Showing posts with label Philip Island. Show all posts
Showing posts with label Philip Island. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

MELBOURNE – DAY 2 – THE PENGUIN PARADE

Sebenarnya kalo ikut Kak Kiah, macam tanak tengok pun penguin parade ni sebab tau takleh amek gambo. So ingat nak skip la sebab malas nak bayo mahal untuk tix. Tapi guide tu kata rupanya harga pakej tour ni dah include sekali admission tix Penguin Parade ni. So rugi la kalo tak tengok kan.



Anyway, kami sampai kat Penguin Centre tu awal gak la dalam kul 6+. Pastu Penguin Parade nye start dalam kul 8.20pm camtu. Eee geram tol.. awat la tadi macam nak cepat sangat gerak dari The Nobbies tu kan? Kat sini sampai awal pun bukan leh buat apa pun.

Lamanya nak countdown.. sigh..
Eh bukan la takleh buat apa. Diorang suh dinner kat sini. Since tak halal kan, Kak Kiah cuma makan beskut je lah and minum flat white coffee. Nak tunggu kul 8pm pun lambat. So apalagi.. Candy Crush la hehee.. Nak pegi kedai2 souvenir kat situ pun macam malas sebab tengok dari luar pun tau dah harga mahal. Kat sini boleh gak amek gambo tipu ngan penguin. Mahal gak. Takmo la..


Boleh makan di sini, akan tapi nggak halal ya..
Souvenir shop. Geram kan tengok penguin tu? Tapi mahal kemain.. leh beli beras banyak kampit..
Kat sini ada cam display tunjuk facts pasal penguin. And leh tengok penguin real kat dalam ni (ikut nasib la kalo dia lalu bawah teropong tu masa kita tengah usha).
Tau tak fakta ni? Ha tatau kan?
Dalam kul 7.30pm kami pun gerak la menuju ke tempat nak tengok parade tu. Agak jauh gak la. And kat sini takleh amek gambo. Tapi Kak Kiah ada gak curi2 amek gambo teeheehee...

Bercanda menuju ke pantai lalalalaaa...
Dapat snap close up wallaby ni.. ingat! wallaby ye bukan kangaroo hehee..
Sampai je kat situ tengok dah ramai orang. Kak Kiah terus pegi ke depan, dok depan sekali. Lama lagi ni nak tunggu kul 8pm.


Pengunjung2 sabar menunggu

Rupa2nya yang dok sebelah Kak Kiah family melayu dari KL. Sambil menunggu tu kami borak2 la nak hilangkan boring. Ada hubby, wife n anak laki dia sorang. Diorang ni datang sini drive sendiri je. The husband ada seminar kat Melbourne, so semalam theyols stay kat Ballarat. Hmm untung nye nak jenjalan ikut hubby je.. Takde la cam Kak Kiah ni. Setahun menabung!

Anyway sejok giler ok masa menunggu ni. Tepi laut kan katanya.. harus la angin kuat. Nasib baik Kak Kiah ada bawak glove. So kalo ada sesapa nak datang sini, make sure bawak blanket, mafla, pakai jaket tebal segala. Seriously memang sejuk sangat. Kak Kiah sampai tak tahan nak terkucil terus sepanjang menunggu tu.


Cantik betul pemandangan kat sini


Anak omputih bermain pasir




Start 8.20pm tu staf2 dah mula bagi reminder kat semua orang takleh amek gambo. Katanya flash kamera tu bahaya untuk penguin. Tapi kamera takde flash pun takleh gak. So no picca lah ye.

Kami sebenarnya kena naik bas kul 9pm. So bila matahari dah terbenam 8.20pm tu mulalah teruja kan nak tengok penguin. Tapi tunggu punya tunggu penguin tak muncul2. 10 minit tunggu takde. 10 minit lagi tunggu yilek. Akhirnya ~8.45pm baru la terkedek2 penguin tu muncul dari laut. Tu pun memalu je naik ke darat. Sekali naik ada la 5-6 ekor je. Huh parade apa camni.. Kata ribu2an. Mana mana manaaaaaa??

Wah emo terus kau. Sebenarnya masa ni dah tak tahan sangat nak terkucil hehe..

Last2 tableh jadi Kak Kiah terus blah. Takpe lah tak dapat tengok penguin kat sini. Dah la jauh tak nampak apa. Time2 maghrib ni mata Kak Kiah memang out sket. Lepas salam2 ngan kakak Malaysia tadi, terus dengan lajunya memecut cari toilet huhuhu...

