Tuesday, May 27, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 4 – TAEJONGDAE TOUR

Ok sambung story..

Lepas Gukje Market kami nak ke Taejongdae amek Busan City Tour. Dengan kata lain, kami kena naik tour bus depan Arirang Hotel kat depan Busan Station. Busan City Tour ni ada 2 jenis iaitu Taejongdae tour and Haeundae tour. Harga daily pass ialah 10,000won and kita leh naik bus ni untuk sightseeing Busan dengan benti kat mana yang kita suka. Kadang2 ada hari yang ramai orang, jadi kalo nak selamat leh reserve tix dulu kat Tourist Info Centre. Kalo tak sempat, leh je beli tix kat drebar bas but gamble la kot2 ramai orang jenuh la dok beratur.

More info pasal Busan City Tour ni leh check out di sini:
http://www.citytourbusan.com/en/00main/main.php 

Haeundae-Taejongdae Tour
Dari Jagalchi Stn kami naik subway ke Busan Stn. Bila sampai sini Zuree bagitau dia rasa kat area2 situ sure ada banyak money changer sebab kawasan tourist kan. So ok lah, pegi lah cari. Selagi tak tukar duit USD tu pun problem jugak kami yang lain. But this time dia pegi sorang la sebab takde sapa nak temankan. Kin tengah bengang. Zai pun bengang. Kami lepak2 je bawah pokok depan station tu minum kopi sementara nak tunggu dia mai balik.

Bila dia balik tengok muka masam je. Boleh pulak dok sorang2 jauh dari kami. Sampai Kak Kiah kena tanya dah tukar duit ke belum. Dia kata dah tukar. Eee tak faham betul. Dah tukar duit tu apa masalahnye lagi tah. Kita dah la buang masa kat situ, lepas tu lagi nak tambah hal dengan buat muka bad mood bagai ni. Bukan kau ke yang buat perangai ape ke hal ko lak yang nak sentap mintak dipujuk ni? Diva sangatkah dikau? Anyway since masalah dia dah selesai, agak lega la jugak Kak Kiah. Baru la sedap nak berjalan. Bab bad mood tu merempan2 tu buat tak nampak je lah.

Oh ya seblom kami amek City Tour tu, baru teringat yang barang Kak Kiah ni berbondong2 and tak kuasa nak diangkut bersama. Jadi Kak Kiah nak simpan barang kat storage locker yang terletak kat subway station tu. Masa nak guna locker tu lama dok bongok depan tu baca instruction yang in broken english tu. First baca – ok kena pakai syiling. So jadi hal pulak la kena ronda2 kat situ cari tempat nak tukar duit kecik. Nasib baik ada satu pejabat kat situ. Redah je masuk and tanya leh tukar duit tak hihi.. Nasib baik dapat.. so tukar la 5,000won.

Pastu bila dah pegi balik ke locker tadi – blur semula. Baca banyak kali instruction tu pun tak faham2 sebab locker ni jenis old school kan, takde komputer. So dengan konpidennya Kak Kiah masuk duit won kat satu locker tu, 10 won, 20 won, 30 won... sampai 1,000 won. Skali tu kena jerkah ngan sorang mamat ni.. "No no no no!! Wrong wrongggg!!". Tanjat gegirl. Rupanya salah uols cara penggunaannya! Ada ke Kak Kiah gi masuk duit kat locker yang memang occupied, sia2 kena telan je duit tu. Hehe.

Pastu mamat tu ajar la cemana nak guna locker tu. Dia ni kije jaga locker lah kot sebab ada pegang kunci2. Pastu dia tanya Kak Kiah dah berapa won masukkan tadi, n dia gantikan. Siap pegi reset balik locker tu. Wah impressed sangat dengan keprihatinan, kebaikan hati dan kehenseman *cough* dia muahaha.

