Showing posts with label Yongmeori Coast. Show all posts
Showing posts with label Yongmeori Coast. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

JEJU-SEOUL - DAY 3 - YONGMEORI COAST

Kalo ikut itinerary asal Kak Kiah, memang takde plan nak ke sini. Tapi semalam masa diskas2 ngan Martin si owner guesthouse dia sajes la suh datang sini sebab cantik katanya. N Kak Kiah sempat gak la google2 sket pasal tempat ni, tergude plak tengok gambo. Tu yang decide kena datang gak sini.

Yongmeori Coast ni located dekat area Mount Sanbang. Namanya Yongmeori tu bermaksud kepala naga, which kalo tengok dari jauh nampak cam kepala naga yang nak menyelam masuk dalam air laut.

Ada legend pasal tempat ni actually.

In the past, Emperor Jin united China, but he did not feel secure about his kingdom even after building the Great Wall. A geomancy book showed that a future king would be born in the Tamna kingdom, which fueled the king s worry. He decided to send a team of feng shui experts under the guidance of General Hojungdan to cut off the energy (qui) flow of Jeju by severing the vessel of fertility. They entered Jongdali, Guchi-eup and went steadily southward, cutting the spot. Upon arriving at Sanbang Mountain and looking around, they saw that the pulse of the mountain was stretching to the Pacific Ocean and the dragon head was moving. Exclaiming "This is it. If it is severed, everything will be ok.", they hurriedly went down the mountain and cut off the tail of the dragon which was about to go underwater. Then they slashed its back and head. The dragon cried piteously, roaring and spouting black blood in the air. That is the time when the birth of a great king was stopped.

Ha sebab tu la Yongmeori Beach ni pasirnya kaler hitam. Konon darah hitam si naga ni la. Anyway, Yongmeori ni adalah antara older rock formations di Jeju. Kat sini jugak bole jumpa Hanyeo Divers (tapi kami tak jumpa pun). Untuk masuk fee KRW2,000 per head je. Bukak 11am, bila air laut dah surut. Tempat ni serious luas giler, maybe 2 jam untuk cover pegi balik. N sapa nak datang sini, sila pakai windbreaker jacket sebab masyaAllah kuat giler okeh angin tiup.

Kita layan gambar seperti biasa.

Mak & Nanny - belakang tu la beach yang pasirnya hitam
 
 
 
Cantik kan? Subhanallah. Sangat cantik ciptaan Allah.

Cengkerang untuk dijual. Nampak tak Patrick the Star Fish? Keras dah.. huhu
Ahjumma2 menjual tatau apemende ni.. landak laut ke.. abalone ke.. dia makan gitu je sambil minum soju. Bau hanyir sket.
Tak jauh kami jalan sebab orang2 tua dah mengadu sakit kaki dan lutut. Maklum la jalannya berbatu sikit. Frust gak Kak Kiah sebab dekat hujung tu la ada tempat yang cantik macam Kak Kiah tengok kat internet. Tapi bila tengok muka memasing dah seposen je macam tak berminat, Kak Kiah pun terpaksa la ikut kata majoriti.

Paling bengang bila Nanny cakap “Batu je? Takde apa yang menarik pun”

Imagine apa Kak Kiah rasa masa tu. Tak ke kecik hati?

Anyway, to those yang nak datang Jeju, this place mesti masuk list ok. Wajibulghunnah!! Sangat rugi kalo tak mai sini. Dan untuk mengubat kedukaan Kak Kiah, ni Kak Kiah letak gambo yang dicilok dari google bagi membuktikan tempat ni memang cantik.

Ini batu je? Tengok ngan kepala lutut memang lah nampak batu je.

Kat sini banyak gak kedai2 souvenir. Bila datang tempat2 camni, baru la nampak si Nanny tu bersemangat waja. Now i know apa yang dia suka actually. Dia memang gila shopping. Masa before pegi punyelah beriye cakap ngan Kak Kiah, dia takde la nak beli2 sangat kat Jeju. Baru hari ni terserlah tujuan sebenar dia. Patut la semua tempat yang pegi dari semalam dia cakap tak best, rupanya bukan datang nak tengok tempat orang pun tapi lebih pada nak membeli-belah. Hampeh.

Apepun, sempat la kami membeli buah limau yang amat lazat tu. Serious sedap, limau paling sedap Kak Kiah pernah makan seumur hidup. Sampai sekarang teringat2 kesedapannya. Sangat menyesal sebab tak beli sekotak terus (masa ni ingat takleh bawak limau masuk flight).

Masa ni kami terasa lapar sangat. Tapi tak berani nak makan apa2 kat sini walopun ada la jual sotong bakar kat gerai2 tu. Kesian tengok mak muka dah pancit. Dari pakai topi tudung Fauziah Nawi, last2 beli topi koboi huhu...

Dalam tourist map ada satu seafood restaurant yang listed untuk muslims dekat area2 Seogwipo Port. So, kami pun terus gerak ke  sana. Dalam kereta tu dah start bau minyak angin je sebab mak dah sebu2 perut kosong. Last2 semua pensan tido including Kak Kiah, meninggalkan Eti drive sorang2. Kesian lak kat dia, rasa bersalah Kak Kiah dibuatnya..

Ok sambung next entry..