Showing posts with label Jagalchi Market. Show all posts
Showing posts with label Jagalchi Market. Show all posts

Monday, May 19, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 3 – JAGALCHI MARKET

Untuk ke sini kena jalan turun dari Busan Tower tu then cross Gwangbokro. Kedudukan Jagalchi Market ni kira ke selatan sket dari kedudukan Gwangbokro and BIFF. Tujuan kami datang sini ialah untuk dinner seafood.

Actually Kak Kiah takde info jugak pasal Jagalchi Market ni, I mean kedai2 yang boleh dimakan, cemana cara nak makan, apa nak order sume tu la. Kak Kiah memang tak sempat nak usha blog2 yang ada untuk dapatkan panduan sebab bz kan aritu. Nasib baik si Kin ada pernah baca blog yang rekomen satu kedai untuk makan ni. Kedai ni located di luar Jagalchi Market. Katanya murah la dari makan yang dalam market tu. So ok la at least kami ada la tempat yang nak dituju.

Masalahnya direction yang dibagi tu agak blur la (contoh: jalan about 5 minit dari port berdekatan Jagalchi). So macam haram jugak la kami masa tu nak mencari kedai ni. Gambar kedai dah ada, alamat lak takde.

Antara kedai-kedai di sepanjang jalan menuju ke Jagalchi Market


Pintu gerbang Jagalchi Market (gambar cilok Google)
Yang Zai dah muncung sebab lapar katanya, jadi bila asek jalan tak jumpa tempat yang dicari maka member pun bengang la. Boleh tak dia cakap, “Bukan korang dah pernah datang ke tempat ni? Takkan tak tau?”. Huh macam nak mendidih sangat masa tu. Kalau dah pernah datang takde la kami terkial2 mencari ni. Rasanya berbulan2 kot planning and rasanya semua tau yang ni first time Kak Kiah mai Busan and semua tau Kak Kiah tak sempat cari info pasal Jagalchi Market. Tatau la kot dia tido ke, tak amek kesah ke sepanjang kami dok plan tu. Seriously I can't brain this..      

Kin pun dah start bengang2 gak masa tu sebab budak2 berdua ni macam tak tengok pun whatever plan & tips yang Kak Kiah buat untuk trip ni. Dah la buat macam2 perangai. Pastu asek tanya “Lepas ni kita nak gi mana kak?”, “Kenapa kena pegi tempat ni kak?”, “Kalau tak pergi tempat ni tak boleh ke?” Like seriously, nasib baik la cakap ngan Kin. Kalo tanya Kak Kiah soklan2 tu harus la kena laharan berbisa gitu. Masa bagi itinerary seblom ni korang buat apa - lap kaki? Sudah la kau datang bawak badan je, kalau tak membantu cari maklumat at least tolong la jangan tambahkan stress yang sedia ada.

Last2 Kak Kiah bincang ngan Kin, kita makan je kat mana2 kedai seafood dalam Jagalchi Market tu. Kalau seafood insyaAllah boleh la kan (sejak kes Nanny last year, Kak Kiah agak serik jugak nak redah makan without dapat proper info beforehand). Kin pun setuju. Takpe lah janji makan. Tawakkalna ‘alallah. InsyaAllah – mudah2an Allah gerakkan hati kami pergi ke tempat yang ‘bersih’.

Jagalchi Market (gambar cilok jugak sebab tak sempat snap masa tu huhu)

So kami pun masuk dalam Jagalchi Market. Blur kejap 5 saat sebab nampak orang jual seafood fresh je. Pastu Kin kata dia ada terbaca orang tulis dalam blog yang tempat makannya kat atas. So kami pun naik la ke Tingkat 1. Oh betol la... Waaa macam food court la kat atas tu rupanya.

Dah sampai tu blur lagi. Mana kedai nak dipilih ni? So kami menonong je masuk ke dalam tu sambil dok usha2 apakah semuanya seafood saja di sini – no porky-porky? 


