Saturday, January 31, 2015

SEOUL V3 – DAY 5: HWASEONG FORTRESS

Dari Korean Folk Village kami balik semula ke Suwon Stn naik free shuttle bus. Sampai je kat Suwon dah kul 4+pm. Dari sini Kak Kiah tak sure cemana nak ke Hwaseong Fortress and pukul berapa tutup tempat tu. So kami singgah Tourist Information Center (TIC) untuk dapatkan maklumat. Tanak la pegi2 kang tutup pulak.

Masuk je dalam TIC tu kami pun tanya la kat sorang ahjussi yang kat kaunter tu. Dia macam tau2 je kami nak ke Hwaseong Fortress. Terus bagi instruction macam baca skrip and bagi kami kertas bertulis nombor bas untuk ke sana and nama Hwaseong Fortress in hangul so leh tunjuk kat bus driver. 

So kena naik bas no 2, 7, 7-2, 8 atau 13 pastu turun kat bus stop yang ke lima. Tapi Hwaseong Hanggeung tutup kul 6pm but kami boleh susur fortress tu sebab kalau waktu malam view fortress tu lebih cantik. Pastu ahjussi tu tanya lagi, “Do you understand?” then terus explain dalam BM pulak. Wahhhh impressive giler ok ternganga kami kejap sebab ahjussi tu cakap melayu. Haha. Tabik lah.

That’s why me sangat2 kagum dengan tourism industry diorang ni. Memang terbaek dalam memberi layanan pada tourists. Harap Pak Nazri Aziz take note. Tak maju industry pelancongan Msia ni der kalau setakat bagi anak kau bawak segerombolan krew n awek pegi melancong sana sini *eh tetibe

Sampai je kat bus stop dah nampak Paldamun Gate.

Paldamun Gate di tengah2 roundabout
Guard tower di Paldamun Gate
Tapi kami tercangak2 kejap sebab tak pasti nak ikut pintu mana untuk naik ke fortress. Padahal kat tangan dah ada pun map. Memula kami ikut jalan menghala ke Jidoug Market tapi pintu masuk ke fortress tu kunci pulak. 

Fortress di sebelah kanan Paldamun tapi tatau macamana nak naik atas
So kami patah balik ke Paldamun Gate. Sampai berpusing kat roundabout tu baru lah nampak entrance lagi satu ke fortress.

Hwaseong Fortress Map - i shud've studied this before mai sini
Masing2 semua muka dah keletihan. Dah la sejuk gedi, ujan gerimis lak. So lepas kami beli tiket (1000 won), kami rehat jap sebab masing2 pun lom solat lagi. Hopefully ujan kejap je la.

Kat situ takde tempat yang tertutup sangat so kami belasah je bergilir2 solat kat satu tempat macam pentas ni berdekatan toilet kat entrance fortress. Orang ada la lalu lalang tapi alhamdulillah takde yang sound or marah. Kak Kiah risau jugak sebab tempat tu macam city council punya.

Dah setel, kami pun start mendaki fortress. Nasib baik ujan pun dah benti, cuma cuaca memang sejuk la. Nak mendaki tu pulak kemain tinggi tangga2 nya. Berair idung ahkak..

Ayuh mari mendaki!

View of Suwon di waktu Maghrib
FYI, fortress ni dibina oleh King Jeongjo, 22nd king of Joseon pada tahun 1794-1796 sebagai tanda taat setia kepada ayahandanya yang telah mangkat dan untuk mengukuhkan benteng pertahanan kawasan di belah selatan. Lepas diserang Jepun, area belah2 Seoul ni macam tak berapa selamat. Jadi King plan nak pindahkan ibu negeri ke Suwon. Fortress ni mengelilingi bandar Suwon sepanjang 5.74km. Istimewanya fortress ni ialah ia dibina efficiently menggunakan sistem pembinaan yang canggih dan dilengkapi dengan bermacam2 jenis defensive elements macam floodgates, turrets, signal tower, watch tower, crossbow platforms dsb. Hwaseong ni jugak dilisted dalam UNESCO.

Tangganya kemain tinggi2
Di atas bukit
Harus enterprame
Masa ni memang sunyi. Takde sapa pun kat atas ni.
South West secret gate
Memula ingat nak naik kejap je. Takde lah nak round seluruh fortress tu sebab memasing semua dah sakit2 kaki. Tapi jalan punya jalan tak nampak pulak pintu gate untuk turun. So kena la kami terus berjalan sampai nak menangis la betis dan ketiak huhu..

