Sunday, October 5, 2014

LOMBOK – DAY 1: FLIGHT TO LOMBOK

11/9/2014 

Since flight Kak Kiah ialah pagi buta dari Senai Airport, maka malam sebelomnya Kak Kiah pun bertolak ke JB. Cadangnya nak park keta kat umah adik Kak Kiah.

Mula tu plan kul 10pm nak gerak. Kononnyelah. Tapi kul 9pm Kak Kiah baru sampai umah dengan packing hapah sume tak buat lagi. Itu pun lepas keje baru dapat tukar rupiah and beli barang2 keperluan yang nak dibawak. Lepas tu ada pulak last minute order baju (oh ya Kak Kiah buat bisnes print baju & souvenirs) dari adik yang kat JB tu and kena pulak buat untuk bawak sekali ke JB. Tengah buat tu ada pulak saiz yang tak sesuai. Oh memang kelam-kabur sangat daku ketika itu.

Sudahnya pukul 2.30am baru Kak Kiah gerak dari Segamat. Flight kul 6.50am. Dalam hati pikir ok sempat kot.. Kalo bawak laju ni paling busuk 5.30am sampai le JB.

Dengan kaki yang sakit nak tekan pedal,
dengan mata ngantuk sebab semalam cuma tido sejam,
dengan otak serabut dengan macam2 perkara nak pikir,
dengan kereta yang tak sempat antar servis,
maka berangkatlah Kak Kiah ke JB dengan hati yang tak berapa sedap..

Bismillahirrahmanirrahim.. Kau selamatkanlah aku ya Allah.. selamat pergi dan selamat kembali..

Masa Kak Kiah mula gerak, dapat SMS dari Koh yang baru start gerak gak dari Batu Pahat. Dia pun plan nak tumpang park keta kat umah adik Kak Kiah. So kami cadang jumpa kat area Skudai.

Baru sejam drive, tetiba kabus tebal penuh kat jalan. Memang tak nampak langsung apa kat depan sampai terpaksa on kan hazard lights. Dalam hati siap berdoa jangan la tetibe ada cik pon ke cik pocong ke tetibe terpacul je di balik kabus huhu...

Dari Segamat sampai Yong Peng speed cuma boleh 60-70 sebab terlalu bahaya untuk drive laju. Hati dah mula rasa risau ni. Kalau macam ni punya tahap labi-labi bergerak, kul brape nak sampai?

Kul 5.00am Koh SMS bagitau dah sampai Tol Skudai. Kak Kiah masih terhegeh2 baru sampai Machap.

Lantak la kabus tak kabus. Lepas tu Kak Kiah speed macam pelesit.

Kul 5.30am sampai Tol Skudai. Tengok Koh dah redi menunggu. Lepas tu kami terus pecut ke Skudai.

Ok bab jalan pegi umah adik Kak Kiah ni, Kak Kiah mengaku selalu fail walopun dah few times pegi umah dia. Hehe. So teka apa jadik.. Ya, sesat okeh!! Dalam kekalutan kami nak sampai airport cepat, boleh pulak tak jumpa jalan dalam Skudai tu.

Huru-hara sangat kau ni Kiah.

Last2 lepas belok sana belok sini, akhirnya sampai umah adik Kak Kiah kul 6am. Dia siap tunggu kat tempat parking tu sebab risau Kak Kiah tak sampai2 lagi.

Anak2 sedara nak menghantar pulak sekali ke airport. So kena la tunggu memasing bersiap.

Tengok jam 6.15am.

Muka Koh pucat. Muka Kak Kiah pun pucat.

Akhirnya 6.30am kami sampai airport. Sampai je terus salam2 adik n anak2 sedara, cepat2 say babai. Kami tak pegi check in luggage pun. Terus je berlari dengan anak tapir yang digalas kat belakang tu ke departure hall. Staff AA terus suh kami cepat lari ke katebang sebab gate dah tutup sebenarnya.