Antara seafood yang ada di setiap kedai makan
Wowwweee menarik uols!!
Akhirnya ada satu ahjumma yang telah berani menegur kami. Terus la kami tengok menu book. Lepas go thru tu komfem no porky-porky then baru la kami decide nak duduk.

Rupa paras level 1 Jagalchi Market
Ni tempat duduk - selesa sangat
Kedai yang jadi pilihan kami
Ahjumma cantik yang berani menegur kami
View cantik tepi laut
Ok satu masalah lagi. Nak order apa? Ahjumma lak tak reti inglish. So main ayam-itik and tunjuk2 kat menu je. Since kami semua memang dah decide awal2 nak makan sedap untuk dinner malam ni, Kak Kiah estimate bajet kami around 10,000-15,000won sorang la. Jadi kami order seafood apa tah (masak atas api cam stew kot) and udang.  Untuk seafood tu harga 40,000won and udang tu 20,000won. Total 60,000 won untuk 4 orang, jadi sorang 15,000won. Ok lah kan. Makan busat katanya..

Tapi bila dah setel order tu, ada pulak lagi halnya. Zuree plak tetibe cakap tak makan udang n nak tukar ke sotong. Aik bukan semalam kat Jeju ada makan seafood yang ada udang ke? Awat tetibe lak takleh makan udang ni? Yang paling bikin panas sebab dia kata dia dah inform Kak Kiah seblom ni yang dia tak makan udang. Pergh membara betul. Kalo Kak Kiah tau awal2 yang dalam grup ni ada pantang2 makan of coz la Kak Kiah dah redi ngan list menu (in korean) kan.

Dah jadi satu hal pulak nak explain kat ahjumma tu nak tukar ke sotong. Nasib baik la dalam Ipad Kak Kiah ada list menu yang Kak Kiah salin masa my 1st trip to Seoul dulu. So jumpa la sotong dalam bahasa korea – nakji. Ahjumma pun tunjuk la nakji dalam menunya. Tengok harga 20,000won. Ha ok la tu kot nak tukar.

Tapi bila tengok gambar tu Kak Kiah jadik mosykil lak sebab gambar sotong mentah kan. Si Zuree as usual la konfiden je cakap nanti sotong tu kita akan masak dalam kuali macam orang meja sebelah kami (padahal orang sebelah tu amek lauk memang totally different pun). Pastu teringat lak citer Amazing Race yang Ida Nerina kena makan sotong hidup2 tu kan. Ntah2 bende tu kot. So komfem balik ngan ahjumma. Haha rupanya makan hidup2 uols!!! Jadah tol nasib baik tak terorder.  

Inilah sotong yang masih bergerak terkuit2 tu euwwww...
So kami pun tukar le ke ikan bakar sudahnya. Ok la janji within harga yang kami mampu bayar.

Dah setel order tu Kak Kiah tanya la Zuree semalam makan seafood ok je, kenapa ari ni tetibe takleh makan udang lak? Nak tau dia jawab apa – “Bukan takleh makan udang, tak suka makan udang – leceh nak kopek.” Ok kalo korang jadi Kak Kiah agak2 korang hangin tak? Seboleh2 suruh orang tukar menu just sebab kau rasa malas nak kopek kulit udang?
*Anyway Kak Kiah dah cek pun semua PM & emails, takde pun dia pernah cakap yang dia takleh makan udang. Dia cakap dia “seafood loverrrrrr” lagi ada.   

Ya Allah kuat kan lah kesabaran ku.. Memang sakit jiwa sangat Kak Kiah masa tu. Perut plak memang dah lapar lagi la membuatkan my blood go upstairs.

Nasib baik la tak lama lepas tu food pun sampai. Rupa2nya makan seafood sini takde nasik pulak. Kne order separately (semangkuk 1000won).

Side dishes yang menarik
Masa hal nasik pun berlaku lagik hal. Nak menunjukkan dia pandai bahasa korea dan tau nasi dalam korean tu “bap”, tetibe jadik wakil tukang mintak nasik kat ahjumma padahal kami lom decide nak mintak nasik pon lagi. Pastu bila ahjumma datang bawak nasik, dia tanak nasik tu katanya untuk kitorang plak je. Kin terus hangin n sound dia sebab mandai2 je order nasik yang bukan untuk dia pun. Pastu dia pulak sentap “ye lah, lepas ni saya tanak cakap apa2 lagi” then tarik muka.

Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii stresssssssssssssssssssssssssss!!!

What the hell is wrong with u girl?

Kak Kiah ni kalo nak ngamuk and hempuk je kepala sesapa yang buat perangai masa tu memang boleh saja. Tapi sebab depan rejeki kan and faham masing2 tengah penat dan lapar so let go je lah. Janji makan dulu and isi tangki. Selagi tak makan ni ada harapan kami berempat akan bertukar menjadi resaksa.

Muka orang lapar haha
Anyway, dinner kami walllahhhh sedap sangat ok!! Semua sedap! Kak Kiah memang puas hati la. Makan sampai senak2 perut. Extra suka sebab akhirnya dapat merasa guguma (ubi rebus) & pajeon (green onion pancake).  

Alhamdulillah lepas makan kenyang perut suka hati. Now otak dah boleh berfikir dengan waras semula. Mood masing2 pun dah kembali pulih dan tiada lagi kata2 berbisa dikeluarkan dari mulut kami. Lega rasanya otak.

Tengok jam dah kul 8pm. Lepas makan kami pun turun usha fresh seafood kat level bawah. Oh rupanya kita boleh pilih mana2 seafood yang berkenan kat bawah tu and bawak ke atas untuk masak rupanya. Ala ruginya tak tau. Takpe lah perut pun dah kenyang kan. So if uols nak mai sini, make sure uols pegi bawah dulu tau n pick apa yang nak dimakan pastu naik atas suh pekedai masakkan je. Oh lagi satu please dapatkan nama masakan yang simple2 in korean. Senang sket nak explain – contohnya nak stew ke, nak bakar ke, nak goreng ke.. Lagi satu seafood kat sini memang segar2 and besar2 semuanya so memang puas hati sangat. Bab harga tu tutup mata je. Kata nak makan sedap kan. Contohnya king crab 60,000won mampu kau? Hahahaha...

Level Bawah - tempat fresh seafood dijual

Menarik bukan?

King Crab yang mahal banget
Ni belangkas kan?

Sea Urchin (Landak Laut)
Udang hatokkkk punye saiz!
Senarai Harga
Kat luar Jagalchi Market tu pun ada ahjumma2 yang jual fresh seafood sepanjang jalan. Memang meriah sangat. Sementara diorang pegi usha ahjumma2 jual seafood, Kak Kiah pi lepak kat depan market tu ngan ahjussi2 sambil perati orang lalu-lalang. Borak kejap ngan ahjussi2 tu dalam broken korean. Diorang cam heran sikit la ngan Kak Kiah sebab bertudung and tanya kenapa pakai tudung. I guess kat Busan ni memang tak ramai muslims kot. Bila Kak Kiah bagitau from Msia terus buat sign kapal terbang. Huhu tau rupanya pasal kes MH370. Pastu Kak Kiah pun tunjuk la sedih gak pasal kes ferry Busan karam. Wah gitu kami communicate ayam-itik. Janji i feel u, u feel me gitu. Hahaha ada tokoh tak nak jadi menantu orang Korea?

Overall, Jagalchi Market ni memang antara yang list wajib untuk cuba makan seafood di sini. And please pastikan info cukup ye seblom mai sini supaya tak berlaku kejadian macam kami tadi hahaha drama betol. Anyway, kat sini kalo nak tengok view port malam2 leh naik level atas sekali (kan Azra?). Tapi disebabkan tadi kucar-kacir sangat sampai Kak Kiah pon lupa pasal ni..

Our next plan nak berjalan2 sepanjang Gwangbokro pulak. Agak2 ada episod yang annoying lagi tak pasni? Tunggguuuuu.. heehee..

*UPDATE - pada sapa yang nak menu list in hangul leh refer gambar bawah ni yek..


Menu List