Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

BANDUNG - SUMMARY

Ni bajet plan n actual:


Seperti yang dilihat bajet terlebih RM150. Antara sebabnya:
1. Tersalah hotel booking info. Disebabkan communication break down between me and Kak Lina, tak memasal terpaksa amek extra bilik 1 malam.
2. Terlebih timing supir. Sepatutnya 12 jam tapi kami terlebih 14 jam. Gitu kan soping tak hengat dunia katanyaaa..
3. Duit cab. Tatau la cemana Kak Kiah buat bajet tak masukkan cab yang nak ke Transtudio tu. Sengal ke hapa..
4. Duit makan. Atas persetujuan bersama kami decide nak tambah duit makan sebab nak makan sedap2 kat sini. Rugi la datang sini tak cuba makanan Bandung kan?

Tapi ok la takde la banyak sangat lebihnya pun. Affordable lagi.

Total kos sopping lak untuk Kak Kiah je dalam Rp3 juta (RM1000). Ni beli pun banyak untuk diri sendiri, sikit je beli untuk orang lain. Hehe. Kedekut kan? Dah banyak tu je duitnya. Kalo ada orang sponsor ke lain la citer.. haha..

Secara keseluruhannya masih ada cacat-cela dalam rancangan trip Bandung kali ni. Maklum la first time kan. Basically yang perlu kne take note next time:
1. Make sure confirm kan hal accommodation before fly. Rasanya next time 50-50 gak la nak dok Hotel Patradisa tu. Service memang out. Nasib baik makan sedap n location best.
2. Untuk FOs tu memang kne allocate lebih masa sikit. ½ day untuk Dago and ½ day untuk Riau tu tak sempat sebenarnya walaupun kami pick FO yang tertentu je. N kami tak sempat pun nak pegi area Cihampelas cam Paris Van Java etc. So better next time 1 day Dago, 1 day Riau, ½ day Setiabudi & ½ day etc. Wah gitu..  harus la dah nama bersoping kan. Haha alasannn..
3. Bajet makan definitely kne up. Sebab serious makan sini sedap giler.
4. Transportation. We didn’t make full use naik Angkotan instead banyak amek cab. If naik Angkotan, lagi murah. Pastu happening je naik van takde pintu huhu..
5. Tangkuban Perahu memang ok. Tapi next time better pegi Kawah Putih. Heard tempat tu lagi lawo plus kurang penjual2 yang suka pester orang2 ni.

If ada peluang lagi, memang nak datang sini. Orang2 Bandung mostly baik2 n peramah2. Kalo Kak Kiah yang tak kaki soping ni pun boleh terjebak membeli-belah kat sini, apetah lagi orang lain yang memang azali kaki soping kan. Shorga gitteww..

So.. berakhirlah sudah entry2 pasal trip ke Bandung. Over kan lebih setahun peram jadik pekasam. Hopefully dapat membantu sikit sebanyak pada those yang nak ke sini. Till then, nantikan my next entry pasal trip to Mt Kinabalu lak ye (huhu ntah bila nak taip la tu)..

BANDUNG - DAY 5 - BACK TO MALAYSIA

Pagi2 dah bangun n bersiap2 untuk ke Airport Hussein Sastranegara. Since flight kul 8.30am, kena lah kuar awal kan. Before gerak, posing2 dulu amek gambo.


Mintak budak receptionist call kan cab. Kejap je terus dah mai.

Teksi penuh ngan beg kikiki..
Since hari ni Ahad,  Bandung ialah ‘hari tanpa kereta’ i think sampai tengahari kot. Kalo lalu kat area bandar boleh nampak orang ramai2 jalan kaki, joging or nek beskal. Best kan? Sayangnya kami tak lalu area bandar so tak dapat la tengok.

Sampai kat airport terus buat urusan check in drop luggage sume. Cikgu Elly nye bagasi terlebih muatan, so terpaksa jadikan satu beg hand luggage bagi Kak Kiah pegang. Padahal semalam dah timbang dah kat hotel. Rasanya penimbang tu tipu la. Anyway, nasib baik back pack Kak Kiah pun ringan je. So no problem la nak add satu lagi beg. Oh ya jangan lupa ye pasal Airport Tax. Wajib bayar tau sorang Rp75,000. So sesapa yang ke Bandung, make sure ketepikan dulu duit tax ni siap2. Haru kau kalo abis supiah buat blanje soping.

