban sket la.. banyak cosmetic shop & baju agak mahal. cuma kalo suka ngan kosmetik2 ni sure akan rasa myeongdong mcm di shorga gitu, banyak free sample leh dapat hehe..
Deleteakak, nak tny, baju sejuk (jacket/coat) murah x sana compare dgn msia? igt nak beli kat sana je
ReplyDeletealamak sori la kalo KK lambat feedback. lama tak jengah blog ni huhu ampunnn.. jeket n coat sana much much much cheaper. RM30 -50 je dah dapat banyak yg cantik2. kalo nak pegi sana KK sajes beli sehelai je dr msia, jenis cikai2 pun takpe beli kat bundle. nanti kat sana bole beli lagi, esp masa autumn nak masuk winter tu.
DeleteSila shopping souvnrr kt bgnan oren,opposite elendang.rentas bgunan lendang,sebelah kanan
ReplyDelete.kedai awek korea tu mmg sgt murah..comparedvdgn airirang di doota,beza 3000won.huhuhu
thanks dear for yr info!
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteLiza,, dlm 6 hari tu brape bajet yg abes kat sana. Saya nk pergi tp risau brape byk nk bwk duit..hehe
ReplyDeletedepends apa nak dibeli. kalo setakat basic makan, tix2 tu sume tak sampai RM500 pun. kalo souvenirs+shopping around RM1.5-2K, that if ada beli kosmetik bagai tu. tp kalo gila brooch mmg biasa akan spend RM300-500 kat sini je huhu..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekak kalau bawak anak2 umur 11-17thn tempat mana yg best pegi. food street dia halal ke?.
ReplyDeletekalo kat area namdaemun ni ada few tempat leh makan. salah satu yg KK ingat ada kebab stall kat situ (exit brp tak ingat but u can try google). food street ni tengok la.. kalo dia jual teopokki or twigim ok bole beli. tp before pegi nanti tulis kat kertas bahasa korea untuk tanya basic things cam "i want no meat/pork/alcohol" so communicate tunjuk je kertas tu. diorang faham je kita org muslim tak makan pork n non-halal meat. bab minyak ni pun ada orang bising2 gak kata minyak babi whatsoeva. fyi, kat sana org mostly pakai minyak vege untuk masak. but won't hurt if u wanna check to be sure.
Deletei hv list of tmpt2 yg boleh makan kalo mau. drop me an email, i'll send it to u.
kak kiah, saya nk juga list2 tmpt bleh makan.. sy nak pegi bln 11 nnt.. btw thanks fyi.. email sy eh.. nasrynie@gmail.com
Deletesalam. akak. boleh x email kan list2 tempat yang bole makan ? mykickers_7@yahoo.com
Deletecan you email me the list too.. tq ^^
Deleteeiellatila_mw@yahoo.com
sy pergi gerak ke korea bln feb ni..insyaAllah.. :)
salam.. kak, boleh tak email list tmpt yg boleh makan?
Deleteidaamir1295@gmail.com
salam kak, boleh emailkan list tempat makanan halal tu tak? t,kasih. 2006mobie@gmail.com
Deletesalam kak, ttbe terjumpa blog akak masa google mana nak cari brooch korea utk mak hehe boleh akak emaikan sy jugak list tempat makanan halal?susah nak cari yg betul2 updated online -ftnqiela@yahoo.com..thankyouuuuu!!
Deletekak kiah punya blog banyak membantu saya mencari kedai brooch tu, hehehe
ReplyDeletehehe tenkiu :)
DeleteKak.. saya dah pi korea last december lepas.. sejuk.. december 2014 pon planning ke sana lagi.m saya nak list kedai makan halal tu kak.. boleh emel tak? rockabyesyg@gmail.com
ReplyDeletetq kak kiah
salam. KK tak brani nak bg list kedai sbb kdg2 orang masih meragui halalan toiyiban ni. so i think better u check kat website korea, ada ebook guide utk muslim restaurant. kat situ ada la list tmpt2 yg boleh pegi.
Deletesalam KK nak tanya namdaemun dgn myeondong street jauh tak?
ReplyDeletehmm.. jauh tak jauh gak la. tapi sakit gak lutut kalo menapak hehee.. (dah tua noks)
Deleteweb ni jadi rujukan saya klo g travel.. good job kak kiah..best2..
ReplyDeletejangan ada ajaran sesat dlm ni dah la. KK ni men belasah je dik..huhu
Deletesalam kak,
ReplyDeletenamdeamun ni tutup pkl bape ek? baca akak punye blog ni byk membantu jgk..actually saya ngan wife nak pg next week...tp masalh terikat ngan schedule trip so nak tau jgk business hours kt namdaemun ni...anyway thanks for info...
