Showing posts with label Jeonju Sikdang. Show all posts
Showing posts with label Jeonju Sikdang. Show all posts

Thursday, January 29, 2015

SEOUL V3 – DAY 4: CHEONGGYECHEON STREAM

Keluar dari KTO tengok depan tu memang meriah giler. Ada khemah2 gerai lagi sepanjang sungai. Tak tau la ada pesta ke apa ke. Tapi memang penuh sesak dengan manusia. Dari atas dah nampak lantern2 kat Cheonggyecheon Stream. Tapi masalahnya tatau cemana nak turun ke bawah.

Rupanya nak turun kena ikut entrance kat Cheonggye Plaza. Fuh dah la orang kemain beribu2 lemon, nak jalan dari KTO ke Cheonggye Plaza pun semak sangat rasa. Dulu masa Kak Kiah datang, takde la ramai camni and masih boleh turun ke bawah ikut mana2 tangga terdekat.

Tapi dah sampai ni kan, takkan tanak turun. Lagipun lantern festival ni cuma ada sekali je setahun which is bulan 11. Kalau pergi waktu lain, tak brape cun nak layan..

So bertabah je la.. Kena la beratur..

Map & info pasal Cheonggyecheon Stream
Lama betul nak tunggu turn dapat turun tu sebab orang memang ramai. Laluan kat tepi sungai tu kan kecik. Kalau semua turun menyerbu, silap2 ada yang jatuh masuk sungai. So ada la staff2 yang jaga laluan sepanjang2 tu.

View lantern2 dari atas
Kapal tongkang
Pegawai2 diraja
Lip lap sana sini
Bila dah turun mula lah kami snap2 picca lantern2 tu semua.

Korean family
Hall
Askar2
Pemuzik
Macamana diorang bentuk jadi camni ek.. kretif betol..
Sejok masa ni noks
Lantern2 ni not much different dari masa Kak Kiah datang dulu. But ada la lantern2 baru. Cuma bila nak amek gambo tu memang boleh migrain sebab susah nak cari space dengan orang bersesak2 tu. Staff on duty lak dok suh jalan and jangan benti lelama sebab nanti jem. So kne lah jalan ikut flow.

Akibatnya mood untuk amek gambo memang ke laut.

Admiral Yi Shun Shin sedang menulis diari tentang perang Korea-Jepun
Ini kartun kot, x sure
Kanak2 berpakaian tradisi Korea
Statue of Liberty
Ini macam pavillion.. agaknya lah..
Diorang bertiga tu pun macam serabut gak dok kat bawah tu. Dengan sejuk, semak kepala tengok orang ramai, lapar plus kaki masing2 pun dah letih sebab banyak jalan dari pagi tadi – so kami decide untuk naik ke atas je. So kalau diikutkan, kami hanya cover ¼ je dari keseluruhan stream. Boleh la kan.. dari takde..

Pada those yang ada ke Seoul dalam bulan 11, Kak Kiah sajes kalo boring malam tatau nak buat apa mai la ke sini sebab memang meriah. Selain dapat tengok lantern2 beraneka rupa bentuk ni, banyak yang boleh kita belajar tentang masyarakat Korea from those lanterns. Ada banyak papan2 tanda yang menceritakan setiap lantern tu.Tapi kena bertabah la mengharungi lautan manusia ni. 

Destinasi seterusnya ialah Dongdaemun sebab kami semua lapar and nak makan ikan bakar. Dari Cheonggyecheon Stream, kami naik subway dari Euljiro-3-ga Line 2 pastu switch ke Line 4 di Dongdaemun Stadium dan stop kat Dongdaemun Stn. Keluar Exit 8 jalan susur Cheonggyecheon Stream and masuk lorong kanan lepas jumpa jambatan kedua atas sungai. Dah masuk lorong tu nanti nampak lorong kecik belah kiri, ada banyak kedai2 makan.

Malangnya Jeongju Sikdang tutup la pulak! Aisehmen.. Kak Kiah lupa hari ni hari Ahad. Dah la tengah lapar gila. Satu hal pulak nak pikir nak makan kat mana ni.

Cuba la usha kedai lain . Tengok menu kat depan tu dulu. Sekali nampak pork tak jadi masuk. Kuciwa..

Masa dok diskas2 nak pi mana tu, ada sorang ahjumma kedai sebelah Jeongju Sikdang ajak masuk kedai dia. Awal2 lagi beriye kabo “No pork, no pork!”. Ha apalagi laju terus masuk ke dalam. Dia suruh naik makan kat atas. So kami pun ikut je.

