Monday, January 19, 2015

SEOUL V3 – DAY 1: NAMDAEMUN GUESTHOUSE

Lama gak kami lepak kat airport tu seblom gerak ke Seoul. Sempat la berborak dengan dua orang awek Korea ni. Yang sorang tu bole spiking indon. Bila tanya apa diorang buat kat airport ni, diorang jawab saja datang. Pelik gak sebab office hour kot, diorang ni tak kije kah. Pastu ramah lak tu. Bila diorang cerita pasal kengkawan diorang ramai Indons yang telah convert ke Kristian baru la Kak Kiah faham. Oh mubaligh rupanya... Terus malas amek pot. Hiks..

Kalau nak tau memang ramai orang2 camni. Masa kat Jeju Airport dulu kami pernah diapproach oleh orang2 camni gak. Diorang akan cari yang bertudung. Pastu tanya2 sikit sebanyak pasal background kita pasal Islam, then hulur brochure pasal Kristian. Jangan risau jangan kuatir. Kita datang kan nak bercuti. Tak perlu berdebat2. Just amek brochure tu karang balik buang je dalam tong sampah. Mudah bukan?

Keluar dari airport mak oii sejuk bangat! Suhu -1 deg C kau!! Pergh dah winter ke apa ni?

Nasib baik tak perlu tunggu lama. Airport bus shuttle 6015 untuk ke Namdaemun dah pun sampai. Harga tix 10,000won bayar pada driver. Sepatutnya boleh amek cab sebab kami bertiga and bag troli pun bagak2 (mine is the biggest macam nak dok sini sebulan). And Kak Kiah pun tau lokasi bus stop agak jauh dari Namdaemun Guesthouse nanti. Tapi sebab kedekut punya pasal (bawak duit sikit kan) sanggup la amek bus.

Sepanjang perjalanan tu tersenyum2 simpul. Hik hik.. Bila tengok pokok2 merah kiri kanan jalan tu rasa macam seronok sangat hati. Tapi macam dah tak brape nak autumn dah. Maybe dah ujung2 and dah nak masuk winter dah ni kot. Takpe lah.. tetap cantik di mata Kak Kiah.

Muahaha winddduuuu...
Teksi oren! Aku rindu padamuuuuu!!!
Seoul aku datang!!

Sampai je Namdaemun, kami pun turun dari bas. Terpinga2 kejap sebab tak sure nak menuju ke mana. Kak Kiah pulak memang lupa nak save map direction airport bus stop ke guesthouse. So ikut gerak hati je. Berjalan la kami menonong2 dengan beg troli masing2.

Malangnya gerak hati tableh pakai. Ntah mana2 kitorang melencong tah. Siap turun pergi Shinshagae Mall lagi. Dah la nak keluar balik kena naik tangga and takde escalator. Macam lahanat je kena angkut beg troli tu naik tangga tinggi. Rasa macam nak putus urat kentut dibuatnya.

Last2 nampak jugak CU yang berdekatan dengan Exit 1 Hoehyeon Stn. Menapak la kami ke sana. Kena jalan lagi mendaki bukit dalam 15 minit. Dah la beg berat ntah apa benda Kak Kiah sumbat dalam tu pun tak tau. Cuaca sejok kemain sampai mengalir2 air idung. Tangan sampai kebas2. Brape kali kami terpaksa berhenti sebab mengah.

Padan muka kan. Kedekut sangat nak bayar duit teksi. Haha.

Tapi yang kesian tu tengok muka Anim la sebab dia first timer kan. Muka dah macam nak menangis je, agaknya sebab tak tahan sejok sangat kot. Dah la kena angkut beg naik bukit. Sesat barat lagi.

Hehe. Welcome to Seoul, Anim!

Akhirnya selepas berhempas pulas, kami pun sampai la ke Namdaemun Guesthouse. Pheww.. lega mak.

Ingat nak drop luggage je sebab check in time lambat lagi. Tengok2 receptionist takde sebab gi kemas bilik. So kami tunggu la sambil2 panaskan badan kat lounge tu.

Dah dekat kul 12pm baru awek receptionist turun. Katanya kami dah boleh masuk bilik terus. Alhamdulillah bole la rilek2 kejap dulu ni kan..

