Showing posts with label Jeju Halmang Ttukbaegi. Show all posts
Showing posts with label Jeju Halmang Ttukbaegi. Show all posts

Sunday, May 11, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 2 – LUNCH HALMANG TTUKBAEGI

Dari Jusangjeolli tadi nak ke sini about ½ jam jugak le drive, walopun kat peta nampak cam dekat kan. Ni kira ok la.. Last year about 1 jam kami drive. Thank u ahjussi Mr Yang!

Anyway bila dah sampai area Seogwipo port ni, again Kak Kiah dok sengih sorang2. Haha teringat2 episod drama Eti-Nanny last year masa nak cari kedai makan ni and last2 Eti mengaruk takmo drive balik. Adoiyai memang takleh lupa betol... (seriously kat Jeju ni Kak Kiah asek dok terkenang2 kat Nanny je, apa khabar la dia agaknya ye?)

Untuk sapa2 yang nak mai kedai ni, alamatnya Kak Kiah takde salin but kedai ni memang mengadap port and dekat je ngan Cheonjiyeon Falls. So kalo drive n pakai GPS leh key in no tepon Jeju Halmang Ttukbaegi 733-9934, nnt jumpa le directionnya.



Menu sama cam last year hihi senang je.. Seafood Stew. Tu sume Mr Yang yang orderkan. Memula tu macam nak try gak Galchi Jorim (Hairtail Fish) yang orang kata sedap tu kan. Tapi harganya mak ai 45,000 won! Selain tu ada juga menu2 lain seperti di bawah ni:



Our banchan
Seafood stew - nampak tak udang tu? Keras okeh kulit dia!
Masa makan tu terus senyap mengadap food haha. Fuh ngidam habis makanan korea ni. Tengok Mr Yang sampai berpeluh2. Zuree plak dok excited sebab first time dapat makan ala2 cam korean drama katanya (oh she’s a big fan of all Korean stuff – tanya je apa pasal rancangan TV korea, sume tau minah nih!).

Semua sedap!
Tapi memang kenyang giler lepas makan. Rasa cam nak baring tido je huhu..

Anyway masa ni Kak Kiah dah nampak Zai ni cam pancit je. Then baru dia citer pasal kaki dia and dia tak brape fit nak naik turun tangga. Aiyaa.. Kak Kiah dok worry gak ler sebab actually Jeju ni not so much la kne berjalan, yang hazab masa kat Busan nanti. I wonder dia bole tahan tak bab menapak sampai lenguh2 kaki tu.. coz memang dalam trip merempit 3 hari ni memang takde maaf punya bab bejalan ni. Lagipun Kak Kiah dah remind dah before pegi hari tu make sure kaki kuat. Bukan la Kak Kiah concern sangat pasal kesihatan kaki masing2 (hehe jahat kan), tapi Kak Kiah takmo nanti bila dah selow jalan orang lain pun akan selow juga, lepas tu akan affect la schedule. Sebab masing2 ni bila plan kalau boleh semua tempat nak dipergi and Kak Kiah pun for sure la tanak ubah schedule sebab dah lama plan kan. Kak Wish wish dia stori awal2 before fly aritu, at least boleh Kak Kiah consider condition kaki dia seblom taram letak banyak tempat nak cover dalam 3 hari ni.. Hmm.. takpe.. we’ll see lah. Hope dia tak pensan la huhu.

Untuk meal ni kami bayar 12,000won per head.  Mahal? Oh actually yang ni memang dah plan awal2 nak makan sedap sekali kat Jeju & sekali kat Busan. Kira yang lain2 tu je yang sendiri2 bajet. So memang seharusnya dah allocate duit siap2 untuk makan ni..

Anyway, ada sikit masalah masa nak bayar ni sebab setahu Kak Kiah, Mr Yang punya bahagian tak include dalam harga 130,000won so kita kena cover meal dia. Ni yang apa Kak Kiah baca from blog and assume memang camtu la peraturannya. Sekali tu Kin bagitau dalam Whatsapp dia Mr Yang cakap 130,000won tu include meal n parking (ni Kak Kiah baru found out). Bila Kak Kiah tanya Mr Yang lepas tu (masa ni kami kat luar) dia cakap lunch dia memang guests yang bayar. So caner nak buat? Diorang tu dok push2 Kak Kiah suh tanya lagi Mr Yang and komfemkan balik. The thing is Kak Kiah tak faham kenapa diorang takleh tanya sendiri dah orang tu depan mata. Bukan nye Mr Yang tak reti cakap english pun. Kak Kiah dah tanya skali tadi and tu la jawapannya “lunch dia guests yang bayar kan”, takkan nak tanya banyak kali kot?

Hmm tatau la kan.. yang pertamanya Kak Kiah malas nak tanya lagi sebab ntah la, tak suka kot nak kira2 bab makan ni. Keduanya tatau nak explain macamana kat Mr Yang without tunjukkan yang kami ni cheapskate sangat bab makan pun catu2. Ketiganya masa ni Kak Kiah dah mula sakit kepala berdenyut2 and tak kuasaaaaa sangat nak mikir. So masa tu Kak Kiah decide, takpe lah, bab ni biar Kak Kiah la blanje je bahagian Mr Yang. Serabut sangat lah nak dengar orang dok bising - “Apa kata cuba tanya dia...” “Apa kata akak suruh dia..” . Makanan pun dah masuk perut.

