Friday, July 3, 2015

CAMBVIET – DAY 3: ARTISANS ANGKOR

Pagi ni takde rushing2. Kami meleser2 je lepas bangun sebab hari ni kami takde acara sangat. Our plan hanya dua tempat – Artisans Angkor pada waktu pagi & Cultural Village dari tengahari sampai ke malam. Pastu amek bas malam ke Phnom Penh. So kira hari ni last day kami lah di Siem Reap.

Since kat Tareach ni kehalalan makanannya agak diragui, pagi ni kami jalan kaki je ke Muslim Family Kitchen untuk sarap. Malas nak suh Maliki datang pikap sebab bukan jauh mana pun. Just wassap je dia untuk jumpa kami kat kedai makan terus.

Kedai runcit

Another muslim restaurant in the area. Tak makan sini sebab ada bad review tapi tak ingat pasal apa.. hihi boleh gitu..
Pagi ni Kak Kiah makan mee sup je. Ok lah boleh tahan.

Sila jangan terlior menatap saya di bulan puasa ini
Dah kenyang? Yuk ke Artisans Angkor!

Artisans Angkor ni sepelaung je dari Tareach. So kalau nak jalan kaki pun takpe. Tapi since kami dari Muslim Family Kitchen, Maliki hantar la naik tuk2. Takut cair mekap akak huhu..

Memula masa plan itin dulu, Kak Kiah macam tak berapa minat nak ke sini atau Artisan Silk Farm sebab ingat macam tempat biasa2 je. Tapi sebab admission free kan, masa pun ada sementara nak ke Cultural Village – why not? Kat Siem Reap ni bukan banyak sangat tourist attraction pun other than Angkor Wat. Boleh la untuk kill time.

Welcome to Artisans Angkor!

Lihat ye saya mendemo cara2 menenun kain huhu.. Kak Kiah fefeeling artisan jap

Sejarah penubuhan Artisans Angkor
Macam yang Kak Kiah citer dalam entry Artisan Silk Farm, Artisans Angkor ni pun sama jugak under the same projek yang dijalankan untuk provide job opportunities kepada generasi muda dan menjaga khazanah seni dan budaya negara Cambodia selepas banyak warisan negara dimusnahkan oleh si Pol Pot yang gila tu. Jadi belia2 berumur 18-25 tahun akan diberi free vocational training on stone or wood carving, silver plating, lacquering etc. Lepas abis training 6 bulan, mereka2 ini akan digelar ‘artisan’.  

Artisans Angkor ni bukak hari2 dari kul 7.30am sampai 5.30pm. Kat dalam ni ada few workshops yang kita boleh lawati dan showroom kalo nak membeli2. Kita boleh jugak hire tour guide kalo nak tau lebih lanjut apa yang dibuat dalam setiap workshop. Free jah takyah bayo. Diorang ni mostly can speak English well.

Memula kami ke Silk Painting Workshop.

Teliti je dia mengaler.. baik2 jangan terkeluar garisan dik
Pilihan kaler didecide oleh designers, diorang ni tukang kaler je

Proses dan peralatan yang digunakan
Tekun je memasing buat keje. Tekejut Kak Kiah bila guide bagitau yang diorang ni semua deaf atau mute. Patut la sunyi sepi je workshop ni huhu.. Tapi memang talented la. Kita ni yang cukup sifat Allah bagi pun belum tentu reti mengaler cantik2 dan kemas camni.

Pastu kami ke Lacquering Workshop. Proses kat sini macam kerja2 mengecat dan memvarnish la.


Work in progress

Kerja mengecat sebelum diletak lacquer

Menyapu lacquer di atas painting supaya kekal lama

Antara hasil yang disiapkan

Painting yang belum dilacquer.. nampak kusam muram kan?

Ni rupa bila dah siap. Mahal woh harga painting ni. USD1000 hokeh!

Muka di Bayon. Ni pun mahal gak. USD6000 kalo tak silap. Tapi besar bagak la saiz dia.
Then kami bergerak ke Silver Plated Workshop dan Stone and Wood Carving. Memang ghalit mata tengok diorang ni buat keje.

Kerja2 silver plating sedang dijalankan

Tekun bekerja

Mengukir atas plate silver

Proses stone carving dari sebungkah batu menjadik sekor gajah

Stone Carving Workshop

Antara yang separa siap
Ingat senang ke nak buat ni? Salah ukir montot yang ujung tu boleh tonggek tau..

Sedang mengukir batu untuk jadik patung Buddha
Measurement kena tepat
Hasil kerja wood carving

Mereka ni antara yang bergaji tinggi sebab skill mengukir yang bagus

Mengukir muka Buddha atas kayu. Kalo salah ukir kang senget lak kening dia.

