Dalam pukul 2 pagi, kami dikejutkan oleh Alman. So bersiap la kami dalam
kedinginan pagi yang mencengkam tu. Sebelum gerak tu diorang siapkan air teh
untuk panaskan badan dulu.
Lepas dah siap Kak Kiah pun gi la warm up kat luar khemah tu. Badan punya la sakit tatau la nak habaq. Tengah warm up tu dengar la si Alman bagi briefing kat Mirat & Zaidi. Masa tu Kak Kiah dengar tak dengar sangat sebenarnya. Cuma dengar dia cakap yang mungkin akan berubah plan nak ke tasik lepas turun dari summit nanti. Katanya grup kami ni punya pace sangat slow semalam jadi dia tak yakin kami boleh sampai ke Senaru Crater Rim on time sebab antara route yang kena lalu tu kami akan kena panjat bukit 45 degree. Lagi satu ada kebakaran pokok kat jalan nak turun ke tasik tu jadi agak bahaya la kalo nak turun. So dia sajes kita balik semula ikut Sembalun, means ikut jalan datang semalam la. Mirat & Zaidi cakap tengok la nanti kita decide semula lepas turun dari summit.
Dalam kul 2.30am tu kami pun gerak la. Kak Kiah belum apa2 lagi dah mula rasa stress sebab diorang bertiga tu jalan memang laju giler. Kak Kiah dah la dengan terdengkot2 lagi. Lepas tu masa ni la senggugut mai.
Bila dah macam tu mula la rasa down balik. Dah la masa tu sejuk giler. Kak Kiah pakai sama je kot lapis baju macam masa gi Kinabalu. Tapi dia punya sejuk tu sampai mencucuk2 memang lain macam lah. Air idung memang meleleh2 je keluar.
Lepas tu macam lamaaaaa sangat nak keluar dari tapak khemah tu. Tu pun Kak Kiah dok benti2 lagi few times sebab amek nafas. Alman macam biasa la memang jalan dengan Kak Kiah je. Yang assistant guide sorang lagi follow mereka yang bertiga kat depan.
Oh ya masa ni memang takde gambar diambil ya huhu.. Takde la dalam keadaan bahaya pun. Tapi Kak Kiah masa tu memang takde mood langsung nak amek gambo. Bateri kamera cuma tinggal 1 bijik je sebab 2 lagi dah abis pakai semalam. Jadi nak kena jimat gak bateri sebab Kak Kiah ni kan konservatif sket mana ada power bank power bank ni..
Jalan punya jalan akhirnya sampai kat satu area yang ada batu kecik2 macam batu gravel tu. Memang macam setan betul part ni. Naik satu langkah, pastu melorot turun dua langkah. Memang mental giler dok mikir kalau macam ni - PUKUL BRAPE NAK SAMPAI NIIII??? Kak Kiah guna jugak la segala ilmu pengetahuan yang diapply masa kat Kinabalu tu. Guna kaedah kira sampai 10 pastu benti, guna kaedah berzikir.. tapi tak jalan gak. Tetap rasa terseksa sangat kaki nak melangkah.
Agaknya Alman pun sampai sakit jiwa tengok kelembapan Kak Kiah, dia terus amek salah satu climbing stick Kak Kiah and terus tarik tangan Kak Kiah. Maka berpimpinan tanganlah kami masa tu. Apa? Romantik? Kau nak mampos? Kak Kiah dah macam separuh mati masa tu tau. Kalo dia tak tarik Kak Kiah tu memang seriously Kak Kiah pikir takkan lepas punye area jahanam tu.
Lama jugak kami berpimpinan bergandingan mesra sebab Kak Kiah tengok jam masa tu dah nak kul 4am. Means dah dekat sejam setengah kami mendaki, and Kak Kiah rasa kami masih jauh lagi dari summit.
Lepas dah selesai area jahanam tadi, baru la Alman lepaskan tangan Kak Kiah. Dia suh Kak Kiah jalan je dulu selow2 sebab dia nak pegi memerut. Eh boley gitu? Hahaha. Rupanya dia tengah sakit perut masa tu. Kesian Alman.
