Showing posts with label Lombok. Show all posts
Showing posts with label Lombok. Show all posts

Wednesday, January 14, 2015

LOMBOK – SUMMARY & BUDGET

Ada apa dengan Lombok? 

Ingat lagi masa mula2 plan nak ke Lombok ni punya la susahnya Kak Kiah nak cari geng. Diorang punya respon, “Lombok? Kau dah takde tempat lain nak pegi?”, “Eeee tak nak lah Lombok. Nanti kena bawak lari dengan orang Lombok”, “Macam tak best je Lombok, baik pegi Bali”.. Senang citer, ramai macam sinis je sebab Kak Kiah nak ke Lombok ni. Mungkin pada pandangan diorang, Lombok ni macam low class kot, tak femes macam Bali, Bandung, Jakarta etc.

Alhamdulillah akhirnya jumpa dengan Koh. Maka ada lah Kak Kiah geng untuk ke Lombok ni. Walaupun kami baru kenal, memang senang la jalan dengan amoi ni. Tak banyak cerita, tak berkira, tak banyak cekadak.. which memang blessing la untuk Kak Kiah jumpa travelmate cam ni. Lepas tu satu lagi yang best pasal Koh ni dia memang jenis make the most of time and opportunity yang ada. So memang setiap masa kami terisi hence banyak la perkara2 must do-must see dapat dilaksanakan oleh kami dengan jayanya.

Ok jom summarize trip Lombok kali ni..

Lombok Itinerary

Lombok Map and tempat2 yang dikunjungi
Kak Kiah mengaku untuk trip ni Kak Kiah takde buat planning, semua serah kat Koh je huhu. Tapi Kak Kiah puas hati la sebab dapat jugak cover beberapa tempat wajib di Lombok, especially Rinjani, Gili Trawangan, Senggigi, Kuta Beach & Tanjung Aan dengan masa yang terhad ni. Cuma ada beberapa tempat yang Kak Kiah rasa agak ralat tak dapat singgah macam Tasik Segera Anak, Desa Sade, Pantai Mawun, Pantai Pink, Gili Air & Gili Meno. Kalau ikutkan untuk cover whole Lombok ni including naik Rinjani, one might need about 10 days kot baru cukup. Maklum la memang banyak tempat2 menarik kat Lombok ni pastu jarak antara satu pekan dengan satu pekan tu agak jauh.

Anywayzzz.... untuk trip Rinjani, Kak Kiah memang tak berapa puas hati.

Yang pertamanya sebab gagal menawan puncak. Selain berpunca dari kaki yang hazab, Kak Kiah admit yang Kak Kiah memang tak prepare mental langsung yang pendakian Rinjani adalah lebih giler mencabar kalau nak dibandingkan dengan Kinabalu. Tak cukup air, terpaksa merentas savannah dengan cuaca panas terik, mendaki bukit2 yang berdebu, toilet pacak, cuaca malam yang teramat2 sejuk, periyed - adalah antara benda2 yang memang mendatangkan masalah besar pada Kak Kiah sepanjang di Rinjani. Kak Kiah pikir kalau sampai kat crater rim tu aje dah cukup bagus dah sebab serious cakap, memang Kak Kiah tak yakin langsung dengan kemampuan diri sendiri masa tu.

Yang keduanya, Kak Kiah tak puas hati dengan trip ni sebab tak dapat turun ke Tasik Segera Anak. Dalam bab ni Kak Kiah agak terkilan jugak sebab bayar mahal tapi Rudy tak deliver sebagaimana dalam pakej. Tak pasal2 straight 3 hari tak mandi. Maybe betul alasan diorang yang agak merbahaya untuk turun ke bawah kalau dah lewat, but shouldn’t they inform about that masa briefing hari tu kan? Kak Kiah cuma tau yang kami mungkin tak turun ke tasek pun masa dah nak naik ke summit, tu pun guide cakap kalau nak jugak turun tasek mesti ada kat crater rim balik kul 8.30am. Tu yang Kak Kiah takde la beriye nak ke puncak sebab nak kejarkan masa nak ada kat crater rim before 8.30am. Sekali tengok diorang yang turun dari puncak sampai ke crater rim kul 11am. Dah sah2 le tak sempat nak turun ke tasek kan..

