Monday, October 13, 2014

LOMBOK – DAY 3: SUMMIT RINJANI

Dalam pukul 2 pagi, kami dikejutkan oleh Alman. So bersiap la kami dalam kedinginan pagi yang mencengkam tu. Sebelum gerak tu diorang siapkan air teh untuk panaskan badan dulu.

Lepas dah siap Kak Kiah pun gi la warm up kat luar khemah tu. Badan punya la sakit tatau la nak habaq. Tengah warm up tu dengar la si Alman bagi briefing kat Mirat & Zaidi. Masa tu Kak Kiah dengar tak dengar sangat sebenarnya. Cuma dengar dia cakap yang mungkin akan berubah plan nak ke tasik lepas turun dari summit nanti. Katanya grup kami ni punya pace sangat slow semalam jadi dia tak yakin kami boleh sampai ke Senaru Crater Rim on time sebab antara route yang kena lalu tu kami akan kena panjat bukit 45 degree. Lagi satu ada kebakaran pokok kat jalan nak turun ke tasik tu jadi agak bahaya la kalo nak turun. So dia sajes kita balik semula ikut Sembalun, means ikut jalan datang semalam la. Mirat & Zaidi cakap tengok la nanti kita decide semula lepas turun dari summit.

Dalam kul 2.30am tu kami pun gerak la. Kak Kiah belum apa2 lagi dah mula rasa stress sebab diorang bertiga tu jalan memang laju giler. Kak Kiah dah la dengan terdengkot2 lagi. Lepas tu masa ni la senggugut mai.

Bila dah macam tu mula la rasa down balik. Dah la masa tu sejuk giler. Kak Kiah pakai sama je kot lapis baju macam masa gi Kinabalu. Tapi dia punya sejuk tu sampai mencucuk2 memang lain macam lah. Air idung memang meleleh2 je keluar.

Lepas tu macam lamaaaaa sangat nak keluar dari tapak khemah tu. Tu pun Kak Kiah dok benti2 lagi few times sebab amek nafas. Alman macam biasa la memang jalan dengan Kak Kiah je. Yang assistant guide sorang lagi follow mereka yang bertiga kat depan.

Oh ya masa ni memang takde gambar diambil ya huhu.. Takde la dalam keadaan bahaya pun. Tapi Kak Kiah masa tu memang takde mood langsung nak amek gambo. Bateri kamera cuma tinggal 1 bijik je sebab 2 lagi dah abis pakai semalam. Jadi nak kena jimat gak bateri sebab Kak Kiah ni kan konservatif sket mana ada power bank power bank ni..

Jalan punya jalan akhirnya sampai kat satu area yang ada batu kecik2 macam batu gravel tu. Memang macam setan betul part ni. Naik satu langkah, pastu melorot turun dua langkah. Memang mental giler dok mikir kalau macam ni - PUKUL BRAPE NAK SAMPAI NIIII??? Kak Kiah guna jugak la segala ilmu pengetahuan yang diapply masa kat Kinabalu tu. Guna kaedah kira sampai 10 pastu benti, guna kaedah berzikir.. tapi tak jalan gak. Tetap rasa terseksa sangat kaki nak melangkah.

Agaknya Alman pun sampai sakit jiwa tengok kelembapan Kak Kiah, dia terus amek salah satu climbing stick Kak Kiah and terus tarik tangan Kak Kiah. Maka berpimpinan tanganlah kami masa tu. Apa? Romantik? Kau nak mampos? Kak Kiah dah macam separuh mati masa tu tau. Kalo dia tak tarik Kak Kiah tu memang seriously Kak Kiah pikir takkan lepas punye area jahanam tu.

Lama jugak kami berpimpinan bergandingan mesra sebab Kak Kiah tengok jam masa tu dah nak kul 4am. Means dah dekat sejam setengah kami mendaki, and Kak Kiah rasa kami masih jauh lagi dari summit.