So jalan la Kak Kiah sorang2. Masa tu memang macam orang gile. Dah la sejuk, haus (air pada Alman), lapar.. pastu boleh pulak datang rasa mengantuk yang amat sangat. Mata kita cuma tengok kat cahaya lampu dari headlamp. Jadi memang macam khayal je mata terbuai2 ikut cahaya lampu.. tau2 je tiba2 mata tertutup. Rasa memang ada part yang Kak Kiah tertido sambil berjalan. Kira antara kul 4am-5am tu Kak Kiah rasa memang jalan macam zombie.
Tak lama pas tu sedar2 Alman pun datang dari belakang. Dia suh Kak Kiah makan biskut dulu. So kami rehat jap. Dia sajes untuk Kak Kiah tak payah proceed untuk ke summit sebab memang tak sempat nak sampai atas before sunrise. Lagipun summit memang jauh lagi kalau jalan gak maybe 2-3jam lagi baru sampai. Dari tempat kami lepak tu pun kata dia memang akan nampak view tasik yang sama macam dari atas summit.
Tapi memandangkan masa tu baru pukul 5am and sunrise pukul 6.15am, Kak Kiah kata takpe la jalan je dulu setakat mana yang mampu. Nanti kalo dah tak larat kita benti.
Rupa2nya Alman pun mengalami kengantukan yang amat sangat macam Kak Kiah. Dia kata dia memang tatau la kali ni mendaki dia rasa ngantuk sangat, tak macam selalu. So dia kata dia nak tido sat. Dia suh Kak Kiah jalan dulu. Nanti dia follow dari belakang.
Maka Kak Kiah pun meneruskan pendakian. Dalam hati tertanya2, mana la
mereka bertiga tu. Ntah2 dah dekat sampai puncak agaknya. Laluan mendaki masa
ni mental jugak sebenarnya sebab masa ni kita dah leh nampak sikit2 jalan kat
depan tapi takleh estimate jauh mana lagi kita kena jalan. Dalam hati dok
pikir.. eh jauh lagi ke.. kenapa takde penghujung niii... asal asek nampak batu batu batuuuuu je niii...Mental hokeh..
Daki punya daki, menguap punya menguap, dalam Kak Kiah menyeret kaki untuk melangkah ke depan.. akhirnya nampak la matahari dah nak terbit. Terus Kak Kiah stop kejap to enjoy the view. Takpe lah takde rejeki nak tengok dari summit. Tapi dari situ pun ok la nampak cantik sangat matahari terbit.
Kak Kiah teruskan lagi pendakian for another hour barulah si Alman datang
join Kak Kiah. Dia tanya nak teruskan sampai summit ke tak? Kak Kiah tanya ada
apa kat atas? Dia kata takde apa2.. sama je view macam kat situ. Kalo nak turun
tasik, dia sajes kami terus stop and turun je so that kami leh reach tapak
khemah before 8.30am.
Untuk buat keputusan tu, Kak Kiah rehat dulu jap. Sambil tu snap2 picca.
Tasik Segara Anak ni katanya kalo diminum airnya nanti senang bersalin. Ala macam konsep air selusuh la. Luasnya 11,000,000m2 dengan kedalaman >200m. Kat tasik ni banyak ikan and boleh dipancing la kalo kita turun ke sana. Kat tengah tasik tu ada Gunung Baru Jari - volkano yang masih aktif. Last meletop tahun 2009 dan telah mengorbankan nyawa 31 orang. Dasat kan? Just imejin apa rasa bila kita ada betul2 kat tempat ni. Semacam tau dia punya rasa.. excited, terharu, cuak, kagum semua ada..
Sambil menghayati keindahan alam hati dok mikir berbaloi tak kalo teruskan sampai summit? Sebenarnya Kak Kiah punya matlamat dah tercapai – which nak tengok keindahan tasik Segara Anak ni dari atas. Kalo nak kejar sunrise tadi dari atas summit macam worth gak kot. Pastu kaki memang tengah sakit giler especially kat lutut tu rasa macam dah tak boleh nak bengkok. Kalo jalan jugak maybe sampai tapi memang komfem lambat la dengan keadaan kaki yang macam tu.. Risau pulak kalo diorang nak turun ke tasik. Kalo Kak Kiah proceed gak ke summit, kang kul brape lak sampai ke tapak khemah balik kan..
