Restoran
seafood yang kami nak pegi tu namanya Jeju Halmang Ttukbaegi. Restoran ni
antara yang dilist kan oleh Jeju Tourism boleh dimakan oleh muslims, sebab stok
nye pakai ikan bilis bukan daging whatsoeva. So agak konpidenlah Kak Kiah nak
bawak mereka ni makan sini.
Malangnya
alamat takde. Yang ada cuma location dalam peta n no tepon. Bila cari pakai GPS
guna ‘location by name’ pun tak jumpa gak. So weols tuju ke Oedolgae dulu sebab
kalo tengok map macam dah dekat je. Cadangnya nak tanya la orang2 kat situ
nanti.
So dalam
kelaparan kami tiba di Oedolgae. Ni actually one of shooting locations untuk
drama Jewel in the Palace atau Daejanggeum. Untuk masuk sini free je. Lagipun
tengok dari atas je, tak yah turun bawah.
Masa ni Mak
memang dah pancit. Dia tanak turun, nak stay dalam keta je katanya. So kami
berempat pun pegi la. Memula skali singgah gerai kat situ beli kuih bentuk ikan berinti kacang merah yang nama
bungeoppang tu. Dah kelaparan sangat katanya, muka memasing pun dah macam nak
pengsan.
Then kami
snap2 picca. Tak lama pun kami kat sini sebab kesian kat Mak takut tunggu lama.
Anyway, ni antara gambo yang diambik.
Oedolgae ni jugak dikenali dengan nama General Rock. Konon2 masa zaman dulu tentera Mongolia nak datang serang Jeju. General Choe-yeong hiaskan batu tu nampak cam sorang general tentera yang beso. Tentera Mongolia pun tak jadi nak serang sebab takut.
Before gerak, gi singgah satu kedai kat situ untuk tanya location restoran tu tadi. Ahjumma kedai tu lak takleh speaking london. Ada sorang oppa tu nak tolong set kan GPS pun tak reti sebab GPS kami in english. Nasib baik la si Eti ni akal dia panjang skit. Since hp dia leh wat call, dia pun call restoran tu untuk dapatkan direction untuk ke sana. Katanya dekat ngan Seogwipo Port and Cheonjiyeon Falls.
So kami pun terus tuju ke sana. Rasa2 macam dah betul direction. Tapi sekali tu termasuk lorong kecik lak. Nak teruskan ada pulak kereta parking situ. Nak tak nak kena reverse menyerong. Dah la tepi bukit curam. Untuk membantu Eti, Kak Kiah pun turun la dari kereta. Skali tu Nanny pun turun gak. Nak bagi direction kat Eti suruh reverse tapi marah2 siap jerit2 lagi, as if macam Eti tu lembab sangat and tak pandai bawak keta. Yang Eti lak dah bengang macam tunggu masa nak meletup je.

Kak Kiah masa
tu gelak je sebab dah tatau handle drama diorang ni cemana. Last2 Kak Kiah blah gi
turun bukit tu sorang2 pakai tangga, sebab Kak Kiah rasa restoran tu macam
area2 kat situ. Lantak la diorang nak bercekau bertikam ke apa. Malas nak
pikir.
Rupanya betul
la restoran tu kat kaki bukit tu je. Cuma takleh parking la kat situ. So Kak
Kiah naik atas balik n inform diorang. Masa tu tengok muka Eti & Nanny dah
masam macam nak makan orang dah. Eti pun dah start bebel2, dia kata dia tak nak
drive balik ni kang. Dia suh Nanny je yang drive. Hai letih dibuatnya. Perut
dah lapar ni. Yang tua tak bole nak bersabar, yang muda pulak tak bole nak
beralah. Rasa macam nak hanggukkan je kepala dua2 orang tu sekali dengan kepala Kak Kiah.. biar sume pensan..
Kami park
dekat2 area Balai Polis and Seogwipo Port sebab kat situ je ada public parking.
Jalan sikit la untuk ke restoran tu.