Lepas dah selesai area jahanam tadi, baru la Alman lepaskan tangan Kak Kiah. Dia suh Kak Kiah jalan je dulu selow2 sebab dia nak pegi memerut. Eh boley gitu? Hahaha. Rupanya dia tengah sakit perut masa tu. Kesian Alman.

So jalan la Kak Kiah sorang2. Masa tu memang macam orang gile. Dah la sejuk, haus (air pada Alman), lapar.. pastu boleh pulak datang rasa mengantuk yang amat sangat. Mata kita cuma tengok kat cahaya lampu dari headlamp. Jadi memang macam khayal je mata terbuai2 ikut cahaya lampu.. tau2 je tiba2 mata tertutup. Rasa memang ada part yang Kak Kiah tertido sambil berjalan. Kira antara kul 4am-5am tu Kak Kiah rasa memang jalan macam zombie. 

Tak lama pas tu sedar2 Alman pun datang dari belakang. Dia suh Kak Kiah makan biskut dulu. So kami rehat jap. Dia sajes untuk Kak Kiah tak payah proceed untuk ke summit sebab memang tak sempat nak sampai atas before sunrise. Lagipun summit memang jauh lagi kalau jalan gak maybe 2-3jam lagi baru sampai. Dari tempat kami lepak tu pun kata dia memang akan nampak view tasik yang sama macam dari atas summit.

Tapi memandangkan masa tu baru pukul 5am and sunrise pukul 6.15am, Kak Kiah kata takpe la jalan je dulu setakat mana yang mampu. Nanti kalo dah tak larat kita benti.

Rupa2nya Alman pun mengalami kengantukan yang amat sangat macam Kak Kiah. Dia kata dia memang tatau la kali ni mendaki dia rasa ngantuk sangat, tak macam selalu. So dia kata dia nak tido sat. Dia suh Kak Kiah jalan dulu. Nanti dia follow dari belakang.

Guide ku yang bertuah.. boleh tido pulak kau ye Alman..
Percobaan selfie dalam gelap
Maka Kak Kiah pun meneruskan pendakian. Dalam hati tertanya2, mana la mereka bertiga tu. Ntah2 dah dekat sampai puncak agaknya. Laluan mendaki masa ni mental jugak sebenarnya sebab masa ni kita dah leh nampak sikit2 jalan kat depan tapi takleh estimate jauh mana lagi kita kena jalan. Dalam hati dok pikir.. eh jauh lagi ke.. kenapa takde penghujung niii... asal asek nampak batu batu batuuuuu je niii...Mental hokeh..

Daki punya daki, menguap punya menguap, dalam Kak Kiah menyeret kaki untuk melangkah ke depan.. akhirnya nampak la matahari dah nak terbit. Terus Kak Kiah stop kejap to enjoy the view. Takpe lah takde rejeki nak tengok dari summit. Tapi dari situ pun ok la nampak cantik sangat matahari terbit.

Matahari memunculkan diri
Berhenti seketika dan nikmati keindahan ciptaan Yang Maha Esa
Mati laa tetap nak enterprame kekeke
Kak Kiah gumbira melihat sunrise
Awesome eh? (kredit: Mirat)
Let's take a break and enjoy the view (kredit: Mirat)
Bersinar bagai emas (kredit: Mirat)
Tu diaa... Tasik Segara Anak
Pendakian yang menyiksa lutut dan buku laliku
Jauh lagii..
Memang mental bila pandang ke atas
Laluan ke summit
Mereka yang menghampiri puncak.. Ayuhhh!! Kamu pasti bisa!!
Kak Kiah teruskan lagi pendakian for another hour barulah si Alman datang join Kak Kiah. Dia tanya nak teruskan sampai summit ke tak? Kak Kiah tanya ada apa kat atas? Dia kata takde apa2.. sama je view macam kat situ. Kalo nak turun tasik, dia sajes kami terus stop and turun je so that kami leh reach tapak khemah before 8.30am.

Untuk buat keputusan tu, Kak Kiah rehat dulu jap. Sambil tu snap2 picca.

