Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts

Monday, December 30, 2013

KINABALU – SUMMARY

Jom summarize kan trip Kinabalu..

Untuk trip naik gunung, rasanya semua memuaskn hati except for the accommodation la kan sbb kne share ngan lelaki. The rest semua ok – makan sedap, guide terbaek, cuaca masa naik tu kureng but ok la not that bad, dapat amek gambo sunset kat Laban Rata, dapat tengok pokok2 pelik fairy tale n bunge2 kecik yang unik, dapat kenal2an ngan climber2 dari macam2 tempat, dapat tengok view malam bulan terang yang cantik sepanjang pendakian ke summit, berjaya sampai summit tepat2 masa matahari terbit n dapat layan view yang marbeles, dan yang penting skali – dapat sijil kaler uols!! Hahahahhh..

Dari segi persediaan pun rasa ok kot. Takyah la beriye beno nak gi segala gym bagai, ngabis duit je. Pektis naik turun tangga pun dah ok rasanya (bagi KK la). Kalo cycling pun bagus gak kot. Yang penting fokus untuk otot2 kaki ler.

Bab barang2 tu leh bawak macamana yang KK sajes dalam previous entry. Air mineral toksah bawak banyak, Buat tambah kg je. Bawak je sebotol kecik dah cukup sebab sepanjang 1km memang ada pondok n leh refill air. Bab makanan tu terpulang gak. KK rasa nyesal je beli energy bar bagai tu.. dah le mahal sekeping dekat RM10. Beli coklat2 biasa pun dah cukup dah sebenarnya. Energy bar tu KK siap bagi Anis lagi makan sebab KK bawak banyak. Kismis n kurma tu memang recommended lah sepanjang mendaki tu. Masa kat Laban Rata, yang penting ada stok biskut atau megi. Kalo dapat hostel cam KK aritu kat Gunting Lagadan, memang becinte uols nak turun supper kat restoran Laban Rata tu. Ubat2 of course wajib ye. Esp panadol actifast n ubat tahan muntah tu. The rest of the list boleh tengok kat sini.

Untuk trip Kota Kinabalu town lak, banyak tempat terpaksa dikensel. Satu sebabnya ialah kaki sakit huhuhu.. Tapi dapat la pegi tempat2 yang penting cam Sunday Market, Filipino Market & Waterfront tu. Yang ralat for sure lah Manukan Island sebab dah lama giler KK idam nak ke sini. Kali ni nye trip dah dekaaaaat dah tapi tak sampai2 juga. Takpelah maybe next time. Pegi Sipadan or Mabul terus ke.. eh.. hehee..

Bab soping alhamdulillah dapat la beli benda2 wajib macam udang kering, kuih cincin, keropok emplang, pearls, ikan masin, ikan bilis & seaweed. Rasanya tenom coffee n limau beaufort je kot yang KK miss. Kalo sesapa nak mai Kinabalu ni, make sure datang Sunday Market tau. Lagi murah dari Filipino Market. Plus boleh tawar2 lagi n sangat happening.

Bab bajet lak ok gak. Tak jauh lari dari apa yang diplan. Cuma bab transport je lah kot kena bayo lebih sikit dari Kinabalu Park nak balik Kota Kinabalu town sebab dah malam. Rasanya sapa nak pegi naik gunung ni disaran la direct terus ke SSL and amek pakej 3d2n cam KK amek ni. Kalo amek agent rasanya mahal lah tak masuk akal kadang2 per head dah RM1,200. Cuma kena uruskan transport je la dari KK ke Kinabalu Park tu. Tu pun kalo amek bus (van) tu cuma RM15-20 per head je pun dari/ke Padang Merdeka. Bab soping lak rasa bawak je la max RM500. Tu pun kalo jenis gila pearls or seaweed n nak makan seafood udang besau2. Kalo soping jenis biasa2 je RM200-300 pun dah memadai.

Ok rasa nya cukup kot tips untuk Kinabalu. Kepada sapa yang plan nak ke puncak, harap2nya blog ni dapat la sikit sebanyak membantu kengkawan sume. Kepada yang dah berjaya, hehee.. tahniah KK ucapkan n timekasih sudi jenguk sini untuk refer tips walopun ntah apa2 yang KK merepek2 sebenarnya dalam ni huhu..

Ok lah till then, lepas ni citer Melbourne lak. Tungggguuuuu....  

KINABALU – DAY 5 – FILIPINO MARKET

Haaaa.. lama kan tak update? Ngeh3x.. biasa la ujung tawon kan banyak projek. Sori ye chuols. Ni KK try sambung balik cite Kinabalu sebab nak open new chapter trip Melbourne pasni.
 -----
Asalnya plan Kak Kiah arini nak ke Manukan Island. Semalam masa gi Jessleton memang ada usha pakej2 available untuk ½ day trip kan. Biasa kalo ½ day trip ni dari kul 8am sampai kul 1pm la. Tapi memandangkan Kak Kiah nye flight kul 3.30pm, which means Kak Kiah nak kena gerak ke airport dalam kul 2pm risau gak la kan berlakunya adegan tertinggal flight sekali lagi. Pikir punye pikir, Kak Kiah batalkan je niat nak ke Manukan Island tu. Maybe some other time..

