Showing posts with label Jeongbang Falls. Show all posts
Showing posts with label Jeongbang Falls. Show all posts

Sunday, May 11, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 2 – JEONGBANG FALLS

Jeongbang Falls ni tahun lepas Kak Kiah dah mai, tapi terlewat 15 minit (tutup 5.30pm) so masa tu dah tokleh masuk and turun ke bawah. Antara tarikan yang utama ialah air terjun ni satu2nya yang direct turun menuju ke laut. Kalo ikut legend, ada naga la dok bawah air terjun and mengikut kepercayaan locals air terjun ni boleh sembuhkan apa2 penyakit.

Dari Seogwipo Port nak ke sini pun tak jauh, i think about 10mins drive kot. Entrance fee 2,000won sorang.

Wow wow canteknye!
Dalam mengah2 perut kami pun turun ke bawah. Wah cantik sungguh! Mari layan gambar.


Kacau jah yang baju kuning tu huhu


Awesome view

Hanyeo divers punya port

Nampak tak acik hanyeo sedang bekerja? Boya oren tu untuk mark their spot
Bila nak naik atas adoi bercinta betul nak mendaki tangga. Rasa sudah tua benar diriku ini. Kejap2 stop amek nafas. Zai pulak memang kesian la Kak Kiah tengok, nampak sampai muka berkerut2. Masa amek gambar yang tempat berbatu2 tadi pun dia tak join. Sakit sangat kot kaki tu.

Seblom balik, sempat Kak Kiah singgah kedai beli souvenirs Jeju sebab dah tau lepas ni sure tak sempat nak beli kat mana2 (since diorang cakap esok pagi takmo pi Dongmun Market n nak pi Seongsan Ilchulbong instead – walaupun kat Seongsan ada kedai souvenirs but i’m not sure pagi2 dah bukak ke tak so tanak amek risk). Ok la berjaya juga rembat magnet, rantai hp berbentuk pakcik Dol Halrubang hohoho suke.. Anyway, kali ni tak jumpa lak t-shirt Jeju macam last year. Takde yang menjual pulak. Haih frust. Yang bertiga tu memang tak membeli apa2. So untuk trip kali ni nampak cam Kak Kiah la yang over sikit bab beli membeli ni ya hahaha..

Kami kat sini pun kejap je about 1/2 jam. Ok next destination – Seongjeup Folk Village!

Friday, May 31, 2013

JEJU-SEOUL - DAY 4 - JEONGBANG FALLS & JEJU LOVE LAND

Sori ye uols terhenti seketika penulisan blog ni last week. Sebenarnya Kak Kiah baru balik dari mendaki Kinabalu. Mood tengah berada di awangan. Badan pun sakit2 huhu.. Tapi seronok gile wa cakap lu. Anyway, Kinabalu nanti Kak Kiah story later2 lepas setel story Jeju & Bandung k..

---
Bersambung dari entry Mt Halla

Masa menuju ke Seogwipo-si tu si mamat Korea yang drive kan. Sampai kat Seogwipo-si, kami terus tuju ke Terminal Bas. Lepas drop kan dia say bye2 n exchange facebook sume, kami pun terus gerak ke Jeongbang Falls. Masa ni memasing nye mood pun dah ok. Kak Kiah yang tadi kecik ati atas kata2 Eti tadi pun akhirnya dah sejuk, ye lah faham masing2 tengah penat tadi kan menghiking.. So buang yang keruh amek yang jernih.. baru lah teguh peribadi.. wah gitu..

Sampai kat Jeongbang Falls kul 5.45pm. Sekali tu rupanya tutup uols! Adoi.. gate tutup 5.30pm. Kira lambat 15 min la ni. So terpaksa amek gambo dari jauh je la.

Aaaaa dah tutup! Sob2x!
Jeongbang Falls dari kejauhan


Pastu kami sempat gak soping souvenir2 Jeju kat sini. Esok dah nak balik Seoul dah takut tak sempat pulak. Pastu kami beli instant rice kat CU n panaskan. Sebab ada bawak lauk sambal tumis n serunding. Cadangnya nak gi layan sunset kat Daepo Jusangjeolli sambil dinner.

Daepo Jusangjeolli ni located kat Jungmun Resort. Memandangkan kami sampai masa tu matahari dah terbenam, so gelap la tak napak gapo. Kami pun park kereta kat Hotel Seaes.  Tukar plan nak makan kat tepi laut je kat hotel tu.

Pastu baru teringat hotel ni la location drama Secret Garden yang ada bench kissing tu. Wah excited terus! Kak Kiah memang suka cite ni. Tak sangka dapat gak tengok shooting location scene yang femes tu..

Dalam kesejukan dan kegelapan malam, kami bertiga yang kelaparan sambil terkengkang2 jalan port kat satu bench depan hotel tu. Wah best uols makan nasik panas lauk sambal tumis time2 camni. Sambil2 makan sempat lagi ngompat.. betapa bahagianya berjalan hari ni takde Nanny kui3x.. Ye la memang diakui bila ada Nanny rasa serabut sangat kepala. Bab dia dah berusia tu tak jadik masalah sebab Mak Kak Kiah pun dah tua gak, tapi yang jadi issue tu mulut dia n kerenah dia. Even Kak Kiah yang paling kenal dia antara kami yang ramai2 ni pun tak sanggup nak layan. Banyak sangat cekadak. Dah follow orang tu, follow je lah kan.. Mentang2 la Kak Kiah suka kat anak dia.. Tapi dah jadik camni, kensel la nak buat mak mertua. Fail!!! Wakakakaa...

