Showing posts with label Namsan Tower. Show all posts
Showing posts with label Namsan Tower. Show all posts

Monday, June 17, 2013

JEJU-SEOUL - DAY 5 - NAMSAN TOWER

Memula tu Kak Kiah cadang nak kensel je ke Namsan Tower sebab masa tu dah malam (9+pm) n memasing pun dah sakit2 kaki. Tapi Nanny kata nak pegi gak sebab nak mengimbas kenangan ngan ex husband dia masa dulu2 datang Seoul. Mak pun kata nak pegi sebab rasa rugi kalo mai Seoul ni tak naik Namsan Tower kan. So ok la Kak Kiah turutkan. Tapi Kak Kiah warning gak la kata perjalanan nak ke atas tu mencabar sikit sebab kena mendaki and naik banyak tangga. Masing2 kata ok takpe.. so oklah.. 

Hehe. Baru separuh jalan, lom sampai Namsan Guesthouse pun masing2 dah mengaduh sakit kaki n tanya berapa jauh lagi. Kak Kiah gelak je masa tu sebab last year masa Kak Kiah datang sini pun sama gak cam diorang. Tapi since Mak Kak Kiah tengah sakit kaki kan, kami jalan agak slow gak la sebab banyak berhenti2.


Semput (huhu baru sampai cable car station)
Dekat kul 10pm baru sampai cable car station. Masa ni orang pun tak ramai, so straight away kami terus naik cable car.

Bila dah sampai kat atas tu terus masing2 excited berposing. Macam2 gaya ada. Gaya Saripah Aini, gaya Saloma pun ada. Kak Kiah aje yang masa tu tak kuasa nak bergaya sebab dah penat jadik camera woman huhu.. 

Kak Kiah mencari mangga kunci yang tenggelam
Kak Kiah then tuju kat tempat mangga sebab nak tengok mangga yang Kak Kiah letak last year ada lagi ke tak. Oh hampanya hati sebab dah tak kelihatan. Tenggelam dah kot dengan mangga2 baru yang lain. Cafe yang ada tile tu pun dah tutup sebab dah after 10pm. So Kak Kiah tak dapat nak tengok tile yang Kak Kiah letak dulu. Sob sob.. Tapi Kak Kiah takde la obvious sangat tunjuk yang Kak Kiah mencari bende2 alah tu sume kan. Nanti kang apa pulak kata Mak Kak Kiah, apa buang tebiat ke anak aku ni agaknya datang sini letak mangga tile ada love2 bagai haha..




Sambil ralit2 kat atas tu orang pun makin lama makin tak ramai. Ada gak Kak Kiah dengar bunyi cam siren ke wisel ke apa. Tapi takde la Kak Kiah amek kesah. Seingat Kak Kiah Namsan Tower ni close at 11pm. So pikir cam ada masa la lagi sebab masa tu lom pun kul 11pm.

Bila dah puas semua bergambar sakan, kami pun nak turun la. Sekali tu bila sampai kat cable car station tu, aikkk... gelap??? Huh panik terus Kak Kiah weh!  Bila tanya2 orang rupanya cable car tu tutup kul 10.45pm. So kalo nak turun kena pakai tangga. Memang takde cara lain lagi dah.

WHAAAAAATTTTT???

Aduhhh... gile betul la. Kak Kiah memang mati2 ingat cable car tu run sampai kul 11pm. Dah la masing2 tengah sakit kaki. Paling sadis Mak Kak Kiah la. Lutut dia memang teruk gile sakit masa tu. Tapi apa nak buat, nasik dah menjadik bubur. Ini sume mistake Kak Kiah. Kak Kiah memang wajar dimaki kerana ini. Ohhh tidakk....

Masa ni masing2 dah senyap tak bercakap dah (ntah2 menyumpah Kak Kiah dalam hati masa tu haha). Kaki terus je la pasrah melangkah ribuan anak2 tangga dalam kesejukan Seoul. Bila tengok Mak Kak Kiah macam hazab menderita je nak melangkah, Kak Kiah pun terus papah dia. Kesian la tengok. Apa la teruknya Kak Kiah dera Mak sampai jadik camni.. sob sob.. 