Last2 Kak Kiah amek keputusan untuk stop and turun terus. Takpe lah bukan ada sijil pun. Dah berjaya sampai sini pun dah kira cukup baik. Kena gak ukur kemampuan diri sendiri. Takpelah Kak Kiah cuma pasang niat - satu hari nanti bila kaki dah ok, rezeki ada.. insyaAllah Kak Kiah akan kembali lagi ke sini. N of coz akan cuba sampai ke puncak..
Tengah rilek2 ngan Alman menghayati keindahan alam, tengok2 si Mirat sampai. Rupanya dia pun tanak proceed sampai summit kekeke.. Rasanya dia ni sama je matlamat ngan Kak Kiah. Sampai atas amek gambo pas tu dah ok cukup puas hati. Koh & Zaidi lain lah.. diorang siap bawak bendera Malaysia tu so memang kami tau target diorang memang nak sampai ke summit.
Alman siap call guide yang ada sama Koh masa tu. Rupanya Koh pun belom sampai summit lagi. Siap kena tarik gak tangan dengan guide tu hehe.. Tapi Kak Kiah yakin amoi tu mesti boleh punya. Antara kami berempat, dia la yang paling fit sekali. Alman pun siap puji Koh. Dia kata Koh badan je kecik tapi takde la semput2 macam kami ni hahaha..
So lepas dah puas cuci mata, kami pun turun ke bawah. Rupanya masa nak
turun tu pun punyalah siksa sebab lutut terpaksa tahan kaki dari menggelosor
atas batu2 gravel tu. Tengok orang lain turun siap macam skiing je..kemain laju
bedesup ke bawah.. tapi Kak Kiah dok slow2 je turun sebab lutut memang takleh
nak bengkok. Itu pun dua kali gak la jatuh. Sekali jatuh terduduk, sekali tu
jatuh sampai tergolek berguling ke depan. Huhu habis debu2 masuk mulut and
idung. Memang macam setan.
Rasanya dalam sejam lebih jugak kami nak turun sampai ke tapak khemah. Si
Alman dah laju je ke depan. Mirat pulak tak brape jauh dari Kak Kiah. Dia pun
jalan slow2 je sebab bz amek gambar. Yang Kak Kiah ni kepala tengah bengong. Lapar
pulak. Dengan
siksa menahan nak terkencing lagi. Nak jalan laju takut jatuh. Nak buang dalam
semak tak berani. Kemain menderita jiwa raga.
Sampai je kat khemah fuhhhh legaaaaa... Masa ni bukan setakat
terkengkang-kengkang lagi dah, jalan terhoyong-hayang macam mabuk todi. Cepat2
berlari masuk toilet. Lantak pi la ada
ketulan emas kat dalam, Kak Kiah dah tak tahan sangat nak terkucil masa tu..
Kak Kiah buat-buat tak nampak je. Pasrah. Janji hajat tercapai.
Kak Kiah & Mirat diberi sarapan dulu sementara nak tunggu diorang yang
lain turun.
Sambil makan tu borak2 la ngan Alman n porter2 lain pasal plan nak ke
tasik lepas ni. Kalo ikut plan asal, kami kena gerak dari tapak khemah ni
paling lewat kul 9am pastu baru sampai tasik dalam kul 12pm. Kat tasik diorang
akan masak lunch sementara kami pegi mandi kat hot spring yang berdekatan.
Lepas lunch baru kami akan gerak ke Senaru Crater Rim untuk camping kat sana
pulak, then pagi esok gerak turun ke Senaru.
However diorang sajes kami turun ikut Sembalun je sebab agak bahaya nak turun dengan hutan terbakar kat bawah tu. Pastu kalo kami gerak dari sini lewat, nanti lewat petang baru sampai tasik. Last time diorang kata ada grup tu kul 11am gerak dari sini, dekat kul 4pm baru sampai tasik. Pastu nanti nak pegi ke Senaru Crater Rim pun jauh. Silap2 malam baru sampai.
