Masa study
pasal Bandung ni kat internet, ramai suggest suh makan kat Kg Daun ni sebab
sedap. Since Kg Daun ni located bawah sikit dari Tangkuban Perahu, so kami plan
untuk lunch kat sini je.
Kg Daun ni
memang cantik sangat tempatnya. Damai je jiwa sebab banyak pokok2. Before
kitorang sampai tu, Pak Darso calling2 dulu untuk reserve pondok. Katanya kalo
tak reserve nanti lama kitorang kena tunggu giliran nak dapat pondok kosong.
Kadang2 dapat pondok tak best. So Pak Darso reservekan kami pondok yang dekat
ngan waterfall. Sayang Pak Darso!
Pondok2 kat Kg
Daun ni best. Ada yang kecik, ada yang besar. Nak panggil waiter, kena ketuk
‘kentongan’. Dalam pondok ni siap ada bantal lagi leh lepak baring2 sementara
tunggu makanan sampai. Kami sebenarnya nak ajak Pak Darso makan sekali. Tapi
tunggu punya tunggu dia tak muncul2. Katanya tadi nak park kereta.
Anyway, kami memang target nak makan sedap sepuas hati kat sini. So, kami order Gurame (Talapia Hitam) Bakar, Sup Buntut (Sup Ekor), Sayur Kangkung Belacan, Bajigur & kopi untuk Kak Kiah.
Memang lazat
tak terkata. Berbaloi sangat datang sini. Kak Kiah sajes sapa nak makan sedap,
sila la datang sini. Anyway, harga agak mahal sikit tau. Untuk apa yang kami
makan, total bil Rp240,000 (RM80). Ye tau, mahal.. tapi berbaloi la ngan
masakan dan kecantikan tempat ni.
Lepas siap makan, kami pegi musolla untuk solat dulu. Air dia sejuk bangat bagai di lemari ais!
Bila kuar je
tengok Pak Darso dah tunggu dalam keta. Bising la memasing kenapa dia tak
datang kat pondok kami. Dia kata dia makan kat dapo je dapat special service
sebab bawak customer datang sini. Ye lah tu, ntah2 dia segan sama cewek2 jelita
ni kot hehee..
Lepas tu kami pun gerak ke Bandung. Next destination – Rumah Mode! Woohoooo!!
![]() |
| Entrance Kg Daun |
![]() |
| Kami sudah lapar!! |
![]() |
| Pondok kami di Kg Daun |
Anyway, kami memang target nak makan sedap sepuas hati kat sini. So, kami order Gurame (Talapia Hitam) Bakar, Sup Buntut (Sup Ekor), Sayur Kangkung Belacan, Bajigur & kopi untuk Kak Kiah.
![]() |
| Jemput makan! Nyum nyumm.. |
Lepas siap makan, kami pegi musolla untuk solat dulu. Air dia sejuk bangat bagai di lemari ais!
![]() |
| Hatur Nuhun - Terima Kasih! |
Lepas tu kami pun gerak ke Bandung. Next destination – Rumah Mode! Woohoooo!!