Ok lari laju-laju
Mind you, kaki Kak Kiah masa ni memang tengah sakit sangat
Dengan anak tapir tu bertambah la kesakitan yang sedia ada

Tapi tak boleh nak slow, sebab panik sangat.. Serious... Panik rasa macam nak tercabut jantung berlari..
Akhirnya kami berjaya sampai ke katebang. Hooraaayyyy!!! Tepuk tangan untuk diri sendiri. Hahaha.

Masuk katebang je, stewardess terus tutup pintu. Pas tu jalan la ke seat dengan muka toya sebab sume pandang2 weols. Tengok punyalah ramai jejaka Lombok dalam tu. Balik kampung kot.

Duduk je kat seat baru dapat tarik napas. Baju dah lencun2 dengan peluh. Belum daki gunung dah semput acaner ni..

Bila dah lega sikit pernapasan pastu baru kami berdua terkekeh2 gelak. Ha merasa kau almost tertinggal flight. Kalau 5 minit tadi lambat memang nangeh pilu kat Senai Airport tu sebab next flight yang ada cuma hari Sabtu – which is another 2 days lagi.

Perjalanan ke Lombok amek masa ~3hrs. Sepanjang flight tu Kak Kiah berborak je ngan Koh. Sesi taaruf lah kiranya ni huhu.. Walaupun Kak Kiah friend ngan dia kat FB, sebenarnya not much jugak yang Kak Kiah tau pasal dia. So walopun biasanya Kak Kiah ni bila take off akan terus membuta, kali ni Kak Kiah gagah jugak takmo tido sebab gasak berbual.

Beautiful sunrise
Dalam perjalanan tu nampak la Mt Rinjani dari jauh. Pergh.. gila tembus awan.. Mampukah Kiah mendaki ni esok? Pulau2 Gili tu pun nampak gak cantik tersusun dari jauh. So nasihat Kak Kiah pada sapa yang nak fly ke Lombok, amek seat belah kiri katebang. View dia memang ohsem.

Mt Rinjani dan the three Gilis (Gili Trawangan, Gili Meno & Gili Air)
9.40am kami selamat tiba di Bandara Internasional Lombok (BIL). Alhamdulillah syukur tiada yang hijack or tembak katebang ini...

BIL
Masa tengah queue, terjumpa satu grup Msia yang nak daki Rinjani gak esok. Ada la dalam 10 orang. Muka kerek je. Mentang2 la ada tshirt Rinjani. Huh eksen. Tau la kitorang takde tshirt Rinjani. Ada la sorang dua yang ajak berbual. Koh la rajin menjawab. Kak Kiah malas nak layan sebab tengok diorang tu pandang atas bawah lagi kat kitorang macam tak percaya je kami nak mendaki Rinjani. Eh see the leg lah.. kami pernah sampai Kinabalu tau! Wah begitu Kak Kiah cuba up diri sendiri dalam hati..

Padahal kaki tengah sakit menderita.. sob sob..

Setel je urusan, kami pun terus keluar dari airport. Terpana kejap bila tengok keadaan kat luar airport tu. Punyelah bersesak2 dengan warga Lombok! Ibarat diorang tengah tunggu retis, siap ada polis airport jaga lagi. Heran pulak Kak Kiah tengokkan. Dah la makcik2 Lombok dengan berkain batik, pakcik2 Lombok berkain pelikat.. Ada yang siap piknik kat tepi tu makan nasik beramai2 dengan anak beranak. Ada yang siap bancuh kopi lagi pakai termos. Dalam hati pikir diorang ni gelandangan kah?

Memang rimas sangat ok masa tu. Tapi sebab terkedu sangat, Kak Kiah sampai lupa nak snap picca.

*Anyway, afterwards baru Kak Kiah tau rupa-rupanya theyols ni mengantar sedara-mara pegi haji. Laa... macam tu ke. Kira sorang pegi sekampung mengantar la ni. Tak baik betul Kak Kiah ni menyangka diorang ni gelandangan kan.. hehee..

