Showing posts with label Melbourne. Show all posts
Showing posts with label Melbourne. Show all posts

Monday, May 5, 2014

MELBOURNE – FINAL & SUMMARY

Hiks2x.. sori la uols lama sungguh Kak Kiah mengamek masa untuk siapkan entri Melbourne ni. Maklom le bz mengumpul uang kekdahnye. Pada yang menunggu tu, tq atas kesabaran anda. Pada yang mengharapkan info Melbourne dr Kak Kiah, harapnya tak berkecil hati atas kelembapan ku yang bagai kura2 ini dalam mengapadet blog ye ngeeeee..

Oh ya, before terlupa. Kalau ada readers yang cuba email or PM untuk dapatkan info travel tapi takde dapat feedback, sila remind Kak Kiah ni ye. Kadang2 tu Kak Kiah terlepas pandang, or terlupa nak reply.. dah tua uols.. Yang ada add friend kat FB pun kalau boleh bagi PM so nanti takde lah Kak Kiah tak accept friend request (macam bajet populer je kan huahua). Kak Kiah ni kadang milih sket nak add friend sebab agak fobia dengan si penjual2 barang, tudung, baju, set pencerah kulit dan sebagainya. Yang penting harus dingatkan Kak Kiah tatak sombong tau uols. Kak Kiah dah kertu je huhuhu..

So let’s stori-mori my final day in Melbourne..

----

20 Nov 2013 

Hari ni adalah hari balik ke Malaysia (sob sob). Flight Kak Kiah ialah kul 10.35am. So pagi2 lagi Kak Kiah dah bersiap2 di kala rakan2 sedorm masih lena diulit mimpi (jeles ok).

Semalam Kak Kiah dah inform receptionist suh diorang call Hotel Transfer Service untuk pickup kat hotel around 7am. FYI, bus ni free je tau untuk ke Southern King Cross Stn. So about 7am tu Kak Kiah pun check out la (and dapat balik deposit 100AUD tu yeayy!!) and tunggu la depan hotel tu.

Berposing2 sementara menunggu bas sampai
Agak lama gak tunggu, dalam ½ jam baru bas sampai. Takpe no worries.. banyak masa lagi kan.. Sampai Southern King Cross nak kena amek Skybus ke Tulla Airport lak. Nasib baik tix rtn tu ada simpan dalam wallet. Hampir lupa Kak Kiah bab ni (ingat ye Skybus tix rtn tu mesti simpan jangan buang lak). Anyway, ramai jugak le manusia pagi2 ni. Kak Kiah kena berdiri sepanjang perjalanan. Beg troli bagak tu pulak main tahan pakai kaki je supaya tak menggelungsur. Nak letak atas para tempat letak beg tu dah penuh lak.

Sampai je airport, as usual drop luggage etc etc.. Setel semua, terus pegi kedai2 berdekatan untuk menghabiskan dolar hahahah... Dapat la rembat ceklat2, magnet & keychain.. Tapi amboi mahal benar reganya kat sini hampir 10x ganda. Sungguh menyesal ok tak cukup duit masa gi Vic Market aritu! Tapi disebabkan kena juga membeli kalau tak harus kena haruk dengan kengkawan, ku pijamkan mata sahaja huhu..

Antara yang dibeli di airport - mahal kemain..
 

Sempat la jumpa dua orang budak Msia yang study kat Tasmania and otw balik Msia. Amboi sakan adik ni memborong corel untuk mak2 di kampung. Rupanya murah ya harga corel kat sini (30AUD per set I think). Nasib baik la mak Kak Kiah bukan jenis gilakan pinggan-mangkuk. Kalau tak hazab jugak nak mengangkut berkotak2 tu. Kena pulak nak make sure barang2 tu tak pecah lagi.

