Showing posts with label James Blue Hostel. Show all posts
Showing posts with label James Blue Hostel. Show all posts

Thursday, January 22, 2015

SEOUL V3 – DAY 2: GAPYEONG – SOKCHO

Untuk ke Sokcho ni Kak Kiah agak nervous sket sebab first time. Pastu masa ni dah lewat petang so risau takut tak nampak nak kena benti kat mana sume tu. Kak Kiah just berpandukan pada instruction yang Kak Kiah took note months before tapi tak sempat nak double check before datang sini. So just tawakkal je ni..

Dari Jeti Nami kami ke Gapyeong Bus Terminal naik taxi. Pastu dari terminal kami naik bas ke Chuncheon. Untuk beli tiket ni boleh guna mesin. Harga 2,900won. Tapi since kami tak tau cemana nak beli, staff yang kat kaunter situ tolong kami beli tiket ni.

Tiket bas Gapyeong-Chuncheon
Kaunter info
Pas tu since kat papan tanda semua tulis hangul, kami terpaksa depend pada staff tu untuk inform kami kalau bas sampai. Agak lama jugak la kena tunggu. Nak tunggu kat luar cuaca sejok giler, so dok kat dalam je. Tapi asek la terjenguk2 kat luar takut kena tinggal.

Kin khusyuk membaca kamus English-Korea semasa menunggu. Lai sedang cuba menahan ngantuk manakala Anim sedang cuba memahami apa yang ditulis di tiket bas.
Dah nak dekat kul 5.30pm baru bas sampai. Harga tiket murah ingat dekat je, tapi rupanya jauh jugak nak ke Chuncheon Station ni. Walaupun mata dah start ngantuk tapi Kak Kiah tak berani nak tido.

Sampai Chuncheon Station, beli tiket bas ke Sokcho. Harga 13,400won. Tapi bas kul 6.30pm baru jalan. So kami lepak2 je dulu kat waiting area tu cuci mata skodeng brader2 sojar. Memang ramai betul theyols kat sini. Dah la macho.. muka comel kpop ahaha..

Tiket bas Chuncheon-Sokcho
Platform menunggu
Agak besar jugak la bus station Chuncheon ni
Our bus - ok la selesa
Perjalanan dari Chuncheon ke Sokcho amek masa about ~2 jam. Memang boleh sakit pinggang dibuatnya. Tapi sebab masing2 dah letih beno, semua pakat membuta je sepanjang perjalanan tu. Tau2 dah sampai Sokcho.

Kat Sokcho ni kami dah book James Blue Hostel untuk satu malam. Direction nak ke hostel ni memang Kak Kiah dah copy dalam Ipad, tapi tah macamana tah dengan pisat2 mata lepas turun bas tu Kak Kiah bawak diorang masuk satu lorong ni. Lepas jalan punya jalan tak jugak jumpa hostelnya. Pastu jalan ni agak sunyi sebab tak banyak kereta lalu.

Bila dah rasa tak sedap hati, kami pun singgah satu kedai makan ni untuk tanya direction. Rupanya salah lorong and kena jalan patah balik. Hehe. Kesian diorang bertiga tu. Dah la pancit, boleh pulak salah jalan. Muka semua muka moody je pastu. Ye lah Kak Kiah pun faham, dari pagi berjalan bawak ke malam. Naik bas turun bas. Cuaca pulak sejok kemain.

Kami yang sesat
Map James Blue - dari terminal sepatutnya masuk lorong yang kedua bukan yang pertama
Akhirnya kami jumpa jugak hostel ni. Alhamdulillah..

James Blue Hostel
Untuk hostel ni satu malam 29,500won sorang. Kami amek dormitory 4 beds. Ok la selesa biliknya.

Dorm 4 beds - toilet inside
Kitchen
Ada 2 public PC
Kaunter untuk buat kopi, heat food etc
Nampak ada public PC terus lega sebab Kak Kiah kena siapkan jugak assignment malam ni. Kalau tak memang tak aman hati nak bercuti.

Sebab masing2 dah keletihan, kami cuma beli nasik instant and bukak bekal sambal tumis je untuk dinner.

Anim & Kin having dinner
Tapi ada satu yang tak bestnya hostel ni. Kitchen dia kul 12am dah tutup. Maknanya leh guna public PC tu sampai kul 12am je. So Kak Kiah takde choice, lepas makan je terus mengadap PC sebab nak sambung siapkan assignment.

Dekat depan James Blue ni ada pesta apa tah, punyalah kuat muzik trot. Sepanjang malam la dengar retis2 trot nyanyi. Sedap jugak lagu2nya. Kak Kiah tau "Shabang Shabang" je haha. Pakkal lah Kak Kiah tengah ada keje nak buat. Kalo tak mau jugak merayap skodeng apa yang menarik kat depan tu. 

Anyway, public PC kat hostel ni punyelah lembab nak mampos. Dah la MS Office dia in hangul memang saket jiwa dibuatnya. Pastu asek hang je. Mencaruts la Kak Kiah sampai last2 give up je and naik bilik terus. Lantak lah. Malas nak pikir. Tunggu lah balik Seoul nanti sambung semula.

Masuk bilik tengok masing2 dah sedap tido. Kesian theyols penat sangat gamaknya. Padahal Kak Kiah siap dah buang Petite France and Garden of Morning Calm dari list hari ni lagi. Tableh imejin cemana penatnya diorang ni kalo Kak Kiah insist nak pegi gak tempat2 tu. Silap2 kena maki agaknya hehe..

Apepun, besday girl sangat puas hati hari ni. I’m so thankful sebab kali ni Kak Kiah ada sama kengkawan on my birthday. Tak macam tahun2 lepas, sorang2 je bawak diri ke negara orang. Sedih beno nengoknya.


Cecah kepala kat bantal je terus berlayar. Happy birthday to me, and good nite Sokcho! 

To be continued..