So plan ditukar kepada shopping2 di Filipino Market (erk soping lagi?). Kira market ni sebenarnya cam pasar kraftangan la. Ada gak jual benda2 yg sama cam Sunday Market aritu cuma mahal sikit la. Memandangkan ada few barang Kak Kiah tak beli lagi lebih2 lagi yang untuk diri sendiri punye, so cari kat sini je.

Best gak cuci2 mata.. Barang pun banyak cantik2..
Banyak hasil kraf yang menarik


Pearls yang berkualiti n cantik2





Then pegi cari ikan bilis, ikan kering & udang kering lak nak bawak balik. Rugi la kalo tak beli sebab murah & fresh barangan laut sini. Pastu diorang siap buatkan kotak bungkus cantik2 untuk kita. Bagus kan customer service.




Tatau ape mende ni tapi mahal kemain..
Melayan kapal2 berdekatan market


Lepas puas merayap2 Kak Kiah singgah lunch dulu kat Segama Complex sambil cuci2 mata tengok orang lalu lalang. Then baru balik hotel untuk check out.

Mintak receptionist call kan cab untuk ke airport. Lama gak la tunggu rasanya dekat kul 2pm baru cab driver sampai. Nasib baik la flight lambat lagi.

Kat airport KK pegi drop luggage dulu. Punyelah ramai umat manusia kat airport tu. Yang geramnya ada yang jenis tak reti beratur. Muka selamba badak je potong queue. Pastu marah2 kat staff tu bila beg dia tak lepas. Ada ke beg bagak tu dia boleh shrink wrap? Bongok giler. Cong ceng cong ceng mengamuk2 marah kat staff airport tu. Awak yang tak sekolah nak marah orang plak. Setakat beli barang berbondong2 barangan laut kat KK ni apa kelas nak bergado ngan orang.. lain lah berbondong2 tu barangan branded ke, jewellery ke.. heran gak aku..

Nak tau apesal Kak Kiah bengang giler ngan nyonya tu? Ha sebab dia la luggage Kak Kiah miss tak dipasang tagging oleh staff tu. Yang Kak Kiah plak tak perasan, terus je bawak masuk untuk drop luggage. Dah la kena beratur lama, sampai depan je tengok tag takde kat beg. Adoiiii.. tak memasal kena pegi balik scan beg. Kan macam jahanam tu namanya?

Nasib baik flight lambat lagi.

Dah setel sume, Kak Kiah lepak je kat depan airport tu. Cuci mata lagi tengok orang lalu-lalang. Boring sangat nak tunggu bila nak terbang balik Johor ni.
Dah puas merayap Kak Kiah pun masuk la gate kan. Fuh memang ramai ok orang. Rupanya flight delay lah pulak. Adoi bosan bosan.. Dah la kat dalam tu takde mende sangat. Termangu la cam orang bodo.

Dari 3.40pm akhirnya 4.30pm baru masuk kapalterbang. Mata lak makin lama makin memberat mengantuk. Lepas take off tak tunggu apa lagi dah.. pensannn..

Sampai JB kul 6.30pm. Alhamdulillah selamat semuanyaa...

Wednesday, October 23, 2013

KINABALU – DAY 4 – WATERFRONT KK

Sebenarnya kalo ikut plan, banyak tempat Kak Kiah nak pegi kat KK ni. Floating mosque, Signal Hill Observatory, Atkinson Clock Tower. Tapi disebabkan kaki tengah sakit giler maka kensel la sume tempat2 tu. So hari ni cuma cover Sunday Market Gaya St & Water Front je lah gamaknya.

Dalam kul 6 lepas amek baju kat laundry, kami terus menapak ke Waterfront. Takde la jauh sangat, dalam 20 min jalan. Sepanjang jalan tu ghalit tengok peniaga-peniaga kat tepi jalan. Macam2 ada jual. Happening uols! Bau laut pun best.

The Waterfront KK
Ingatkan nak port la minum2 kat mana2 kedai area Waterfront tu sementara tunggu sunset. Skali tu tengok rata2 bar je sepanjang tu. Sume ada jual beer bagai. Tak jadik la melepak. Just tunggu je sampai la tiba masanya matahari terbenam.

Menanti sunset
 
Bila tiba saat2 matahari terbenam tu, fuh masyaAllah sangat cantik okeh! Tak terungkap dek kata2...

Beautiful!
Ramai juga berselca & berposing2 di sini
 

Me n Sham beriye mencuba teknik fotografi


Peaceful
It's a view u shall not miss!

Yang paling tak tahan tu grup muda mudi sini. Tatau la awat diorang dok dressing cam muvi Gila-gila Remaja tu. Seriyes klako tengokkan. Dengan suar ketat, rambut rock kapak.. Rasa cam kembali ke zaman lampau lak tetibe. Kalo satu grup tu paham la jugak, ni mostly sume budak2 muda k. Memang takde la cam kat Semenanjung rempit hiphop bagai. Yang terbaiknya diorang ni ada la gak nyanyi2 sambil main gitar tu kan. Of coz la Sabahan kan.. suara best ok! Ada sorang budak kecik tu nyanyi memang sedap giler suara dia.