So insyaAllah satu hari nanti kalau ada rezeki, ada kesihatan yang baik, Kak Kiah nak repeat Rinjani ni. Memang tak puas hati dengan pencapaian diri sendiri. 

Lombok - budget and expenses
Dari segi bajet, total semua ~RM1700 tak campur makan & souvenir. Ini termasuk harga tix flight, accommodation, pakej Rinjani & others di Gili T.

Mahal? Of coz la sebab kami panjat Rinjani kan. Untuk Rinjani je Kak Kiah spend dekat RM1100 include upah si Alman tu bawakkan beg. So kalau sapa yang takde plan nak naik Rinjani, kos nya tentu la lebih murah. Anyway, to those yang nak cari cheaper package untuk Rinjani and takde kesah sangat bab servis2 or layanan first class ni, so boleh la amek pakej yang lebih murah. Kak Kiah akui servis Rudy memang terbaik la sebab dia layan customer macam raja. Orang lain naik pickup truck, kami dok dalam 4x4 siap beraircond. Orang lain makan biasa2 je, tapi food kami macam makan kat hotel. Tapi... untuk Kak Kiah la, apa point dihidang food tahap lima bintang kalau kita sendiri tak larat nak makan kan? Kalau diberi pilihan, makanan tip top dengan toilet yang proper cukup air, Kak Kiah akan pilih toilet yang proper cukup air hehe..

Tang lain kalo nak jimat kos lagi boleh cari accommodation yang lebih murah. To me rate ~RM130 kat Indon ni memang level2 4-5 stars la. Tapi kalau ada swimming pool hanya untuk dipandang sepi je no point gak kan. So cari la accommodation yang menepati citarasa dan bajet masing2.

Dari segi must see and must try, Kak Kiah memang puas hati. Dapat rasa kesedapan dan kepoweran Ayam Taliwang, Sate Senggigi atau Bulayap, dapat tengok Gunung Agung Bali dari jauh, dapat naik cidomo, dapat tengok banyak masjid & dapat kenali sikit sebanyak budaya orang Sasak. Bila dah ke sana baru Kak Kiah faham kenapa cewek Msia sanggup lari ikut jejaka Lombok. Pada pendapat Kak Kiah, mamat2 Lombok ni mostly sangat2 gentleman dan hormat dengan kaum pompuan. Kalau cakap dengan kita, tutur kata tu lembut je (except mamat cilaka muka tak hensem kat Pelabuhan Bangsal tu). Senang citer, Kak Kiah boleh katakan diorang ni jenis mulut manis.

Overall, Lombok ni memang banyak istimewanya and banyak keunikannya. Selain daripada kemesraan penduduknya yang tourist friendly, Lombok juga kaya dengan so many breathtakingly beautiful places yang masih dara dan belum tercemar oleh arus kemodenan. So kalau sesapa yang takmo ke Lombok kerana merasakannya tak berapa nak ada kelas, anda memang kerugian besar. In fact, selepas trip ni, Kak Kiah sudah meletakkan Lombok as my second fevret place in the world after Seoul. And Kak Kiah seru (wah seru kau).. sila la berkunjung ke Lombok, there’s no better place to escape and enjoy your vacation! Haha dah macam duta Lombok pulak cakap (sila imejin Kak Kiah berkain batik senteng ikat luar)..      

Ok pada uols yang sudah terbuka hati nak ke Lombok, ni Kak Kiah bagi tips tambahan lagi:

1. Pada yang nak mendaki Rinjani, please make sure travel light. Yang penting air, air dan air. Kalau boleh bawak jugak energy bar ke, kismis ke, air glukos ke whatever yang boleh bagi kita energy sepanjang trekking tu.
2. Kalau boleh request dengan guide untuk start early untuk naik ke puncak, if nak tengok sunrise. Kalau boleh kul 12-1 tu gerak la. Sebab kalau omputih tu lain la langkah diorang panjang2, dalam 3 jam tu rilek je dah sampai puncak. Tapi kita kaki melayu ni maybe memerlukan 4-5 jam untuk sampai ke puncak.
3. Kalau ke Gili T, paling busuk 3d2n baru best. Try island hopping and snorkeling/diving. Rugi kalau tak cuba.
4. Kalau nak ke pantai2 di Lombok, pergi around kul 11am sampai 3pm sebab masa ni air laut memang biru gile and cantik sangat.
5.  The best time to visit Lombok – Mei-Sept. Ni semua dry season. Cuaca memang panas terik la, tapi bagus bila nak amek gambar sebab langit biru and laut pun biru. But jangan lupa pakai sunblock sebab matahari kat Lombok ni dia punya terik memang lain macam. Boleh rentung kulit jadiknya!