Lepas dah lega baru la jalan selow2 untuk keluar. Masa ni baru la nampak penguin yang terkedek2 berjalan celah semak. Amboi comel betul. Tapi of coz takleh amek gambo kan. Penguin2 ni berjalan sampai ke Penguin Centre pun ada. Tu pasal la ada peringatan kat car park suh driver check bawah keta before gerak, takut terlenyek lak menatang comel ni..

Dalam ghalit2 tengok penguin terkedek2 tu terus teringat kena naik bas kul 9pm. Terus memecut berlari ke car park. Naik bas je tengok semua dah ada. Again the last one. Nasib baik tak kena marah hehe. Kalo kat Korea ni harus la dah kena tinggal.

Then kami pun bergerak balik ke Melbourne. Apa lagi nak buat kan.. tido je lah. Untuk tour arini ok la kot, Kak Kiah bagi B+. Takde masalah ngan guide yang cakap cina or tourists lain, cuma tak brape best masa limited kat The Nobbies tu and masa tengok penguin parade pun kejap je. Mana taknya berlama2 kat Penguin Centre tu tapi tengok penguin tak sampai 15 min pun. So kalo sapa nak ke Philip Island and nak ke Penguin Parade tu rasanya better pegi time autumn kot sebab just nice la sunset around 7pm camtu. So dapat la lama sket sesi mengusha penguin kan.

Sampai je Melbourne around 11pm. Bengong2 je rasa kepala. Perut lak lapo. Kat hotel leh masak megi tapi rasa cam nak makan nasik pulak.

So Kak Kiah pun jalan punye jalan punye jalan sampai la nampak Es Teller (satu street ngan Space Hotel). Tengok2 bukak lagi. Alhamdulillah. Rupanya Jumaat & Sabtu diorang bukak sampai 5 pagi. Es Teler ni indon restaurant gak la cam Nelayan. Tapi harga dia lebih mahal dari Nelayan.

Es Teller di Russell St.
Tak tunggu apa lagi. Terus order Nasik Uduk. Orang kata sedap cam nasik lemak so nak try la. Harga 10AUD.


Muka orang lapar haha..
Ada bar kat atas. Tengok ramai je bebudak Indon student naik ke atas. Siap ada partner mat saleh tua lagi.. #shakehead
Hari ni baru Kak Kiah tau dalam botol kaca ni air masak rupanya. Dari semalam dok tengok banyak ada botol2 kaca ni kat mana2 meja makan. Gue ingatkan cuka huhu..

Air masak ku sangka cuka
My dinner - Nasi Uduk
Tengok rupa cam menarik. Bau dah memang cam nasik lemak. Tapi rasanya.. ermm.. ada rempah pelaga cam tu la. Sup pun berempah. Pastu portion dia besau sangat cam untuk 2 orang makan. Ada ayam, pastu ada telur dadar lagi. Memang senak perut nak habiskan.

Lepas perut kenyang suka hati, terus balik ke hotel. Tengok as usual my dormates semua dah berdengkur. Senyap2 salin baju, mandi n semayang. Malam ni tido lewat sikit sebab layan Running Man hihi..

Good nite Melbourne!!

MELBOURNE – DAY 2 – THE NOBBIES

The Nobbies ni terletak kat hujung Philips Island western side. Dari Koala Conservation Centre amek masa dalam 15 min camtu.

View sepanjang perjalanan
 

Kat sini boleh tengok view laut yang sangat cantik plus sea birds, seals, penguins, Seal Rocks and the Blowhole. Boleh jalan la sepanjang boardwalk yang disediakan. Katanya kat sini memang ada banyak sangat fur seals and selalu lepak2 kat Seal Rocks tu. Selain tu kat sini ada beribu-ribu seagulls yang bersarang kat sini.

Kami cuma diberi masa setengah jam kat sini. Hampeh betol lah..

Masa ni matahari bersinar punyelah terik so most gambar tak berapa cantik lah ye sebab ada masalah nak cari angle yang sesuai. Tapi kalo depan mata tengok, memang Subhanallah cantik sangat pemandangan kat sini.

