Ok sambung
story..
Lepas Gukje
Market kami nak ke Taejongdae amek Busan City Tour. Dengan kata lain, kami kena
naik tour bus depan Arirang Hotel kat depan Busan Station. Busan City Tour ni
ada 2 jenis iaitu Taejongdae tour and Haeundae tour. Harga daily pass ialah
10,000won and kita leh naik bus ni untuk sightseeing Busan dengan benti kat
mana yang kita suka. Kadang2 ada hari yang ramai orang, jadi kalo nak selamat
leh reserve tix dulu kat Tourist Info Centre. Kalo tak sempat, leh je beli tix
kat drebar bas but gamble la kot2 ramai orang jenuh la dok beratur.
More info
pasal Busan City Tour ni leh check out di sini:
http://www.citytourbusan.com/en/00main/main.php
|
Haeundae-Taejongdae Tour |
Dari
Jagalchi Stn kami naik subway ke Busan Stn. Bila sampai sini Zuree bagitau dia
rasa kat area2 situ sure ada banyak money changer sebab kawasan tourist kan. So
ok lah, pegi lah cari. Selagi tak tukar duit USD tu pun problem jugak kami yang
lain. But this time dia pegi sorang la sebab takde sapa nak temankan. Kin
tengah bengang. Zai pun bengang. Kami lepak2 je bawah pokok depan station tu minum
kopi sementara nak tunggu dia mai balik.
Bila dia balik
tengok muka masam je. Boleh pulak dok sorang2 jauh dari kami. Sampai Kak Kiah
kena tanya dah tukar duit ke belum. Dia kata dah tukar. Eee tak faham betul.
Dah tukar duit tu apa masalahnye lagi tah. Kita dah la buang masa kat situ,
lepas tu lagi nak tambah hal dengan buat muka bad mood bagai ni. Bukan kau ke
yang buat perangai ape ke hal ko lak yang nak sentap mintak dipujuk ni? Diva
sangatkah dikau? Anyway since masalah dia dah selesai, agak lega la jugak Kak
Kiah. Baru la sedap nak berjalan. Bab bad mood tu merempan2 tu buat tak nampak
je lah.
Oh ya seblom
kami amek City Tour tu, baru teringat yang barang Kak Kiah ni berbondong2 and
tak kuasa nak diangkut bersama. Jadi Kak Kiah nak simpan barang kat storage
locker yang terletak kat subway station tu. Masa nak guna locker tu lama dok
bongok depan tu baca instruction yang in broken english tu. First baca – ok kena
pakai syiling. So jadi hal pulak la kena ronda2 kat situ cari tempat nak tukar
duit kecik. Nasib baik ada satu pejabat kat situ. Redah je masuk and tanya leh
tukar duit tak hihi.. Nasib baik dapat.. so tukar la 5,000won.
Pastu bila dah
pegi balik ke locker tadi – blur semula. Baca banyak kali instruction tu pun
tak faham2 sebab locker ni jenis old school kan, takde komputer. So dengan konpidennya
Kak Kiah masuk duit won kat satu locker tu, 10 won, 20 won, 30 won... sampai
1,000 won. Skali tu kena jerkah ngan sorang mamat ni.. "No no no no!! Wrong wrongggg!!".
Tanjat gegirl. Rupanya salah uols cara penggunaannya! Ada ke Kak Kiah gi masuk
duit kat locker yang memang occupied, sia2 kena telan je duit tu. Hehe.
Pastu mamat tu
ajar la cemana nak guna locker tu. Dia ni kije jaga locker lah kot sebab ada
pegang kunci2. Pastu dia tanya Kak Kiah dah berapa won masukkan tadi, n dia
gantikan. Siap pegi reset balik locker tu. Wah impressed sangat dengan
keprihatinan, kebaikan hati dan kehenseman *cough* dia muahaha.
So meh sini
Kak Kiah story cara penggunaan locker old type yang betul:
1. Pastikan duit
syiling ada
2. Pick locker
ikut saiz barang – ada small, medium, large
3. Locker yang
kosong tu ada kunci kat luar and memang terbukak. So masukkan barang.
4. Tutup pintu
locker. Masukkan duit 1,300won (kat panel tu ada tunjuk berapa coin kena
masukkan – so masukkan la coin sampai tunjuk ‘0’).