Sementara nak tunggu fly tu merayap2 kejap kat departure hall tu. Abis sume bende nak amek gambo huhu darat sungguh..

Toilet pun kne snap hahah
 
Cuaca hari ni baik2 je. Yang bestnya krew AA la. Memang sporting n kelako. Tak sangka lak diorang cam tu kan. Esp si kapten tu. Rasanya Indian la tapi fasih BM. Asek buat lawak je. Dipanggilnya pramugari2 AA tu ‘makhluk Tuhan paling seksi’.. boleh gitu? Ahaha. Anyway, it was a pleasant flight. Selesa sangat2.

Awesome view. Subhanallah.
Akhirnya kul 11.30am sampai di bumi Malaysia terchenta. Alhamdulillah.. semuanya selamat..


Boipren Cikgu Shikin datang pickup kat airport. So terus la diorang hantar Kak Kiah ke Tune Hotel sebab Kak Kiah parking Jamilah kan situ. Bila tengok Jamilah in one-piece fuh syukur sangat2. Risau gak takut jadi apa2 kat dia. Tapiiii.. bila nak bayar parking tix ha amek kau RM100 untuk 4.5 hari. Siot je kira ngam2 takde ejas jam langsung. Apepun pasrah je la. Kalo parking kat luar kang tatau apa lak nasib Jamilah tu nanti kan..

Sampai Segamat around 3pm. Again. Alhamdulillah berjaya jugak Kak Kiah berjalan ke obersee for the first time tahun ni. Tahniah Kiah!!

Next entry - budget uols..!

BANDUNG - DAY 4 - RIAU


Lepas setel solat sume, Kak Kiah pun begerak la sorang2 menuju ke Riau Shopping Area. Jauh gak actually tapi Kak Kiah jalan selow2 je menikmati suasana kehidupan orang2 Bandung ni. Cikgu2 tu katanya pegi jenjalan kat taman area Balai Kota depan hotel kami.

Lalu kat depan BIP ada buat cam pameran binatang2. Wah teruja terus Kak Kiah tengok binatang kiut miut gitu!!



Lepas dah layan lepas rindu kat kucing2 binatang2 tu sume Kak Kiah menapak lagi. Bila dah berjalan ni baru la kita nampak betul2 betapa ramainya gelandangan kat tepi2 jalan tu. Ada yang mengemis biasa2 je, ada yang tuju kat kereta ketuk2 tingkap, ada yang main gitar tepi jalan. But seriously, suara diorang yang menyanyi tepi jalan ni kan.. perghhh sedap giler ok! Almost semua yang Kak Kiah dengar semua sedap2 n merdu2. Kalo campak kat Msia memang harus kaya kalo bikin single je pun.

Kak Kiah terus tuju Terminal Tas nak belikan henbeg untuk opismate Kak Kiah tu. Tatau la ntah ori ke tak. Kak Kiah send picca semalam dia kata ok je. Alah bagi duit RM100 je pun. Apepun pada pendapat Kak Kiah la kan, kalo nak beli henbeg toksah le beli kat Bandung ni. Kak Kiah tengok cam tak lawa je. Yang kengkonon ori A+++ tu pun tak lawa, apetah lagi lagi cokia tu kan. Tapi kalo jeans, baju, telekung, kain2 sume ok memang Kak Kiah tak nafikan kualitinya bagus kat sini n harga murah. So memang agak malang lah Kak Kiah sebenarnya bila kawan kirim henbeg ni sebab tak senang hati kita nak bersoping mikirkan nak beli barang dia. Kadang2 ada orang cakap “tak kesah la, beli je apa2”.. tapi satgi kang komplen lak kang. Sebab tu Kak Kiah tak kesah la, sanggup menapak jauh ni nak beli henbeg dia sebab tu je yang dia kenan.

Yang depan tu beg Kak Kiah. Murah je tak sampai Rp100,000 pun. Tapi sangat lasak ok boleh cuci lagi huhu..
Pastu dah beli, Kak Kiah pun dah lega. Alhamdulillah semua dapat dibeli. Esok leh balik Msia dengan hati girang hoyeah!!

