Pagi2 dah
bangun sebab hari ni Kak Kiah, Eti & Kin plan nak memanjat Mount Halla. Mak
& Nanny tak ikut sebab diorang nak gi bersoping kat Dongmun Market. Kira
kami split lah kali ni.
Takde jugak kami gerak awal. Plan asal kul 7. Tapi owner guesthouse si Martin tu suh bekpes dulu. Dia kata sempat je kalo gerak kul 8. Masa bekpes, Martin bagitau ada sorang mamat Korea ni nak tumpang kami ke Mount Halla. Memandangkan dia sungguh comel, so kami setuju. Ahahaha.. Apatah lagi ari ni tiada makcik yang bole bikin kami stress. Kecik tapak tangan, stadium bola kami tadahkan!
Namanya Sun
Woo. Muda lagi baru 28 tahun. Baru grad dari universiti apa tah tak ingat, tapi
amek course Acting. Dia ni travel solo je.
Memula tu Eti
yang drive. Kak Kiah pun tanya mamat ni leh drive tak. Bila dia tengok Eti
bawak slow je, dia pun volunteer nak drive. Hah gile laju dia bawak. Senak2
perut Kak Kiah dibuatnya.
Sepanjang
perjalanan tu sempat la kami interbiu dia. English dia so-so je, boleh la
faham. Dia tanya la kami apa yang kami tau pasal Korea. So kami citer la pasal
Running Man la, drama korea la.. Pastu dia cakap dia ni pelakon sebenarnya.
Hah!!? Teruja la terus memasing kan. Rupanya dia ni pelakon kanak2 satu masa
dulu. Pastu berenti bila belajo. Now dah grad dia ada la berlakon movie.
Tapi Kak Kiah
tak kenal la. Tak kisah la kan. Janji retisssssss kau!! Hahaha. Gedik.
Kami plan naik
Hallasan ni guna trail Eorimok, which naik dari Hallasan National Park’s
Visitors Centre. Untuk masuk takde fee, tapi parking ada fee KRW1800. Perjalanan
Eorimok Trail ni sejauh 6.8km, tapi tak sampai la kat crater atas tu. Total
perjalanan 6 jam pergi balik. Cuma sampai kat Witsae-oreum Shelter (altitude 1700m), tempat ni pertemuan antara Eorimok trail
& Yeongsil trail.
Bismillahirrahmanirrahim...
semoga perjalanan kami dipermudahkan..
Pokok2 kat
sini masa ni masih togel2, tak banyak tumbuh daun lagi. So agak tak berapa
cantik la. Scary lagi ada. Macam Blair Witch Project.
Baru sejam jalan rasa dah semput2 mintak nyawa. Cuma Kak Kiah kuatkan hati melangkah. Maklum la bulan 5 nanti nak panjat Gunung KK. Satu persiapan fizikal hapah tak buat. At least kena cuba gak naik Mount Halla ni. Aja aja fighting!
Baru sejam jalan rasa dah semput2 mintak nyawa. Cuma Kak Kiah kuatkan hati melangkah. Maklum la bulan 5 nanti nak panjat Gunung KK. Satu persiapan fizikal hapah tak buat. At least kena cuba gak naik Mount Halla ni. Aja aja fighting!
Last2 Kak Kiah
berjalan ngan Sun Woo je. Eti pulak dah jauh ketinggalan kat belakang sebab
asyik benti2. Kin at least nampak gak bayang dia dari jauh.
Masuk level difficult je dah macam nak nangis uols!! Laluan dia berbatu-batu n tak rata. Masa ni Kak Kiah siap azan, baca ayat Kursi, mengucap, berzanji, marhaban terus dalam hati. Si Sun Woo lak rilek je ngan beg berat dia tu.
Masuk level difficult je dah macam nak nangis uols!! Laluan dia berbatu-batu n tak rata. Masa ni Kak Kiah siap azan, baca ayat Kursi, mengucap, berzanji, marhaban terus dalam hati. Si Sun Woo lak rilek je ngan beg berat dia tu.