So meh sini Kak Kiah story cara penggunaan locker old type yang betul:
1. Pastikan duit syiling ada
2. Pick locker ikut saiz barang – ada small, medium, large
3. Locker yang kosong tu ada kunci kat luar and memang terbukak. So masukkan barang.
4. Tutup pintu locker. Masukkan duit 1,300won (kat panel tu ada tunjuk berapa coin kena masukkan – so masukkan la coin sampai tunjuk ‘0’).
5. Take out kunci, keep it safe and jangan hilangkan.
6. Bila nak kuarkan barang, just open the locker (mesti amek before 12am – kalo tak nanti diorang akan remove sendiri barang2 kita tu)

Old type storage locker
Jangan tatau kat Korea ni ada macam2 jenis locker. Kalau nasib baik dapat la yang ada instruction jelas in english. Kalau tak baik, dapat yang langsung tarak english instruction. Huntong laa ada superhero hensem sudi membantu dan mengelakkan Kak Kiah dari kerugian beribu2 syiling won. Sarangheyo teros kau hehee..

Ok setel bab simpan barang, terus la kami ke depan Arirang Hotel untuk amek Busan City Tour. Masa ni jam dah pun kul 3.30pm, which means kami cuma ada sikit je masa untuk ronda Taejongdae – sebab last bus dari sana ialah pukul 5.40pm.

Busan City Tour
Ada pamplet - tapi tersalah amek yang cakap korea punye haih
Suka ye...
View sepanjang perjalanan
View dari atas Yeongdo Bridge
Nampak tak? Yang ijau tu Jagalchi Market
Kapal2 di laut
Perjalanan dari Busan Stn nak ke Taejongdae tu 40mins which sangatlah lama. Dalam bas masa tu memula je kami tersengih2 amek gambo kiri kanan. Sampai je kat Yeongdo Bridge tu, Kak Kiah & Zai gasak membuta. Huhu. Penat giler. Perut lak masa tu dah sebu sebab tak makan apa kan dari pagi tadi. Dalam bas ni sebenarnya ada cam headphone la untuk kita dengar penerangan in english. But since our seat takde bende alah tu, Kak Kiah pun tak perasan sampai la bila dah turun baru tau. Chiss rugi..

Sampai kat Taejongdae Park kami pun turun and menapak masuk ke dalam.

Entrance Taejongdae Park Resort
Kena jalan masuk sini untuk amek Danubi Train
Tak tahu apakah ini
Danubi Train
After 15mins berjalan menaik bukit (mengah juga uols), kami sampai ke area untuk amek Danubi Train. Kena beli tix dulu 1,500won sorang pastu beratur la pulak tunggu turn.

Masa ni memang tengok yang sorang tu membawa diri habis. Bila kami bertiga jalan, dia dok jalan jauhhh kat belakang or jauhhh kat depan. Masa beratur tunggu Danubi Train tu pun dia beratur belakang jauh dari kami. Kak Kiah tatau la apa yang dia bengangkan. Sama ada marah ngan kawan dia yang sorang tu ke, ngan Kak Kiah ke or kitorang semua sekali. But seriously masa tu memang Kak Kiah rasa perangai dia masa tu sangat2 annoying. Nak tunjuk perasaan tunggu balik Mesia tak boleh ke? Perlu ke ko spoilkan mood semua orang ni?

Bila naik Danubi Train, dia naik coach lain and kami bertiga naik coach lain. Drama queen sangat kan nak memberontak ke apa tah as if macam kami tanak kawan dia.

By this time Kak Kiah memang serious bengang giler. Dah la aku dah baik hati bagi kau ikut trip ni dengan tak perlu susah2 cari info semua aku dah sediakan, pastu kau buat perangai macam2. Today was supposed to be hari yang Kak Kiah tunggu sebab nak tengok banyak bende and nak gi banyak tempat. Disebabkan sorang bajet diva habis rosak mood gue.

Sporting ya? Sporting my ass..

Kak Kiah masa tu memang angin naik ke kepala la. Dah la penat, perut lapar. Sampai Kak Kiah cakap ngan Kin, “Kalo ikut marah aku ni, nak je aku tinggalkan dia kat sini sorang2. Biar dia balik sendiri nak sangat membawak diri kan.” Ok ye Kak Kiah ngaku Kak Kiah sedikit evil masa tu hahah..