Plan ngan Cikgu Elly, Cikgu Shikin & Dayah nak dinner malam ni kat BMC. So Kak Kiah pi singgah Masjid yang berdekatan tu. Masjid ni located kira tengah2 antara hotel, BIP n BMC so mudah la kan. Lepas maghrib cikgi2 akan terus datang jumpa Kak Kiah kat masjid je nanti.

Ok la masjid dia. Besar tapi simple. Tapi takde karpet huhu keras masa sujud. Jemaah muslimah lak pakai telekung kalerful. Bab lain, cara2 solat wirid sume sama je cam kita.

Lepas abis solat dapat sms Cikgu Elly kata diorang ada kat luar pagar. Masa nak kuar tu Kak Kiah dengar riuh-rendah la orang dok berarak kat jalan. Alah macam reformasi ke jadah tu. Tejerit tepekik time maghrib. Ntah apa2. Tapi Dayah cakap kat sini memang biasa cam tu. Diorang tu mostly student universiti. Kira suara bebudak U boleh tahan kuat la kat Indon ni sebab sampai bole jatuhkan kerajaan sume.

Haih.. Kak Kiah kalo nak bukak kitab indon kang memang panjang nak bebel. I’ve been studying their culture, hukum adat, undang2, politics for years. Bila dah datang sini n tengok sendiri, rasa kesian sangat. Allah bagi nikmat banyak sangat kat bumi ni (tengok nasik je pun dah leh beza), tapi kenapa rakyat dia banyak miskin? Kat Bandung ni je gaji paling tinggi RM1000 je sebulan tau. Tu yang level pegawai2 tu. Kalo yang rendah2 ni silap2 RM200-300 je sebulan. That’s why bila diorang datang Msia dapat gaji RM450-500 sebulan dah bersyukur sangat2. Siap leh simpan balik beli tanah berekar2. Yang best tu, Dayah citer budak2 Indon universiti dia tanya kenapa orang Msia sibuk2 nak buat himpunan2 bagai (masa ni kecoh pasal BERSIH) sedangkan hidup dah ok kalo nak banding ngan diorang. Ha tau takpe. Tu beza orang tau konsep bersyukur atau tak.. I’m not saying Msia ni perfect takde salah. No no. Banyak lagi flaws yang perlu dibetulkan. But still not bad. Kita still dalam frasa perubahan. Dah ada transparency tak lah corrupted gile macam masa 10 thn dulu. Kita masih dapat idup dgn aman, cukup makan, cukup pakai. Apepun tak sampai lagi level nyanyi2 main gitar tepi jalan untuk mintak sedekah.

Eh lari topik dah ni huhuhu..

Untuk malam last ni kami makan sedap2 je. Nak abiskan duit rupiah kan. Esok pagi nak balik dah..Tapi bila nak bayar, Cikgu Elly belanja plak. Alhamdulillah.. murah rejeki Cikgu Elly pas ni aminn..


Nasi Timbel Kompelit namanya
Vege Juice -blend sawi, nenas & epal. Tapi bau cam rumput. Nasib baik sedap!
Our last meal in Bandung. Memang best!
Lepas say bye2 kat Dayah, kami pun balik hotel. Pack2 apa yang patut. Risau giler esok takut terlebih muatan. Beg pulak dah beranak pinak. Tido lewat lagi malam ni. Tak sabo nak balik hehee.. 

BANDUNG - DAY 4 - PASAR BARU v2.0

Hari ni acara soping di Pasar Baru versi 2. Heheh.. sebab semalam dah usha2 apa nak beli kan, so hari ni dah senang la. As usual, lepas bekfes yang sedap tu kami pun menapak la ke Pasar Baru.

Aritu kan dah plan ngan student Msia yang nama Dayah tu kan. So kami jumpa la dia terus kat Pasar Baru tu. Of coz first tempat pegi - kedai jual tudung. Semalam kan Kak Kiah tak beli, telan air lior je. So ni lah masa nak lepas geram muahaha..

