Tuesday, January 20, 2015

SEOUL V3 – DAY 1: NAMDAEMUN MARKET & MYEONGDONG

Ikut plan memang hari pertama ni nak ke Namdaemun Market sebab masing2 dah target nak beli jacket, glove, stokin n boot to prepare us for the cold weather memandangkan harga sini lagi murah berbanding beli kat Msia.

So kami pun menuju la ke Namdaemun Market. Jalan kaki je sebab tak jauh kan.

Tapi sebab sejuk gedi, memang jalan kepit2 la.

Macam biasa Namdaemun Market memang sesak dengan manusia.

Namdaemun Market
Topi n snowcap kiut miut
Diskaun hebat sempena Xmas
Pakaian2 winter memang dah banyak jual so melilau2 gak mata mencari barang. Tapi diorang berdua je la yang rambang mata. Kak Kiah cuma telan air lior dulu. Cadangan asalnya memang nak beli boot, stokin n bag pack kat sini sebab Kak Kiah cuma pakai kasut sport je, stokin cuma bawak satu pasang and bag pack dah koyak (yang bawak gi Lombok aritu haha). Tapi sebab dah ada kekangan kewangan ni, Kak Kiah cuma beli stokin je. Cuma dalam hati berdoa semoga tak snow la.. Bag pack koyak takpe, leh stapler lagi hehe.. Yang penting, kena dulukan yang wajib2. Jangan sampai susahkan orang lain.

Anim & Kin mengusha jaket winter.. sehelai cuma 10,000won!
Anim dengan jacket baru dan glove baru hehe
Sebab kami semua tak makan lagi, just beli kebab je kat Namdaemun Market. Dulu masa datang Seoul memang tak pernah berkesempatan makan kebab ni. So kali ni nak rasa. Harga pun murah je cuma 4000won.

Kebab Namdaemun - murah dan nyummy
Kalau sesapa nak makan kebab ni, boleh cari kat stall kebab halal ni kat exit 6 Hoehyeon Station.

Kedai Kebab di Exit 6 (Kredit: SarahInSouthKorea)
Lepas tapau kebab, kami ingat nak menapak je ke Myeongdong. Tapi cuaca memang sejok giler tak kuasa nak jalan. Jadi kami naik subway je. Lagipun nak topup T-money hari ni. Esok pagi takyah pening2 dah.

Pakai kad T-money yang dulu je so takyah beli baru. Cuma topup 20,000won untuk seminggu.

Kat Myeongdong pun sama sesak dengan manusia. Kami cuma cuci2 mata window shopping je kat sini. Ramai opis mate Kak Kiah kirim macam2 jenis kosmetik so kena la tengok berapa harga and kat mana nak beli dulu. Nanti senang datang terus je sambar. Tak yah pening kepala.

2 orang sedang menahan sejuk di Myeongdong
Kak Kiah di Myeongdong uolssz!

Ahaha akhirnya berjumpa si chenta hati.. Hiks i rindu kat u lah..
"I rindu kat u jugak Kiah", kata GD.. wakakaka mati la buat skrip
Tapi memang meriah sangat Myeongdong sebab dah start deco untuk Xmas kan. Jalan pun sesak dengan manusia.

Deco Xmas bergemerlapan sana sini


Deretan kedai2 di Myeongdong - still the same macam dulu2
Tapi oppa Jang Geun Seuk dah tak jadi duta NR.. sob sob..
Kedai kosmetik n skincare bersepah2
 

Walaupun kami semua berpakaian dah seperti beruang, tapi memang tak tahan sangat sejuk malam ni. Sejuknya sampai mencucuk2 ke tulang. Sampai nak ketik kamera pun tak kuasa.

Belum pukul 7pm kami dah pun balik semula ke Namdaemun GH. Tak larat uols nak menapak sejok2 camtu. Lagipun ingat nak rehat awal sikit hari ni memandangkan esok dijangka banyak berjalan dari pagi sampai malam.

Sempat singgah CU untuk beli nasik instant, telur & seaweed untuk sarapan pagi esok. Malam ni cuma dinner kebab kat bilik je.

Lepas dinner memang Kak Kiah tak tunggu apa tah.. fensan sudaaa.....

To be continued...