FYI, Danubi Train ni akan lalu banyak la tempat2 menarik dalam Taejongdae Park ni. So terpulang kita la nak turun or naik kat ner. Since masa kami pun limited, kami just tuju ke Observatory Platform.

Danubi Train tix & laluannya (cilok dari Google)
Sampai2 je kat Observatory Platform tu kami tak terus jalan sebab masa tu Kak Kiah nye perut macam nak meletop dia punya kembung masuk angin. So kami decide nak makan dulu. Hai nasib baik la Kak Kiah ada bawak bekal roti & sambal tumis. Kin pun ada bawak roti & biskut. Nak harap yang berdua tu – nan hado. Memasing bawak beg isi apa tah tatau la Kak Kiah. Jadi kami sharing2 la roti 2 keping sorang. Sedih kan? Boleh la buat alas perut.

Ada map sini boleh usha dulu
Wajah sedih mereka yang kelaparan
Observation Platform
Dah makan ok la alhamdulilllah mood pun dah ok sket. Cik adik tu pun nampak dah ok and dah mau tegur kami. Ha nasib baik tegur. Kalo teruskan muka cencurut tu lagi 10 minit ada harapan kena tinggal hehe..

Next kami ke Observation Deck untuk menikmati pemandangan laut yang cantik. Sayangnya masa tu cuaca agak gloomy so amek gambo pun ala2 je.

'Mother & Son' statue. Dulu tempat ni tempat feveret orang commit suicide. Jadi statue ni dibina bagi peringatan untuk mereka yang nak membunuh diri agar ingat kasih sayang seorang ibu - oh tacing..
Cerita di sebalik Taejongdae Cliff
Wooo curam!
Ada pulak yang mancing di bawah sana. "Banyak dapat ikan bang?"
View dari deck - sendu mendu
Pulau Kettle katanyaaa..
Kata leh nampak Japang dari sini tapi gloomy sangat idok ler nampak

Gila syok kalo dapat mancing bawah ni. Sekali dilambung ombak ha lesap terus..
Then jalan menuju ke lighthouse pulak. 

Kin dan jaket purplenya yang kelllessss..
250m menuju ke bawah untuk ke Lighthouse
Kak Kiah ada terbaca sumwhere yang nak turun ke bawah tu perjalanannya agak jauh. Tengok jam pulak masa tu dah 4.40pm and kami kena naik Danubi Train selewat2nya 5.00pm kalo nak catch last Busan City Tour at 5.40pm. Jadi risau jugak kalo amek masa yang lama untuk turun n naik balik. Tapi dah sampai ni kan.. aduhh.. rugi pulak kalo tak turun ni. Pikir punye pikir ah tak kira nak turun gak. Jalan la laju2 ni kang. Jadi kami pun turun kecuali Zai yang memang tak larat nak naik turun tangga. Just bagitau dia kami akan naik kul 5.00pm.

Giler laju berdesup turun ke bawah. Masa ni Kak Kiah jalan ngan Zuree and Kin ada kat belakang. Since masa tu dah ok sket mood kami, jadi Kak Kiah tak bengang lagi dah dengan dia. Just nak enjoy pemandangan depan mata.

The Lighthouse
The Ocean Charter - ikrar menjaga lautan konsepnya
Selfie tidak menjadi

Kak Kiah menten muka steady walopun tengah pancit
Kisah bulatan merah biru JDT tu - byk kali baca pun tak faham
Kin di tengah2 bulatan
Dah sampai kat lighthouse ni, tengok bawah alamak cantiknya cantiknya batu2an kat bawah tu! Namanya Sinseon Rock. Kunun bersempena nama dewa Sinseon yang suka mai sini lepak2 berbaringan.

Laluan dari atas ke bawah. Zai tengah tunggu kitorang kat no.1 hehe
Wow menarik
Kak Kiah suka betul benda2 batu camni tatau pesal
Laluan menuju ke bawah
View the other side
Eh tableh tahan, nak turun lah hehe.. (walopun masa tu jam dah 4.50pm). Kin tak turun jadi kami berdua je turun.