Untuk
mengelakkan kami terasa penat sangat, last2 kami pun berborak2 berdua. Habis
segala benda pasal Korea yang Kak Kiah tau, Kak Kiah citer. Nasib baik la mamat
ni minat drama, so banyak la benda yang dibualkan. Citer pasal drama2 korea
yang Kak Kiah suka macam Deep Rooted Tree, The Moon that Embraces the Sun, The
King 2 Hearts, Secret Graden, Love Rain, Marry Me Mary, Iris and banyak lagi. Bila
Kak Kiah citer pasal drama Iris, wah terus dia kuarkan hp dia nak tunjuk gambo
dia ngan hero drama Iris tu - Lee Byung Hun. Kak Kiah belek2 gambo tu betul la
takde rupa cam potosop. Gambo kat wedding sapa ntah. Waaa.. memang btul la kot
mamat ni pelakon. Lagipun tiap kali kami bertembung ngan grup2 makcik pakcik
Korea yang lain, ramai betul yang tegur dia. Ada ahjumma siap bagi dia cekelat
lagi. Kak Kiah kat sebelah tu pun ahjumma tu tak layan haha.. Ye la tau la dia
retis kan..
Lepas
ketinggian 1400m, akhirnya tiba ke laluan easy. Fuh lega rasanya.. Pemandangan
pun lebih cantik, kiri kanan terbentang luas kecantikan ciptaan Allah.
Tapi kat sini
Kak Kiah dah start bersin non stop. Tak tau la kenapa. Rasanya alah ngan satu
pokok ni, macam pokok fir tapi kecik. Tiap kali dekat je ngan pokok ni, mesti
bersin punye.
Mata air yang sedap ada di sini |
Tak lama pastu
Kin pun sampai. So kami bertiga pun teruskan pendakian.
Boleh jumpa plak salji kat sini.. jakun terus.. |
Rehat duluuu... |
Sikiiiitttt lagiii.... |
Come on bebehh..! |
Yesss!!! |
Alhamdulillah.. Segala puji untuk Allah jua..
Kat shelter ni
ada la tempat jual makan2 tapi cuma ramen (megi) yang diragui kehalalannya.
Maka Kak Kiah & Kin cuma beli kopi je. Nasib baik la Kin ada bawak biskut.
Dapat la Kak Kiah ngepau haha.
So pada sesapa
yang nak mendaki Hallasan ni sila bawak makanan secukupnya ye. Jangan jadik cam
Kak Kiah asek ngepau makanan orang hehe..
Kat atas ni
matahari terik okeh. Rasa macam nak terbakar muka. Patut la si Sun Woo tu
beriye pakai krim masa before naik tadi. Beriye la Kak Kiah mengata dia gay la,
metrosexual la sebab pakai krim bagai. Rupanya sunblock uols! Padan muka kau
Kiah. Menggelupas la muka pasni.
Dah lepas
berehat, kami pun gerak turun. Elok je kami turun, Eti pun sampai. Dia nak
follow kami tapi Kak Kiah cakap rugi la, baik naik sikit je lagi sampai
shelter.. dah tak jauh dah pun.. Sempat lagi catch up kami nanti..
Rupanya
perjalanan turun lagi menyeksakan berbanding mendaki. Macam nak tercabut kepala
lutut dibuatnya.
Lama2 terpisah
lagi sekali ngan Kin. Cuma Kak Kiah & Sun Woo je.. beriye jalan laju sebab
nak cepat sampai kat bawah..
Setelah
berhempas pulas menyabung nyawa (pergh over), akhirnya kami berjaya sampai kat
bawah.
Sementara
tunggu Kin & Eti sampai kami lepak dulu dalam keta sambil layan kopi. Sun
Woo citer pasal kpop lak. Abis segala lagu korea dia bukak pakai hp dia. Salah
satu yang dia rekomen ialah lagu OST drama That Winter the Wind Blows tu.. ala
yang pompuan dari SNSD nyanyi tu.. tatau la tajuk..