Amazing view of the Nobbies
The Seal Rocks
Takleh turun pun. Mana la nak nampak sealnya oi.. Jauh berbatu sana..
Seagulls and batu2an
Tapi ada satu yang frust, takleh turun sampai the Seal Rocks tu pun. Tengok dari kejauhan je. Tak nampak pun seals nye. Angin lak tiup kuat sangat. Dah la nak tengok kena pakai kamera yang mahal tu 5AUD untuk 4 mins and boleh amek gambo 3 keping. Pastu nak beli sekeping 3.50AUD atau 9AUD 3 keping. Macam tak berbaloi je.




Sangat suka tengok ini burung
View yang mendamaikan perasaan


Sejok giler ditiup angin laut



Macam burung tipu2 pun ada
Ribuan burung ada di sini
The Blowhole. Kalo ujan, bende alah ni akan berbunyi.. cemana la agaknya bunyi tu ye..

Birds nesting
Buat apa tu kak?
Rabbit yang comel pun ada bermain2 di sekitar
The sun light was too strong
If nak datang sini rasanya better bawak binocular sendiri kot. Pastu lepak lelama sikit. Baru la best nak menghayati keindahan alam kan. Apepun kalo datang Philip Island, tempat ni mesti datang. Selain tu Woolamai pun orang kata best gak.

Setelah kelam kabut berjalan laju2, snap picca asal boleh terus cepat2 berlari ke bas sebab semua orang dah tunggu. Kemudian kami pun bergerak untuk ke Penguin Parade – the highlight of the day (kononnye la)..

Wednesday, January 1, 2014

MELBOURNE – DAY 2 – KOALA CONSERVATION CENTRE

Kami pun teruskan perjalanan menuju ke Philip Island. Wah bila cross je jalan nak ke Island tu  scenery dah makin cantik sebab ada laut. Suka Kak Kiah.

So our next stop – Koala Conservation Centre. Koala ni memula ada kat Philip Island ni tahun 1870s. Pastu beranak-pinak la masa tu sebab kat sini memang banyak sangat gum tree (daun gum tree ni makanan koala). Tapi now dah makin pupus la sebab penyakit, kena serang ngan anjing, kena langgar dek keta n masalah habitat. So pihak kerajaan Australia tubuhkan Koala Conservation Centre ni siap ada fence sume untuk create safe habitat untuk koala2 ni sume...


First skali tuju tempat exhibition ni. Ada la info2 pasal koala, population, habit n pemakanan semua..


Then kita ke belakang tu ada cam hutan la untuk jenjalan and tengok koala dari dekat. Ayuh kita!



Gum Tree
Koala Boardwalk
First, Kak Kiah tuju Koala Boardwalk. Terteleng2 gak kepala nak tengok koala yang sayup2 ada nun atas pokok. Semua pakat membuta. Lepas puas zoom baru la dapat amek few picca yang ok. Sedeyh tol!




Hihi akhirnya dapat amek gambo clear sikit. Geramnyeeeee... kiut betol!!
Then pi Woodland Walk. Ada gak binatang2 lain area sini. Kena bukak mata luas2. Kalau suka nature memang best la sini sebab senyap je. Tapi sekali pandang cam kebun durian kat kampung2 kita gak la huhu..

Wood walking

Boleh usha burung2 gak sini
A parrot spotted!
Ada satu binatang ni dok usha2 Kak Kiah. Wah punyelah excited bila tengok cam kangaroo. Masa tu Kak Kiah sorang je. Dok la main cak2 ngan dia. 


Then datang bus driver kami kat situ, Kak Kiah pun dengan muka terujanya bagitau la “It’s kangaroo!”. Pastu rilek je dia jawab, “No.. it’s wallaby” Hahahaha malunyeeeeee... Awat muka cam kangaroo? Adoi la lawak bila ingat balik.

Wallaby ye bukan kangaroo hehee..
Then pegi Woodland Boardwalk pulak. Ha kat sini baru la dapat close encounter seko koala. Tapi tu lah.. tido je keje. Geram betul. Dah la tak dapat pegang.

Amboi sampai terjuntai2 tangan..
Percubaan selfie bersama koala yang tak menjadi
Again gagal cubaan untuk mengambik gambo bersama koala (nyesal tinggal tripod dalam bas!)
Ni je lah kot yang paling okey huahua..
Koala yang dah bangun dari tido
Sejam kot kami kat sini so macam tak puas gak la. First tak dapat pegang koala. Second tak sempat nak beli apa2 souvenir pun kat gift shop tu.

Tak dapat pegang koala betul, tiruan pun jadik laaa...


Lepas semua dah naik bas, kami menuju ke The Noobies lak. Jom!!