5. Take out
kunci, keep it safe and jangan hilangkan.
6. Bila nak
kuarkan barang, just open the locker (mesti amek before 12am – kalo tak nanti
diorang akan remove sendiri barang2 kita tu)
|
Old type storage locker |
Jangan tatau
kat Korea ni ada macam2 jenis locker. Kalau nasib baik dapat la yang ada instruction
jelas in english. Kalau tak baik, dapat yang langsung tarak english instruction.
Huntong laa ada superhero hensem sudi membantu dan mengelakkan Kak Kiah dari kerugian
beribu2 syiling won. Sarangheyo teros kau hehee..
Ok setel bab simpan
barang, terus la kami ke depan Arirang Hotel untuk amek Busan City Tour. Masa
ni jam dah pun kul 3.30pm, which means kami cuma ada sikit je masa untuk ronda
Taejongdae – sebab last bus dari sana ialah pukul 5.40pm.
|
Busan City Tour |
|
Ada pamplet - tapi tersalah amek yang cakap korea punye haih |
|
Suka ye... |
|
View sepanjang perjalanan |
|
View dari atas Yeongdo Bridge |
|
Nampak tak? Yang ijau tu Jagalchi Market |
|
Kapal2 di laut |
Perjalanan
dari Busan Stn nak ke Taejongdae tu 40mins which sangatlah lama. Dalam bas masa
tu memula je kami tersengih2 amek gambo kiri kanan. Sampai je kat Yeongdo
Bridge tu, Kak Kiah & Zai gasak membuta. Huhu. Penat giler. Perut lak masa
tu dah sebu sebab tak makan apa kan dari pagi tadi. Dalam bas ni sebenarnya ada cam headphone la untuk kita dengar penerangan in english. But since our seat takde bende alah tu, Kak Kiah pun tak perasan sampai la bila dah turun baru tau. Chiss rugi..
Sampai kat
Taejongdae Park kami pun turun and menapak masuk ke dalam.
|
Entrance Taejongdae Park Resort |
|
Kena jalan masuk sini untuk amek Danubi Train |
|
Tak tahu apakah ini |
|
Danubi Train |
After 15mins
berjalan menaik bukit (mengah juga uols), kami sampai ke area untuk amek Danubi Train.
Kena beli tix dulu 1,500won sorang pastu beratur la pulak tunggu turn.
Masa ni memang
tengok yang sorang tu membawa diri habis. Bila kami bertiga jalan, dia dok
jalan jauhhh kat belakang or jauhhh kat depan. Masa beratur tunggu Danubi Train
tu pun dia beratur belakang jauh dari kami. Kak Kiah tatau la apa yang dia bengangkan.
Sama ada marah ngan kawan dia yang sorang tu ke, ngan Kak Kiah ke or kitorang
semua sekali. But seriously masa tu memang Kak Kiah rasa perangai dia masa tu sangat2
annoying. Nak tunjuk perasaan tunggu balik Mesia tak boleh ke? Perlu ke ko
spoilkan mood semua orang ni?
Bila naik
Danubi Train, dia naik coach lain and kami bertiga naik coach lain. Drama queen
sangat kan nak memberontak ke apa tah as if macam kami tanak kawan dia.
By this time
Kak Kiah memang serious bengang giler. Dah la aku dah baik hati bagi kau ikut
trip ni dengan tak perlu susah2 cari info semua aku dah sediakan, pastu kau
buat perangai macam2. Today was supposed to be hari yang Kak Kiah tunggu sebab
nak tengok banyak bende and nak gi banyak tempat. Disebabkan sorang bajet diva habis
rosak mood gue.
Sporting ya? Sporting
my ass..
Kak Kiah masa
tu memang angin naik ke kepala la. Dah la penat, perut lapar. Sampai Kak Kiah
cakap ngan Kin, “Kalo ikut marah aku ni, nak je aku tinggalkan dia kat sini
sorang2. Biar dia balik sendiri nak sangat membawak diri kan.” Ok ye Kak Kiah
ngaku Kak Kiah sedikit evil masa tu hahah..