Like I said in my previous entry, kos pakej Rudy termasuk pick up dari airport. Since kami sampai awal, kami cadang nak ke Kuta dulu untuk pergi Tanjung Ann. Jadi orang Rudy akan pick up kami di Kuta dalam kul 12pm.

Apa2 pun nak isi tembolok dulu. Tapi Kak Kiah tak pasti nak makan kat mana. Dalam nota Kak Kiah (which I prepared long time ago), ada satu kedai depan airport namanya RM Cahaya. Kat situ ada Ayam Taliwang katanya. Jadi Kak Kiah assume ada dalam kawasan airport tu la. Jalan punya jalan, tak nampak pun kedainya. Last2 nampak satu restoran ada jual Ayam Taliwang. Kami pun masuk je lah sebab dah lapar sangat.

Dalam menu ada Ayam Taliwang tapi portion ada untuk 1 ekor and ½ ekor. Kami amek ½ ekor and nasik putih 2 pinggan.

Sekali tu bila sampai Ayam Taliwangnya alahaiii... cinonetnya! Nak kena share pulak tu.

Ayam Taliwang yang femes di Lombok
Takpelah lapar punya pasal bedal aje lah.

Verdict? Sedap sangat hokeh!! Pedas nak mampos tapi memang sedap gilers! Dia punya sambal tu ada 3-4 jenis.. and each tu lain2 rasanya. Kalo mix together sambal2 tu memang yummyyy...

Kak Kiah memang rekomen sapa yang nak ke Lombok sila makan bende alah ni. Sebab kedai ni dalam kawasan airport, harganya agak mahal (we paid ~50,000 rupiah each for our lunch dengan ayam share tu). But if u go to RM Cahaya (which we found out afterwards terletak di luar airport – kena amek cab or ojek) harganya lebih murah ~38,000 rupiah ayam konker sorang.

Lepas makan Kak Kiah pegi ke toilet kat airport tu. Sekali tu tekejut beruk sebab nak masuk toilet kena bukak kasut. Omaigadddd!!! Kena kaki ayam okeh!! Kasut kne letak luar. Adoi rasa macam nak nangeh tapi sebab nak terkucil sangat terpaksa ku ikut bukak kasut. Tengok warga2 Lombok rilek je masuk. Ada yang siap tak kunci pintu lagi. Nangesss kegelian...

Dalam otak masa tu macam2 pikir. Ok kena open Kiah. This is Lombok, not Malaysia. Kena bersedia mentaliti akan tengok benda2 yang tak terjangkau akal.

On the way nak kuar dari toilet, ada pulak kakak tu mintak 2,000 rupiah. Eh pelik pulak Kak Kiah sebab tengok orang lain takde pun bayar. Dia kata untuk air api kat toilet. Kak Kiah buat muka bodo je tak kuasa nak layan. Cepat2 blah..

Balik dari toilet, Kak Kiah pun lalu kat satu kaunter ni nak tanya cemana nak ke Kuta. Diorang kata kena naik cab sebab takde bas dari airport. 

Lepas tu ada la sorang mamat ni dok la follow kitorang suh amek keta sapu diorang. Caj sampai 100,000rupiah. Kitorang takmo la sebab ingat nak amek teksi bermeter. Lepas tu dia dok la mengekor and dok push2 lagi. Tensi giler masa tu. Dah la tengah panas terik. Umat Lombok lak bersesak2 kat situ.

Akhirnya kami decide untuk jalan cari teksi. Bila nampak ada teksi, terus kami approach tanya ada meter ke tak. Mamat yang follow kami tu dan2 la turun harga 80,000 rupiah. Lepas tu bila kami keras takmo and nak naik teksi bermeter tu, dia siap sound apetah kat teksi driver tu. Macam warning ke tak puas hati ke apa. Ntah apa2 punya perangai.

