Showing posts with label Pasar Baru. Show all posts
Showing posts with label Pasar Baru. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

BANDUNG - DAY 4 - PASAR BARU v2.0

Hari ni acara soping di Pasar Baru versi 2. Heheh.. sebab semalam dah usha2 apa nak beli kan, so hari ni dah senang la. As usual, lepas bekfes yang sedap tu kami pun menapak la ke Pasar Baru.

Aritu kan dah plan ngan student Msia yang nama Dayah tu kan. So kami jumpa la dia terus kat Pasar Baru tu. Of coz first tempat pegi - kedai jual tudung. Semalam kan Kak Kiah tak beli, telan air lior je. So ni lah masa nak lepas geram muahaha..

FYI, hari ni Sabtu so expect ramai orang la. So kne extra careful skit dengan pencopek2 di sekitar ye. Kalo boleh beg tu pakai kat depan je. Pastu make sure bawak la air sebotol ke sekotak ke, sebab nanti ada je penjual2 suh beli air. Kalo dia tengok kat tangan kita ada air, takde dah dikacaunya kita.

Nak citer banyak pun tak guna. Meh tengok gambar..


Kain yang cantik2
Penuh beg plastik di tangan!
Banyak jugak sebenarnya Kak Kiah shoping. Beli kain pelikat, kopiah untuk ayah, kain pasang untuk mak, tshirts Bandung untuk adik-beradik, souvenirs kecik2 untuk kengkawan. T-shirt leh dapat Rp20,000 sehelai and fridge magnet tu dalam Rp15,000 sepapan. Murah gile kan. Anyway, rasanya lebur dekat Rp450,000 jugak kat sini hari ni.

Hasil rampasan Pasar Baru versi 2
Lepas setel bersoping, naik Level 6 untuk lunch kat Kemangi. Macam biasa - sedap giloss...

Kak Kiah nye rupa dah sebijik cam mbak2 indon kan haha
Pastu kami balik menapak. Dengan berbondong2 beg plastik kat tangan.. astagaa.. macam tak reti penat kan pompuan kalu bersoping.

Kena naik jejantas n seberang jalan ketapi
Then singgah ke Kartika Sari untuk beli brownies. Sapa datang Bandung mesti beli benda alah ni tau. Sangat2 sedap seriously esp yang kukusnye tu. Sesuai untuk buah tangan gak. Satu bekas tu dalam Rp30,000. Pisang molen cheese pun sedap gak. Makan masa panas2 fuh marbeles!! Selain tu boleh beli Pisang Sale, Krepek Tempe, Samosa, Kacang Bandung.. sume ada kat sini. Rembat je selagi berduit.

Kartika Sari
Brownies - kukus/bakar semua ada
Mati la terus dedah aurat lengan.. dah kepanasan sangat masa ni huhu
Pisang Molen Cheese - recommended by Dayah. Serious sedap!!
Pastu kami pun balik. Rehat n solat sume. Petang ni acara bebas so cikgi2 berdua tu takmo kuar gi mana. Cuma Kak Kiah nak kne pegi Area Riau semula sebab nak cari henbeg yang opismate Kak Kiah kirim aritu. So see you next entry!

BANDUNG – DAY 3 – PASAR BARU v1.0

Hari ni kami plan nak ke Pasar Baru. Hoyeah!!!

Actually plan asal nak gi esok. Tapi bila mendengar cerita orang yang beli barang berbondong2 sampai tak muat tangan nak pegang, kami decide nak pegi dua kali iaitu hari ni n esok. Cikgu2 berdua tu pun kabarnya banyak nak beli telekung n kain. So plan Transtudio kami cut short jadik setengah hari. Lagipun ramai orang kata Transtudio tu tak la besar sangat, half day pun dah leh cover sume.

Pasar Baru ni dekat je ngan hotel kami. 15 min je jalan kaki. Pagi2 lagi kami dah gerak dengan semangat berkobar2. The best time nak datang Pasar Baru ni ialah pagi, time kedai baru bukak tu. Sebab peniaga2 akan berlumba2 nak suh kita beli barangan dia maka kita boleh la mendapat harga pecah telor.

Cikgu Shikin & Cikgu Elly bersemangat sekali menapak ke Pasar Baru!
Kat Pasar Baru ni ada 6 level plus dua level underground. Underground 1-2 banyak jual kain batik, pelikat, kemeja, jubah. Level 1-2 ada jual telekung, blouse n kain2 ela. Level 3-4 ada jual blouse, kain ela, baju bebudak. Level 5 jual handbag sesaja. Level 6 ada medan selera n few kedai jual handbag. Atas sekali ada surau. Pendekata, Pasar Baru ni shorga bagi kaum wanita. It is a must go place in Bandung. Wajibul-ghunnah!!