Then kami pun together2 menuju ke Departure Hall. Jauh jugak la nak menapaknya. But still no worries sebab masih right on time kan. Boleh rilek2 lagi minum kopi sambil berborak2 ngan budak2 Tassie tu. Sempat promo Kak Kiah suh ke sana pulak lepas ni. Katanya Tassie lagik cantik n best kalo orang suka nature. Wah teruja Kak Kiah. Sempat pulak rembat pamplet pasal Tasmania sambil2 tu hihi.. Mana tau kan, kot sesat ke sampai ke sana (ye lah tu)..

Akhirnya tepat 10.35am katebang pun berlepas. As usual Kak Kiah gasak membuta je dalam flight lepas melantak nasik lemak Pak Nasser. Letih gilos uols.

Reached LCCT 4pm. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan n peluang yang diberi untuk menjejak kaki di bumi Australia. It was a fun n enjoyable trip, walaupun Kak Kiah berseorangan – banyak kenangan manis sepanjang percutian ni. Tak rugi la untuk orang2 yang appreciate nature and beautiful things, sangat seronok untuk acara mencuci mata.

Ok jom summarize kan trip kali ni:


Tengok summary kat atas ni pun dah nampak lompang2 nye kan heee... Basically untuk trip Philips Island & GOR agak mengecewakan. Ye lah padan muka kan sebab dah sangat bajet ha amek kaw.. murah sangat sampai banyak tempat tak dicover. So untuk those yang nak pegi dua tempat ni, better hire kereta and cover semua tempat2 yang ada Kak Kiah list kat bahagian plan tu. Rugi tau kalau dah kat sana tapi tak pegi. Jangan jadi cam Kak Kiah ni, gigit jari je sudahnya.. huhu. And if ada sesapa yang still nak amek tour ni ngan travel agent, please discuss first tempat2 yang akan dilawati. Kalau rasa takde dalam list, better cari agency lain. Takpe la kalau bayar lebih pun sebab memang berbaloi.

Other than these two tours, Alhamdulillah yang lain tu ok la dapat Kak Kiah cover almost 80%. Things to see/try pun hampir semua dapat – feed kangaroos, explore street arts, amek pic Yarra River from Princess Bridge, naik Eureka & The Edge, naik city circle tram, tengok penguin pulang petang, makan nasi uduk Es Teller & pegi 12 Apostles.

Antara yang menghampakan ialah tak dapat pegang koala, makan stoberi Aussie, masuk dalam galeri Shrine of Remembrance, pegi Brighton Beach Box tengok pondok kaler2, pegi Woolamai Beach, masuk dalam Cooks’ Cottage, pegi Teddy’s Lookout & London Bridge GOR and masuk DFO. Hampir semua ni disebabkan oleh kesilapan memilih tour package n bajet yang kacau. Macam Old Melbourne Gaol & River Cruise terpaksa Kak Kiah cross from the list sebab mahal and Kak Kiah tak cukup duit disebabkan short 100AUD kena letak kat deposit hotel.

Ok jom tengok bajet lak..



Overall expenses kurang dari yang diplan. Of coz la kan dah amek tour murah hehe. Kalau terlebih pun bab makan je.. memang takde choice food kat sana memang mahal. Kurang2 10AUD terbang setiap kali singgah makan. And also bab wifi tu. Haiyoh tension ok kat sana susah sangat nak online. Sehari 10AUD terbang untuk wifi semata.

So if uols nak mari sini, ni antara tips2 yang boleh Kak Kiah ringkaskan ye..