This comment has been removed by the author.
Deleteahad tutup, hari lain bukak. dr pg 7am-6pm. kat luar tu masih ada gerai2 kalo after 6pm tp tak sehappening time pagi.
Deletekak kiah dear, nak ucap tima kasih byk2, sbb blog akk mmg byk membantu me and my friends msa g seoul last week. pegi shopping kt kdai ahjumma 209 tu mcm x hengat huhu siap dpt free brooches lg hee ni pun rsa nak g sana lagi semata2 nk p shopping kt namdaemun and myengdong je :) thanks a lot!
ReplyDeletewaaa TQ TQ.. glad dpt bantu uols. ahjumma 209 tu baik kan? hehe.. nnt pegi sana lg bwk won byk2 k. soping sampai lebam! kekeke..
ReplyDeleteakak akak , 3k cukup tak bawak pergi sane ?
ReplyDeleteamboi 3k tu cukup sangat.. mcm2 boley soping noksss..
DeleteAssalam kak kiah...entry banyak membantu..terima kasih
ReplyDeletewslm Ti ger.. TQ dear sbb sudi baca ;)
DeleteAssalam KK...sya n kuarga nk ke sana pd 29/10 ni..sedang buat checklist...nk tnya Myengdong Station tu mcm KL sentral ke...peranan dia..semua kena transit kat situ ke...tqvm KK
ReplyDeleteeh tak.. Myeongdong station ni macam LRT station kita je. kalo nak faham lebih lagi macamana, kne study subway map dulu nnt faham kot..
DeleteKak...masa gi korea tinggal di mana ya..macammana nak book guesthouse di namdeamun...
ReplyDeletebole email direct kat namdaemun GH. bole check email add kat website dia. p/s: sori lambat reply
DeleteSlm kak..email sy tentang tip bawa brg pg sana... bape lg luggage nk amik..dan tips lain2..reyoera@yahoo.com
ReplyDeleteSlm iera. Bila nak pegi ni . Ke dh balik? Hehe sori la KK bru tgk blog ni n reply. Luggage biasa pegi 20kg balik 25kg. Kalo rasa beli brg byk la n dok smggu. Kalo rasa tak soping beli la 20kg pegi balik.
Deletesalam kk....sy tga prepare utk ke korea end of April ni...mmg best sgt terjmpa & bce entri2 korea kt cni...thanx a lot 4 ur sharing...byk citer kelakar, gelak sorang2 sy dibuatnya...cme sy nk mnt tips dr kk, brp cash jek yg ptut kit ada and sng x nk kuar kn duit dr atm or bank klo kita kehbisn cash...hrp kk sudi respon..tq in advance..
ReplyDelete@Ryyn_kiss12..sy pn pergi korea 30 April ni..awk pergi bp hb..blog ni bnyk mmbntu sy utk planning..tq KK.
DeleteOo sy pergi 28 apr-7may... ni emel sy hazeline12@yahoo.com...boleh kita exchage idea sblm ke sana... :-)
DeleteSo uols dh balik ni how? Best tak trip pi Seoul? Ada kne penyakit rasa nak ripit tak?
Deleterindu nak ke Korea lagi. Dulu mase nak carik keronsang korea tu, ade satu kedai tu tak bagi langsung org sentuh barang die. marah pulak. sabor jela dengan korea tu.
ReplyDeleteye betul.. ada certain2 kedai kat Namdaemun Market ni memang pegang2 pun tak boleh. sbb tu KK sajes gi kat ahjumma ni. dia baik, senyum je walopun kita dok berlama2 belek kerongsang dia, pastu siap kasik diskaun m brooch free huhu..
DeleteKak Kiah , harga kain2 kat sane murah ke tak ye ? berape ye kalau kain cotton ? kain lace ? kalau satu meter bape ye ? and murag tak boot2 kasut2 kat sne ? hehe sorry banyak tanye kak kiah =)
ReplyDeletehoi ko ingat KK ni peniaga kain dan kasut? hahaha sabo je la. mana la KK tau noks.. KK takde beli kain pun kat sana.
Deleteada sapa2 yg gi korea bln sept ni nnt x...bole join trip kat sana
ReplyDeletekak Kiah nk mnta juga tmpt mknn yg halal bole ? email sye pohonsalju@gmail.com.. nk wat reference mse kt sne hehe
ReplyDeletesori noks.. bab tempat makan halal ni KK takmo nak rekomen apa2. bole google kat blog2 lain kot. sbb orang2 ni kadang banyak sangat questionnya bab halal2 ni, kang kuar segala hadis ayat quran bagai malas KK nak layan. so better KK tak rekemen mana2 tempat kot. sori ya..
