Showing posts with label Ben Tanh Market. Show all posts
Showing posts with label Ben Tanh Market. Show all posts

Monday, November 2, 2015

CAMBVIET – DAY 8: BEN TANH MARKET

Iklan jap


Hahaha.. JDT menang chuols!!!
Best kan game final aritu? Berdebar2 tengok. Tak sesia support JDT dan turun naik Stadium Larkin tiap kali game AFC. Sepanjang penglibatan biz Kak Kiah collaborate dengan Southern Tigers, Kak Kiah memang kagum dengan kerja keras, semangat dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh pengurusan dari peringkat atasan PBNJ dan Southern Tigers hingga la peringkat supporters Boys of Straits. Memang tak sia2 usaha diorang untuk naikkan nama JDT ke peringkat antarabangsa. Harap lepas ni ramai lagi bagi sokongan kat JDT.. tak kira lah uols anak jati Johor ke tak. Ala kalo sokong Man Utd boley, takkan takleh sokong JDT kan?

Anyway, sempena JDT menang AFC ni Kak Kiah nak bagi offer barangan JDT dengan diskaun penuh kasih sayang untuk semua penyokong dan fans JDT.


Kalo chuols interested untuk cari merchandise JDT, sila jangan segan silu untuk like sini. Offer valid selagi stok masih ada. AYUH LUASKAN KUASAMU!

Ok back to blog..

*****

Pejam celik pejam celik akhirnya dah sampai ke hari terakhir trip Cambodia-Vietnam kami. Walaupun hari ni Christmas Day, pagi ni kami berdua agak gloomy. Kak Kiah rasa dah kurang sikit panas badan tapi batuk dan selsema masih ada. Koh pulak masih risau pasal keluarga kat kampung. Selama Kak Kiah kenal dia dari trip Lombok aritu, ni la first time Kak Kiah tengok dia sampai senyum pun kelat2 je. Senyap tak banyak cakap. Pastu macam mengelamun terawang2 pikiran kat tempat lain.

Flight balik kami adalah pukul 1.30pm and kami dah mintak receptionist untuk arrangekan cab kul 11.00am untuk pikap kami ke airport nanti. Untuk teksi kami bayar dulu siap2 USD12 kat Lele Hotel. Jadi pagi ni kami agak free and so kami decide nak ronda2 jap Ho Chi Minh city nak tengok rupa parasnya di waktu siang dan last kopek soping di Ben Tanh Market.

Tapi apa2 hal kita sarap dulu.

Restoran Lele Hotel di tingkat atas sekali

Bekfes kat sini tak halal so kami cuma makan roti, telur dan buah je
FYI, Lele Hotel ni memang ada sediakan bekfes tapi semalam kami tak amek pun sebab tatau. Rupanya staff yang check in kan kami aritu lupa bagi kupon (ha baru Kak Kiah ingat pasal ni la yang Koh bengang dengan mamat staff tu haha).

Lepas sarap kami pun merayap. Tak la pegi jauh pun, just sekitar jalan Nguyen Thi Minh Khai dan Nguyen Du je.

Tak banyak motor maybe sebab ramai lom bangun pagi lagi

Museum of Ho Chi Minh. Tak masuk cuma snap pic dari luar je.

Helikopter dan kapal pejuang tentera yang digunakan sewaktu Vietnam War

Display di luar muzium. Ni apa ni nama tah rupa macam meriam howitzer.

Notre Dame Cathedral
Central Post Office di balik pokok

Semalam penuh sesak dengan manusia sini

Harus la nak enterprame
Koh ajak Kak Kiah cari ada satu statue kuda yang femes gak sebagai landmark HCM tapi jalan punya jalan kami tak jumpa pun kat mana. Sebenarnya kami tak tau statue ni kat bangunan apa. Bila dah balik Msia baru tau rupanya statue tu ada kat roundabout depan Ben Tanh Market tu (yang menghadap stesen bas yang kami salah naik bas aritu). So kalo uols mai sini jangan lupa snap picca kat sana ok.

Pameran tentang tentera Vietnam sepanjang jalan

Hiasan krismas
Sebab tengok masa pun dah suntuk, kami gerak ke Ben Tanh Market pulak. Kat sini Kak Kiah split dengan Koh sebab nak jimat masa and setelkan urusan soping secepat mungkin.

Ben Tanh Market (sumber: Google)
Ben Tanh Market ni memang popular la di kalangan pelancong2 dari Msia. Tapi dalam Ben Tanh Market ni rasanya sama je macam market2 lain, ada deretan kedai jual kain, pakaian, souvenirs, makanan dsb.

Kedai2 dalam Ben Tanh Market

Beg, scarf dan kain2

Makanan2 tempatan

Kudap-kudapan
Orang2 Msia memang ramai la dalam tu, berbondong2 menyoping sampai tersinggung bahu pun buat tak nampak je. Tapi Kak Kiah tatau la apa yang bestnya untuk dibeli kat sini. Rasa macam takde napsu tengok barang2nya. Kalo tengok fesen bajunya macam kat pasar malam. Kain pun macam biasa2 je. Kalo yang lain sikit cuma kain Vietnam silk tu je lah. Tu pun mahal jugak USD6/m. Tapi Kak Kiah beli jugak la sehelai kain jubah manik (RM30) & telekung (RM45) untuk bagi mak. Selain tu beli jugak fridge magnet, purse Vietnam dan kopi Vietnam untuk souvenirs kengkawan.

Anyway, kalo uols nak estimate harga barang2 kat Ben Tanh Market ni, boleh refer bawah ni. Kak Kiah copy je dari orang lain punya blog.

Cotton – USD9-USD12
Baju kurung manik – USD20-USD30
Jubah Manik – USD10-USD15
Telekung Vietnam – USD13
Vietnam Silk – USD6/m lereng kecik
Chiffon Silk – USD7/m
Satin Silk – USD6/m
Vietnam T-shirt – USD2
Polo T-shirt – USD5
Trung Nguyen Coffee – USD4 for ½ kg

Kak Kiah memang tak faham kenapa orang Msia dok gegila datang soping kat HCM. Rasa macam overrated sangat Ben Tanh Market ni. Ada yang sampai berulang2 kali datang. Kalo meniaga kain tu takpe la paham jugak, tapi yang tak meniaga ni.. datang semata bersoping.. memang pelik kenapa. Nak kata murah tak jugak. Nak kata banyak choice lagi la tak banyak. Kualiti ala2 made in China jah. Baju nak cari saiz XXL pun payah. Kalo barang tiruan tu banyak lah. Pada pendapat Kak Kiah la, untuk kaki soping baik la pegi Bandung je. FO pun banyak. Kualiti pakaian pun ok. Kat Pasar Baru pun lagi banyak pilihan dan harga murah.

Setel urusan soping kami pun balik ke hotel.sebab tengok jam pun dah pukul 9am. Kami tak packing apa2 pun lagi. Maklum lah dari Siem Reap ke Phnom Penh sampai ke Ho Chi Minh. Tatau la beranak banyak mana luggage Kak Kiah nanti.

Untuk cerita flight balik, kita bukak lain entry ok.