Ttukbaegi ni maksudnya periuk tanah so food kat sini dimasak guna periuk tanah la. Kat sini broth nya pakai stok ikan bilis so insyaAllah takde masalah untuk muslims.
Bila dah duduk tu apalagi kan.. order lah.. Kami pilih seafood stew sama set untuk sume orang. Lepas order tu tetiba Nanny bagitau Kak Kiah dia tanak makan. Kak Kiah rasa dia geli or tak yakin tempat ni leh makan kot. Apepun memang mengada-ngada kan? Tadi tanak cakap, dah order dah pun. Kak Kiah malas nak layan n tanya apa2 lagi. Kak Kiah iye kan je lah. Kalo tanak makan kang, bahagian dia Kak Kiah makan la. Lantak la kalo kena bayar lebih.

Bila dah
sampai makanan, masing2 pun jadi waras semula. Barulah ok skit suasana ada rasa nak gelak2.
Then Kak Kiah tengok Nanny makan jugak. Kak Kiah diam je la malas nak tegur.
Anyway food
dia memang best! Alhamdulillah. Mak punya lah suka. Taste dia kan. Kak Kiah lak jadi suka ngan
kimchi white radish kat sini. Masa dulu Kak Kiah try kimchi kat Seoul macam tak
sedap je. Kali ni sedap pulak.
Konon tanak makan kan tadi.. hah licin..! |
Tapi ada satu
benda tu kaler putih, rasanya abalone kot dalam stew tu.. eeee tak sedap
langsung! Rupa cam jeli tapi keras cam ada kulit kat luar. Bila gigit dalam tu
ada cecair rasa sabun. Yuckssss!!! Benda ni je yang Kak Kiah tak nak usik. Lain
sume licin dibedal.
Total cost
KRW55,000 untuk 5 orang. Mahal ek? Takpe lah.. sekali ni je pun dapat makan
korean seafood. Bila lagi nak rasa.. Lagipun sedap dan berbaloi2..
Lepas makan tu
ingatkan dah abis dah perangai buat hal si Nanny. Kali ni dia cakap badan dia
panas n tekak dia semacam. Pastu baru cakap dia takleh makan seafood. Eh geram
betul lah. Tadi kenapa la tak cakap? Pastu bila food datang kenapa dimakan
jugak? Kak Kiah serious tak faham orang cam ni tau. Hal nak makan seafood ni
pun dah dicakap sebelum datang Jeju ni lagi. Memang Kak Kiah cakap nak try
seafood kat Jeju. Takde lak dia cakap dia alah ke apa. Kalo dia alah, tentu la
Kak Kiah tak sajes makan kat sini kan. Dah la ubat pun tak bawak. So Kak Kiah
tatau apa masalah dia. Samada memang betul2 tak leh makan seafood or dia memang
saja but perangai.
Fedap gila Kak
Kiah. Malas nak layan. Amek gambo kat Seogwipo Port lagik best...
Then kami ke
Cheonjeyeon Falls pulak... Nasib baik Eti nye mood dah ok nak drive.
arghh..sedapnya makan korea ni..dulu pergi mmg tak sempat nak try..kalau mcm ni MESTI repeat tak kira..
ReplyDeletemesti try JM. ada orang takleh masuk tekak, but to me memang sedap la.
DeleteAduhai nany tu..ekekkee.
ReplyDeletekenangan ni namanya zila hehee..
Deleteuishh mcm2 drama pengembaraan kak kiah ni.
ReplyDeletekak kiah, sila update laju2. tak sabar saya nak tau kesudahan drama di pulau jeju ni.
memang banyak drama.. maklum la ahli rombongan banyak drama queen, sampai tak senang KK nak melayan kerenah semua huhu..
DeleteHaha baca byk kali pun masih nak gelak hehe mmg betul2 kenangan ni kk.
ReplyDeleteskrg gelak kalo baca. tapi masa melalui tu... aduiiii macam nak nangis!! hehee
Delete