23 comments:

  1. Hui...bestnye shopping. K.Kiah, mana murah? beli kat kedai atau kat stall tgh2 jalan tu. And then bole ker kita tawar-menawar masa nak beli. Kalau bole tawar, berapa % yang boleh? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Namdaemun ni kalo stall2 tu memang bole tawar2. kalo nak diskaun cuba try cakap ni "kaka juseyooo" pastu kelip2 mata hehe.. nak tawar brp % tak tau lah pulak KK.

      Delete
  2. Replies
    1. KK suka namdaemun sebab macam2 ada. tp skang ni kalo jumpa melayu yang bersepah kat sini mcm sumbung2 sikit.. tak macam dulu.

      Delete
  3. Replies
    1. hehe tak tido malam tengok dia renung2 mata kita gitu kekekee..

      Delete
  4. Replies
    1. amboi MKL tang mana nampak baju cantik tu hihi.. tu semua topi daa..

      Delete
  5. Besar sungguh area Myeongdong nie. Tiap2 malam jalan sini pun tak habih khatam lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo pusing myeongdong tak sakit kepala lutut memang tak sah haha

      Delete
  6. Replies
    1. ha ah.. winter jacket kat namdaemun market mmg murah2. tapi kalo nak stylo2 sikit leh pi kat area ewha U.

      Delete
  7. Kak Kiah...I rasa kita berselisih la masa kat Seoul. FYI, Me & my frens went there hari yg sama & staying at Myeongdong. Bersepah org MALAYSIA masa tu. Tak terasa mcm pelancong..kejap2 jumpa cakap melayu..kejap2 jumpa lagi. Dan lg..utk kami ke sana, blog Kak Kiah adalah blog yg sangat membantu kami utk plan trip kami sepanjang short vaccay kami from 12-15 nov 2014 tu. TQ so much for infos. Sangat2 membantu. If tau la Kak Kiah pegi sama during trip kami tu, for sure I janji2 w u jumpa kat mana2 sbb nak say thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ahh.. mmg bersepah2 kan melayu kat myeongdong tu. ibarat kalau baling batu sure terkena sorang melayu hehe.. anyway betul la kot agaknya sure kita berselisih masa kat sana. KK pi myeongdong ni on the 13th. tapi takpelah tak sempat jumpa, i'm glad blog ni dapat membantu uols n the gang.

      Delete
  8. Rajin KK beli instant rice....kitorang siap bawak beras, sadin, bawang, minyak masak, roti etc semata2 nak save bajet utk food selama dok korea...lgpun dah plan nak makan seafood fried rice kat yoogane & 1st time nak merasa king crab yg femes tuh...tuh yg terpaksa kontrol bajet sgt2...huhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh dasat bawak beras.. Berat luggage dgn food je la ek? KK mmg suka instant rice sana sbb sedap giler mcm pulut2 sket. Siap beli bwk Msia lg hehe..

      Delete
  9. Hai Kak Kiah. First time baca blog Kak Kiah sebenarnya. Hehe. Best lah blog Kak Kiah ni. Sempoi! ^^

    Dasat lah dah 3rd trip ke Seoul. Siap dah pegi Busan & Jeju lagi. Kita baru 2 kali pegi Seoul. Huhu. Next trip for sure Busan & Jeju :)

    Kalau Kak Kiah peminat tegar Korean Drama, kita peminat tegar Kpop. Gambar yang ganti Jang Geun Suk kat NR tu gambar Tae Yeon, ahli girls group Kpop yang paling femes kat Korea. Yang Kak Kiah cakap Go Hara kat KTO tulah group dia, Girls' Generation / SNSD. Kita peminat tegar SNSD. Keke.

    Anyway, salam perkenalan Kak Kiah =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan kura2!

      pegi korea memang best. kalo kpop fans lagi la giler ek. KK ni buta sket bab kpop.. jarang layan inkigayo tu sebab seksi2 banget hahaha..kalo muka yang pernah kuar running man tu familiar sket tp still tatau nama..

      Delete
  10. ooo kak kiah... kwsn myeongdong ngan namdaemun market tu dokat ker? mcm blur plak saya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm jarak 1 station je. kalo jalan kaki melayu ada la 20 min kalo takde nyinggah2. kalo jalan mat saleh 10 minit kot.

      Delete
  11. kak kiah...maner yg best namdaemun or dongdaemun? sy 1st time nk pegi nie..

    ReplyDelete