Pagi gak Kak Kiah bangun hari ni sebab nak siapkan keje. Client
asek sms tanya bila nak submit. Tensi tau. Sambil tu dok urut2 kaki yang dah
mula rasa sakit. Semalam takde la hazab sangat. Rasanya memang bakal jalan
mengengkang ler arini huhu..
Flight Niza pagi ni. So kami decide nak sarap dulu. Kat bawah
tu ada restoran so kami sarap roti canai je, takyah susah2 pegi jejauh. Lepas
sarap, call cab. Lepas salam2 say babai2 sume, Niza pun gerak ke airport. Kak
Kiah & Sham lak pegi cari kedai dobi sebab nak basuh baju. Most baju kami
basah lencun kan semalam, kalo bawak masuk luggage nanti harus la berat.
Sham punye flight malam ni katanya. Dia baru beli tix online.
So sementara tunggu flight dia, dia nak join Kak Kiah merayap2 pusing KK. Kak
Kiah on je, ok gak ada geng nak berbual. So kami terus ke Gaya Street untuk ke
Sunday Market. Dekat je ngan hotel, seberang dua jalan besar je dah jumpa.
Sunday Market ni cuma hari Ahad je, start pagi sampai tengahari. Ada macam2 ada
jual kat sini. Sesuai la kalo nak cari souvenirs or anything yang best2 pasal
Sabah.
Ok layan gambar dulu..
 |
| Cengkerang dari laut |
 |
| Pasu tembikar yang cantik2 |
 |
| Pemuzik jalanan |
 |
| Pokok jambu pelik |
 |
| Seaweed pelbagai gred & sabun |
 |
| Uncle pandai tulis kaligrafi cina n khat jawi |
 |
| Antara hasil seni yang menarik |
 |
| FM & keychains |
 |
| Puding seaweed.. yeekkkk!! tak sedap benda alah ni. Kak Kiah tak abis makan pun. |
 |
| Binatang pun ada |
 |
| Pearls |
Macam2 Kak Kiah beli kat Sunday Market ni. Tshirts, pearls,
seaweed, keropok emplang, fridge magnets & keychains sume murah2. Pastu
memang happening la sume ada sini. Seronok tengok gelagat orang. Barang2 arts
kat sini pun mostly cantik2.
 |
| Sakan memborong Kiah ye |
Lepas meround kat Sunday Market kami ke pameran kraf kat
hujung jalan je. Saja cuci2 mata.
 |
| Promosi Kraf |
Sekali tengok ada plak cam games dari Petrosains
untuk uji IQ bebudak kan. Huh tak tunggu apa dah, Kak Kiah n Sham beriye2
mengadap bende2 alah tu sume. Kalo jawab betul dapat pen. Hehe. Nganga ok
bebudak tu tengok Kak Kiah main kejap je dah jawab betul. Pastu buat muka eksen
lak tu dapat pen hahaha..
Then kami menapak lak ke Jessleton untuk lunch. Dah la bawak
beg plastik berbondong2 dalam tengahari buta tu. Nasib baik la view cantik,
tepi laut lagi tengok kapal2 kan. Suka Kak Kiah. Makan pun sedap lauk padang.
 |
| Lunch di Restoran Nasi Padang Ibu, Jessleton Point |
 |
| Jessleton Point - kalo nak gi island hopping kne amek bot kat sini |
 |
| My lunch. Sham tak makan. Diet katanya huhu. Tapi dia belanja hee toceh toceh.. |
Tengah makan ada lak krew bawak kamera datang nak shooting
apa tah. Drama kot. Ada la si pelakon Farish yang Fear Factor tu. Haha musti muka Kak Kiah ada
dalam drama tu. Nantikan yeaaa... Haha iye2 je aku..
 |
| Sesi shooting2 |
After perut dah kenyang, kami pun menapak balik ke hotel.
Rehat dulu. Petang ni nak layan sunset lak kat Waterfront.