1) Ketepikan duit deposit hotel siap2. Make sure duit ni tak dimasukkan dalam bajet. *Msia Hall punya deposit quite high 200AUD if I'm not mistaken.
2) Amek tour mengikut taste tempat yang nak pegi. Please wear comfortable shoes masa GOR trip sebab banyak jalan n berbatu2.
3) Kalau in group, better hire kereta.
4) Food sini mahal. So kalau dok tempat yang ada kitchen, masak ler or bawak bekal. Or boleh deal dengan Chef Aznil di Msia Hall untuk pack kan makanan. Caj dia murah jer.. (boleh contact di aznil707@yahoo.com.sg atau whatsapp beliau di +61424299540)
5) Air mineral/coffee pun mahal sini. Tapi banyak tempat yang ada water cooler kat tepi2 jalan so kena bukak mata leluas sket untuk dapatkan air free. Kopi lak boleh beli kat bancuh sendiri kat convenience store cam 7-11. Harga 1AUD je, much cheaper banding kalau beli yg dah siap around 3-4AUD.
6) Dalam map Melbourne (u can get this kat airport or Visitor’s Centre) ada tunjuk wifi spots. Please take note tempat2 ni kalau nak wifi free so that u don’t have to beli wifi hari2 cam Kak Kiah. Kopak youuu... *Kak Kiah realize bende ni after dah hari ke 5, boleh gitu?? Sengal kan..
7) Pegi Victoria Market hari Sabtu (better) or Ahad sebab murah. Setiap barang tu beza about 2-4AUD tau, so kalau beli banyak kan banyak kerugiannya di situ?
8) Take note business/opening hours untuk semua tempat. Ada tempat2 attraction kul 5pm dah tutup. Ada DFO & tmpt shopping kul 6pm dah tutup.
9) Kalau pegi Eureka Skydeck mesti masuk The Edge!! Rugi kalau tak masuk. And sediakan extra 15AUD untuk gambo – komfem beli punya untuk kenangan.
10) Myki card tu top up ikut hari yang ada guna tram je. Kalau rasa2 lebih dr 2 jam nak merayap, top up la 7AUD. Kalau kurang 3.50AUD pun dah cukup. And take note pasal zone2 tu semua. Kalau nak free naik ler City Circle tu tapi tahan la bersesak2 dlm tu ye sebab sentiasa penuh.
11) Kalau drive, check bab parking ye. Dalam CBD harga parking teramat le mahalnya..
12) Avoid jalan after 10pm sebab ramai orang mabuk2 n berparti2
13) Activate ATM PLUS! Jangan jadi seperti diriku sob sob..
14) Kalau stay kat bilik dorm, please bring your own padlock.
15) Masa flight ke Melbourne – food asingkan dalam satu beg and declare (except 3 in 1, dairy products, meat, fruits), print itin siap2 in case kena soal jawab. Masa flight balik dari Melbourne – mekap/ubat masuk dalam luggage jangan handcarry.
16) Better time untuk datang Melbourne ialah during autumn & winter (April-June). Then boleh dapat stunning view masa kat 12 Apostles. And boleh juga berskiing di Mt Buller.
17) Jumlah hari yang sesuai ialah 5-7 days. 3 hari cover CBD, 2 hari cover Philips & GOR. Kalo bercadang ke Mt Buller & Sovereign Hill so add lagi 2 hari. Yang penting ongkosnya ya buk.. huhu

Ok tamat sudah cerita Melbourne. If anything Kak Kiah ada miss, please komen ye. Maklum lah dah berbulan trip ni berlalu, Kak Kiah yang hampir mencapai taraf warga emas ni kekadang banyak lupa.. Anyway, Kak Kiah harap entri2 Melbourne ni sikit-sebanyak dapat membantu uols yang ada plan trip Melbourne dan juga mengujakan jiwa sesapa untuk ke sini.

Next story - my 3rd trip to Korea – Busan & Jeju. Tungguuuuu..

Tuesday, January 28, 2014

MELBOURNE – DAY 6 – A NITE TO REMEMBER

Wahh tajuk.. kelas kau.. tetibe lain dari yang lain.

Alrite sambung dari citer last entry. After lunch kat Space Hotel, Kak Kiah pun balik bilik. Semayang n pack siap2 sebab esok pagi dah nak balik (sob sob). Nak pack malam ni takut tak sempat and takut mengganggu rakan sebilik yang lain. Tengah2 pack tu datang sorang minah saleh ni baru check in kot, dok katil atas Kak Kiah. Dia ni chef dari France. So sambil2 buat keje tu borak2 la kejap. Peramah gak minah Perancis ni.. Kak Kiah dulu2 pernah la pegi Paris zaman study (my sis study kat France), so at least ada la modal sikit nak sembang. Yang best tu sebab dia chef kan.. wah.. teruja dengar dia cite pasal masak2 huhu..