Gunung Agung di Bali boleh nampak dari sini
View of Sembalun


Tasik Segara Anak - amazing view


Tasik Segara Anak ni katanya kalo diminum airnya nanti senang bersalin. Ala macam konsep air selusuh la. Luasnya 11,000,000m2 dengan kedalaman >200m. Kat tasik ni banyak ikan and boleh dipancing la kalo kita turun ke sana. Kat tengah tasik tu ada Gunung Baru Jari - volkano yang masih aktif. Last meletop tahun 2009 dan telah mengorbankan nyawa 31 orang. Dasat kan? Just imejin apa rasa bila kita ada betul2 kat tempat ni. Semacam tau dia punya rasa.. excited, terharu, cuak, kagum semua ada..

Sambil menghayati keindahan alam hati dok mikir berbaloi tak kalo teruskan sampai summit? Sebenarnya Kak Kiah punya matlamat dah tercapai – which nak tengok keindahan tasik Segara Anak ni dari atas. Kalo nak kejar sunrise tadi dari atas summit macam worth gak kot. Pastu kaki memang tengah sakit giler especially kat lutut tu rasa macam dah tak boleh nak bengkok. Kalo jalan jugak maybe sampai tapi memang komfem lambat la dengan keadaan kaki yang macam tu.. Risau pulak kalo diorang nak turun ke tasik. Kalo Kak Kiah proceed gak ke summit, kang kul brape lak sampai ke tapak khemah balik kan..

Last2 Kak Kiah amek keputusan untuk stop and turun terus. Takpe lah bukan ada sijil pun. Dah berjaya sampai sini pun dah kira cukup baik. Kena gak ukur kemampuan diri sendiri. Takpelah Kak Kiah cuma pasang niat - satu hari nanti bila kaki dah ok, rezeki ada.. insyaAllah Kak Kiah akan kembali lagi ke sini. N of coz akan cuba sampai ke puncak..

Memakan beskut (pau Alman punye) dalam kesejukan udara Rinjani
Cantik kan view dari atas ni?

Tumbuhan di pergunungan

Tengah rilek2 ngan Alman menghayati keindahan alam, tengok2 si Mirat sampai. Rupanya dia pun tanak proceed sampai summit kekeke.. Rasanya dia ni sama je matlamat ngan Kak Kiah. Sampai atas amek gambo pas tu dah ok cukup puas hati. Koh & Zaidi lain lah.. diorang siap bawak bendera Malaysia tu so memang kami tau target diorang memang nak sampai ke summit.

Alman siap call guide yang ada sama Koh masa tu. Rupanya Koh pun belom sampai summit lagi. Siap kena tarik gak tangan dengan guide tu hehe.. Tapi Kak Kiah yakin amoi tu mesti boleh punya. Antara kami berempat, dia la yang paling fit sekali. Alman pun siap puji Koh. Dia kata Koh badan je kecik tapi takde la semput2 macam kami ni hahaha..


Gunung Baru Jari
Me & Mirat dari pasukan gagal ke summit kekeke
So lepas dah puas cuci mata, kami pun turun ke bawah. Rupanya masa nak turun tu pun punyalah siksa sebab lutut terpaksa tahan kaki dari menggelosor atas batu2 gravel tu. Tengok orang lain turun siap macam skiing je..kemain laju bedesup ke bawah.. tapi Kak Kiah dok slow2 je turun sebab lutut memang takleh nak bengkok. Itu pun dua kali gak la jatuh. Sekali jatuh terduduk, sekali tu jatuh sampai tergolek berguling ke depan. Huhu habis debu2 masuk mulut and idung. Memang macam setan.

Moh ler balik..
Khemah2 dari kejauhan
Panas dan berdebu
Ni lah rupa area jahanam - sekali naik dua kali turun tu
Rasanya dalam sejam lebih jugak kami nak turun sampai ke tapak khemah. Si Alman dah laju je ke depan. Mirat pulak tak brape jauh dari Kak Kiah. Dia pun jalan slow2 je sebab bz amek gambar. Yang Kak Kiah ni kepala tengah bengong. Lapar pulak. Dengan siksa menahan nak terkencing lagi. Nak jalan laju takut jatuh. Nak buang dalam semak tak berani. Kemain menderita jiwa raga.