Banyak ribu2 lemon anak tangga okeh! Uwaaaa....
Lama gak perjalanan dari atas nak ke bawah tu. Rasanya sejam setengah kot. Imejin ye semua, sejam setengah tau!! Bila sampai bawah je masa tu nak sujud syukur terus.

Masa tu dah satu hal lak nak mencari taxi tengah2 malam. Nasib baik tak lama pastu ada taxi lalu. Alhamdulillah. Lantak la kena bayar berapa pun. Kak Kiah dah tak sanggup nak menapak lagi. Betis dah kejung2 rasa.

Sampai guesthouse dah kul 1am. Memasing sume terus urut kaki hahaha...

Malam ni Kak Kiah tido lambat sebab nak buat kira2. Tadi Nanny pun dah sound pasal ada duit yang dia bagi tapi ada tempat2 yang tak pegi. Berkira habis. Tu kira nak tuntut part dia la tu. Sabo je la Kak Kiah. Normally Kak Kiah bila plan trip macam ni, memang belen duit Kak Kiah akan bagi balik kat airport masa nak balik. Tapi since Nanny ni berkira sangat setiap won yang dia blanjekan, kenalah Kak Kiah kira betul2 duit teksi, duit entrance fee, duit sewa keta etc dulu siap2. Lagipun besok ada lagi satu acara last shopping kat Namdaemun Market. Kena lak member tengah hati panas tadi sebab tak puas soping kan.

Siap semua kira2, dekat kul 4am baru Kak Kiah tido. Orang lain sume dah sedap mendengkur.. haishh..

Friday, December 28, 2012

SEOUL – DAY 3 – NAMSAN TOWER

Lepas setel makan, mandi n semayang sume, Kak Kiah pun bersiap2 la untuk ke Namsan Tower. Tower ni located kat Namsan which berjiran la dengan Myeongdong. So Kak Kiah takde la nak naik public transport whatsoeva kan.. menapak pun boleh.

Untuk ke Namsan Tower ni, Kak Kiah ada la simpan direction dr exit Myeongdong subway which is exit 3. Dari situ kne menapak ke arah 7-11 sampai jumpa Hotel Pacific belah kiri pastu jalan straight sampai jumpa cable car station. Nanti dari station tu naik cable car untuk ke tower.

Dari guesthouse tu Kak Kiah gatal la tanak cross jalan, konon nak ikut jalan subway so senang nak cari exit 3 tu kan. Sekali tu amek kaw punyelah ramai manusia kat bawah tu berlapis2 ok. Sampai sesat2 Kak Kiah tak jumpa exit 3. Pusing punya pusing, naik tangga turun tangga baru perasan exit 3 tutup sebab renovation. Dah satu hal plak nak cari alternatif exit yang ada. Dengan sesak2 tu, ipad plak tak leh nak berinternet kat subway tu untuk bukak map sbb takde wifi free, so terpaksa la cari peta2 yg available kat bawah tu. Akhirnya jumpa gak, selain exit 3 boleh guna exit 2. Sebelah je pun.. aigooo.. gatal kan nak ikut subway katanya..

Dah kuar exit 2 tu, tercangak2 la Kak Kiah cari 7-11. Singgah jap 7-11 sambil checking peta. Nampak dalam peta macam dekat kan, sekali tu bila jalan ya Allah!!! Macam nak pensan okeh.. jauh n berbukit2. Masa ni memang dh maghrib so memang gelap la. Orang memang ramai, maybe sebab weekend n esok Peppero Day which a must la utk Korean couples berdeting malam ni.

Orang begitu ramai di Myeongdong
Jalan punye jalan jumpalah akhirnya tangga untuk naik ke Cable Car Station. Kne mendaki pulak. Koyak lutut makcik nokssss...