DeleteTq...info
ReplyDeleteTq...info
ReplyDeletekak...banyak info kt sini. anyway saya akan ke seoul dec nih...kalau x keberatan bleh x pm atau forward itinerary akak kat sane (oneal2205@gmail.com). mekasehhh sangat
ReplyDeleteboleh checkout itin kat entry SUMMARY. kat situ ada sume ada info. but kalo nk g bln 12, yr itin shud be diff la dari KK punya sbb time winter kan. nanti tak best plak sbb tak lawa. macam changdeok palace, nami tu tak lawa pun kalo g time winter - unless masa tu dah turun snow. so better plan wisely la.
DeleteSalam kak kiah.. kak kiah dok mana area mana? kot bole jumpak, sembang2 sebelum pi korea bulan 12 ni..
ReplyDeleteSalam Amir. Amboi nak jumpak kaa.. KK ni bukan senang nak jumpak tau huhu. KK kat Johor la. If anything to ask, just email je. InsyaAllah KK cuba bantu.
Deleteoiii jauhnya...utara selatan tuuuuu..
ReplyDeleterisau gak sebab bawak sekali anak2 kecik dan orang tua.. orang tua saya pulak risau tang sejuk ja heheh
ReplyDeletekalo bawak orang tua n budak2 kecik, jalan selow2 je. jangan rushing2 sebab nanti penat theyols. kalo nak selesa naik cab la sebab kalo subway memang penat naik turun tangga. n if tanak sejuk, beli heat pack ada banyak jual kat convenience store.
Deleteplan saya camni, pergi mana2 tempat guna subway. Balik baru naik bas. kalau naik cab, kena amik 2 biji. hehehe
ReplyDeleteboleh juga camtu. anyway, kalo orang tua tak larat naik tangga subway suh naik lif. biasa subway stn ada sediakan lif utk OKU & orang2 tua.
Deletenaik bas pulak kena make sure tau stop kat mana. kalo boleh tulis tempat yang nak dituju dalam tulisan hangul so bole tunjuk kat drebas bas. don wori insyaAllah ok.
Kak kiah..bila nak pergi lagi? Bawaklah sy pergi.
ReplyDelete.
Assalamualaikum kak kiah...bnyk dapat info dr blog akk ni...kalau akak tak keberatan boleh tak emailkan ittine akak kepada saya...saya ni dah sampai seoul ni haa tapi taktau nk pg tmpat mana yg betul2 best wida_hidayah@yahoo.com
ReplyDeleteWslm. Hehee sori la KK bru jengah blog ni. Sori x dpt nk bantu uols. Anyway hope u had a nice trip!
DeleteSis, I really enjoy reading yr blog, so happening & u make me excited to go for our Seoul trip this November. If u can share the eateries tat u went it would be great! Can u email me at fbsiti75@gmail.com Keep on writing this great write up =) Sorry yah, saya nye bahasa Melayu not so good lah !
ReplyDeleteHi dear.. thank u. Sorry KK bru dapat reply komen ni. Tempat makan semua KK ada tulis kat sini but if u need further info pls email me n_syamila@yahoo.com
Deletehai kak .. boleh tak email saya kedai kedai yg boleh makan dan juga yg akak pergi di korea.. saraqaisara564@gmail.com
ReplyDeleteHai kak kiah.. Seronok sgt bace blog kk
ReplyDelete.. Sy nk pegi awal thun dpn (2017).. Nk tnye, yg winter coat tu ade bnyk x jual ntok plus size kak? Maklumlah, sy ni plus size orangnye.. Hehehee..
Salam kak..bole email address kedai brooch dgn kedai mkn halal. InshaAllah april nk pegi. My email : alfatunnisa@gmail.com thks kak.
ReplyDeleteRasyidah
Best blog kk ni. Byk info menarik. Sy duduk kat sini pun perlu info camni. apa2 pun terbaik. Mana2 yg plan nak mai sini mmg kk bg bahan yg berguna.
ReplyDeleteKK nak juge list tmpt makan yg best & halal kt sne. Thanks KK
ReplyDeleteAssalam.. alamak lupe kasi email add.. qaseh.izmya@gmail.com.
ReplyDeletewah seronok tgk belanja sini..alhamdullilah menarik betul
ReplyDeletenak tanya , jalan nak ke myeondong market tu kene naik subway line berapa ye ?
ReplyDeleteDik..ko download korea subway apps
DeleteShopping sakan. Murah ye dekat sana?
ReplyDeleteTerima kasih Kak Kiah utk info yang best ni. Kalau tak silap saya, makanan halah di seoul tak susah nak cari. Tp harganya agak mahal sikit. Total budget Kak Kiah dlm pelancongan ke Seoul ni berapa ya?
ReplyDelete