Yesssss!!!!
Sampai je kat khemah fuhhhh legaaaaa... Masa ni bukan setakat terkengkang-kengkang lagi dah, jalan terhoyong-hayang macam mabuk todi. Cepat2 berlari masuk toilet.  Lantak pi la ada ketulan emas kat dalam, Kak Kiah dah tak tahan sangat nak terkucil masa tu.. Kak Kiah buat-buat tak nampak je. Pasrah. Janji hajat tercapai.

Inilah toilet khemah kami hehee..
Kak Kiah & Mirat diberi sarapan dulu sementara nak tunggu diorang yang lain turun.

Dasat kan bekfes kami? Kau mampu makan cam ni atas gunung?
Sambil makan tu borak2 la ngan Alman n porter2 lain pasal plan nak ke tasik lepas ni. Kalo ikut plan asal, kami kena gerak dari tapak khemah ni paling lewat kul 9am pastu baru sampai tasik dalam kul 12pm. Kat tasik diorang akan masak lunch sementara kami pegi mandi kat hot spring yang berdekatan. Lepas lunch baru kami akan gerak ke Senaru Crater Rim untuk camping kat sana pulak, then pagi esok gerak turun ke Senaru.

However diorang sajes kami turun ikut Sembalun je sebab agak bahaya nak turun dengan hutan terbakar kat bawah tu. Pastu kalo kami gerak dari sini lewat, nanti lewat petang baru sampai tasik. Last time diorang kata ada grup tu kul 11am gerak dari sini, dekat kul 4pm baru sampai tasik. Pastu nanti nak pegi ke Senaru Crater Rim pun jauh. Silap2 malam baru sampai.

Aduh frust jugak Kak Kiah sebab antara yang Kak Kiah nak pegi ialah tasik tu. Lagi satu nak mandi. Berlengas berdebu2 rasa badan ni. Kalo terus ikut Sembalun, jawabnya memang 1 hari lagi la kami kena lalu dengan air yang seciput tu.

Then Alman bagitau guide yang kat atas tu call dia cakap Koh & Zaidi berjaya dah sampai puncak. Now diorang dalam perjalanan turun. Wahhh cayalah!! So proud of theyols. Memang tabik spring habih sebab Kak Kiah tau bukan senang tau nak teruskan sampai summit tu.

Nah belanja sket gambar Koh & Zaidi di puncak Rinjani.

Zaidi & Koh ~ dari pasukan berjaya
Lepas sarap Kak Kiah terus masuk dalam khemah. Tau buat apa? Tido hehehe...Giler ngantuk okeh!

To be continued..

Sunday, October 12, 2014

LOMBOK – DAY 2: POS 3 PADA BALUNG – PELAWANGAN II CRATER RIM

Lepas lunch kami pun mula bergerak ke Pos 3, iaitu 1 jam perjalanan dari Pos 2 tadi. Kali ni Kak Kiah cuba untuk tak terlalu jauh dari grup Kak Kiah. So Kak Kiah cuba lawan gak la kesakitan kaki tu and bertahan sebaik boleh.

Merentasi lagi savannah

Alman mengangkut beg kami. Yang depan tu beg KK. Nampak tak tali rapia tu? Ha beg KK bukan setakat putus tali sandang ok, malahan koyak siap! Keh3x..
Mula mendaki
Laluan ke Pos 3
Kesian jugak tengok porter2 ni nak cari rejeki demi sesuap nasik
Me n Alman di belakang
Masa ni la baru nampak yang lain dah mula terpongeh2. Mirat pun dah macam Kak Kiah, asek terbenti2. Yang Zaidi pulak siap cramp kaki sampai kena urut dengan Alman.

Lepas Pos 3 bermula la kawasan trekking yang paling setannnnnnn sekali.. iaitu Bukit Penyesalan. Haha jangan kau gelak dengan nama ini. Memang betul menyesal ok.