Gelagat muda-mudi KK
Lepas dah puas layan view, kami terus ke Night Market nak makan seafood. Dah lama gian nak makan seafood uols.. Segamat payah nak jumpa.. Kat sini seafood nya beso2 n fresh. Kuah pun sedap. Kat sini ada gak jual sayur2 n hasil laut yang lain. Kak Kiah ada amek gambo tapi sume blur habis. Frust tol..

Seafood n rumpai laut.. nyum nyumm..
Lepas makan balik ke hotel sebab Sham nak ke airport dah, flight dia malam ni. Tak lama pastu cab dia pun sampai, say babai2 sume then Kak Kiah port kat bawah je depan receptionist sebab nak buat keje tulis skrip bicara berirama untuk sekolah member Kak Kiah. Payah gak kat bilik line wifi selow beno. Nak ke CC jauh lak pastu cam bahaya je sini.

Lama gak Kak Kiah dok bawah tu baru naik bilik. Urut2 kaki before tido huhuhu... hazab kau..

Tuesday, October 22, 2013

KINABALU – DAY 4 – SUNDAY MARKET, GAYA ST

Pagi gak Kak Kiah bangun hari ni sebab nak siapkan keje. Client asek sms tanya bila nak submit. Tensi tau. Sambil tu dok urut2 kaki yang dah mula rasa sakit. Semalam takde la hazab sangat. Rasanya memang bakal jalan mengengkang ler arini huhu..

Flight Niza pagi ni. So kami decide nak sarap dulu. Kat bawah tu ada restoran so kami sarap roti canai je, takyah susah2 pegi jejauh. Lepas sarap, call cab. Lepas salam2 say babai2 sume, Niza pun gerak ke airport. Kak Kiah & Sham lak pegi cari kedai dobi sebab nak basuh baju. Most baju kami basah lencun kan semalam, kalo bawak masuk luggage nanti harus la berat.

Sham punye flight malam ni katanya. Dia baru beli tix online. So sementara tunggu flight dia, dia nak join Kak Kiah merayap2 pusing KK. Kak Kiah on je, ok gak ada geng nak berbual. So kami terus ke Gaya Street untuk ke Sunday Market. Dekat je ngan hotel, seberang dua jalan besar je dah jumpa. Sunday Market ni cuma hari Ahad je, start pagi sampai tengahari. Ada macam2 ada jual kat sini. Sesuai la kalo nak cari souvenirs or anything yang best2 pasal Sabah.

Ok layan gambar dulu..

Cengkerang dari laut

Pasu tembikar yang cantik2

Pemuzik jalanan
Pokok jambu pelik
Seaweed pelbagai gred & sabun
Uncle pandai tulis kaligrafi cina n khat jawi
Antara hasil seni yang menarik

FM & keychains
Puding seaweed.. yeekkkk!! tak sedap benda alah ni. Kak Kiah tak abis makan pun.
Binatang pun ada
Pearls
Macam2 Kak Kiah beli kat Sunday Market ni. Tshirts, pearls, seaweed, keropok emplang, fridge magnets & keychains sume murah2. Pastu memang happening la sume ada sini. Seronok tengok gelagat orang. Barang2 arts kat sini pun mostly cantik2.

Sakan memborong Kiah ye
Lepas meround kat Sunday Market kami ke pameran kraf kat hujung jalan je. Saja cuci2 mata. 


Promosi Kraf

Sekali tengok ada plak cam games dari Petrosains untuk uji IQ bebudak kan. Huh tak tunggu apa dah, Kak Kiah n Sham beriye2 mengadap bende2 alah tu sume. Kalo jawab betul dapat pen. Hehe. Nganga ok bebudak tu tengok Kak Kiah main kejap je dah jawab betul. Pastu buat muka eksen lak tu dapat pen hahaha..

Then kami menapak lak ke Jessleton untuk lunch. Dah la bawak beg plastik berbondong2 dalam tengahari buta tu. Nasib baik la view cantik, tepi laut lagi tengok kapal2 kan. Suka Kak Kiah. Makan pun sedap lauk padang.

Lunch di Restoran Nasi Padang Ibu, Jessleton Point
Jessleton Point - kalo nak gi island hopping kne amek bot kat sini
My lunch. Sham tak makan. Diet katanya huhu. Tapi dia belanja hee toceh toceh..
Tengah makan ada lak krew bawak kamera datang nak shooting apa tah. Drama kot. Ada la si pelakon Farish yang Fear Factor tu. Haha musti muka Kak Kiah ada dalam drama tu. Nantikan yeaaa... Haha iye2 je aku..

Sesi shooting2
After perut dah kenyang, kami pun menapak balik ke hotel. Rehat dulu. Petang ni nak layan sunset lak kat Waterfront.