FYI, hari ni Sabtu so expect ramai orang la. So kne extra careful skit dengan pencopek2 di sekitar ye. Kalo boleh beg tu pakai kat depan je. Pastu make sure bawak la air sebotol ke sekotak ke, sebab nanti ada je penjual2 suh beli air. Kalo dia tengok kat tangan kita ada air, takde dah dikacaunya kita.

Nak citer banyak pun tak guna. Meh tengok gambar..


Kain yang cantik2
Penuh beg plastik di tangan!
Banyak jugak sebenarnya Kak Kiah shoping. Beli kain pelikat, kopiah untuk ayah, kain pasang untuk mak, tshirts Bandung untuk adik-beradik, souvenirs kecik2 untuk kengkawan. T-shirt leh dapat Rp20,000 sehelai and fridge magnet tu dalam Rp15,000 sepapan. Murah gile kan. Anyway, rasanya lebur dekat Rp450,000 jugak kat sini hari ni.

Hasil rampasan Pasar Baru versi 2
Lepas setel bersoping, naik Level 6 untuk lunch kat Kemangi. Macam biasa - sedap giloss...

Kak Kiah nye rupa dah sebijik cam mbak2 indon kan haha
Pastu kami balik menapak. Dengan berbondong2 beg plastik kat tangan.. astagaa.. macam tak reti penat kan pompuan kalu bersoping.

Kena naik jejantas n seberang jalan ketapi
Then singgah ke Kartika Sari untuk beli brownies. Sapa datang Bandung mesti beli benda alah ni tau. Sangat2 sedap seriously esp yang kukusnye tu. Sesuai untuk buah tangan gak. Satu bekas tu dalam Rp30,000. Pisang molen cheese pun sedap gak. Makan masa panas2 fuh marbeles!! Selain tu boleh beli Pisang Sale, Krepek Tempe, Samosa, Kacang Bandung.. sume ada kat sini. Rembat je selagi berduit.

Kartika Sari
Brownies - kukus/bakar semua ada
Mati la terus dedah aurat lengan.. dah kepanasan sangat masa ni huhu
Pisang Molen Cheese - recommended by Dayah. Serious sedap!!
Pastu kami pun balik. Rehat n solat sume. Petang ni acara bebas so cikgi2 berdua tu takmo kuar gi mana. Cuma Kak Kiah nak kne pegi Area Riau semula sebab nak cari henbeg yang opismate Kak Kiah kirim aritu. So see you next entry!

BANDUNG – DAY 3 – TRANSTUDIO

About 3pm, kami tahan cab depan hotel untuk ke Transtudio kat Bandung Supermall. Tambang cab Rp50,000 tak kisah apa jenis cab. Perjalanan amek masa dalam setengah jam gak sebab locationnya jauh sikit plus masa tu macet (jem) banget. Maklum la hari Jumaat kan, ramai orang balik dari masjid.

Transtudio ni the biggest indoor theme park in Indonesia, sama macam those in Makassar. Dalam Transtudio ni kita kena beli Mega Cash Card dulu kat kaunter depan. Sekali masuk kena Rp150,000 untuk weekdays, Rp10,000 untuk studio pass. Nanti kalo nak beli food, beverage or souvenir kat dalam tu kne top up duit kat card ni.

beli Mega Cash Card kat sini dulu
Mega Cash Card
Seperti yang dikatakan, Trans ni takde lah seluas USS. Rides yang gila2 pun tak banyak. Anyway, nasib baik masa kami datang ni takde la ramai sangat orang. So most of the rides tak payah lelama beratur.

First, kami masuk Marvel Superheroes 3D. Cikgu Elly suka sangat ngan movie superheroes ni. Sebab Kak Kiah lom tengok lagi movie tu, Kak Kiah ala blur2 gak. Tapi layan je lah. Nasib baik best. Effect 3D tu memang syiok.

Cikgu Elly tanak naik ride. So, Kak Kiah ngan Cikgu Shikin naik Vertigo. Fuh macam nak tercabut nyawa uols!! Terpekik terlolong kami ditunggangterbalikkan.. Tapi memang best la. Kak Kiah ni memang suka ride gile2 camni. Buleh ilang stress.

Kikiki.. terlolong2 memasing..
Tapi turun2 je terus Kak Kiah sakit kepala huhu.. Potong betol..