Kalo dari Pos 1 sampai Pos 3 tadi ada la jugak jalan mendatar dan menurun. Kali ni memang menaik je la. Bak kata Mirat – tanjakan tanpa jeda haha. And satu bukit tu took about 1 hr to complete.

Citer banyak tak guna. Moh tengok gambar.

Mendaki bukit yang pertama

Dah mula berkabus


Memang rasa tercabar tiap kali porter potong kita

Berehat sebentar selepas mendaki bukit pertama
Bukit kedua

Kabus
Mereka yang di depan


Mereka yang di belakang

Sakit lutut bang? hehe
Yah yahhh yahhhhh!!

Mirat - stedilah bro!
Dia punya bukit tu nauzubillah punya curam jenis 45 degree. Lepas tu jenis tanah berdebu2 tu. Ada part sampai Kak Kiah terpaksa paut akar atau pokok dengan tangan untuk naikkan badan sebab kaki tak boleh nak angkat. Kalau bab mencarut2 tu toksah cakap la.. omputih2 yang lain pun sama mencarut damn fuck hell bagai. Dalam hati memasing sure dok wonder, kenapalah setuju nak join trip yang menyiksa jiwa raga ni ngeh3x.. Kak Kiah pulak mula2 tu memang cuba la berzikir, baca ayat kursi 3 qul semua. Tapi kejap2 terselang seli jugak dengan sumpah seranah. Memang diri sendiri pun kompius sebenarnya. Macam tu la punya otak tak boleh berfungsi sebab badan terlalu penat.

Nasib baik la at least masa ni takde la panas terik macam kat savannah tadi. Suasana pun dah mula berkabus and chilly.

Dah menyesal ke belum kak?
Mesti tengah carut kan dalam hati tuuu..

Bila nak sampai daaa...
Take 5 lagi

Jalan dah macam nenek tua dah masa ni


Masa ni tengok guide2 n porter2 sume dah macam orang gila dok teriak2 and gelak2. Kejap kang terkekeh2 ketawa dari atas bukit tu sampai bawah dengar. Rupanya according to Alman itulah caranya diorang nak hilangkan penat. Alman kata jangan serious2 nanti lagi rasa penat. So memang merepek2 je la sepanjang2 tu. Jalan 10 langkah. Merepek. Gelak. Jalan 10 langkah. Benti. Toleh belakang. Gelak tengok orang lain. Jalan 10 langkah lagi. Urut kaki. Mengeluh. Pastu gelakkan diri sendiri. Ha ulang la sampai habis semua bukit ahaha..

Setelah 3 jam berhempas pulas menyabung nyawa (wah ayat), akhirnya kami pun sampai di Pelawangan II Sembalun Crater Rim. Hoyeahhhh!!!

Koh cuba menenangkan Kak Kiah yang macam dah nak pensan sangat

"Amek beg kau ni.. berat tau tak!" begitulah kata Alman bila melihat kami terkinja2 hehe..

Kak Kiah tersenyum lega - with Rinjani at the back

Thank u adik assistant guide - banyak bagi perangsang gak budak ni

Porter2 sedang memasang khemah

Me with Rinjani friends
Tengok jam masa tu dah nak kul 6pm. Pergh.. memang tak expect lama macam ni kena trekking. Kinabalu dulu gerak kul 8am, kul 12pm dah sampai Laban Rata. Kali ni memang teruk sangat pencapaian. The thing is bukan Kak Kiah je yang menderita. Orang lain pun sama gak. So I guess maybe Kak Kiah underestimate Rinjani ni kot. Ingat kacang je sebab lagi rendah dari Kinabalu. Seriously.. kalo ikut pendapat Kak Kiah, Rinjani nye trekking lagi susah ok. Dengan panas, berdebu, berbukit, air minum tak cukup.. memang nangess dibuatnya!

Ok lah apa2pun dah sampai ke tempat yang selama ni Kak Kiah cuma dapat tengok kat blog orang je. So takkan nak bebel2 lagi. Matahari pun dah nak terbenam. Jom snap picca!!