Namsan Tower Cable Car Station
Sampai station lak, tengok orang beratur sampai ke luar (mind u, kaunter tiket tingkat 3 okeh!) so bapak ramai la org malam ni. Hampir2 Kak Kiah berputus asa sebenarnya ketika ini. Tapi bila dah nampak sayup2 Namsan Tower dari kejauhan rasa putus asa tu dibuang jauh2. Ye lah.. penat sampai sini takkan nak give up lak kan.
Namsan Tower dari kejauhan..seolah-olah memanggil namaku..
Sampai ke luar beratur. Gila panjang barisan.. (sori gambo blur, gigil time ni)
So beratur la Kak Kiah selama hampir sejam di sini.
The worst part is Kak Kiah rasa macam salah timing je. Maklum la orang sume datang berkapel2 ko datang sorang apa kes? Depan belakang kiri kanan Kak Kiah sume kapel2 weh. Ciom sana, ciom sini, pelok sana, pelok sini, usap sana, usap sini... Meraung dalam hati Kak Kiah uols!! Why why whyyyy???? Awat la Kak Kiah datang sini sorang2 kan. I shud’ve waited sampai Kak Kiah kawin berhanimun kat sini kan.. ahahaha.. cheh silap2 tak jejak langsung sini agaknya. Tapi kan.. bila dah tengok kapel2 keliling Kak Kiah ni, mula la Kak Kiah merindui seseorang.. isk isk.. feeling dah mai..

Beratur sepanjang tiga tingkat ni. Nangeh!!
Tiket cable car ni return KRW8,000. Dah siap beli tiket beratur lagi untuk naik cable car pulak.

Masuk cable car tu langsung tak dapat Kak Kiah nak snap2 picca sebab terperosok kat tepi tu, langsung tak leh gerak. Punye lah sendat ngan manusia. Dah la ada brader tu bawak anjing dia pangku dalam jaket dia. Kak Kiah dok cuak mikir ntah bila anjing tu melompat atas kepala Kak Kiah. Still dapat gak la enjoy the view sepanjang naik ke atas tu. Cantik ok Seoul waktu malam. Cuaca pun cantik kan.. 

Sampai je atas, kne jalan naik tangga lagi untuk ke tower. Fuh macam nak meroyan Kak Kiah every time nampak tangga ok. Gile fobia dibuatnya. Then nampak la tower dari kejauhan. Kak Kiah was so lucky elok2 je sampai diorang baru nak mula light show. Wahhh syiok okeh!! The graphic was so nice nampak cam real aje.

Ok jom layan picca..
Pavillion menyambut ketibaan
The light show about to start!
Marbeles!!
Abis je light show kat tower tu, angin sejuk pun mula la kuat bertiup. Dah la atas bukit kan, gila babas punye sejuk beku Kak Kiah rasa. Nasib baik la pakai baju berlapis2 n bawak glove. So, Kak Kiah pun mulakan acara snap2 dengan bantuan tripod.
Namsan Tower
View Seoul di kala malam
Cantik kan keduanya? ;P

Antara hasil pelukis jalanan di sini
Pokok mangga hahaha..
Me alone on the love seat dikelilingi pokok mangga bertemakan cinta
Sarangheyo sana sini
Bila sampai kat area padlock ni mula la datang rasa cemburu di hati melihat kapel bergandingan mesra meletakkan padlock sebagai tanda ikrar kasih sayang. Pastu datang la gedik Kak Kiah nak pos kiut2 kpop sarangheyo segala kah kah kah... 
Atas love seat yang senget

Namsan Tower ni memang penuh love sana sini la. I kept wondering adakah bila break up, mereka akan cuba cari balik padlock ni and bukak? Ye lah nak bawak kapel baru datang sini kan.. Kang kantoi la pulak haha..
 
Selain padlock, ada juga tiles.


Kalo datang tower ni, leh jugak naik ke atas tapi berbayar la. Ada Teddy Museum kat atas tu. Since Kak Kiah kedekut orangnya, maleh la nak naik atas. Kat bawah ni pun banyak leh tengok awesome view.