About 4.15pm, Kak Kiah pun siap2 nak kuar. Dah janji nak jumpa sorang adik ni, dia student kat RMIT. Kak Kiah tak pernah jumpa dia before this. Rupa pun tatau cemana. Masa Kak Kiah plan trip Melbourne ni, asek la dok tanya sorang kawan yang selalu datang outstation kat sini pasal Melbourne. Since banyak sangat soklan Kak Kiah ni, dia bagi contact number sorang student Mesia ni. So selama berbulan gak Kak Kiah dok berhubung ngan student ni, tanya macam2 la.. bab Myki, makan halal, tempat nak visit etc etc.. So kira ni nak blanje dia kopi la kiranya sebagai tanda terima kasih. Selain tu nak bagi dia hadiah DVD collection Tanyalah Ustaz & Ceramah Ustaz Kazim as a souvenir – yang arwah Ayah Kak Kiah ada rakam and pesan suh sedekah before meninggal aritu – since kawan Kak Kiah cakap budak ni budak masjid kan and Kak Kiah pun tatau nak hadiahkan apa dari Mesia.

Janji nak jumpa 4.30pm kat San Churro’s yang located sebelah State Library. So tak jauh le kan, menapak je.

Bila sampai tengok takde nampak pun budak melayu. Beli kopi n online dulu (San Churro’s ada free wifi).


Mengopi sambil bertenet
Tak lama pas tu budak tu sampai. Eh. Macam kenal je. Terkedu jap Kak Kiah.

Nak tau sapa?



Taraaaaa!! Siti Sarah from Nur Kasih uolssss.. Umi Nazeera rupanya!!

Haha. Lawak betul. Agak selama ni Kak Kiah dok contact ngan retis rupanya. Kak Kiah memang minat dia ni belakon. Teruja terus youu.. Kawan Kak Kiah pun tak cakap student ni retis. Sebab nama dia pakai kat profile pun Nazeera je.

Anyway, in person... dia lawaaaaaaa sangat! N sopan sangat. Alim pulak tu. Kak Kiah pulak malu sendiri sebab pakai kemain rugged nih. Hehe. First time ni rasa rendah diri ngan retis.

So kami borak2 ler. Memula tu Kak Kiah tatau nak borak cemana. Sebab masa tu kan tengah kecoh pasal kes dia kawin senyap2 ngan mamat cas alim tu. Plus masa ni tengah promo muvi Penanggal kan. Tanak la nampak sangat selalu berumahtangga kat bod gosip tu haha. So Kak Kiah borak cam borak ngan student je lah, tanya pasal studies, bila grad, how’s life kat Melbourne etc etc.. Rupanya dia dah nak abis dah. Baru abis final exam. So lepas ni balik Mesia for good lah. Maybe kije ngan mak dia. Berlakon tak pasti lagi sebab dia takut terjebak balik macam zaman dulu2. Kak Kiah respek ok dengar dia cakap. Ye la dia kan kira baru2 berhijrah ni. Dia cukup risau takut tak istiqomah bila balik nanti. Pulak dia tu memang sangat passion in acting. Kat Melbourne, takde orang judge dia.. but kat Mesia maybe ada, and maybe lagi banyak dugaan. Kesian kan. Kak Kiah ada stori gak masa zaman2 study dulu, ada la bagi nasihat sikit2 kat dia how to handle life after this (walopun Kak Kiah pun ke laut sebenarnya haha).

Lepas abis kopi dia ajak nak blanje dinner lak kat PappaRich, salah satu Msian Restaurant kat sini. Mahal tau tempat ni. Memandangkan Kak Kiah duit pun tak brape nak ada masa ni (malu woh dengan retis lak tu!), Kak Kiah terus tidak menolak pelawaan tersebut kekeke..

