Showing posts with label YG Entertainment. Show all posts
Showing posts with label YG Entertainment. Show all posts

Tuesday, February 3, 2015

SEOUL V3 – DAY 6: YG ENTERTAINMENT

Mesti ada yang tak caya bila baca title entry kali ni kan? Tak kurang mesti ada yang mencebik kehairanan sebab apa ke hal Kak Kiah buang tebiat nak pergi YG Entertainment persis anak2 muda remaja gilakan kpop kan? 

So sebelum tu baik Kak Kiah jawab dulu – suka hati aku lah!! Ahahahah…

Ok plan nak ke YG ni actually Anim & Kak Kiah punya keje. To those yang tak tau, YG Entertainment ni ialah sebuah syarikat record label yang memproducekan retis2 kpop macam Big Bang, 2NE1, Psy & Winner. Walaupun Kak Kiah ni takdelah fenetik sangat dengan Big Bang, lagu depa pun Kak Kiah tatau, tapi mana lah tau kot kang terserempak dengan anak ikan yang bernama GD tu ke kan? Huhu. Anim pulak selain minat Top Big Bang, dia baru memupuk minat pada sorang retis jambu ni nama Tae Hyun dari kumpulan Winner. Jadi plan nak ke YG ni adalah mostly untuk merealisasikan impian kami berdua. Lai & Kin takde choice, terpaksa follow hehe..

Tapiiii.. kami takde datang dengan tangan kosong haha. Sila check out apa Kak Kiah bawak kali ni?

Kak Kiah & love cushion
Muahahaha… dasat kan? Siap bawak gift ok. Walaupun sebenarnya tak berapa sure boleh bagi ke tak, at least nak cuba je try our luck.

Uols tau kan Kak Kiah & adik Kak Kiah ada buat biz printing souvenirs? Masa ni Kak Kiah baru nak try print cushion covers. Design tu buat sendiri. Alang2 tengah buat testing tu buat la skali cushion untuk GD & Taehyun ni. And actually, asalnya nak buat 1 lagi untuk Lee Kwang Soo sebab ada plan nak ke SBS. Cuma tak sempat pulak nak mendesign hari tu. Jadi end up Kak Kiah bawak satu cushion untuk GD je and Anim bawak satu untuk Taehyun.

Bantal Anim untuk Taehyun
Bantal KK untuk anak ikan GD
Untuk ke YG ni Kak Kiah serahkan pada Anim untuk lead. Dari subway Line 2 stop kat Hapjeong keluar Exit 8. Jalan straight sampai jumpa stesen minyak #1 and #2 belah kanan. Lepas tu masuk simpang kanan jalan terus sampai nampak bangunan YG ni. Ada Kimchi Museum & GS25 Mart depan lorong kecik masuk ke YG building.

YG Entertainment Map
Ok direction ni kami figure out lepas dah sampai YG hari tu. Hakikatnya ntah mana2 hala kami ikut masa tu. Memang bengang la sebab direction yang Anim salin dari blog tu sangat mengkompiuskan and tak clear sampai sesat2 kami dibuatnya. Kalau Kak Kiah & Anim berdua je yang sesat takpe lagi, ini kesian kat Kin & Lai tak pasal2 terlibat dalam kesesatan.  So to all my fellow bloggers, please oh please.. kalau bagi direction nak ke satu2 tempat tu please check betul2 and tulis la dengan jelas. Kesian kat orang2 yang refer kat blog kita tu kan. And to those yang nak cari direction dari blog tu, please la refer dengan at least 2-3 blogs to be sure.

Anim leading the way

Menuju ke YG

Wajah teruja Anim

Ok back to our story.     

Bila dah sampai tu teruja la kami. Oh well, Kak Kiah & Anim la yang teruja haha.. Tapi tengok YG tu alahai cikai je. Takde la grand sangat pun. Macam bangunan opis biasa je. In order to figure out what to do next, kami pekena kopi dulu kat GS25 Mart sebab masa tu memang sejok ya hamat.

YG Entertainment

Kimchi Museum depan YG

Selain kami, ada la duorang ni anak-beranak dari Jepun. Anak pompuan and maknya. Theyols pun rupanya fans Big Bang haha.  Gigih berdiri across the building tu usha2 kot ada retis lalu. Kira takde lah poyo sangat kami ni kan? Hehe..

Lepas rilekkan kaki jap, akhirnya Kak Kiah beranikan diri untuk masuk ke dalam pagar. Kak Kiah tau memang tak boleh masuk dalam building. So cadangnya nak passkan gifts kami tu kat security je.

Information counter lah sangat
Dalam kawasan YG
Tapi guard tu cakap tak boleh terima gifts pulak. Pastu suh kami dok kat luar pagar. Kena halau kau.. chaiitt..

So kami pun dok la depan YG tu mikir cemana nak bagi gift ni. Mula2 ingat nak pass kat orang yang lalu-lalang kuar masuk building tu. Tapi semuanya jalan kemain laju tak sempat nak tegur. Pandang bawah je memasing. Agaknya selalu lah fan2 retis dok berkampung depan YG ni tu yang diorang pun takut kena pass kan barang pada retis hehe..

Sambil2 tercongok depan tu, dalam hati terdetik jugak – aku ni tahun depan umo dah masuk 40. Tapi memang buat hal macam kekanak ribena kat sini nak tunggu retis lalu. Ni kalau orang kampung tau ni mati laaa kena cerca hahaha…

Sementara tu ada jugak la beberapa orang fans yang baru mai. Like us, semua muka spesen je. Muka eksaited and penuh harapan. Tenung la building YG tu dengan mata bersinar2. Hati mengharap kot ada retis yang lalu dapat tengok stars pujaan dari jarak dekat.

Cuaca dah makin sejuk. Tengok Kin & Lai muka dah boring je and makin gigil2 tahan sejuk. So Kak Kiah cuba last resort. Cuba tanya adik yang keje GS25 Mart tu. Sebab nampak dia boleh sesuka hati masuk YG building, Kak Kiah mintak tolong dia untuk pass kan gifts kami. Siap nak bagi upah lagi. Namun begitu walaupun dalam bahasa ayam itik, adik tu cakap dia tak dibenarkan untuk pass kan hadiah untuk retis2 YG sebab nanti dia boleh dibuang kerja.

Wah sampai macam tu skali ek. Gila macam bagus YG ni. Bagi gifts je kot. Macam la retis tu ko tu populer sangat. Eh.

So akhirnya terpaksa la kami balik dengan rasa kuciwa. Oh well, Kak Kiah & Anim la yang kuciwa. Kin & Lai agaknya menarik nafas lega sebab akhirnya kami tersedar diri dari berangan2 hehee..

Takpe lah GD. Tak dapat jumpa orangnya, dapat tengok bangunan opis pun jadik la.. Ahkak tak salahkan kau dik. Tentu bos kau yang melebih2 kan? Apepun ahkak tetap sayangkan ko..

Anyway, pengalaman pegi YG ni memang satu pengalaman yang kelakar la jugak sebab terpaksa bawak balik bantal tu semula ke Malaysia. Apalah nasib kau bantal.. Kalau tau la begini punya sombongnya YG baik bagi ke Lee Kwang Soo je.. huhu..

Ok dah setel cerita YG, jom sambung cerita Yonsei University pulak. Ayuh! 

To be continued…