Rupanya kat atas tu ada 2 orang pompuan melayu tengah makan. Haha. Agaknya ahjumma tu pun dah kenal orang Malaysia. Diorang pun rupanya plan nak ke Jeongju Sikdang jugak tadi. So bila tutup diorang mai makan sini instead.

Macam biasa order Samchi Baekban (Japanese Mackerel). Sampai je makanan terus melantak tak hengat.. Lapar kau..

Samchi Baekban - 6,000won per set
Dari segi rasa, macam kedai Jeongju Sikdang tu lagi power ikan bakar dia. Tapi Kak Kiah suka kimchi kat kedai ni. Memang kena dengan tekak. Apapun hepi gak tengok diorang bertiga tu makan dengan penuh selera. Ye lah, Kak Kiah ni risau sikit takut ada certain orang kan tak boleh nak makan kat tempat2 cam ni (eh teringat plak Nanny huhu). Paling seronok tengok Lai la sebab dari hari tu nak makan Korean food tapi kami dok makan bekal lauk Malaysia je. So memang malam ni kami makan memang banyak la. Siap tapau balik lagi ikan bakar tu haha..

Masa kami tengah makan tu, ada satu kapel Malaysia ni naik and dok sebelah meja kami. Diorang pun macam teragak2 jugak memula. Tapi bila si husband nya tengok ada kami and 2 orang girl Malaysia dalam kedai ni, diorang pun ok la konfiden kot nak makan situ. Wife dia cerita diorang sebenarnya ramai. Tapi yang lain semua tak konfiden nak masuk so diorang balik makan kat guesthouse je.

So bab2 makan ni memang gitu lah. Sebab tu Kak Kiah malas nak entertain sapa yang mintak list tempat2 makan kat Seoul ni. Kalau kita bagi kang, banyak pulak cerita dia. Terus jadik macam pegawai JAKIM semua nak diquestionkan. Ada orang cerewet, nak cop halal la, nak yang takde serve arak la, nak yang takde meat langsung la.. Pastu siap euww euww kat kita yang pernah makan kat situ. Tak ke kungajo tu namanya? Dah la pemalas nak research semua dok mintak kat kita. Choi sangat perangai..

So kesimpulannya - kau yang nak makan kan, carilah kedai yang kau yakin. Kalau tak yakin, jangan makan and sila bawak bekal dari Malaysia. Senang cerita.

Lepas kenyang kami pun terus balik. Kaki memang sakit giler tak kuasa dah nak singgah memana lagi. Balik guesthouse Kak Kiah terus tido. Nak stay up buat assignment pun malas..

Good nite Seoul!

To be continued..

Wednesday, December 5, 2012

SEOUL – DAY 2 – Nami Island



Ada banyak cara nak pegi Nami Island ni. Boleh naik bus express tapi kena reserve awal. Boleh naik subway tapi banyak stop and perjalanan amek masa 2-3 jam. So Kak Kiah decide nak naik ITX dari Cheongnyangni sebab it takes only 45 mins.

Dari Myeongdong ke Nami:

Subway Line 4 dari Myeongdong ke Dongdaemun.
Tukar subway Line 1 ke Cheongnyangni.
Tukar train ITX ke Gapyeong.
Taxi dari Gapyeong Station ke Jeti Nami.
Ferry ke Nami Island.

Masa kat Cheongnyangni tu Kak Kiah tercangak2 la dok cari sign macamana nak amek ITX kan. Lepas tu nampak sign ITX/KTX Kak Kiah pun berlari-lari anak le sebab tengok orang lain berlari jugak. I guessed train dah nak gerak tu pasal sume orang lari nak catch up.

Sampai je platform dengan penuh konfiden nya Kak Kiah melangkah masuk. Orang pulak ramai dalam train tu so Kak Kiah end up kena berdiri kat hujung gerabak, which ada peta tapi kecik sangat tulisannya. Lepas few stations berlalu baru la Kak Kiah dapat beralih sikit ke tengah gerabak and cuba la usha2 peta subway kat dinding tu kan.  Macam nak tercabut jantung bila perasan rupanya Kak Kiah bukan naik ITX tapi KTX ke Yongsan!! Kira jalan mengundur ke belakang la ni. Aduhhh.. dah la Yongsan tu jauh, ada dekat 10 station la dari Cheongnyangni. That means Kak Kiah akan kerugian dekat sejam masa perjalanan. Fuh tu laa.. len kali before naik kena tanya la dulu, ni main terjah masuk. Kan dah padan muka huhu.