Let's go down girl!
Ada sesi jual ikan kot kat bawah tu
Aksi camerawoman
Pergh gigil kaki kalo pegi kat tepi tu

Batu yang terbentuk dari hakisan
Seriau mak nengoknye


Kimchiii dari jauh
Sayup Kin di atas
Di sebalik kejadian
Kalo nak explore bawah ikut ferry pun boleh jugak

Peace yo!!
Feeling kiut always
Subhanallah cantik ciptaan Yang Maha Kuasa (tapi awat muka Kiah nampak capek benar)
Gaya macho tak jadi
Macam lipas kudung kami snap2 picca. Memang cantik giler kat bawah ni tapi sayang sangat tak boleh nak berlama2.

Bila tengok jam dah kul 5.00pm cepat2 kami berjalan naik ke atas. Tapi MasyaAllah Astaghfirullah macam nak tercabut lutut mendaki tangga2 jahanam tu okeh! Nak nanges sangat betis masa tu tapi ku gagahkan jua sebab nak kejar masa.

Lepas semput2 mendaki tu akhirnya kami pun sampai kat atas. Terus beratur untuk amek Danubi Train. Skali tu unlucky lah, elok je sampai turn kami train tu penuh and terpaksa la kami tunggu another train. Tunggu punya tunggu kul 5.30pm baru dapat naik train. Sampai je dengan pantas dan tangkas kami berjalan turun keluar dari Taejongdae Park dengan harapan masih dapat catch the last bus.

Malang sungguh bas dah berlepas uols uwaaaaaa!! Masa tu dah 5.45pm pun sob sobss.. Oh serabut2 nak pikir cemana nak balik ni.

Tatau nak buat apa, kami pun berjalan la ikut orang lain masa tu nak tengok diorang balik cemana. Rupanya kat situ ada tempat cam stesen bas awam la. Alhamdulillah, kami pun naik la bas awam tu ke Busan Station. Tiket cuma 800won and perjalanan cuma amek masa 20mins je. Legaaaa..

Sampai je Busan Station, kami decide nak balik Busan Inn dulu untuk solat. Lepas tu baru keluar balik. Masa ni hangin pulak ngan Zai sebab dia suh kensel je plan nak ke Gwangan Beach tu. Amboi banyak cantik. Kau yang sakit kaki, orang lain pulak yang kena kensel plan apa kes? Geram sangat sebab dah la banyak tempat tak dapat pegi arini, ni takkan nak kensel jugak kot? So Kak Kiah bagitau theyols kalo takmo ikut pun takpe, Kak Kiah nak pegi gak tak kire.

Diorang pun balik la ke bilik sementara Kak Kiah lepak2 depan Busan Station tu untuk menenangkan hati dan perasaan ku yang galau ni. Apalah nasib.. Macam nak pecah otak arini melayan sorang2 nye perangai..

Anyway, untuk Taejongdae tour ni Kak Kiah tak puas hati sangat sebab just dapat pegi 1 tempat je. Masa limited kan. Sepatutnya spend 3hrs kat situ je exluding masa perjalanan baru berbaloi. Kat sini pun ada banyak tempat2 menarik yang kita boleh tengok. I guess the best time pegi ialah masa pagi n time cuaca cerah kot.. sure cantik giler pemandangan masa tu dengan laut biru, langit biru tu kan.

Sementara Kak Kiah lepak depan Busan Station tu, pegi la check balik kat Busan City Tour tu sebab nak tau samada tix daily pass tadi boleh guna tak untuk Haeundae Night Tour. Rupanya tak boleh n kena beli tix lain pulak. Huh rugi 10,000won pakai sikit je. Nasib baik ada Cash Bee. So lepas ni naik subway je lah.

Dah reda perasaan baru Kak Kiah balik Busan Inn untuk solat and rilek jap sebab malam ni nak ke Gwangan Beach. 

Eh panjang lak entry ni kan hehee.. dah ler pic pun tak edit, tak sempat noks. Mohon jangan dicerca daku jika ada readers yang line tenet tengah selow tu ye. Ok stop dulu nanti sambung kat next entry yek!