Dah gelap oii..
Kak Kiah dah sakit lutut uols!
Bell of Hwoyon - simbol ketaatan ke apa tah..
Memasing udah pancit
View of Suwon at night
Contoh crossbow platform
Command Post
Menyusuri fortress
Kak Kiah muka dah penat
Sentry Post

Menuju ke North Gate dengan penuh sabar
Lama jugak dari south tu nak sampai ke north gate, Janganmun. I dunno about others, but for me view sepanjang2 tu memang cantik. Sayang piccas yang diamek dari kamera cap hayam Kak Kiah ni tak brape nak ohsem, tambah pulak tangan gigil kesejukan nak ketik kamera pun payah. Diorang bertiga pun jalan kemain laju. Maybe memasing dah tak sabar nak balik sebab dah lapar kan, mana ada kami makan sejak keluar dari guesthouse pagi tadi.

Hwaseomun Gate (West Gate) - tapi takde jalan keluar ke main road
Janganmun Gate (North Gate)
Akhirnya kami pun turun kat  Janganmun. Dari situ satu hal pulak nak patah balik ke Paldamun Gate sebab jauh. Last2 kami decide untuk naik teksi ke Suwon Station. Tapi bermasalah jugak nak cari mana nak amek teksi. Jalan punya jalan last2 kami sampai kat bus stop. Ah naik bas je la dah alang2 tu. Nasib baik bas yang ke Suwon Station ada lalu situ. Selesai satu masalah. Tapi bila dah naik bas, tatau pulak mana nak turun. Tadi masa datang macam dekat je. Kali ni macam jauh pulak. Nasib baik ada sorang minah Korea ni sudi membantu. Dia la yang bagitau nak turun kat mana. Fuh.. Tengah2 lapar n penat ni memang tak boleh berfungsi otak dibuatnya.

Dah sampai ke Suwon Stn, kami amek subway untuk ke Myeongdong. Transfer line kat Geumjeoung. Muka masing2 masa tu memang dah macam cekodok benyek. Semua lembik! Rasa macam nak tertido2 sepanjang perjalanan tu..

Sebab semua lapar, kami bersepakat untuk dinner di Yukaney aje.

Yukaney
Macam biasa order nasik goreng seafood. 

Proses memasak nasik goreng seafood sedang berjalan

Sedang menggaul nasik. Gambar dah siap tak sempat nak snap sebab lapar sangat haha..

Kemain melantak lagi. Tau2 licin je..

Lepas makan ingat memasing ni nak balik guesthouse la terus sebab Kak Kiah ingat diorang sure dah letih kan sebab banyak jalan tadi. Tapi rupa-rupanya ada energy lagi tu untuk usha kedai2 kat Myeongdong.

Myeongdong masih lagi meriah
Punyelah eksaited memasing tengok sale sana sini, semua free lotion free cream kalo boleh nak dicuba. Memang agak kepelikan di situ sebab Kak Kiah mati2 ingat diorang ni bukan jenis soping2 sangat kosmetik2 ni. Hari tu masa first2 datang pun cuma cuit gitu2 je. Kali ni memang kalau boleh semua kedai la nak masuk. And ada orang tu setiap kedai dia masuk dia akan tergoda untuk beli sumthing haha.. Tau2 je lah salesgirls kat Myeongdong ni. Dalam bahasa ayam itik diorang tu pandai jugak pujuk customer beli produk diorang.

Hai.. Kalau la Kak Kiah tau diorang ni taste beli2 kosmetik, Kak Kiah pilih guesthouse area Myeongdong je sepatutnya. Senang tiap2 malam boleh soping kosmetik hahaha…

Balik je guesthouse Kak Kiah lepak bilik diorang untuk diskas hal esok. Sambil2 tu tengok la krim apa yang dibeli semua. Wah memang murah ek. Nasib baik la Kak Kiah tak berapa nak berduit sangat. Customer janji nak bayar tapi tak masuk2 lagi pun duitnya.

Takpe lah hal duit nak soping esok lusa baru pikir. Yang penting sekarang ni urut kaki dulu. Gila babas tegang betis. Sambil mengurut tu layan marathon Running Man kat SBS and gelak sensorang walopun tengok dengan takde subtitle huhu..

Night uols!!

To be continued...