PappaRich yang terletak berdekatan State Library

Ramai juga Msians dalam ni I think
Masa dinner tu borak lagi. Masa ni dah kurang malu sikit. Citer pasal cinta2. Of coz Remy Sehak masuk topik. Tapi sume ni secret lah kan. Biarlah rahsia dia Kak Kiah simpan. Hehe.

Lepas dinner kami singgah ke Melbourne Central Station sebab Umi nak solat Maghrib dulu. Kat sini ada Baby Changing Room yang agak selesa untuk bersolat. Since Kak Kiah niat jamak ta’khir, so Umi je lah yang solat. Kak Kiah snap picca je.

Baby Changing Room yang agak luas
Ceria dan bersih
Kalo kat Mesia ni mesti jadik tempat mengular makcik2 cleaner


Then kami meronda2 CBD. Dari Melbourne Central tu menapak la sampai ke The Crown Casino. Cadang nak tengok fire show kat depan tu sebab seblom2 ni Kak Kiah tak sempat tengok. Banyak lagi yang kami borakkan. Apa yang Kak Kiah boleh katakan, dia ni memang bagus la budaknya. Walopun dulu masa datang sini life agak meliar juga, tapi Alhamdulillah sekarang dah berubah. Setiap kata2 yang kuar dari mulut sume berisi je. Lepas tu sangat2 humble. Maybe sebab dia berkawan2 ngan orang2 yang baik kat Melbourne ni kot. Kak Kiah doakan dia semoga berkekalan la dia macam ni sampai bila2. And mudah2an bertemu jodoh dengan lelaki yang baik. Amin.

Xmas deco atas bridge - semalam takde
Melepak di tepian sungai again

One of the bridge crossing Yarra River
Fire show sudah bermula
The Crown Entertainment Complex


Fire show ni setiap sejam kot, bermula kul 9pm. Kalo nak tau, The Crown ni kalo di kalangan kafirun agak femes sebab tempat judi. Kalo malam minggu memang penuh orang sini. Tapi memang happening gak fire show tu. Sume orang was like "oooohh.." "ahhhh.." hehe

Pastu kami pun gerak balik. Rupanya umah Umi dekat je ngan State Library tu. Lepas say bye2 and promise to keep in touch, Kak Kiah pun menapak balik ke hotel sambil senyum sensorang. Mana nak jangka kan jumpa retis yang kita minat kat sini huhu. Kak Kiah ni memang minat habis drama Nur Kasih tu. Nasib baik leh tahan diri dari mintak otograp bagai haha..

Balik bilik terus mandi n solat. Tido awal coz pagi2 esok dah nak ke airport. Seblom tido senyum lagi.. heheee.. so happy... :)

Monday, January 27, 2014

MELBOURNE – DAY 6 – SHOPPING & CITY CIRCLE TRAM RIDE

Hari ni plan free n easy gak. Pagi plan nak soping2 souvenirs kat QV Market then nak ronda2 city naik free tram before balik esok. So pagi ni takde la rush pun. Rilek2 je buat list apa nak beli and kira dolar. Bila tengok belen duit yang ada.. aduh sedey nye.. tak banyak dah. Kak Kiah ada mention kan aritu Kak Kiah lupa nak activate kan ATM+? So, fyi, Kak Kiah punya balance cash memang limited sangat (gatal kan semalam nak masuk The Edge hehe). Ada tu ada la set aside untuk beli souvenirs tu tapi nak soping lebih2 sikit untuk diri sendiri macam tak dapat laa.. sob sob..

Cuaca hari ni pun alhamdulillah sunny so no need to wear tebal2. Lepas dah siap2 sarap, mandi sume Kak Kiah pun menapak la ke QV Market. (Note: untuk ni no picca ye sebab dah pernah letak kat entry QV Market Pt 1)

About 15mins terus la tuju kat belah depan. List pun dah ada kat tangan tinggal nak grab beli je barang2 nya. Sekali tengok.. eh.. dah berubah kedudukan peniaga2 nya. Lepas tu paling sadis.. harga barang sume mahal dari harga yang Kak Kiah tengok aritu. T Shirts Melbourne dari harga 5AUD dah naik 8AUD, keychains & FM naik dari 10AUD ke 12AUD sepeket. Arghhhh!! Lari bajet makcik!! Rupa2nya kat QV Market ni harga berubah2. Kalo weekends murah, kalo weekdays mahal (Kak Kiah datang ni hari Selasa). Mintak tawar pun tak dapat la noks.

