Monday, January 26, 2015

SEOUL V3 – DAY 3: MOUNT SEORAK

Dalam kul 9am kami pun check out dari James Blue Hostel and menuju ke terminal.

Lai, Anim & Kin
Untuk ke Mount Seorak ni, kita boleh naik bas no 7 atau 7-1 dari Sokcho Intercity Bus Terminal. Tapi bukan dekat terminal dalam tu. Kena tunggu kat bus stop depan terminal. So carik la bus stop untuk bas 7 atau 7-1 ni. Tambang cuma 1,100won.

Perjalanan dari Sokcho ke entrance Mount Seorak ni biasanya cuma ½ jam. Tapi sebab hari tu weekend so memang jam giler babas. Dekat sejam sangkut, sampai tersengguk2 la Kak Kiah ni nak tunggu bila nak sampai.

Jalan jem nak masuk ke National Park Seoraksan

Jalan kaki lagi cepat - kata ahjumma tersebut
View of Seoraksan
Masih bersisa autumn
Entrance ke National Park
Bila dah sampai tu kena beli tix masuk kat entrance. Sorang 3,500won.

FYI, kat Seoraksan atau Mt Seorak ni kita boleh buat hiking ikut trail yang disediakan. Lebih kurang macam Hallasan la. Kalau ada masa lebih and jiwa kental skit boleh hike ikut Ulsanbawi course which one of the hardest courses la and amek masa about 4-5 jam pegi balik untuk sampai ke puncak Ulsanbawi. Tapi sebab masing2 ni semua gaya2 pun macam tak berminat nak hike plus masa pun agak terhad, kami cuma plan naik cable car je untuk sampai ke Gwongeumseong Fortress.   

Seoraksan National Park Map
Lepas beli tiket moh ler masuk
3 orang kekanak ribena
Anyway, walaupun masa ni dah penghujung autumn, orang tetap la beribu2 lemon. So sebab takut kena tunggu lama untuk naik cable car, kami pun terus ke stationnya dulu untuk membeli tiket. Harga tiket 9,000won rtn.

Sila beli tiket cable car di sini. Kat skrin atas tu leh tengok next cable car available kul brape.

Tiket cable car
Still kena tunggu ~2jam lagi untuk turn kami naik ke atas. Pergh gila lama.. So sementara menunggu tu, just ronda2 la park tu sambil snap2 picca.

Cantik
Cable atas tu untuk cable car
Matahari memancar tapi sebenarnya sejok ok
Welcome to Seoraksan National Park!
Me n Anim masuk air
Rombongan bebudak sekolah dan cikgi2

Pose sopan

Dapat la sikit pose ngan pokok kaler kuning

Cable Car Station
Kalo datang sini kena pack bekal la sebab takde halal food. Nasib baik la si Lai ada bawak banyak jajan leh gak kunyah2. Harap Kak Kiah ni dalam bagpack cuma ada sambal tumis je, nasik ke roti ke sume takde. Pagi tadi kalut tak sempat rembat roti.

1.30pm kami pun terus ke station cable car. Naik2 atas tu rupanya ada locker untuk simpan barang. Fuh lega.. Kak Kiah ni memang malas nak angkut bag pack tu naik ke atas. Tapi sebab masa tu cable car dah nak sampai, Kak Kiah tak sempat nak ejas apa barang nak bawak naik and apa barang nak simpan dalam locker. Dalam kalut2 tu just sempat simpan bag pack je. Henbeg terpaksa bawak naik.

Ayuh naik cable car!

Cable Car
Sempat selfie dalam sesak2 tu - dan dienteprame oleh awek kpop
Menuju puncak!

View di bawah
Tengok view sekeliling banyak pokok dah kontang2. Agak frust gak la sebab takde dah daun2 kaler merah kuning. Tapi takpe lah.. pemandangan masih tetap marbeles.