Aduh frust jugak Kak Kiah sebab antara yang Kak Kiah nak pegi ialah tasik tu. Lagi satu nak mandi. Berlengas berdebu2 rasa badan ni. Kalo terus ikut Sembalun, jawabnya memang 1 hari lagi la kami kena lalu dengan air yang seciput tu.
Then Alman bagitau guide yang kat atas tu call dia cakap Koh & Zaidi berjaya dah sampai puncak. Now diorang dalam perjalanan turun. Wahhh cayalah!! So proud of theyols. Memang tabik spring habih sebab Kak Kiah tau bukan senang tau nak teruskan sampai summit tu.
Nah belanja sket gambar Koh & Zaidi di puncak Rinjani.
Lepas sarap Kak Kiah terus masuk dalam khemah. Tau buat apa? Tido
hehehe...Giler ngantuk okeh!
To be continued..
Lepas dah siap Kak Kiah pun gi la warm up kat luar khemah tu. Badan punya la sakit tatau la nak habaq. Tengah warm up tu dengar la si Alman bagi briefing kat Mirat & Zaidi. Masa tu Kak Kiah dengar tak dengar sangat sebenarnya. Cuma dengar dia cakap yang mungkin akan berubah plan nak ke tasik lepas turun dari summit nanti. Katanya grup kami ni punya pace sangat slow semalam jadi dia tak yakin kami boleh sampai ke Senaru Crater Rim on time sebab antara route yang kena lalu tu kami akan kena panjat bukit 45 degree. Lagi satu ada kebakaran pokok kat jalan nak turun ke tasik tu jadi agak bahaya la kalo nak turun. So dia sajes kita balik semula ikut Sembalun, means ikut jalan datang semalam la. Mirat & Zaidi cakap tengok la nanti kita decide semula lepas turun dari summit.
Dalam kul 2.30am tu kami pun gerak la. Kak Kiah belum apa2 lagi dah mula rasa stress sebab diorang bertiga tu jalan memang laju giler. Kak Kiah dah la dengan terdengkot2 lagi. Lepas tu masa ni la senggugut mai.
Bila dah macam tu mula la rasa down balik. Dah la masa tu sejuk giler. Kak Kiah pakai sama je kot lapis baju macam masa gi Kinabalu. Tapi dia punya sejuk tu sampai mencucuk2 memang lain macam lah. Air idung memang meleleh2 je keluar.
Lepas tu macam lamaaaaa sangat nak keluar dari tapak khemah tu. Tu pun Kak Kiah dok benti2 lagi few times sebab amek nafas. Alman macam biasa la memang jalan dengan Kak Kiah je. Yang assistant guide sorang lagi follow mereka yang bertiga kat depan.
Oh ya masa ni memang takde gambar diambil ya huhu.. Takde la dalam keadaan bahaya pun. Tapi Kak Kiah masa tu memang takde mood langsung nak amek gambo. Bateri kamera cuma tinggal 1 bijik je sebab 2 lagi dah abis pakai semalam. Jadi nak kena jimat gak bateri sebab Kak Kiah ni kan konservatif sket mana ada power bank power bank ni..
Jalan punya jalan akhirnya sampai kat satu area yang ada batu kecik2 macam batu gravel tu. Memang macam setan betul part ni. Naik satu langkah, pastu melorot turun dua langkah. Memang mental giler dok mikir kalau macam ni - PUKUL BRAPE NAK SAMPAI NIIII??? Kak Kiah guna jugak la segala ilmu pengetahuan yang diapply masa kat Kinabalu tu. Guna kaedah kira sampai 10 pastu benti, guna kaedah berzikir.. tapi tak jalan gak. Tetap rasa terseksa sangat kaki nak melangkah.
Agaknya Alman pun sampai sakit jiwa tengok kelembapan Kak Kiah, dia terus amek salah satu climbing stick Kak Kiah and terus tarik tangan Kak Kiah. Maka berpimpinan tanganlah kami masa tu. Apa? Romantik? Kau nak mampos? Kak Kiah dah macam separuh mati masa tu tau. Kalo dia tak tarik Kak Kiah tu memang seriously Kak Kiah pikir takkan lepas punye area jahanam tu.