Kalo Kak Kiah ni juling dah mata nak siapkan sebijik kepala
Artisan2 kat sini ramai jugak yang terlibat dalam kerja2 restoration di Angkor Wat
Overall, ok la kalo nak visit sini. Memang kagum tengok kehalusan seni diorang. Bukan senang kita yang tangan tak bedung ni nak mengukir, melukis, mengecat cantik2 cam diorang. Yang penting kita mesti support niat murni mereka yang di belakang projek Artisans ni untuk memulihkan ekonomi dan menjaga khazanah warisan. Cuma tu la.. workshopnya tak banyak sangat. Dalam sejam je dah abis dah tour ni.

Kat sini ada showroom. Boleh beli hasil2 seni artisan kat sini.
Bersama guide

Ukiran apsara di taman

Contoh cemana batu2 disusun lepas diukir

Kak Kiah dan statue lion penjaga gopura
Close up ukiran di lion.. susah rasanya nak buat mulut dan gigi tu

Posing sementara tunggu Maliki datang jemput
Lepas abis tour kami balik dulu ke Tareach sebab nak check out. Bas kami ke Phnom Penh adalah malam nanti so kami check out dulu and letak beg kat bawah.

Next kami nak ke Cultural Village. Tapi seblom tu sempat singgah kat Angkor National Museum untuk bergambo huhu..

Angkor National Museum

Sampai sini je berani amek gambo. Nak gi dekat2 tak boleh tak beli tix.

Depan Museum Hall
Sebenarnya kalo nak masuk dalam museum ni boleh je sebab memang menarik kalo kita nak tau more pasal sejarah Angkor dan Khmer. Tapi harga admission fee dia mahal sangat la. USD12 untuk masuk je, pastu bayar USD2 kalo nak bawak masuk kamera and USD3 untuk audio tour. Kalo local Cambodians memang murah, cuma USD3 je. So kalo nak jimat kena la dress-up ibarat local huhu..

Dari Angkor National Museum kami menuju ke Cultural Village pulak.
To be continued..

Wednesday, July 1, 2015

CAMBVIET – DAY 2: PUB ST V2

Nothing much to story. Malam ni kami tatau nak lepak mana so kami nak repeat Apsara Show kat Temple Club di Pub St jer. Semalam kan masa kami datang tu dah half time, jadi hari ni nak datang lagi untuk tengok show yang awal2. Lagipun sebab hari ni kami sakan berjalan naik turun tangga di Angkor Wat, kaki pun sakit jugak. So malam ni kami nak chillax2 santai2 jer.

Malam ni kami amek port kat balcony. Kat sini boleh dok sambil lunjur2 kaki huhu.. pastu bole usha2 orang lalu-lalang kat luar.

Balkoni di Temple Club. Kat sini ada port untuk duduk bersila.

View dari balkoni. Tetap lah ada patung banyak tangan ni.

Kak Kiah menselfie (boring masa ni sebab wifi selow)

Restoran dan bar2 depan Temple Club

Check out wire2 dia.. kemain berselirat!

Koh sedang chillaxing

View dalam Temple Club. Ada meja snuker di hujung sana.
Kak Kiah cam biasa order kopi je. Pastu makan biskut senyap2 hihi.. Boleh order makan sebab ada vege set tapi Kak Kiah tak rasa nak makan pulak kat sini.
Persembahan bermula. Apsara Dance. Apsara ni ialah bidadari atau dewi awan/air dalam mitos Hindu.

Apsara dance - tarian klasikal Cambodia, sangat unik dan lemah-gemalai

Meja depan stage ni adalah students dari Spore. Kemain peghak bising makan macam kat market.
Ewah ewah cakpong cakpongg..

Tarian solo dari adik muka ketat

Pergerakan2 dalam Apsara Dance ni semua ada seni2nya.. so kne tengok betul2

Lentik tak jari jemari adik?
Peacock Dance
Lepas dah enjoy cuci mata untuk tengok show, kami pun bergerak balik. Singgah 7E sebab nak beli megi, biskut and roti. Malam ni memang letih sangat so ingat nak makan kat bilik and tido awal je.

Balik bilik terus melantak megi. Koh kemain laju mandi and terus dok bawah selimut huhuhu letih benor la tu. Ye lah pagi buta tadi lagi kami dah bangun kan. Kak Kiah dok la meleser2 update Fb la, check email la, main game la.. tapi last2 tableh tahan mata. About kul 10 kami berdua dah gasak berdengkur.

Nighty-nite Siem Reap!