Matahari mahu terbenam - yang sebelah tu Gunung Sankuriang (yang buat perahu dalam legend Tangkuban Perahu tu)

Khemah yang berwarna-warni

Koh with our camp
View Tasik Segara Anak di balik kabus
Enjoy the view with friends
Sunset di balik gunung
Peaceful
Masa ni memang dah mula sejuk giler. Kak Kiah & Koh pun terus masuk dalam khemah. Tengok khemah pun kagum gak sebab siap ada tilam n bantal diorang bawak. Fuh punyelah kelas servis Rudy ni.

Tengok toilet kami dah diset-upkan oleh porter. Cepat2 Kak Kiah pegi resmikan huhuhu.. Gila tak tahan nak terkucil sangat masa tu. Tengok toilet tu pun rasa macam nak pensan sebab cuma gali lubang tak sampai sejengkal dalamnya. Kalo ada yang dah membuang dulu tadi rasa harus la tak tergamak masuk kot.

Dengan kaki yang sangat azab untuk dibengkok, setelkan la apa yang patut dalam tu. Nasib baik ada air belen dari 1 liter yang dibagi untuk sepanjang hari tadi. Ha guna la untuk menyalin dan mencuci. Buat lah sekadar mampu. Lepas setel.. kambus balik lubang tu sikit. Takut juga kan kot ada tinggal bau. Dah la atas gunung ni. Jangan buat hal.

Nak buang? Kak Kiah simpan je bawak balik baru buang. Kat belakang khemah tu memang banyak sampah orang buang. Tapi Alman dah pesan jangan buang sampah kat atas ni sebab Rudy memang particular sikit bab2 environment. Diorang pun bawak turun balik semua sampah.

Bila dah sampai tempat2 macam ni, kita pun jangan la expect yang macam2 kan. Dah nama pun camping. Janji kita buat mana yang mampu. Mana yang rasa tak selesa tu, pejamkan je mata. Redah aje. Berdoa je mudah2an dijauhkan dari benda2 yang tak best.

Setel salin baju semua, terus masuk dalam sleeping bag. Perghhhhh.. gila syiok masa tu. Badan pulak memang tengah sakit. Dok la berkelubung kami berdua masa tu sambil dok story2 gelak2 pasal perjalanan tadi sementara tunggu dinner. Nak keluar khemah memang tak la sebab sejok nak mati kat luar tu. Sebenarnya tadi Kak Kiah ada cakap nak mintak Alman urutkan kaki sebab bila tengok dia urut kaki Zaidi tadi macam nampak dia pakar. Dia ok je nak urutkan. Tapi bila pikir2 balik tak jadik lah. Tak manis pulak. So nak tak nak urut je la sendiri setakat yang boleh.

Dah macam cocoon hehee..

Macam letih bebenor dah kau Kiah
Kak Kiah bagitau Koh untuk daki ke summit nanti tengok la takat mana kemampuan Kak Kiah. Sebab trekking tadi pun macam nak putus urat nak menyampaikan ke tapak khemah ni. Kak Kiah memang tak target nak sampai summit sebab kalau ikutkan memang hajat utama nak tengok view tasik Segera Anak je dari atas. Koh cakap dun give up yet. Sure boleh punya. Minah ni siap bawak bendera Malaysia okeh! Betul punya motivasi hehe respek ah..

Tak lama pastu porter mai antar dinner. Ha meh tengok dinner kami.

Nasik putih and yang sebelah tu macam lontong tapi ada ayam n telo rebus
Our dinner
Dasat kan? Huhu. Tapi sebab punyalah tak kuasa nak keluar dari sleeping bag, Kak Kiah makan meniarap ok. Punyelah tak senonoh.

Jemput makan uols..
Tak habis pun makan sebab tak larat. Badan terlalu sakit semua sendi sampai selera pun takde. Siap je makan kami tak tunggu apa. Terus zip up sleeping bag and membuta. Tengah malam kang nak bangun untuk daki ke puncak pulak.

Our camps at nite. Kredit: Mirat

Kredit: Mirat
Good nite Rinjani!