And last sekali..

7. Kalau jumpa mamat tak hensem kat Pelabuhan Bangsal dok sebok2 suruh korang amek taxi ngan dia dengan harga 200,000Rp tolong ludah satu kali bagi pihak Kak Kiah keh3x..

Ok tamat sudah entry Lombok. Again, thank you pada yang sudi membaca. So good luck and all the best to those yang nak ke Lombok. And to those yang masih dok belah-bahagi lagi tu.. jangan pikir banyak, beli je tix flight tu. Akan datang kita pun tak tau apakah Lombok akan kekal cantik macam sekarang kan?

Made my own t-shirt kenang2an hehe..
Kredit: Moza Art Enterprise
Till then, see u in next entry. Next destination? Hahaha. Mana lagi kan kalau bukan Seoul! Stay tuneeee..

Tuesday, January 13, 2015

LOMBOK: DAY 6 - KUTA BEACH & BIL

Balik dari Batu Payung, kami singgah sat kat Kuta Beach sebab mamat berdua tu belum pernah sampai sini lagi. Tapi sayangnya air laut tengah surut so pantainya tak begitu memberangsangkan, tak macam masa kami datang aritu.

Pagi di Kuta Beach
Air belum pasang
Koh mungkin sedang melayan perasaan syahdu nak tinggalkan Lombok
Tash & Koh - ibarat kapel tengah bergaduh hehe..
Tak lama kami kat sini sebab kami nak kena gi airport dah. Lagipun perut agak lapar sebab tak makan lagi. Kalau sampai awal, sempat gak makan ni kot.

Sampai2 je Bandara Internasional Lombok (BIL), kami pose2 ala model dulu depan airport tu untuk kenang-kenangan. 

Bye2 Lombok!
Persahabatan antara 2 negara terjalin di Lombok.. chehwah..
Ntah bila laa dapat mai sini lagi kan. Kak Kiah masa ni agak sedih gak nak tinggalkan Lombok ni. Rasa macam banyak sangat kenangan manis suka duka kelat Kak Kiah sepanjang kat sini. Dapat tengok pemandangan cantik2, dapat kawan baru yang baik2 and dapat belajar pasal adat dan budaya orang Lombok yang unik. Memang rasa tak puas sebab tak sempat nak explore Lombok ni sepenuhnya due to masa yang terhad. 

So bila dah tiba masa nak balik ni, berat je rasa hati. Perasaan ni sama macam masa Kak Kiah kat Seoul dulu. 

Ermm.. apakah Kak Kiah sudah jatuh chenta sama Lombok? *senyum sorang2

Tengok jam dah kul 8.30. Cepat2 la kami pun masuk untuk check in luggage. Mamat berdua tu pun check in sekali walopun flight diorang lewat sikit dari kami. Setel je semua, kami pi makan kat kedai makan tempat Kak Kiah & Koh try Ayam Taliwang masa memula sampai aritu. 

Kali ni sebab nak cepat, Kak Kiah cuma order apa bende tah nama makanan ni. Macam daging salut lada gitu.


Punyalah pedas berapi bende alah ni. Memang terbakar! Dah la takde nasik. Tapi sedap la. Cabai Lombok katakan.. marbeles!

Lepas makan, Kak Kiah & Koh gerak dulu untuk masuk departure hall sebab flight kami kul 10am. Kami pun babai2 la Tash & Shai and sempat la kami bertukar2 fb n email address to keep in touch. Harus la kan sebab nak tengok gambar. Maklum la diorang berdua tu pakai GoPro huhu..

Untuk sesapa yang ke sini, jangan lupa ya untuk ketepikan airport tax sebanyak 150,000Rp.