Sampai Yongsan, Kak Kiah pun terus cari platform ITX. Then baru la nampak train ITX ni memang tak sama ngan KTX. ITX ni ketapi laju, ada 2 tingkat lagi. Pastu nak naik kena beli tiket kat machine, bukan pakai T-Money. So Kak Kiah pegi la machine beli ticket dulu. Since dari Yongsan, harga mahal la sket KRW4,600 untuk ke Gapyeong. Kalo dari Cheongnyangi it should be KRW4,000. Lepas tu Kak Kiah beli ticket open takde seat.

Masuk2 je train nampak satu grup melayu. Ada student Msia gak jadi guide. So Kak Kiah cek ngan diorang pasal seat macamana. Dia kata dok je memana dulu, kalo ada orang datang nnt baru pindah seat lain. So Kak Kiah pilih untuk duduk kat area antara gerabak. Tu pun lepas double check again ngan sorang awek Korean samada boleh ke tak kalo open ticket dok situ.

Tak lama pas tu ada staff ITX datang cek tiket. Dia suh Kak Kiah n awek tadi tu dok kat bawah sebab ada banyak seat kosong. Alhamdulillah dapat gak dok tempat best. Sepanjang perjalanan tu Kak Kiah dok main game sudoku je kat Ipad. 45 mins kan. Kira lama gak la tu.
ITX Ticket
Inside the train
About kul 12+ baru sampai Gapyeong. Nak kuar tu nampak lagi student Msia tadi. Tanya dia nak amek Gapyeong Tour Bus kat mana sebab Kak Kiah ingat nak pegi Petite France skali petang kang. But budak tu cakap amek je taxi sebab banyak kat luar tu and murah. Bas pun lambat sejam cuma 2 kali je. So Kak Kiah pun terus la keluar and tahan taxi. Ahjussi tu bawak laju giler ok. Konar baring terus. Kejap je tak sampai 10 min dah pun sampai jeti. Nampak orang ramai giler arini even though it’s Friday. Kena beratur lak beli ticket feri & entrance. Return KRW8,000. 
Gapyeong Terminal
Inside the cab with ahjussi driver
Jetty Nami - orang beribu2 lemon
Ferry to Nami
Bendera Malaysia atas feri
Zip Wire - another way nak ke Nami Island. KRW100,000 pax. Dalam masa seminit dah leh sampai Nami, that if ko boleh tahan sakit jantung la.. tinggi ooo..
Ketibaan kami disambut oleh patung boleng - menunggu ketibaan kekasih katanyaaa...
WELCOME TO NAMI ISLAND!! woohooooo!!!
Sampai je Nami Island, perasaan Kak Kiah macam berbunga2 habis. Pemandangan memang cantik uols!! Kena pulak dengan nice weather. Actually Kak Kiah dah lama berangan nak datang sini. Of coz la sebab citer Winter Sonata yang dah puluh2 kali Kak Kiah tengok since 2002. Kak Kiah memang tak tunggu lama la. Kuarkan tripod n start taking piccas...
Arca bebotol
Makcik sedang mengopek
Pretty eh?

Kita minum dulu!!

Peta Nami
Me at First Kiss table - feeling2 comel huhuhu

my fav kapel - Ujiin & Jun Sang

Kekanak memberi ikan makan

Nice arca dari botol












Since Kak Kiah sampai dah lambat, so plan nak pegi Petite France & Garden of Morning Calm terpaksa dilupakan. Nami Island ni kira luas gak la nak cover. Takkan datang jejauh nak spend masa seciput je kan kat sini. Untuk speed up everything, Kak Kiah sewa beskal. Sejam KRW5,000. Hehee.. Dekat 25 tahun tak ngayuh beskal uols.. Memula tu berpeluh2 gak nak balance. Lepas dah dapat rhythm wah terus merempit Kak Kiah, naik turun bukit dengan penuh gumbira. The view was awesome. Cuaca pun cantik memang best la.

Lepas merempit, Kak Kiah stop kat surau solat dulu. After solat tu terjumpa one grup Msians, lepak2 ngan diorang kat cafe bawah tu. Theyols sume from KL, sini stay kat Itaewon. Sempat gak tukar2 email nanti nak add kat FB. Pastu Kak Kiah pun teruskan perjalanan nak ke jeti untuk balik. Masa ni pun hari dah nak gelap. Orang pun dah tak berapa ramai macam masa datang tadi. Kak Kiah punya kaki sakit giler. Semalam punye bisa tak abis lagi, tambah ngan bisa menapak arini kan huhu.. Tapi sebab seronok sangat, Kak Kiah tahan jugak la rasa sakit kaki ni..