FYI, Danubi Train
ni akan lalu banyak la tempat2 menarik dalam Taejongdae Park ni. So terpulang kita
la nak turun or naik kat ner. Since masa kami pun limited, kami just tuju ke Observatory Platform.
|
Danubi Train tix & laluannya (cilok dari Google) |
Sampai2 je
kat Observatory Platform tu kami tak terus jalan sebab masa tu Kak Kiah nye perut macam nak meletop dia
punya kembung masuk angin. So kami decide nak makan dulu. Hai nasib baik la Kak
Kiah ada bawak bekal roti & sambal tumis. Kin pun ada bawak roti &
biskut. Nak harap yang berdua tu – nan hado. Memasing bawak beg isi apa tah
tatau la Kak Kiah. Jadi kami sharing2 la roti 2 keping sorang. Sedih kan? Boleh la buat
alas perut.
|
Ada map sini boleh usha dulu |
|
Wajah sedih mereka yang kelaparan |
|
Observation Platform |
Dah makan ok
la alhamdulilllah mood pun dah ok sket. Cik adik tu pun nampak dah ok and dah
mau tegur kami. Ha nasib baik tegur. Kalo teruskan muka cencurut tu lagi 10
minit ada harapan kena tinggal hehe..
Next kami ke
Observation Deck untuk menikmati pemandangan laut yang cantik. Sayangnya masa
tu cuaca agak gloomy so amek gambo pun ala2 je.
|
'Mother & Son' statue. Dulu tempat ni tempat feveret orang commit suicide. Jadi statue ni dibina bagi peringatan untuk mereka yang nak membunuh diri agar ingat kasih sayang seorang ibu - oh tacing.. |
|
Cerita di sebalik Taejongdae Cliff |
|
Wooo curam! |
|
Ada pulak yang mancing di bawah sana. "Banyak dapat ikan bang?" |
|
View dari deck - sendu mendu |
|
Pulau Kettle katanyaaa.. |
|
Kata leh nampak Japang dari sini tapi gloomy sangat idok ler nampak |
|
Gila syok kalo dapat mancing bawah ni. Sekali dilambung ombak ha lesap terus.. |
Then jalan
menuju ke lighthouse pulak.
|
Kin dan jaket purplenya yang kelllessss.. |
|
250m menuju ke bawah untuk ke Lighthouse |
Kak Kiah ada terbaca sumwhere yang nak turun ke
bawah tu perjalanannya agak jauh. Tengok jam pulak masa tu
dah 4.40pm and kami kena naik Danubi Train selewat2nya 5.00pm kalo nak catch
last Busan City Tour at 5.40pm. Jadi risau jugak kalo amek masa yang lama untuk turun n naik balik. Tapi dah sampai ni kan.. aduhh.. rugi pulak
kalo tak turun ni. Pikir punye pikir ah tak kira
nak turun gak. Jalan la laju2 ni kang. Jadi kami pun turun
kecuali Zai yang memang tak larat nak naik turun tangga. Just bagitau dia kami
akan naik kul 5.00pm.
Giler laju berdesup turun ke bawah. Masa ni Kak Kiah jalan ngan Zuree and Kin
ada kat belakang. Since masa tu dah ok sket mood kami, jadi Kak Kiah tak
bengang lagi dah dengan dia. Just nak enjoy pemandangan depan mata.
|
The Lighthouse |
|
The Ocean Charter - ikrar menjaga lautan konsepnya |
|
Selfie tidak menjadi |
|
Kak Kiah menten muka steady walopun tengah pancit |
|
Kisah bulatan merah biru JDT tu - byk kali baca pun tak faham |
|
Kin di tengah2 bulatan |
Dah sampai kat
lighthouse ni, tengok bawah alamak cantiknya cantiknya batu2an kat bawah tu! Namanya Sinseon Rock. Kunun bersempena nama dewa Sinseon yang suka mai sini lepak2 berbaringan.
|
Laluan dari atas ke bawah. Zai tengah tunggu kitorang kat no.1 hehe |
|
Wow menarik |
|
Kak Kiah suka betul benda2 batu camni tatau pesal |
|
Laluan menuju ke bawah |
|
View the other side |
Eh tableh tahan, nak turun lah hehe.. (walopun masa tu jam dah 4.50pm). Kin tak turun jadi kami
berdua je turun.