Maka Kak Kiah pulak nak beli banyak t-shirts, puas la tawaf satu market tu nak cari mana seller yang boleh bagi harga murah. Last2 jumpa satu kakak indon ni. Dapat la harga 7.50AUD selai t-shirt. Tu pun kalo beli lebih dari 10 helai baru dapat murah. Sob2.. pilu hati den.. Takpe lah, kurang2 nya lepas dah souvenirs untuk sanak sedara.

Disebabkan bajet lari, Kak Kiah tak dapat la beli banyak lagi souvenirs lain. Kang duit habis kang naya je. Just dapat beli few packs of keychains & FM je untuk kengkawan opis n best frens. Nak beli koala soft toys pun tak jadik, niat nak beli cheese, stoberi sume terpaksa ku lupakan.. sedih! Kira untuk diri sendiri memang tak beli apa la. Cis menyesal betul tak beli terus masa datang sini aritu.

Pengajarannya di sini ialah – kalo sesapa nak soping kat QV Market ni, make sure datang masa weekend ye. Kalo boleh pagi2 Sabtu sebab kul 6am dah bukak. Harga lebih murah n boleh tawar lagi. Dan pastikan duit cukup. Jangan kau ikut jejak langkah Kak Kiah yang fail bab planning ni huhu..

Okey dah setel bab soping (sori tiada gambo hasil soping diambik akibat kesedihan melampau).

So next Kak Kiah pun terus la menapak (dengan berbondong2 beg plastik) untuk menuju ke La Trobe St. Cadangnya nak naik City Circle Free Tram pusing2 city. Dari aritu lagi nak try tapi tak berkesempatan.

Free Tram ni route 35, kaler maroon. Di laluan ni, setiap tram stop akan ada sign City Circle so tunggu je kat situ. Ada dua direction (clock wise n anti clock wise), every 12 mins dari pukul 10am-6pm (Sunday-Wed) and 10am-9pm (Thu-Sat).

Laluan Route 35 - Free Tram

Tram ni agak buruk sikit la dalamnya. Tapi penuh gak ngan pelancong2.

City Circle Tram
The City Circle sign

Me inside the tram
Pamplets inside the tram

Tempat driver tram

So dari La Trobe tu tram tu pusing la ke Melbourne Central Station – Parliament House – Flinders St – Docklands. Since nothing much nak story, tengok gambo je k.. 

RMIT University
Parliament House
Australians lepaking di Treasury Gardens
Flinders St

Visitor Center & Flinders Stn
My fav
Anak omputih yang kiut
Couple
Melbourne Aquarium

Harbourside
Promenade
Docklands
Etihad Stadium

Skybus Free Shuttle Bus

Russell St
Lama gak nak complete satu pusingan tu. Sampai rasa cam nak tertido je hehee... Lepas sampai kat Russell St, Kak Kiah pun turun (dalam tram ni takde butang loceng, tapi ada wayar kat atas – tarik je wayar tu nanti ada bunyi loceng). Turun and menapak la balik ke Space Hotel. Ingat nak rehat2, lunch n semayang dulu. Nanti petang Kak Kiah nak kuar balik ada nak jumpa student Mesia yang banyak tolong Kak Kiah untuk plan trip ni.

My lunch?

Megi n kebab semalam hehee... (sedih kan tengah miskin ni)


Thursday, January 23, 2014

MELBOURNE – DAY 5 – EUREKA SKYDECK

So my next destination is the Eureka – yang terletak di Southbank (belakang Southgate), the highest public vantage point di Hemisfera Selatan dengan ketinggian 285m wa cakap luu... 88 floors! Kat atas ni boleh la kita menikmati pemandangan di sekitar Melbourne.