I tell u lah.. orang2 Lombok bab deal ngan tourist sama ada hal teksi ke hal jual souvenirs ke memang agresif sangat. Kinda annoying actually. So please be prepared mentally bab ni ye.. Kena tau sket cemana nak deal dengan orang2 sebegini. Silap2 kalau kita berkeras dengan dia ludah yang kita dapat.. 

Eh panjang lak entry ni.. Hehee.. kan Kak Kiah udah bilang, storinya banyak dan panjang lagi diceritain. Jadi kita stop duluan. Nyambungnya di lain entry ya! Daaaa....

42 comments:

  1. Wah bestnya.....lama tak baca entry kak Kiah....Tak sabar tunggu entri yang selanjutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar ye MKL.. tau je lah KK ni bila bab menulis. Kadang2 hegeh huhu..

      Delete
  2. Kalau takde drama bukan Kak Kiah namanya ...:) Salam Eidul Adha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha that's right! drama queen kekdahnye. selamat hari raya mie!

      Delete
    2. Salam"
      Untuk kawan" from Malaysia yg mo bercuti ke lombok,,,silahkan hubungi kami via watshapp
      + 62 8223 7711 304
      Kami Zullombok transport siap membantu anda from AIRPORT LOMBOK TO HOTEL & DAILY TOUR

      SALAM....ZULLOMBOK

      Delete
  3. kak kiah dengan drama berpisah tiada hihihi jangan marah yer kak kiah
    salam aidil adha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidil adha MS! hehe.. mati la lepas ni semua ingat KK kaki berdrama bila travel.

      Delete
  4. yes, dah ada cerita baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. lama tunggu ker.. jangan sampai tak larat baca sudah. KK rasa sehari harus la publish 2-3 entry ni sebab nak cepat habis.

      Delete
  5. erkk...kena buka kasut?? pernah plan nk ke lombok..dan sekarang nak cancel gi lombok..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. weiii jangan kensel dulu... rugi tau kalo tak pegi lombok! baca dulu entri KK sampai abis baru decide k hehee..

      Delete
  6. kak, ko kene buat muka garang kak, baru dorang tak berani nak rapat lol
    ini pernah diperaktik kan dan terbukti berkesan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat garang cemana.. diorang awal2 dah panggil KK "kak ros" upin ipin.. terus kembang noksss.. ahaha

      Delete
  7. pergh gamble tul.. sibaek xkena tinggal huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeee sampai skrg KK teringat2 tau.. menakutkan la sungguh..

      Delete
  8. hihihi... baca kak kiah kejar katebang ke lombok.. pengalaman kite serupa.. sy kejar katebang ke busan... semput.. pancit terus.. dpt rs apa yg kak kiah rasa.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh tunggu story my next 2 trips after lombok.. lagi dasat dan mentraumakan pengalamannye huhu..

      Delete
  9. Kes kejar katobang berlaku kat den jugak..nak g Bandung..mass tu masih lcct l..faham2 la kan..siap panggil dah nama dlm lcct tu. Bkn salah den..sampai awal...barisan nak checkin tu pjggg...counter ckin satu jer bukak..
    Mmg hampeh Tull masa tu..sbb ikut group tour , nak settle by group yg 30 org..
    Berlari pecut 100m..berpoloh2 den tau..
    Sejak tu...x mo dah ikut pkej...travel small group lg sng..pling ngam 4 org jerr hokeyy....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh cemana KK terlepas pandang komen ni. sori ye lmbt reply..

      kalo travel grup ramai mmg renyah kan. nasib baik sempat fly ke bandung. kalu tak nangis la berhari2 jawabnya..huhu

      Delete
  10. uuuish part kena tinggal kapal terbang memang menakutkan. tak suka flight pagi tapi kekadang yang tulah paling murah. nebev ooo kalo before sejam tak sampai eport lagi. rezeki KK and Koh untuk sampai Lombok. hihi..

    mcm2 pengalaman kan kat tempat orang. kena buka kasut la apalah. unik and kalo kenang2 mesti gelak. tapi its okay kot sebab indonesia. cer kalo kat china ke memana yang huurm tara basuh kena bukan kasut oooops. kenot imagine hehehe..