Masuk Trans Broadcast Museum. Nothing much. Cuma display je. So kami pergi masuk Science Center lak. Dalam ni best macam2 ada. Sesuai untuk nerd2 cam Kak Kiah haha. Tapi yang boringnya explanation in Indon. Puas la nak memahami. Tak tau la ngape tanak dibubuhnya bahasa omputih.

Then kami ke Magic Corner. Kat sini kami naik Sky Pirate. Alah yang kapal berlayar kat atas tu pusing satu Trans. Takde lah mencabar mana. Tapi tetap best sebab leh tengok view Trans dari atas. Tapi sebab Trans ni kecik kan, rasa dalam 10min dah habis tawaf. Ceh kejap je..

Dalam kul 5pm ada parade. Memang meriah sangat! Mcm2 character ada – nimo, dracula, elvis presley, marilyn monroe n mcm2 lagi.


Tapi sayangnya tak dapat bergambo ngan character2 tu sebab diorang cuma allocate sikit je masa bergambo after parade.

Lepas tu kami naik Dragon Riders. Nampak cam bodo je dragon turun naik. Tapi bila dah naik tu cam nak terkeluar isi perut tau.

After that kami ronda2 je tak naik ride. Kak Kiah nye sakit kepala pun makin kronik masa ni. Panadol lak tinggal kat hotel. Apepun, overall ok la tempat ni. Takde la gempak sangat macam USS tu. Rides pun lebih banyak untuk bebudak. Memang setengah hari je pun dah leh cover the whole area. Frankly speaking, harga tiket ~RM50 tu macam mahal je, x sesuai ngan apa yang ada kat sini. Apa yang diwar2kan kat media about Transtudio idok le seperti realitinya.

Pose before balik
Lepas tu kitorang masuk jap Supermall. Kak Kiah singgah kedai buku beli novel Indon Habiburrahman El Shirazy – Bumi Cinta. Kat kedai buku ni memang takde buku omputih uols. Sume english novel habis kne alih bahasa. Diorang ni memang wajib la pakai bahasa indon, even chinese kat sini pun ngomong indon. Tapi keburukannya ialah english diorang tak berapa bagus lah.

Buku2 Kpop bahasa indon haha
Balik dari Transtudio kami singgah ke BIP lagi skali sebab Cikgu Elly nak cari baju untuk anak sedara dia. Then kami menapak ke mana lagi kalo bukan Bakso Malang Karapitan (BMK)!! Hahaha. Ketagih ok. Selain dari lokasi nye yang dekat ngan BIP, dekat jugak nak balik hotel nanti.. menapak je 10 min huhu..

My dinner tonight
Lepas kenyang kami pun balik. Masa on the way ke hotel, ternampak la pulak kedai jual DVD. Eh apalagi singgah la masuk kan. Kak Kiah sorang je sebab cikgi2 berdua tu dah penat. So Kak Kiah pegi la usha2 DVD Korea yang ada. Murah sesangat okeh! Satu keping CD dalam RM2-3. So kira satu cerita kalo dalam 20 episod tu antara RM6-8. Murah tak? Rambang terus mata Kak Kiah. Kualiti? Ok kat kedai ni ada disediakan 2 pc untuk kita check sendiri mutu n keunggulan dvd2 tu so kita kena tengok la yang ada subtitle tu make sure ada english nye. Kalo BM mmg takde ye neng. Bahasa Indon je ada..

DVD Korea yang berjaya dibeli
Kak Kiah beli 6 cerita. Tamak haloba sungguh gitu. Benar la kata orang.. kalo disua branded bags ke, branded shoes ke tak dilayannya Kak Kiah ni. Tapi cuba sua DVD Korea.. hah laju kau membeli! So Kak Kiah beli citer Baby Faced Beauty, Cain and Abel, Deep Rooted Tree, Moon that Embraces the Sun, The King 2 Hearts & Love Rain. Kesemua best tip top condition, takde sangkut, takde missing episodes, takde subs tonggang langgang. Memang terbaek!!

Then balik bilik tengok cikgi2 berdua dah redi nak tido. Kak Kiah tido lambat again malam ni. Mengira ongkos la apalagi.. esok nak soping lagi hehee..

Hasil rampasan hari ke-3. Total damage =Rp600,000 heheh