|
Let's go down girl! |
|
Ada sesi jual ikan kot kat bawah tu |
|
Aksi camerawoman |
|
Pergh gigil kaki kalo pegi kat tepi tu |
|
Batu yang terbentuk dari hakisan |
|
Seriau mak nengoknye |
|
Kimchiii dari jauh |
|
Sayup Kin di atas |
|
Di sebalik kejadian |
|
Kalo nak explore bawah ikut ferry pun boleh jugak |
|
Peace yo!! |
|
Feeling kiut always |
|
Subhanallah cantik ciptaan Yang Maha Kuasa (tapi awat muka Kiah nampak capek benar) |
|
Gaya macho tak jadi |
Macam lipas
kudung kami snap2 picca. Memang cantik giler kat bawah ni tapi sayang sangat
tak boleh nak berlama2.
Bila tengok
jam dah kul 5.00pm cepat2 kami berjalan naik ke atas. Tapi MasyaAllah
Astaghfirullah macam nak tercabut lutut mendaki tangga2 jahanam tu okeh! Nak
nanges sangat betis masa tu tapi ku gagahkan jua sebab nak kejar masa.
Lepas semput2
mendaki tu akhirnya kami pun sampai kat atas. Terus beratur untuk amek Danubi
Train. Skali tu unlucky lah, elok je sampai turn kami train tu penuh and
terpaksa la kami tunggu another train. Tunggu punya tunggu kul 5.30pm baru
dapat naik train. Sampai je dengan pantas dan tangkas kami berjalan turun
keluar dari Taejongdae Park dengan harapan masih dapat catch the last bus.
Malang sungguh
bas dah berlepas uols uwaaaaaa!! Masa tu dah 5.45pm pun sob sobss.. Oh serabut2
nak pikir cemana nak balik ni.
Tatau nak buat apa, kami pun
berjalan la ikut orang lain masa tu nak tengok diorang balik cemana. Rupanya
kat situ ada tempat cam stesen bas awam la. Alhamdulillah, kami pun naik la bas
awam tu ke Busan Station. Tiket cuma 800won and perjalanan cuma amek masa 20mins je. Legaaaa..
Sampai je
Busan Station, kami decide nak balik Busan Inn dulu untuk solat. Lepas tu baru
keluar balik. Masa ni hangin pulak ngan Zai sebab dia suh kensel je plan nak ke
Gwangan Beach tu. Amboi banyak cantik. Kau yang sakit kaki, orang lain pulak
yang kena kensel plan apa kes? Geram sangat sebab dah la banyak tempat tak
dapat pegi arini, ni takkan nak kensel jugak kot? So Kak Kiah bagitau theyols
kalo takmo ikut pun takpe, Kak Kiah nak pegi gak tak kire.
Diorang pun
balik la ke bilik sementara Kak Kiah lepak2 depan Busan Station tu untuk
menenangkan hati dan perasaan ku yang galau ni. Apalah nasib.. Macam nak pecah
otak arini melayan sorang2 nye perangai..
Anyway, untuk Taejongdae
tour ni Kak Kiah tak puas hati sangat sebab just dapat pegi 1 tempat je. Masa
limited kan. Sepatutnya spend 3hrs kat situ je exluding masa perjalanan baru
berbaloi. Kat sini pun ada banyak tempat2 menarik yang kita boleh tengok. I
guess the best time pegi ialah masa pagi n time cuaca cerah kot.. sure cantik giler
pemandangan masa tu dengan laut biru, langit biru tu kan.
Sementara Kak
Kiah lepak depan Busan Station tu, pegi la check balik kat Busan City Tour tu
sebab nak tau samada tix daily pass tadi boleh guna tak untuk Haeundae Night
Tour. Rupanya tak boleh n kena beli tix lain pulak. Huh rugi 10,000won pakai
sikit je. Nasib baik ada Cash Bee. So lepas ni naik subway je lah.
Dah reda
perasaan baru Kak Kiah balik Busan Inn untuk solat and rilek jap sebab malam ni nak ke Gwangan Beach.
Eh panjang lak entry ni kan
hehee.. dah ler pic pun tak edit, tak sempat noks. Mohon jangan dicerca daku jika ada readers yang line tenet tengah selow tu ye. Ok stop dulu nanti sambung kat next entry yek!