The Eureka Building

Kak Kiah dah berjanji ngan Chef untuk ke sini sesama (mohon jangan gusip ok hehe). Sebab dia dah bertahun dok sini tapi tak pernah skali pun naik, so apa salahnya join sekali.. We Malaysians must be nice with other Malaysians kan kat negara orang konsepnya.. wah gitu..

So kami bercadang nak jumpa ½ hr before sunset kat bawah tu. Timing kena cun supaya dapat la kami menikmati view Melbourne both masa terang n malam kiranya.

Lepas dah menapak dari Flinders, akhirnya about kul 8pm tu jumpa la Chef. Seb bek dia pun baru sampai. Tanpa berlengah2 lagi kami pun terus la pi kaunter untuk beli tix. Adult 18.50AUD. Quite pricey tapi Kak Kiah rasa worth la. And if nak merasai experience The Edge, harga tix tambahan ialah 12AUD but that one kena beli kat atas la.

Tak lama pun beratur. Kejap je terus staf suh pi naik lif. Lif ni punyelah bapak laju nye. 15 saat untuk sampai ke 88th floor!! Nasib baik takde kaca yang leh nampak luar tu. Kalo tak mau gugur jantung Kak Kiah (dulu pernah naik lif untuk ke puncak Eiffel Tower – sampai skrg masih terkenang-kenang perasaan horror tu – me gayat uols!)

Sampai atas kami cepat2 pegi cop tempat hehe. Nak amek seat yang baek punya untuk layan sunset. So kami lepak2 sembang2 dulu. Chef bz sket ada banyak tempahan katanya. Ramai Malaysians datang bercuti kan. Alhamdulillah murah rejeki Chef.

Then Kak Kiah tinggalkan Chef jaga tempat sementara Kak Kiah snap2 picca. So yok layan..


Flinders St view. Nampak tak Flinders Station yang cinonet je tu?
The Yarra River view. Yang tinggi tu Arts Centre.
MasyaAllah.. sangat tinggi lah.. ana gayat..
Royal Botanical Garden (yang Kak Kiah pegi masa 1st day aritu) - bapak luas rupanya..
Tatau ada pesta apa kat bawah masa ni.. tapi manusia serupa semut
Buildings along Flinders St
Space Hotel jauh tersembunyik di balik bangunan
Close up Flinders Station
Buildings di Southbank area


St Kilda's beach di hujung sana
Dah dekat2 nak sunset tu Kak Kiah pi balik kat seat kami. Tengok ramai dah manusia2 kat area tu semua menanti sunset.


Pemandangan sunset kat atas ni memang marbeles. Tapi sayangnya susaaaaah sangat nak amek gambo sebab silau sangat, plus amek gambo di sebalik cermin kan (or apakah sebenarnya daku yang fail tak reti setting? kekeke..). So mana yang ok sikit Kak Kiah tepek la sini ye. Not much nak story, just enjoy the piccas uols..




Amazing huh?

Subhanallah Maha Suci Allah Pencipta Sekalian Alam

Next pegi ke satu balkoni ni tengok view dari luar pulak (terpisah oleh jaring2 saja).

Sejuk gila angin tiup kat sini. Gigil ambo..
Gigih la nak selfie walopun tengah terketor2
Lampu2 pun sudah menyala menyambut kedatangan malam
This is The Edge. Cube ni sume kaca and can see thru. Cube ni akan perlahan2 keluar dari building ye.. Ngeri tengok..
Actually kami memang plan nak merasai pengalaman The Edge tu, tapi Chef tableh lama lak.. sebab dia nak kena masak, ada tempahan untuk pagi2 esok n dia tak siapkan lagi barang2 nak masak. So Chef mintak diri balik dulu. Lepas babai2, Kak Kiah pun terus queue untuk beli tix The Edge yang berharga 12AUD tu. Ye I know mahal.. tapi tak kira. Alang2 dah sampai kan, rugi la kalo tak pegi The Edge ni.