Lama jugak kami berpimpinan bergandingan mesra sebab Kak Kiah tengok jam masa tu dah nak kul 4am. Means dah dekat sejam setengah kami mendaki, and Kak Kiah rasa kami masih jauh lagi dari summit.
Lepas dah selesai area jahanam tadi, baru la Alman lepaskan tangan Kak Kiah. Dia suh Kak Kiah jalan je dulu selow2 sebab dia nak pegi memerut. Eh boley gitu? Hahaha. Rupanya dia tengah sakit perut masa tu. Kesian Alman.
So jalan la Kak Kiah sorang2. Masa tu memang macam orang gile. Dah la sejuk, haus (air pada Alman), lapar.. pastu boleh pulak datang rasa mengantuk yang amat sangat. Mata kita cuma tengok kat cahaya lampu dari headlamp. Jadi memang macam khayal je mata terbuai2 ikut cahaya lampu.. tau2 je tiba2 mata tertutup. Rasa memang ada part yang Kak Kiah tertido sambil berjalan. Kira antara kul 4am-5am tu Kak Kiah rasa memang jalan macam zombie.
Tak lama pas tu sedar2 Alman pun datang dari belakang. Dia suh Kak Kiah makan biskut dulu. So kami rehat jap. Dia sajes untuk Kak Kiah tak payah proceed untuk ke summit sebab memang tak sempat nak sampai atas before sunrise. Lagipun summit memang jauh lagi kalau jalan gak maybe 2-3jam lagi baru sampai. Dari tempat kami lepak tu pun kata dia memang akan nampak view tasik yang sama macam dari atas summit.
Tapi memandangkan masa tu baru pukul 5am and sunrise pukul 6.15am, Kak Kiah kata takpe la jalan je dulu setakat mana yang mampu. Nanti kalo dah tak larat kita benti.
Rupa2nya Alman pun mengalami kengantukan yang amat sangat macam Kak Kiah. Dia kata dia memang tatau la kali ni mendaki dia rasa ngantuk sangat, tak macam selalu. So dia kata dia nak tido sat. Dia suh Kak Kiah jalan dulu. Nanti dia follow dari belakang.
Guide ku yang bertuah.. boleh tido pulak kau ye Alman.. |
Percobaan selfie dalam gelap |
Daki punya daki, menguap punya menguap, dalam Kak Kiah menyeret kaki untuk melangkah ke depan.. akhirnya nampak la matahari dah nak terbit. Terus Kak Kiah stop kejap to enjoy the view. Takpe lah takde rejeki nak tengok dari summit. Tapi dari situ pun ok la nampak cantik sangat matahari terbit.
Matahari memunculkan diri |
Berhenti seketika dan nikmati keindahan ciptaan Yang Maha Esa |
Mati laa tetap nak enterprame kekeke |
Kak Kiah gumbira melihat sunrise |
Awesome eh? (kredit: Mirat) |
Let's take a break and enjoy the view (kredit: Mirat) |
Bersinar bagai emas (kredit: Mirat) |
Tu diaa... Tasik Segara Anak |
Pendakian yang menyiksa lutut dan buku laliku |
Jauh lagii.. |
Memang mental bila pandang ke atas |
Laluan ke summit |
Mereka yang menghampiri puncak.. Ayuhhh!! Kamu pasti bisa!! |
Untuk buat keputusan tu, Kak Kiah rehat dulu jap. Sambil tu snap2 picca.
Gunung Agung di Bali boleh nampak dari sini |
View of Sembalun |
Tasik Segara Anak - amazing view |
Tasik Segara Anak ni katanya kalo diminum airnya nanti senang bersalin. Ala macam konsep air selusuh la. Luasnya 11,000,000m2 dengan kedalaman >200m. Kat tasik ni banyak ikan and boleh dipancing la kalo kita turun ke sana. Kat tengah tasik tu ada Gunung Baru Jari - volkano yang masih aktif. Last meletop tahun 2009 dan telah mengorbankan nyawa 31 orang. Dasat kan? Just imejin apa rasa bila kita ada betul2 kat tempat ni. Semacam tau dia punya rasa.. excited, terharu, cuak, kagum semua ada..