Batu2 granit membentuk Mt Seorak
View of Sokcho dari kejauhan
Naik tangga pulak
Sampai atas, kena hike sikit untuk ke Gwongeumseong. Kalau orang tak biasa, memang terpongeh gak la dibuatnya. Laluan tu pulak agak slippery so kena careful la.

Hiking to the fortress
Mendaki mendaki dan terus mendaki
Pokok2 dah gonjeng
Lai & Kin
After 15mins hiking, akhirnya sampai la kami ke Gwongeumseong Fortress. Yeayyy!!

Pemandangan yang memukau

Giler lawo..

Orang berdoyon-doyon

Yeaa tu dia pose wajib Kak Kiah in the House hahaha

Enjoying the view

Susunan batu hajat

The top of Gwongeumseong
Gwongeumseong Fortress ni dulukala merupakan istana kubu pertahanan zaman2 King Gojong dari diserang tentera Mongolia. Dikatakan ia dibina oleh dua oang general bernama Gwon and Kim so tu pasal tempat ni dipanggil Gwon-Kim Castle or Gwongeumseong. Dari atas fortress ni kita boleh tengok hampir keseluruhan view dari semua angle.

Diorang bertiga tu semua dah pancit and tak berminat nak naik sampai ke top Gwongeumseong. So sebab Kak Kiah ni kan selalu ala2 teruja semacam bila tengok batu, Kak Kiah naik la sorang2. Sebenarnya nak test kaki sendiri. Lepas fail di Rinjani dulu, Kak Kiah agak ragu2 dengan keupayaan fizikal untuk buat keje memanjat2 ni. So ni kira macam nak tengok la sama ada kaki kuat lagi tak.

Sempat snap dalam perjalanan ke atas
Lembah
Sayuuuppp..
Masalahnya dah halfway tu baru perasan, Kak Kiah bawak henbeg uols! Astagaaa… dah la henbeg mak datin. Macamana nak memanjat batu2 ni? Nak pass kat diorang kena turun ke bawah pulak. Last2 terpaksa la bawak naik skali ke atas. Nak pulak mendaki tu kena merangkak naik pakai tali. Memang seksa la sebab ada henbeg bertuah tu. Last2 geram punya pasal, Kak Kiah sangkut kat leher. Haa dah macam apa terjuntai2, berat lak tu!

Nasib baik takde orang gelakkan. Hiks.

Mencabar jugak nak naik ke atas tu sebab sempit kan. Kalo bertembung ngan orang yang nak turun kena la tergantung kejap macam spiderman.

Tapi bila dah sampai atas tu whoaaa... memang cun gilaks!

Alhamdulillah! My legs are still strong yeayy!!
I'm on top of the world!
Chillaxing semetar
Terperosok di celah batu
Ayuh come on u can do it!
Sokcho
Memang betul sesuai tempat ni sebagai kubu. Musuh dari jauh datang pun leh nampak.
Hoi orang2 di bawah! Dengar tak Kak Kiah jerit ni?
Tetaaaap nak enter prame
Kalo terjatuh ni omak ai.. tercucuk batu kat perut
Brader ni jual souvenir kat atas ni. Leh gak amek pic n print terus.
Sebab kat atas ni space limited, sorang boleh ada 10 min je untuk dok atas ni. So lepas puas cuci2 mata, Kak Kiah pun turun la.

Nak turun memang terkial2

Selfie sementara nak tunggu lane clear
Kak Kiah muka penat
Nak turun kena hati2 sebab boleh tergelongsor sini
Kak Kiah dan henbeg mak datin berjaya made it!
Tengok dari jauh diorang bertiga tu sume dok menunggu. Muka memasing macam boring je. Maybe penat. Maybe sejok. Maybe frust pokok2 dah togel. Hehe.. kesian theyols. Ikut style Kak Kiah ni memang macam ni la. Nak buat cemana.. Kan udah ku bilang jalan dengan ku emang gini stail nya ahaha.. Tapi ye lah bila tengok memasing muka dah paisey macam tak sabar2 nak balik tu, baru Kak Kiah sedar.. ok they are not that fit.. so Kak Kiah kena slow down sikit. Maybe sebab semalam gasak kan dari Seoul-Nami-Sokcho naik Seoraksan so mungkin badan diorang dah tak larat.