Acara makan nasik dalam gelap
Lepas kenyang perut suka hati, kami sempat berposing2 atas kissing bench Secret Garden.

Aksi2 sengal
View dalam Hotel Seaes. Mahal tau hotel ni, 1 malam ~RM1500. Untuk honeymoon best la..
Kak Kiah plan sewa kereta cuma 2 setengah hari sebab esok pagi2 dah nak ke Airport so tanak la kelam kabut nak pulangkan keta esok. Maka malam ni kami pulangkan kereta dulu. So we drove back to Jeju-si cuma kali ni ikut route 1135 sebab lebih selamat n banyak lampu. 

Before pulang keta isi minyak dulu sebab minyak pun dah tinggal sikit. Mau tak, meround Jeju tak hingat kan 2 hari ni. Satu tank penuh KRW70,000. So kalo campur sewa keta+minyak untuk 2 ½ hari ni KRW160,000. Ok la not bad.. kalo hire driver satu hari je dah KRW120,000. Tu pun cuma 8 jam je.

Lepas pulang kereta kat Kumho Rental, kami amek cab ke Jeju Love Land. Sengaja memasing tanak balik guesthouse dulu sebab tanak Nanny ikut hehee..

Jeju Love Land ni adalah sebuah theme park yang penuh ngan sculpture2 erotic. So of coz nak datang sini mesti age 18 and above. Kalo ada yang bawak anak tu jangan risau. Kat entrance ada tempat untuk jaga anak cam nursery lebih kurang. Tiket nak masuk sini KRW9,000. Opening hour 0900-2400.

Welkam to Jeju Love Land! Hoho excited Kak Kiah!
Kikiki...
Since kami ni sume anak2 dara lom kawin lagi, imejin la cemana kelakar nya kami masuk tempat2 cam ni. Dok tersipu2, tergelak2, mengilai2 pun ada.. Banyak sangat sculpture yang funny2. Tapi still, memang awesome la diorang buat tempat ni.. detail siot..

Anyway, gambar2 di bawah ni sangat2 berunsur 18SX. Dinasihatkan adik2 yang tak cukup umur tu sila berambus dari blog ini segera k. It’s not good for your mental :P


Kak Kiah dah masuk air haha
Comel sangat diorang buat mende ni.. detail giler.. padahal cinonet je patung2 ni
Antara aksi2 melampau yang buat kami terkekeh2
Actually datang sini kena open mind la ye dok? Kalo berjiwa seni halus mulus cam Kak Kiah ni ok la sebab kita akan tengok hasil seninya (ye lah tu). Tapi ada setengah orang datang sini mulut mengata lucah la porno la, tapi mata bukan main buntang tengok tak kedip2. Anyway, kalo ikut hati Kak Kiah ni kan, semua arca Kak Kiah nak amek gambo, tapi malu kang orang kata pervert lak hohoho..

Abis meround dah dekat2 kul 12am. So kami pun amek cab balik guesthouse. Sampai2 je tengok gelap je, sume dah tido kot. Tapi Mak & Nanny dalam bilik tak tido lagi. Nanny cakap si Martin dok risau pasal kami balik lambat.

Pastu Nanny dok beriye tunjuk hasil soping dia kat Jungang Underground Centre. Kak Kiah layan kan aje. Tengok dia beli baju2 biasa je. Padahal dah pesan kan jangan soping kat Jeju sebab kat Seoul lagi murah. Dia cakap dia malas nak pikir pening2 kepala lagi esok. Asalkan dah beli sume untuk anak cucu ok lah tu. Lantaklah kau Nanny.

Sambil tu kami dok pack2 barang sebab pagi esok nak ke Seoul dah. Bincang sekali plan untuk esok. Asalnya esok lepas check in hostel kat Seoul, nak ke Gyeongbuk Palace n Insadong. Pastu nak soping kat Myeongdong. Tapi semalam Nanny cakap dia dah pegi palace n takmo pegi lagi dah. Since Kak Kiah pun tau dia ni lebihnya nak bersoping je, jadi Kak Kiah sajes dia pegi soping sorang2 kat Myeongdong tu takyah follow kami. Nak balik bole amek cab je kan. Kak Kiah cakap la yang Kak Kiah kecik ati pasal dia tak sporting sepanjang trip ni esp masa dia tarik muka kat Teddy Bear Museum, pastu cakap main sembur je komplen itu ini just sebab tempat yang kami pergi tu tak menarik takde acara soping2. Tak pikir ke yang Kak Kiah simpan duit berbulan2 semata2 nak datang sini n research berlama2 nak study pasal Jeju. Kalo dia nak soping semata, kan elok dibagitau awal2.

Nak tau dia respon apa?

“Ha takpe lah kalo cam tu Nanny ikut je lah korang pegi palace esok. Nanti kata Nanny tak sporting pulak”

Sakit hati kan..  

Nanny bila dah sentap ha mula lah pastu cakap kuat2 serupa poyo. Dia buat la macam takde hal lepas Kak Kiah sound tu, tapi Kak Kiah tau dia bengang. Dia dok cakap kuat gelak2 bising2 ngan Kin. Sekali tu si Martin datang sound suh senyap sebab guests lain sume dah tido. Pastu boleh plak si Nanny tu cakap si Martin sound tu mesti bengang pasal kitorang balik lambat. Eh tak memasal je. Takde rules dalam guesthouse pun kata kena balik sekian2 waktu. Masa ni Kak Kiah memang dah tahap malas nak layan dah. Sakit jiwa je.

Tido lagi best.. Good nite Jeju!