Sambil menghayati keindahan alam hati dok mikir berbaloi tak kalo teruskan sampai summit? Sebenarnya Kak Kiah punya matlamat dah tercapai – which nak tengok keindahan tasik Segara Anak ni dari atas. Kalo nak kejar sunrise tadi dari atas summit macam worth gak kot. Pastu kaki memang tengah sakit giler especially kat lutut tu rasa macam dah tak boleh nak bengkok. Kalo jalan jugak maybe sampai tapi memang komfem lambat la dengan keadaan kaki yang macam tu.. Risau pulak kalo diorang nak turun ke tasik. Kalo Kak Kiah proceed gak ke summit, kang kul brape lak sampai ke tapak khemah balik kan..
Last2 Kak Kiah amek keputusan untuk stop and turun terus. Takpe lah bukan ada sijil pun. Dah berjaya sampai sini pun dah kira cukup baik. Kena gak ukur kemampuan diri sendiri. Takpelah Kak Kiah cuma pasang niat - satu hari nanti bila kaki dah ok, rezeki ada.. insyaAllah Kak Kiah akan kembali lagi ke sini. N of coz akan cuba sampai ke puncak..
Memakan beskut (pau Alman punye) dalam kesejukan udara Rinjani |
Cantik kan view dari atas ni? |
Tumbuhan di pergunungan |
Tengah rilek2 ngan Alman menghayati keindahan alam, tengok2 si Mirat sampai. Rupanya dia pun tanak proceed sampai summit kekeke.. Rasanya dia ni sama je matlamat ngan Kak Kiah. Sampai atas amek gambo pas tu dah ok cukup puas hati. Koh & Zaidi lain lah.. diorang siap bawak bendera Malaysia tu so memang kami tau target diorang memang nak sampai ke summit.
Alman siap call guide yang ada sama Koh masa tu. Rupanya Koh pun belom sampai summit lagi. Siap kena tarik gak tangan dengan guide tu hehe.. Tapi Kak Kiah yakin amoi tu mesti boleh punya. Antara kami berempat, dia la yang paling fit sekali. Alman pun siap puji Koh. Dia kata Koh badan je kecik tapi takde la semput2 macam kami ni hahaha..
Gunung Baru Jari |
Me & Mirat dari pasukan gagal ke summit kekeke |
Moh ler balik.. |
Khemah2 dari kejauhan |
Panas dan berdebu |
Ni lah rupa area jahanam - sekali naik dua kali turun tu |
Yesssss!!!! |
Inilah toilet khemah kami hehee.. |
Dasat kan bekfes kami? Kau mampu makan cam ni atas gunung? |
However diorang sajes kami turun ikut Sembalun je sebab agak bahaya nak turun dengan hutan terbakar kat bawah tu. Pastu kalo kami gerak dari sini lewat, nanti lewat petang baru sampai tasik. Last time diorang kata ada grup tu kul 11am gerak dari sini, dekat kul 4pm baru sampai tasik. Pastu nanti nak pegi ke Senaru Crater Rim pun jauh. Silap2 malam baru sampai.
Aduh frust jugak Kak Kiah sebab antara yang Kak Kiah nak pegi ialah tasik tu. Lagi satu nak mandi. Berlengas berdebu2 rasa badan ni. Kalo terus ikut Sembalun, jawabnya memang 1 hari lagi la kami kena lalu dengan air yang seciput tu.
Then Alman bagitau guide yang kat atas tu call dia cakap Koh & Zaidi berjaya dah sampai puncak. Now diorang dalam perjalanan turun. Wahhh cayalah!! So proud of theyols. Memang tabik spring habih sebab Kak Kiah tau bukan senang tau nak teruskan sampai summit tu.
Nah belanja sket gambar Koh & Zaidi di puncak Rinjani.
Zaidi & Koh ~ dari pasukan berjaya |
To be continued..