So apalagi terhegeh2 tu let’s balik!

Marilah kita pulang
Muka Kin macam nak telan Kak Kiah dah hehe.. penat beno ler tu
View anak sungai dari cable car
Dari Seoraksan ke Sokcho kami amek bas no 7. Kemudian dari Sokcho Intercity Bus Terminal kami amek bas direct ke Seoul. Harga 17,300won.

Bas kami pukul 4.30pm so kena la tunggu lagi sebab masa tu baru kul 3+pm. Kak Kiah pi la ke toilet. Balik dari toilet Kin & Lai bagitau ada sorang ahjussi ni ajak diorang threesome.

Whaaaaattt???

Kin cerita ahjussi tu memula tegur dia tanya nak ke mana semua tu kan. Dia pun layan la borak siap bukak kamus segala nak fahamkan apa ahjussi tu cakap. Ahjussi tu bole spiking sikit2. Tetibe ahjussi tu ajak diorang “have sex”. Tiga orang sekali dengan Lai. Diorang cepat2 jawab “No no don’t want”. Hahahaha nak tergelak Kak Kiah. Bila Kak Kiah datang balik, ahjussi miang tu dah blah. Tapi tengok muka Kin & Lai memang pucat masa tu.  

Yang sadisnya ahjussi tu naik bas skali ngan weols ke Seoul! Masa nak naik bas tu asek la terngendeng2 kat Kin. Hehee.. Kin langsung tanak pandang dia. Eee tak sangka pulak kat Sokcho ni ramai rupanya ahjussi miang. Dah la tua ganyut kulit berlapis2 ada hati nak usha awek2 gebu cam kami hahaha...

Anyway Kak Kiah rasa maybe sebab Sokcho ni sort of macam army base kot. Ahjussi2 kat sini pun ramai bekas2 tentera. Tu yang diorang pantang nampak awek luar.. meleleh2 air liur hehe.. Apapun lepas dua kejadian kat Sokcho ni, my impression towards ahjussi2 di Korea sudah pun berubah. Kena hati2 lepas ni.

Perjalanan ke Seoul amek masa 3 jam. Disebabkan ahjussi miang tu dok belah2 depan, dapat la kami membuta dengan aman sejahtera. Sedar2 je dah sampai Dol Seoung Bus Terminal. Dari sini kami jalan ke Gangbyeon Stn untuk amek Line 2 pastu transfer ke Line 4 balik ke Hoehyeon Stn.

Sampai je Namdaemun Guesthouse masing2 semua dah kepenatan.

Kak Kiah kena pindah bilik single and Lai masuk bilik triple. Sekali tu tengok bilik dia mak ai luas nya! Huhu untung la dapat tido buas sorang2.

Bilik single tapi boleh muat 2 orang

My toilet - takyah rebut2 mandi huhu
Takyah rebut2 hanger hihi
Takyah rebut2 remote tv haha
Malam ni kami dinner nasik instant and lauk sambal tumis je. Walaupun dapat bilik luas, tetap lah nak menyebok kat bilik diorang kan haha dasarr...

Lepas dinner Kak Kiah terus turun bawah terpisat2 mata dok depan PC untuk sambung buat assignment orang sampai 3 pagi. Beginilah nasib..

To be continued...

23 comments:

  1. K.Kiah, kitorang pun duduk bilik ni jugak mase pi awal thn lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik ingatkan uols selalu dok myeongdong.. sudah tukar ka?

      Delete
    2. sesekali bertukar angin... kebetulan bajet pun tak brape nak ade time tu

      Delete
  2. puas hati bila dah hiking penat2 pastu nampak view yang mcm tu...subhanallah!
    melampau sangat ahjusshi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang puas ati noks. rasa macam tanak turun.

      ahjussi sokcho mungkin tak biasa tengok pompuan melayu islam kot. tu yang main langgar je hehe..