Kami tuju tempat telekung dulu kat level 2. Ha amek kau satu floor tu penuh ngan telekung sesaja. Memang cantik2 telekung kat sini. Kualiti kain pun bagus. Rp100,000-120,000 (RM30-40) dah leh dapat telekung yang cantik. Kat sini Kak Kiah blajo jenis2 kain telekung, ada jenis Cotton Roselle, Japan (Rp120,000) n Paris (Rp150,000). Maklum la selama ni pakai telekung biasa je, xde kerawang2 bagai. Asal tutup aurat sudah. Tapi rupa-rupanya ada lak macam2 jenis. Tapi Kak Kiah memang tak minat telekung yang kerawang berkaler2 tu. Kalo pakai ke masjid, silap2 buleh mengganggu konsentrasi orang lain. Anyway, telekung kekanak banyak juga yang comel2. Cikgu2 berdua tu beli jugak untuk anak sedara memasing.

Yang bestnya Cikgu Shikin pandai betul tawar menawar harga. Kagum Kak Kiah menengoknya. Sempat jugak blajo cara2 bargain harga dari dia..

First – tengok harga. Pastu kurangkan 50% dari harga yang dipamer. Masa mintak kurang tu jangan cakap kuat2, bisik2 je n cuit2 sket orang tu. Of coz dia takkan setuju ngan harga less 50% tu. Dia akan drop 90% je dari harga asal. Pastu kita mintak le 60%. Puji2 dia sket, cakap dia lawa ke nampak muda ke. Nanti dia akan kurang to 80%. Last kita mintak 70% dari harga asal. Confirm dapat. Hehe. So kalo harga telekung tu Rp140-150,000, insyaAllah kita boleh dapat harga Rp100,000. 

Aksi2 menawar harga. Buat muka kiut sangat digalakkan ehehe..

Kak Kiah beli 2 je telekung untuk mak n diri sendiri. Pastu beli satu lagi telekung travel Rp45,000. Tips untuk sesapa yang nak beli telekung, make sure uols test satu2 n check labuh kain n telekung nya. Jangan jadi cam Kak Kiah, just test telekung yang untuk mak. Since Kak Kiah beli telekung yang sama tapi pattern lain, takde lah Kak Kiah kesah nak tengok2 yang untuk Kak Kiah punye. Bila balik Mesia ha amek kau, salah jenis ok! Kemain beso ruang muka. Kak Kiah menyesal!

Lepas tu kami turun ke kedai2 yang jual tudung plak. Cikgu2 tu je yang beli. Kak Kiah tak beli pun sebab ingat esok baru nak beli. Kat sini tudung kebanyakannya tudung bawal. Takde yang awning2 ala Ariani tu ye. Kalo ada pun yang awning tebal cam yang biasa pelakon sinetron pakai dalam drama tu. Tudung kat sini boleh dapat harga <Rp50,000 and mostly cantik2. Cikgu Elly hadiahkan Kak Kiah sehelai tudung cantik ada pattern bunga ros kecik2 kat tepi tu. Hehe suka Kak Kiah! Thank u Cikgu Elly, muah!!

Tudung untuk Kak Kiah hehee..
Acara membeli tudung
Setelah penat bersoping untuk setengah hari, kami naik ke level 6 untuk lunch. Masa kita sampai2 tu kan, akan ada peniaga yang berbondong2 datang approach kita ajak makan kat kedai dia. So tipsnya ialah, jangan risau, buat muka berlagak je n terus tuju ke tempat yang kita dah target nak pegi. Kira buat macam kita dah biasa la datang sini. Kalo tak, memang masak la kena tipu. Ada kes orang yang order satu food, last2 sampai tiga sekali datang. Sebabnya peniaga dari 3 kedai berlainan yang amek order. Tak pasal2 orang tu kena bayar untuk tiga food tu. Selain dari tu, ada kes food poisoning jugak. So kena tau mana kedai yang dijamin sedap n bersih.

Menurut sumber2 dari forum CARI, diorang rekomen makan kat kedai ni namanya Kemangi. Femes ngan Nasi Penyet. So kami order Nasi Penyet n Gurame Bakar yang dimasak secara sizzling. Minuman Es Jeruk. Marbeles!!

Set Ayam Penyet nyum nyumm..
Lepas siap makan kami balik ke hotel. Cadangnya nak letak barang je pastu gerak ke Transtudio. Tapi masa ni Kak Kiah nye kepala berdenyut2. Telan panadol ingat nak lelap kejap. Rupa-rupanya tiga2 suma gasak tido huhu.. Dekat kul 2pm baru terjaga memasing.

After solat n siap2, baru kami kuar hotel untuk ke Transtudio. Apa ada kat Transtudio? Tunggu next entry.. tunggguuuuu...