Anyway, since I really miss that sumone badly, Kak Kiah pun akhirnya terjebak membeli padlock n tile. Gigih kan melafaz kata rindu kat orang yg tak ingat pun kat kita? Oh Kiah u r so pathetic!!
Kata2 rindu untuk si ehem ehem.. Tulisan senget benget sebab sejuk uols!

Namsan Tower ni kalo datang siang time2 gini mesti awesome, sebab pokok2 sume dah mula berdaun merah. Peak autumn kan. Since Kak Kiah datang malam, x dapat le nak nampak sangat. So pada sesapa yang nak datang sini, Kak Kiah sajes datang sejam before matahari terbenam. So u can enjoy both scenery masa siang n malam. Anyway, Kak Kiah memang enjoy datang sini. Hopefully leh datang semula... with him of coz...

Wahhhh.. Harapannnn harapan menjadi layuuuu... Ingin ku bahgia bersamaaa.. Menjadi kenangan... Memburu impian untuk kita selamanyaaaaa.... Hyperact uolsss...!!

Selepas penat merayap, akhirnya Kak Kiah decide nak balik. Jam pun dah dekat kul 9pm. 

Aigooo.. nak balik pun beratur gak? Wadehek...

Dalam perjalanan turun tu, ternampak la satu kedai ni namanya Hot Station jual barang2 kpop. Teringat lak kat opismate yang mengirim tu kan. So Kak Kiah masuk la ingat nak singgah kejap. Sekali tu rambang mata uols.. terkasima melihat begitu banyak barangan kpop! Ada kalendar, socks, posters, mugs n macam2 lagi la. Retis pujaan Kak Kiah sudah pasti la hero Rain yakni Jang Geung Seuk tu kan. Walopun jambu habis, tapi Kak Kiah tetap memujanya okeh. Ahjussi kedai ni pun ramah sangat. Siap leh cakap melayu sikit2 lagi. Suka Kak Kiah.

Hot Station
Sarangheyo Jang Geun Seuk!!
Dalam Hot Station ni ada jumpa 2 orang Msians. I think umo diorang dalam 40s cam tu. Gigih kau berkpop segala! Beriye2 dia dok dlod soundtrack drama2 korea n cari barangan CNBlue. Kak Kiah begitu mengagumi mereka...

Selepas mengusha2, akhirnya lebur KRW30,000 di sini dengan membeli segala tok nenek souvenirs n barangan kpop. Tentu opismate Kak Kiah tersengih lebar kan hehe... Anyway, kedai ni tutup kul 10pm. So u just imagine la, dalam tak sampai sejam je dah macam2 beli. Kalo ada masa lagi, ntah apa bende yang Kak Kiah rembat bawak balik ntah..

Antara hasil tangkapan di Hot Station
Lepas say bye2 pada Msians duorang tu tadi, Kak Kiah pun gerak balik. Nasib baik kali ni turun bukit so dengan langkah lajunya menapak. Cuaca memang sejuk giler time ni sebab windy. Hidung sampai berair2 dibuatnya.

Sampai guesthouse terus urut kaki. Gila tak tahan ok. Macamana la orang2 Korea ni idup agaknya ek dengan menapak mendaki segala tu. Kak Kiah yang baru 3 hari kat sini dah hampir macam OKU dah gaya jalan..

Lepas sesi mengurut diri sendiri, Kak Kiah pun spend masa kat Public PC kat guesthouse tu untuk upload gambo kat FB. Punyelah nak meroyan Kak Kiah tengok Windows dia dalam Korean. Adoiyaiii.. Nk tukar english pun tak bole. Last2 Kak Kiah guna sistem trial n error nak tau cut, copy, paste, save sume kat mana..
Last2 nak tau kul brp Kak Kiah tido? 2 pagi okeh... Amekkkawwww... Esok nak gi Namsangol Hanok Village pulak. Tunggu next post ok kita sambung cerita.