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kalo masuk toilet kat china kena bukak kasut, sanggup tahan kot. aiyo tak lalu teman memikiorkannya pun dah kembang tekak..

      Delete
  11. Arggghhhh jeles nya ... dh pi Lombok. Nk juga!

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Definitely!! Antara destinasi wajib lawat di Asia Tenggara if u love nature..

      Delete
    2. Salam...
      Bago rekan" malaysia yg mo bercuti ke lombok, kami zullombok transport siap mengantar anda from airport lombok, call or watshapp
      + 62 8223 7711 304
      Email: zullombok73@gmail.com

      Salam,, zullombok transport

      Delete
    3. Salam...
      Bago rekan" malaysia yg mo bercuti ke lombok, kami zullombok transport siap mengantar anda from airport lombok, call or watshapp
      + 62 8223 7711 304
      Email: zullombok73@gmail.com

      Salam,, zullombok transport

      Delete
  13. aduhh...baca kak kiah berlari ke pesawat tu..JM pulak rasa semput..KK okey lagi krus..kalau badan JM ni...hurmmm...ada chance kena tinggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eii kalo ingat balik bab berlari ke katebang tu mmg horror lah.. Harap takkan jd la kes mcm tu lg pd KK. Tapiiii.. Nntkan story trip Cambviet nnt ya.. Ahahaha lebih kurang jerrrr...

      Delete
  14. boleh pulak dorang berkampung di luar airport camtu...dorang tunggu 'orang' atau mmg dia tdo mkn mandi kat situ...Kak Kiah x try interbiu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh hantar org pegi haji..

      Delete
    2. Uik JM baca terus komen eh? Hehe.. Ya antar orang pergi haji..

      Delete
  15. Ayam Taliwang yg kepala x di potong tu eh..JM pernah baca..mmg size ayam tu kecik je...sekor boleh habis mkn sorang ..kalau separuh then kongsi lak tu hurrm...leh la rasa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh KK mkn takde pulak kepala ayamnya skali.. Sbb order separuh kot huhu

      Delete
    2. zullombok transportJanuary 24, 2016 at 7:23 PM

      salam untuk rekan" malaysia yg mo bercuti dan butuh sopir untuk
      transport di lombok, kami zullombok transport siap membantu anda dengan harga murah pelayanan yg bersahabat ,,,just call or via watshap + 62 8223 7711 304
      salam zullombok transport

      Delete
  16. kena berkeras nganorang LOMBOK time nak deal? okey NOTED heeee..alamak masuk toilet perlu bukak kasut..ada alas lap kaki tak?...kalau dorang sediakan selipar ok gak...aduss!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde alas kaki noks!! Eee mmg geli sangat.. Org sana mmg kaki ayam masuk toilet.

      Delete
  17. Assalam KK.. question!!! How much KK habis dkt sana??? Siap lh hotel bagai tu... btw berapa hari KK kt sana??? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam atique. Leh refer sini ya: http://kakkiahsukatravel.blogspot.my/2015/01/lombok-summary-budget.html

      Delete
  18. zullombok transportJanuary 24, 2016 at 7:18 PM

    salam untuk rekan" Malaysia yg mobercuti ke pulau lombok
    kami zul transport siap membantu anda untuk sopir transport
    di Pulau lombok from Airport lombok dan semua tujuan obyek wisata yg ada di pulau lombok,,,untul info cal or via watshap
    + 62 8223 7711 304
    kedatangan anda siap kami tunggu
    salam ,,,zullombok

    ReplyDelete