17 comments:

  1. Ish, cantik la hwaseong nie, kalau ada rezeki repeat Korea, nak pegi sinila... Myeongdong memang best. Tiap malam pegi jalan2 kat sini tapi tak beli apa pun. Suka environment dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hwaseong ni kalo nak datang, datang masa malam sbb view mmg lawa. Tapi jenuh la nak pusing fortress tu huhu..

      Myeongdong mmg happening. Seronok tgk salesgirls dok promo2 product diorang kan..

      Delete
  2. Cantik betul view kat atas tu ya. Tak sia-sia effort panjat naik atas tu sampai berair idong ahkak. Hehe! The best part is masa urut tu.. Bila dah penat jalan semua kalau dapat urut tu memang heaven!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu kalo mai Seoul takde sesi urut betis mmg tak sah. Ada org smpai serik nak pegi Seoul sbb kne byk panjat2 tangga ni (mak KK laa hihi)..

      Delete
  3. mmg slim lah kalau duduk korea...semua berbukit dan bertangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Brp hari je kat sini seluar masing2 dah longgar huhu

      Delete
  4. Lain dr lain, biasa org pegi royal palace tapi nie fortress. Mmg awesome waktu malam dengan settings cahayanya. Ok gak pegi Suwon nie, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni antara tmpt yg berbaloi pegi gak but that if u hv enuff time la, sbb dia kat luar Seoul kan. Kalo jenis history buff mmg KK rekomen masuk dlm itin.

      Delete
  5. Kak kiah ni memang suka walking and hiking la.... patotla selim melim tu... setiap kali xtvt, mesti ada jalan and memanjat...he..he.. tp iyelah kan, kat korea ni, kalu x memnjat, bkn ke south korea namo eh..ya tak...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha mmg ye bener.. Suka bab2 membetis n memanjat. Sapa yg join trip KK harus lah bertabah tak bole la nak style2 mak datin pegi melancong huhu..

      Delete
  6. Jelus dua benda ngan kak kiah... satu sebab kami tak jumpa jln masuk ke fotress tu. memg dh berhenti depn paldalmun gate kt tgh2 roundabout tu tp tengok pntu kunci, so tak terpikir pula nk keliling kota tu...huhu.. last2 merayau dalam palace yg kt hujung sana tu jer...huhuu

    satu lagi niat nk makan kat yookanae pun tak kesampaian..uwaaa... memang harus p lagi ke sana... ah, satu lg jelus kak kiah dapat tengok full autumn...huuuuuuuuu

    zinziemeewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh dpt masuk palace tu pun ohsem gaks.. Tapi jalan masuk fortress tu mmg mengkompiuskan sbnrnya. Kami dh hampir2 give up sbnrnya. Nasib baik la jumpa.

      Huhu takpe.. Ada alasan boleh ripit Korea time peak autumn. Jgn lupa singgah Yukaney ok. Nasik goreng dia mmg nyum nyummm..

      Delete
    2. wow!!! ada reason menarik kan utk pgi lg sekali..hehe. tp memg xpuas hati seb x dpt masuk kota tu, masa mask istana tu pn dok belek lg blog org..memg tau kata salah tp dh xnmpak jln kebenarannya...hehe

      Delete
  7. Kite ingatkan dah x mampu naik sampai atas..masa naik tangga tu rase mcm dah pancit je..tp x sangka berjaya gagahkan diri..yeeaa...rase mcm kemenangan bila da smpai atas tu..hihi...berjaye naik atas dgn k.kin walaupun slow..k.kiah n k.lai da jauh ke depan ms kt tangga tu ..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kesian anim... kurus betis dibuat dek KK paksa berjalan kan.. lepas ni kalo nak follow KK kena get redi kaki, komfem mmg ada acara panjat memanjat hehe

      Delete
  8. KK, sorry nak bgtau...arituh mmg ada makan kat Yoogane...mula2 confident dorang tak serve pork...lps makan n masa tgh amik gambar kat luar restoran tuh ternampak salah satu menu dia ada tulis "ham"....rasenye lps nie mmg dah x boleh makan lg kat Yoogane nie...klu x nak rase was2, better makan kat Itaewon jer la...xpun makan kebab yg KK beli kat namdaemun hari tuh...at least ada mention halal kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh ye ke? KK tatau pulak pasal benda ni. Kne check la ni latest menu ke apa sbb dulu mcm takde.. KK pernah go thru buku menu dia masa 1st dtg dulu.

      Delete