Showing posts with label Angkor Complex. Show all posts
Showing posts with label Angkor Complex. Show all posts

Saturday, June 27, 2015

CAMBVIET – DAY 2: TA PROHM

Destinasi seterusnya yang jadi pilihan untuk kami lawati di Angkor Complex ni ialah Ta Prohm.

Ta Prohm adalah salah satu temple yang dibina sewaktu pemerintahan Jayavarman VII. Ia menjadi temple yang sering dilawati sebab temple ni adalah satu2nya yang masih kekal dalam state asalnya (takde modify2) dan dalam temple ni banyak akar2 pokok yang besar2 di antara batu2 temple. Oh ya, temple ni jugak femes sebab citer Tomb Raider. Kak Kiah tak pernah tengok cite ni so tatau la cemana Angelina Jolie beraksi di akar2 tu semua.

Untuk tour Ta Prohm ni, kami akan masuk dari East Gate and then nanti keluar kat West Gate. Maliki akan tunggu kami kat sana masa tu.

Entrance di Gopura IV. Batu2 di tower terpaksa diikat supaya tak collapse.

Menuju ke Central Sanctuary

Gopura III

Pose dari Koh untuk pembaca2 KKST hehe..
Ta Prohm ni agak kecik berbanding dengan Bayon. Bas reliefnya pun tak banyak di dinding. Tapi layout dia tetap sama, cuma Ta Prohm ni adalah flat dan takde tingkat2. Yang obvious dalam ni batu2 dia memang condition teruk la.. dah ribu2 tahun kan. Banyak yang dah roboh and berlumut.

Salah satu tower

Ukiran dah banyak tak nampak sebab dimamah usia
Pokok sini memang besar2

Akar pokok menyelaputi batu

Kak Kiah dan akar pokok

Macam ada pintu kat belakang tu

Me and Koh - feeling2 Angelina Jolie

Katanya nama pokok ni ialah Silk-cotton Tree

Tengok cemana akar pokok ni mencengkam batu

And it's really huge!
Kalo akak jadik batu tu dah lama kot meraung sakit.. dah la pokok ni bagak2
Anyway, masa kami sampai sini jam pun dah kul 12+pm. Masa tu orang pun ramai giler. Jadi memang crowded dan renyah gila nak amek gambo. Pulak masa tu kamera Kak Kiah dah abis bateri. Terpaksa rely on Ipad and kamera Koh. Jadi untuk entry ni takde la banyak sangat gambo.

Paling tensi bila tengok tourist2 yang takde kesopanan dan kesusilaan. Bila nak amek gambo tu macam sakai giler. Kadang kita tengah amek gambo, selamba dek je nyelit kat tepi. Lahabau tol. Surprisingly, mereka di dari Korea. Ni based on dengar diorang cakap la. Geram pulak acik nengokkan. Dah la bising. Serious ni first time Kak Kiah jumpa Koreans yang annoying. Seblom ni ingat diorang ni bangsa2 sopan kan, cakap lembut2 je. Rupanya bila kat obersee terus keluar perangai PPRT memasing.

Antara yang masih elok

Ukiran Apsara - tak banyak boleh jumpa kat sini

Banyak batu2 ni dah berlumut

Sebab agak lost dalam ni maka tak dapat dikenal pasti ini adalah apa
West gallery
Bila dah serabut dengan manusia, campor ngan perut lapar lagi, penyudahnya tak lama pun kami kat sini. Nak menghayati tour ni pun dah takde stim. So kami decide untuk balik je. Makan lagi best.

Overall, ok la kalo just cover tiga tempat ni - Angkor Wat, Angkor Thom (Bayon) and Ta Prohm ni kalo nak ke Angkor Complex. Ada banyak lagi temple2 yang boleh dilawati macam Bantey Kdei, Elephant Terrace, Bantey Srei, Terrace of Leper Kings, Preah Khan, Neak Pean, Ta Som, Pre Rup dsb. If kalau ada masa boleh je pegi semua ni. Rasanya boleh kot cover dalam masa sehari. Tu pun kalau rasa tak muntah2 darah la tengok batu hahaha..

Apepun Kak Kiah happy sebab dapat jejak sini. Banyak yang Kak Kiah belajar sepanjang lawatan ni – kehebatan dan kekreatifan Khmer satu masa dulu, pemerintahan sebuah kerajaan yang sistematik, kepercayaan dan agama mereka yang berubah mengikut masa, dan bagaimana sebuah kerajaan yang hebat boleh jatuh teruk sehingga hampir luput dari sejarah. Kalau ada sesapa yang nak ke Siem Reap make sure uols datang tau sini. Rugi kalo tak tengok depan mata sisa2 tamadun yang sangat hebat satu masa dulu.

Dari Ta Prohm kami pun balik ke Siem Reap untuk lunch. Mana lagi kalo bukan kat Muslim Family Kitchen hehee.. 

Our lunch - tak ingat apa nama tapi ada daging lembu dan nenas
Lepas lunch kami balik kejap ke Tareach untuk merehat2kan badan dan mengecaj bateri kamera. Petang karang Maliki akan pikap kami untuk ke Tasik Tonle Sap melayan sunset pulak. Can't wait!

To be continued..