Not much yang berubah dari dulu. Service masih terbaik. Sepanjang seminggu Kak Kiah kat sini, memang ok la puas hati.

Ok jom tengok gambo bilik.

Triple Room (70KRW per nite)
1 katil dabel n 1 katil single
Ada air mineral, blow dryer, hanger sume cukup

Kin & Anim - ruang ciput tu je yang ada utk solat
Kami dapat tingkat atas sekali. Bilik triple ni kami amek untuk 7 malam. Biliknya agak kecik. Nak semayang pun limited space dengan beg2 bagak memasing kan. Tapi other than that ok je sebab ada toilet inside and facilities yang lain semua memang memuaskan. Kak Kiah dok bilik ini untuk malam ni. Nanti bila Lai sampai, Lai akan masuk bilik ni and Kak Kiah akan masuk bilik single.

Since Lai cuma akan sampai Seoul esok pagi, jadi hari ni kami takde plan apa2 sangat. Just merayap2 di sekitar Namdaemun Market & Myeongdong saja. So lepas rehat2, mandi n semayang, kami pun bersiap2 la untuk keluar. 

Kak Kiah happy dah sampai guesthouse
To be continued...

19 comments:

  1. Wah memang terserlah ke'happy'an kak kiah tu..
    gmbr bwh tu mmg pose wajib kak kiah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahaha pose wajib 'KK in the house' memang kne ada..

      Delete
  2. Replies
    1. hehe.. kena datang sana lagi best dpt tgk depan mata..

      Delete
  3. Gambar trademark KK bila happy...terbaek !. samelah GH yang KK duduk nie. Harap okeyla bila saya duk nanti. Bapa tgkt yea GH nie? and then bole ker kita masak bagai kat kitchen dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 3 floors - basement, 1st floor n 2nd floor. dulu KK dok kat basement ada kitchen and boleh masak tp now KK x sure ada lg tak dapur kat bawah tu. 2nd floor cuma ada microwave, fridge n sinki je takde dapo.

      bole email la diorg tanya

      Delete
  4. Replies
    1. hehe KK pun! tapi tatau la bila leh ke sana lagi sob sobs..

      Delete
  5. mrs surrender angkat beg turun naik tangga...tak dayo den haaa
    mcm nak terburai urat perut hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang beruntung la sapa yang dapat merasa angkut beg naik turun tangga kat seoul kan? pengalaman yg pastinya berharga tu kikiki..

      Delete
  6. Amboi Kak Kiah dah macam sireh pulang ke gangang... Hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi peribahasa terus.. balik kampung katanya kan hihi

      Delete
  7. Hahaha sampai Seoul, memang xsah lah kalau x turun naik bukit kan. Tapi lagi hiba kalau ayat sesat mengiringi perjalanan. Bertabah! Sian ke Anim. Welcome to Seoul sangat dia rasa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. memang hiba bebenor.. 1st day lagi Anim dah kena kesian dia. 2 hari dok sana terus kurus pinggang!

      Delete
  8. Patutnye KK amik airport tren AREX dari ICN pun xper...tambang one way ke Seoul Stn cuma 8,000 won jer...dah save 2,000 won kat situ...sokay, next time boleh la try naik AREX pulak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik AREX nk pi Namdaemun? Pergh lagi gila naik turun tangga dgn troli bagak tu noks. Lagipun AREX nye nearest stn kat Seoul Stn kot. Pastu naik subway lg. Kalo bwk beg sandang je boleh la buat.. Ini beg dah serupa nak pegi haji..

      Delete
  9. salam kak..nak tanya..sy akn stay kt guesthouse ni jan 2017..kalo cm kta nk kua g namsan, jauh x kak? lepas tu nk tnya, kalo nk g nami island dri guesthouse ni susah x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarak 1 subway stn je tp lembik gak la lutut kalo nak membetis ke namsan, so amek la subway turun ke myeongdong. Ke nami xde la susah if ikut.direction btul2. But mmg kne ikut route yg kk dh tulis kat entry nami island lah ya sbb ada naik subway, tuka line, naik itx, feri sume.

      Delete
  10. Kk pegi seoul ni tahun lepas kan? Tarikh bile ye? Sy pegi sni 22nov thun ni..late autumn gak ni

    ReplyDelete