Tak lama
pastu, Kin plak sampai. Yang Eti tak nampak bayang. Lama gak kami tunggu. Masa Kak
Kiah sampai kat bawah tu kul 3pm. Tapi dah kul 4+ Eti tak sampai2. Masing2 dah
risau sebab patutnya dia takde la jauh sangat dari kitorang kan.. Sun Woo dah
risau dah sebab dia plan nak gi Trick Art Museum tu takut tak sempat. Kak Kiah
nak call Eti takde pulak no hp dia.
Akhirnya
4.30pm baru Eti sampai. Dari jauh nampak dia berdengkot2 jalan pakai tongkat
ngan satu grup ahjumma ahjussi Korea.
Nak tau apa
first ayat dia cakap bila sampai kat kereta? “Ahjumma tu cakap your friends are
not good, tinggalkan you sorang2”
What the..????
Rupanya dia
jatuh masa nak turun tu n grup tu la yang tolong dia, siap picit kaki sume. So,
takkan nak salahkan kitorang pasal dia jatuh? Dah tentu dia kat belakang. Lagipun
hukum memanjat gunung ni, kita ikut pace kita la.. kalo ko dah slow sebab asek
nak benti, takkan ko nak suh orang lain slow gak? Kak Kiah bengang gak masa tu
sebab dia nak letak blame kat kami bertiga padahal kitorang cukup risau bila
dia tak sampai2. Kalo kena panjat balik untuk cari dia pun kami sanggup, tup2
mulut sesuka hati je tuduh orang. Tapi as usual, malas nak panjang2 kan. Kak Kiah
diam je. Boring sebenarnya bila ada spesis2 mood spoiler ni.
Wah..ngn retis tu..nanti pemes nanti sure bangga kak kiah..kahkahkah..eti n saper sorg lagi..kin? cmner kak kiah kenal drg??
ReplyDeleteEti tu adik kawan KK, Kin plak kawan satu skolah tapi dah 20 tahun tak jumpa. Masa gi Jeju ni la baru jumpa. Pendekata grup ni KK cuma kenal betul ngan Mak je, yang lain tu tak berapa. Tu pasal huru hara semua bila clash personality haha..
DeleteArghhh jeles nya kak bergambar ngan retis handsome pulak eeee jeles berganda tau hehehe
ReplyDeletehehee.. takde la hensem sangat, jambu ada la.. memula tu ingt dia gay kui3x..
DeletePatutlaaa KK jln laju...ade oppa cute temankan...
ReplyDeleteKesian plak oppa tu, x pasal plan die nk ke trick eye museum delay
Ishhhh rasa nk g jeju jgk laaa
tu bukan oppa la Nashays.. tu dongsaeng. tapi ada ke patut dia panggil KK ahjumma? sentap mak okehhh..
Deletesronok nye~
ReplyDelete-follow u-
mytravellicious.com
it really was.. penat tapi seronok. kalo datang Jeju jangan lupa allocate sehari untuk panjat Mt Halla ni k.
Deletehensemnya sun woo!
ReplyDeletejambu kan.. bole la buat cuci mata. takde rasa penat sangat mendaki kan huhu..
Deletebest nyer bacer journey akak nih...KK klu nak p korea lg..roger2 yer..nak followwwwwwwww
ReplyDeletenak roger gi mana sih kamu nggak letak nama yang benarrrrr...
Deletehensem pakwe korea tu. hihi
ReplyDeleteadik ikan kami memang hensem. mau kenalan kah? single lagi tau. katanya kat seoul dia tak laku sebab pendek hehe..
Deletehehe..untung kak kiah dpt jupa retis, Han Sun Woo tu rsenyr, dy ada dlm mv 2ne1 Park Bom kalau x silap..
ReplyDeleteye ke noks.. tak kot sbb nama penuh dia kim sun woo.. tp takpe nnt KK cekidaut
Deletemamat korea tu cute! dah la cute sporting pulak HAHHA
ReplyDeletepelakon tu.. aritu kuar 2 episod kat drama apetah kat one hd. gituuuuu.. retisss okeh! hehehee
Deleterindu kat sun woo....kikikikiki... :p
ReplyDeleteaii macam ku kenal.. kikiki..
DeleteCer teka.......... :p
Delete