Friday, June 26, 2015

CAMBVIET – DAY 2: ANGKOR THOM

Dari Angkor Wat, kami pun bergerak ke Angkor Thom menaiki tuk2. Perjalanan ada la dalam 15min.

Angkor Thom ni maksudnya ‘Great City’ and salah satu Khmer cities yang terbesar. Ia digunakan sebagai ibu kota sejak akhir kurun ke 12 hingga 17. Angkor Thom ni dibina di bawah pemerintahan Jayavarman VII, king yang paling hebat skali dan paling lama memerintah. Masa zaman dia memang banyak la temple2, bangunan2, hospital dibina dalam city ni. 

Salah satu yang paling femes dan sering jadi kunjungan ramai ialah Bayon – sebuah temple yang banyak ukiran muka di batu. So itulah destinasi untuk kami tuju di sini.

Macam Angkor Wat jugak, Angkor Thom ni berbentuk square seperti kubu yang dikelilingi oleh parit. Untuk masuk ke Angkor Thom, memula kena lalu South Gate yang menyeberangi moat atau parit. South Gate ni femes sebab yang paling well preserved antara gate2 yang ada dalam Angkor Thom ni. Selain tu gate ni femes dengan 54 bijik statue heads di atas railing (berbentuk badan ular) di bahagian kiri dan kanan jalan. Yang belah kiri tu katanya ialah dewa2 atau gods tengah tarik kepala ular. Yang belah kanan tu katanya ialah asuras atau demons tengah tarik ekor ular.

Menuju ke South Gate

South Gate

Statue head dewa baik - muka suci

Di belah kanan ni dewa jahat atau demons/asuras - muka evil
Railing tu sebenarnya badan ular tapi dah pecah and rosak

Parit yang mengelilingi kubu. 50m wide.

Pintu masuk yang boleh muat satu kenderaan je
Lepas melintasi South Gate, kami menuju ke Bayon yang terletak betul2 di tengah Angkor Thom.

Bayon Temple

Bahagian depan Bayon Temple. Ada kerja2 restoration jugak sini.
Macam state temple yang lain, layout Bayon ni sama jugak.. berbentuk empat segi dan ada beberapa level. Tapi bas reliefs yang dalam Bayon ni lebih menarik sebab lebih banyak story – not only pasal king, tapi jugak kehidupan harian rakyat jelata, peperangan, perniagaan, pemerintahan dsb. So if mai sini, try spend some time untuk check out ukiran2 bas relief di galeri keliling temple ni.

Ok enuff stori-mori. Jom tengok gambo..

Boleh nampak setiap tower mempunyai ukiran muka di empat2 bahagian

View dari bawah
Pintu masuk di South Gallery

Ukiran Apsara di batu dinding

Cer tengok cara batu2 ni disusun.. amazing kan?

Bas relief - ukiran tentang kehidupan harian rakyat jelata

Ukiran tentang meeting pegawai2 di court kerajaan

Perang antara Cham dan Khmer
Me and Koh pose tetap pose

Close up face sculpture di salah satu tower
Central Tower

View dari bawah mendongak ke langit
Hidung semua sepesen.. kemain beso.. pastu bibir tebal

Wajah2 yang bakal menghantui tidor malam ku

Boleh pulak batu2 yang membentuk idung tu tak jatuh ek.. padahal tergantung je situ

Macam Sphinx pun ada
Tengok cemana dia susun.. gila punya terer

Peace chuolsss!

Pose wajib bila mai sini ahaks!
Memang ohsem giler tengok muka2 yang diukir tu. Macamana la gigih diorang buat bende2 ni semua kan. Orang kata muka2 ni adalah muka king Jayavarman VII yang sebenar. Ada yang kata muka Lokesvara (sejenis (or seorang?) dewa dalam agama Buddha). Whateva pun kekadang bila tengok lelama muka banyak2 tu scary jugak la. Boleh ngigau malam dibuatnya.

Bayon ni pun melalui pertukaran agama jugak macam Angkor Wat. Masa pemerintahan Jayavarman VII, agama masa tu ialah hindu. Lepas tu pada pertengahan kurun ke 13, agama Buddha jadi dominant religion so temple ni pun melalui perubahan

Melepas lelah di balik tiang
Bayon Temple dari north side
Anyway, kami tak spend time lama sangat kat sini. Cuma sejam je. Sebabnya ialah kami dah lapar and cuma bawak biskut je. Walaupun baru kul 11+am, bila perut lapar tu memang potong stim jugak nak usha tempat ni lama2. Haih nyesal betul tak pack bekal pagi tadi. So if uols nak mai sini, jangan lupa pack bekal untuk lunch ok. Kalo rasa leceh nak buat sandwich bagai, boleh bawak maggi in cup and thermos isi air panas. Pastu simpan kat tuk2. Boleh jugak la alas perut.

And if kalau dapat lama kat sini, try count face sculptures yang ada kat Bayon ni. Setakat ni apa yang Kak Kiah tau, takde sapa dapat jumlah yang tepat.

Lepas sejam lebih kami di sini, kami pun keluar sebab nak ke destinasi seterusnya iaitu Ta Prohm.

Maliki macam biasa membuta je dia.

Driver kami suka tido. Hari2 driver tido.
Ok let’s go Angelina Jolie Tomb Raider!