Dalam airport ada jugak la kedai2 souvenir. Dari pengamatan Kak Kiah, harga lebih kurang sama je dengan harga yang dijual kat luar. Pastu lagi banyak choice and lagi cantik2. So sempat la Kak Kiah sambar 2 keping FM kat sini. Kak Kiah rasa kalo nak beli souvenir Lombok macam better beli kat airport kot lagi puas hati. 

Masa nak masuk flight tu bila tengok kiri kanan baru tersedar muka kami berdua dah macam warga Lombok nak datang kerja kat Malaysia. Hahaha memang rentung uolsss!! Tu laa.. Kak Kiah ni dulu sedap mulut ngata orang, pantang kulit gelap rentung je terus cakap muka kelombokan. Ha ni amek kaw.. baru brape hari je Kak Kiah pun dah serupa mbak Lombok. Kalo setahun dok sana, silap2 Kak Kiah pun dah ikat kain batik kat luar keh3x..

Alhamdulillah, flight kami selama 2 jam ke Senai smooth je and takde masalah.

Rinjani di balik awan. Kak Kiah was there uols!
Pukul 1 selamat sampai Senai Airport. Adik Kak Kiah pun dah tunggu dengan wife and anak2 dia. 

Sampai je rumah adik, Koh terus balik ke Batu Pahat. Kak Kiah lepak dulu sempat urut kaki seround dengan adik ipar. Fuh.. kaki Kak Kiah punya sakit memang tatau la nak habaq. Ibu jari kaki kiri sampai biru lebam. Pastu dua2 betis kebas. Tapi takpe.. Kak Kiah happy dengan trip ni. Berbaloi la rasa sakit kaki tu dengan experience yang Kak Kiah lalui sepanjang 6 hari ni. Thank you Allah..

Ok tamat lah sudah stori Lombok. Thank you pada uols yang sabar menunggu cerita ni habis hehe. Next entry - macam biasa - summary and bajet!

Saturday, January 10, 2015

LOMBOK – DAY 6: BATU PAYUNG

Pagi2 kami dah bangun n bersiap sebab dah janji semalam dengan mamat receptionist nak gerak ke Batu Payung di Tanjung Aan kul 5 pagi. Macam yang Kak Kiah stori seblom ni, Batu Payung ni takde dalam plan hari ni sebenarnya. Sepatutnya kami pergi first day aritu tapi tak sempat. Tapi Koh la yang request nak ke Batu Payung. Dia memang teringin nak ke sana untuk reward diri sendiri sempena besday dia (end of September). So Kak Kiah ok je, sebab flight kami pun kul 10am so sempat la nak detour kejap kan before ke airport.

Setel je semua, kami pun turun ke cafe bawak sekali anak2 tapir sebab nak terus check out. Tash & Shai tak nampak lagi bayang. Tapi kami disuruh oleh mamat receptionist tu untuk breakfast dulu. Wah agak surprise jugak sebab diorang siapkan jugak breakfast walaupun kami nak check out awal. Not much tapi ada jugak la porridge, teh, kopi semua tu. Kak Kiah cuma minum kopi je sementara nak tunggu dua jejaka Singapore tu turun.

Once diorang dah turun and siap brekfes, kami pun bertolak. Dalam perjalanan kami borak2 je dok reminiscing kenangan kat Rinjani. Both of them ni berjaya naik ke puncak. Ish jeles betul Kak Kiah. Padahal si Tash tu siap ada kat belakang Kak Kiah lagi and he managed to paksa diri dia untuk sampai ke puncak walaupun dah lewat. Itu lah.. menyesal kemudian tiada gunanyaa.. sob sob..

Perjalanan ke Tanjung Aan ni amek masa about setengah jam jugak. Kira jauh la sebenarnya dari area airport. Macamana la Kak Kiah ni ingat Tanjung Aan ni dekat je dengan airport. So pada those yang nak ke Lombok, please take note ye – pulau Lombok ni besaaaar gile. Dari satu pekan ke satu pekan memang jauh so kalo nak senang better hire driver je or cab to get around. And kos transport ni antara yang perlu diconsider bila nak buat bajet.

Si driver ni bawak kami ke Tanjung Aan dulu. Tapi dia pun tak pasti lokasi Batu Payung kat mana sebab dia pun tak pernah sampai. Loks.. boleh macam tu pulak.