      Delete
  3. Replies
    1. kalo time peak autumn rasanya lagi cantik kot. and oh ya.. time winter kalo snow memutih kat atas tu sure kebabom kan view nye..

      Delete
  4. Aikk..hilang plak post td.. taip balik...

    Breathtaking view ! suka tengok... gigih tol kak kiah manjat ya..he..he... meriah betol ada budak2 rombongan lagi. Besar biliknya... boleh masuk 2 org x? kak kiah, i carik email u kat blog x adala.. nak email boleh.. nk citer hal kija skit..ha..ha.. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK ni kan suka buat keje panjat2 nok.. pakkal je diorang semua tak berminat nak hike sampai ulsanbawi. kalo tak sure lama KK kat atas tu.

      bilik tu rasanya utk 2 orang kot. sbb owner GH tu terlmbat reply email, jd dia bg bilik tu kat KK sbg ganti. harga pun dapat diskaun.

      email KK n_syamila@yahoo.com nnt KK tgk ek kalo boleh buat..

      Delete
  5. Hebat KK naik sampai submit Mt. Seorak dgn beg Mak Datin...hehe.
    Permandangan kat atas tu memang superb ! Nak naik jugalah nanti. Kalau ada masa lama, saya minat hiking ikut trail yang ada.

    'Huhu...tido buas sorang2'...Glupp ..kelakarlah KK nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pegi korea ke belom ni noks?
      enjoy ok.. jangan buat hal panjat puncak tu bawak henbeg mak datin mcm KK aritu haha

      Delete
  6. Kalu SS nampak kak kiah sangkut handbag kat leher... SS gelak dalam hati je... He He He..
    Korean2 yang melambak kat Malaysia ni pon tak kurang miang jugak kak kiah... Datang sini nak having sex aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK kalo ingat balik adegan sangkut henbeg kat leher tu pun leh gelak sensorang hahaha..
      anyway, KK tak pernah jumpa korean yg dok msia ni. agak mmg diorang ni miang ek. ingtkan bersopan santun berbudi bahasa macam dalam drama2 tuh..

      Delete
    2. Bagus jugak laa Kak Kiah up entry macam ni... Supaya org lebih berhati2... Keep on blogging...

      Delete
  7. Xlarat nak naik sampai puncak haritu. Seriau tengok manusia2 yang turun berdoyon2. Haritu borak ngan Ahjumma dalam train, dia siap suruh hati2. "Nappeun saram, manha." Ha memang kena hati2 lah kan. Local sendiri yang warning tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. B pegi masa tu snow tak? rasanya kalo snow kat mt seorak ni sure gila lawo kan.. tp mmg dangerous la kalo nak naik sampai atas tu sbb mmg licin. KK je tah pesal hati kering sangat.. dah la kasut dah haus tapak huhuhu

      Delete
  8. 2 jam menunggu? same case to me KK waktu pergi Early Autumn dulu tapi waktu kami pegi daun2 pokok tu menguning dan me merah :-)

    alamak!! ahjussi miang...takutnya...perlu be carefull lepas nih..maybe ahjussi tu tertarik dengan Kin sbb cute cer kalau JM..pandang pun tidak....SELAMAT lah i heee. Apa2 perlu sentiasa carefull kan KK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya masa time JM pegi tu mmg peak autumn kat Seoraksan. Untung betul JM pegi at the right timing. Bab ahjussi miang tu tatau la.. Ahjussi2 sana mmg suka kot org2 melayu ni. Diorg kata mata kita semua ni cantik sebab bulat hahaha.. Dapat yg mix pakistan tu lg la naik daun agaknya diorg tgk..

      Delete
  9. Replies
    1. :) mesti pegi seoraksan tau kalo pi korea time autumn..

      Delete
  10. Kak kiah...kalau hiking ikut ulsanbawi course, return 4-5jam or one way 4-5jam? Hehe.

    ReplyDelete