Dalam feri jumpa one grup dari Msia lagi. Fuh memang ramai Msians sebenarnya yang mengayakan tokey Nami ni huhu. Ni sume pangkat adik2 la. Stay kat area Namsan kalo tak silap. Diorang hire student Msia utk guide diorang. Kecoh gak kami atas feri tu. Mcm2 diorang tanya Kak Kiah. Ye lah pelik kot tengok Kak Kiah travel sensorang. 
Me and them
Kak Kiah cakap pas ni nak gi Dongdaemun nak layan ikan bakar. Memasing excited terus nak join. Tapi bila kuar je feri i lost them sebab terjoin grup Msia yg Kak Kiah lepak sama masa kat cafe tadi. So Kak Kiah follow diorang je untuk amek cab. Jimat sket kos. Sampai Gapyeong terminal dah gelap. Kak Kiah terus beli tiket ITX untuk catch up train kul 6.30pm. Diorang yg lain ni sume dah beli tiket awal2. Bila train sampai n again i lost them.

Last2 Kak Kiah gi Dongdaemun sorang2 je. Ikut direction untuk cari kedai ikan bakar. Memula tu pusing2 ntah ke mana2. Lepas tanya2 orang baru la jumpa Jeonju Sikdang.

Nak pegi tempat ni kena kuar exit 8, susur sepanjang Cheonggyecheon Stream sampai jumpa second bridge. Masuk kanan and then masuk lorong kecik belah kiri ada banyak kedai ikan bakar situ. Jeonju Sikdang ni bersebelahan ngan Honam Jib.
Jeonju Sikdang
Memula tu masuk macam tercangak2 la. Terus bukak Ipad and order Samchi Baekban (Japanese Spanish Mackerel Dish). Harga KRW6,000 satu set, ada nasik, kimchi n lain2 side dish.
Kak Kiah usha2 gak orang sekeliling cemana nak makan Korean food ni kan sbb ni lah first time Kak Kiah nak cuba makan. Terkial2 Kak Kiah nak sauk nasik pakai chopstick. Sudu ada tapi gatal nak pakai chopstick lepas tu dah rupa cam orang bodo hehe.. Then ada la ahjumma n ahjussi ni duduk setable ngan Kak Kiah sbb kedai dah full. Dia tengok Kak Kiah makan pastu dia gelak. Dia pun tunjukkan the right way how to pick up the rice using chopstick. Rupanya kena guna la sayur kimchi tu untuk balut nasik tu dulu before nak pick up. Kalo makan cara Kak Kiah tu sampai esok pagi baru sudah makan agaknya. Hehee klako sangat. Memang darat habis Kak Kiah ni kan..  

Anyway the food was delicious. Serious sedap ok. Kecuali kimchi tu Kak Kiah tak suka. Rasa macam sayur basi. And Kak Kiah pun baru ni tau rupanya kimchi tu dimakan sejuk. Terkejut gak memula suap ke mulut.. eh ingatkan panas.. hehe darat kan..
Licinnnn..
Lepas dah kenyang, Kak Kiah pun nak balik la. Sekali tu boleh pulak rasa memulas perut. Ye lah kan, seharian perut Kak Kiah kosong kecuali minum susu pisang berbotol2. Masa kat Nami tu puas cari Cafe Drama nak makan nasik goncang tapi tak jumpa2. So jalan punya jalan terjumpa lah public toilet macam cubicle kat tengah2 jalan tu. Masuk coin KRW100 nanti pintu otomatik bukak. Setiap KRW100 kita cuma ada 10 min je. Tapi kalo nak extend masa boleh tekan ada satu button kat tepi toilet seat tu. Yang bestnya toilet ni ada skrin kau.. ada pasang lagu2 menghiburkan kita di saat kita melabur tu. Huhu memang impressed Kak Kiah dibuatnya.

Kak Kiah ingat nak jalan ke Dongdaemun Market nak tengok baju tapi kaki memang seriously dah tak larat nak menapak. Padahal dah dekat sangat dah. Last2 Kak Kiah balik je terus. Muka pun dah macam amoi mabuk. Dalam subway siap boleh terlelap gitu.

Sampai je Myeongdong terus balik guesthouse. Since pagi tadi Kak Kiah cuma drop beg je kan, bila dah balik ni baru la dapat tengok keseluruhan guesthouse ni. First tempat Kak Kiah tuju of coz la rooftop. Nice view from here eh?
Malam ni Kak Kiah letih sangat. Lepas update status FB untuk jeleskan kengkawan (haha) Kak Kiah terus tido. Esok pagi nak gi DMZ tour plak...