Tapi takpe.. kita layan Tanjung Aan dulu.

Dah nak sunrise
Tanjung Aan beach
Me at Tanjung Aan
Masih pagi so takde orang
I guess kalo tengari sure ramai kat sini
Matahari sudah mula terbit
Shai, Koh, Tash & Me (Kredit: Shai)
Syok tengok orang ada GoPro ni.. jeles hakak!
Then driver tu call sapa tah nak tanya macamana kami nak ke Batu Payung. Kalau ikut google boleh naik perahu untuk ke sana. Tapi kawan driver tu cakap leh jalan kaki tapi kena ikut jalan tepi sikit.

So kami pun menuju ke tempat yang dimaksudkan.

Alaa.. dah terbit!
Awesome view along the way (Kredit: Shai)
Sampai kat situ, kami park kereta and then jalan kaki dalam 15 minit ke Batu Payung. Kena hati2 sikit kat sini sebab batu2 dia memang licin berlumut.

Jalan menuju ke Batu Payung
Mendamaikan
Orang mencari cacing
Beautiful morning view
Muka sembap nyee..

Batu2 licin
Sampai2 je.. wallllaaaaaaa.. lawa seyhhhh!!! Teruja kami mengambek gambo. Ok jangan cerita banyak. Mari kita tengok piccas (sori banyak sangat gambo.. i just love all of 'em!)..
 
Taraaaa!! Inilah dia Batu Payung nya..
From diff angle
From another angle
Our driver

Lain bentuk dapat dilihat dari pelbagai angle yang berlainan
Subhanallah.. mari nikmati kecantikan pagi di Batu Payung

Seriously memang unik batu ni
Me n Koh di Batu Payung
Amazing huh..
Sangat peaceful di sini. Hanya kedengaran bunyi ombak menghempas ke batu.
Di seberang sana tu Tanjung Aan
Nampak cam kepala orang tak?
Pulau
Shai and his GoPro stick
Matahari semakin meninggi
Bila cahaya matahari memancar, batu ni nampak glowing
Kalo buat wedding photo shoot kat sini mesti ohsem gilak
Koh, Shai, Tash, Me n driver (Kredit: Shai)
Kredit: Koh
Memori bersama di Batu Payung, Tanjung Aan (Kredit: Shai)

Batu Payung ni start femes bila diorang shooting iklan rokok Dunhill kat sini. Lepas tu terus la tempat ni jadik tumpuan pelancong. Lucky for us mai sini pagi2 macam ni sebab takde orang jadi ibarat ni tempat ni kami yang punya hahaha..

Sedang kami syok pose2 tu ada pulak la sekor monyet liar datang. Dah la masing2 takde bawak makanan so dia dok la sergah2 kami. Memang masing2 dok ketakutan sebab monyet ni macam agresif sikit. Nak lari susah sebab batu2 situ memang licin.

Monyet liar curik air
Agak garang dia ni
Sekali tu dia boleh datang kat Kak Kiah. Kak Kiah pun terus la membatu tak gerak2. Dia dok gurau2 kasar pastu hamek kaw, dia boleh gigit kaki Kak Kiah!! Adoiiii.. memang sakit la, siap ada bekas lagi. Tapi Kak Kiah tahan je. Kak Kiah rasa dia marah kot sebab kami datang tak bawak beskut ke pisang ke haha.. memang pengalaman kelakar betul..

Lepas puas layan view kami pun gerak balik. Cadang nak singgah Kuta Beach kejap kang on the way to airport.

Kalau tak sebab Koh punya request, rasanya maybe Kak Kiah akan skip Batu Payung ni. So Kak Kiah rasa bersyukur jugak dapat datang ke sini. Kalau letak dalam senarai fevret place to visit kat Lombok ni, Kak Kiah letak no 3 after Rinjani and Gili. So if sesapa datang Lombok make sure korang datang sini sebab view dia memang ohsem and berbaloi2. Nak lagi cun sila datang waktu sunrise or sunset, memang terbaek noks.. and sila bawak pisang atau beskut haha..

Next story macam biasa sambung di lain entry. Harap sabar menanti okeh.