Lepas dah bayar, staff tu bagi satu buzzer ni. Dia kata turn Kak Kiah lagi ½ hr. Nanti kalo turn dah sampai, diorang akan buzz. So Kak Kiah pun ronda2 la lagi untuk snap picca night view lak.
The Flinders di remang senja

Beauty

Bangunan2 dan lampu2 yang cantik
 


Nampak tak bulan tu? Bulan penuh malam ni ok. Sungguh indah purnama malam..

The Fed Square


After ½ hr meronda2, buzzer pun bunyik. Maka pegi la tunggu kat depan pintu The Edge tu. Patut la lambat, rupanya The Edge ni skali masuk hanya 6 orang je. Tak boleh lebih muatan. Kat luar tu kami diberi cam sarung kaki pakai over our shoes.

Dah sampai turn grup kami, kami pun masuk. Beg kena simpan kat satu locker ni. Kamera pun takleh bawak tau. Kat dalam tu nanti diorang akan snap kan picca and up to kita la nak beli ke tak.

Masa masuk tu cuak jugak. Gelap je. Walopun pijak atas kaca, tapi takde nampak luar pun. Staf tak dok skali dalam lif, diorang kat luar and cuma bercommunicate melalui speaker je. Pastu tetibe ada kuar lagu saspen tu. Terasa la tetiba The Edge ni bergerak keluar dari building. Fuh seram sejok terus masa tu. Then tetibe... Jengggg!!! Dengan lagu saspen serta merta lampu terpasang and terus nampak view luar.

Makkkkkkk!!! Gayat ok! Kak Kiah keras terus kat situ. Nak2 bila tengok lantai kaca boleh nampak kat bawah. Aduh memang rasa cam nak pensan.

Agak2 berapa saat lepas berhempas pulas menarik sisa napas yang tinggal, baru lah mata Kak Kiah meliar ke luar untuk menikmati pemandangan di luar. Seriously.. masyaAllah.. cantik sungguh!

Then baru la berani berjalan (dua tiga tapak je huhu). Ada anak omputih tu punye lah seronok berlari dalam tu, Kak Kiah pulak yang panik terbayangkan lantai kaca pecah and kami terjerobos ke bawah beramai2 haha imaginasiku..   

Then staff tu announce masa untuk amek gambo lak. Ada satu kamera kat dalam tu. Nanti staff bagi la signal bila kamera tu nak snap. Kak Kiah nye turn last skali. Setiap orang/grup dibagi dua kali turn untuk begambo. Wah terus lupa gayat... pose tetap pose... Tapi kat dalam tu sume gelak masa Kak Kiah pose.

Tadaaa.. ni lah gambo Kak Kiah dalam The Edge. Over kan? Haha.

Kak Kiah histeria
Lepas tu The Edge pun masuk ke dalam building balik and Kak Kiah pun pegi ke kaunter untuk beli gambo. Sebenarnya takde la plan nak beli gambo tu sebab mahal (15AUD sekeping). Tapi pikir punye pikir eh rugi pulak takde kenangan nanti. So takpelah pejam mata.

Masa ni orang pun dah tak ramai sebab dah nak closing time. So Kak Kiah pun terus la turun bawah. Dari Eureka tu menapak la sepanjang Southbank tu pulak menikmati view Yarra River dari bawah pulak. 

Walking along the Southbank

Southgate

Syahdu melayan perasaan nampak kak..huhu
The Princess Bridge
Yarra River
Jalan punya jalan perut pun dah lapar. Singgah Halal Kebab di Swanston St untuk beli kebab. Satu bungkus 9AUD tapi punye beso nye saiz dia.

Halal Kebabs
My dinner - 2 hari makan baru abis bende alah ni..
Malam ni nothing much. Lepas sampai hotel, mandi n makan sume Kak Kiah just lepak2 kat balcony kitchen hotel sambil borak2 ngan backpackers lain seraya bermain Candy Crush huhu. Dah kul 1+ baru tido. Nite Melbourne!