*Apepun lepas kami dah balik malam tu, theyols decide to add 2,000won sorang untuk cover meal Mr Yang. Alhamdulillah walaupun Kak Kiah actually tak kisah pun nak bayarkan since Kak Kiah  sendiri yang malas nak tanya lagi sekali kan and lagipun memang my mistake la sebab tak dabel check ngan Mr Won dalam email. So if sesapa ada amek driver, please check ye bab makan ni include atau tak. Jangan jadik cam kami, masa dah dah abis makan baru nak tanya.. Hai serba salah jadinya. Tapi untuk hal ni, Kak Kiah wajar menerima cercaan kerana telah menyebabkan travel mate kerugian 2,000won sorang untuk cover kos makan Mr Yang. To some 2,000won tu ala kecik je RM6 kan tapi mana tau kan 2,000won tu mungkin menyebabkan dia kekurangan wang untuk membeli souvenir. Who knows kan haha. 

So ok dah kenyang semua? Next destination – Jeongbang Falls! Ayuh kiteee..

Friday, May 17, 2013

JEJU-SEOUL - DAY 3 - OEDOLGAE & JEJU HALMANG TTUKBAEGI

Restoran seafood yang kami nak pegi tu namanya Jeju Halmang Ttukbaegi. Restoran ni antara yang dilist kan oleh Jeju Tourism boleh dimakan oleh muslims, sebab stok nye pakai ikan bilis bukan daging whatsoeva. So agak konpidenlah Kak Kiah nak bawak mereka ni makan sini.

Jeju Halmang Ttukbaegi (No 19) - Tel : 733-9934
Malangnya alamat takde. Yang ada cuma location dalam peta n no tepon. Bila cari pakai GPS guna ‘location by name’ pun tak jumpa gak. So weols tuju ke Oedolgae dulu sebab kalo tengok map macam dah dekat je. Cadangnya nak tanya la orang2 kat situ nanti.

So dalam kelaparan kami tiba di Oedolgae. Ni actually one of shooting locations untuk drama Jewel in the Palace atau Daejanggeum. Untuk masuk sini free je. Lagipun tengok dari atas je, tak yah turun bawah.

Masa ni Mak memang dah pancit. Dia tanak turun, nak stay dalam keta je katanya. So kami berempat pun pegi la. Memula skali singgah gerai kat situ beli kuih bentuk ikan berinti kacang merah yang nama bungeoppang tu. Dah kelaparan sangat katanya, muka memasing pun dah macam nak pengsan.

Bungeoppang - sedap dimakan panas ketika cuaca sejuk
Then kami snap2 picca. Tak lama pun kami kat sini sebab kesian kat Mak takut tunggu lama. Anyway, ni antara gambo yang diambik.

Oedolgae
Oedolgae ni jugak dikenali dengan nama General Rock. Konon2 masa zaman dulu tentera Mongolia nak datang serang Jeju. General Choe-yeong hiaskan batu tu nampak cam sorang general tentera yang beso. Tentera Mongolia pun tak jadi nak serang sebab takut.

Before gerak, gi singgah satu kedai kat situ untuk tanya location restoran tu tadi. Ahjumma kedai tu lak takleh speaking london. Ada sorang oppa tu nak tolong set kan GPS pun tak reti sebab GPS kami in english. Nasib baik la si Eti ni akal dia panjang skit. Since hp dia leh wat call, dia pun call restoran tu untuk dapatkan direction untuk ke sana. Katanya dekat ngan Seogwipo Port and Cheonjiyeon Falls.

So kami pun terus tuju ke sana. Rasa2 macam dah betul direction. Tapi sekali tu termasuk lorong kecik lak. Nak teruskan ada pulak kereta parking situ. Nak tak nak kena reverse menyerong. Dah la tepi bukit curam. Untuk membantu Eti, Kak Kiah pun turun la dari kereta. Skali tu Nanny pun turun gak. Nak bagi direction kat Eti suruh reverse tapi marah2 siap jerit2 lagi, as if macam Eti tu lembab sangat and tak pandai bawak keta. Yang Eti lak dah bengang macam tunggu masa nak meletup je. 
Drama sungguh masa ni
Kak Kiah masa tu gelak je sebab dah tatau handle drama diorang ni cemana. Last2 Kak Kiah blah gi turun bukit tu sorang2 pakai tangga, sebab Kak Kiah rasa restoran tu macam area2 kat situ. Lantak la diorang nak bercekau bertikam ke apa. Malas nak pikir.

Rupanya betul la restoran tu kat kaki bukit tu je. Cuma takleh parking la kat situ. So Kak Kiah naik atas balik n inform diorang. Masa tu tengok muka Eti & Nanny dah masam macam nak makan orang dah. Eti pun dah start bebel2, dia kata dia tak nak drive balik ni kang. Dia suh Nanny je yang drive. Hai letih dibuatnya. Perut dah lapar ni. Yang tua tak bole nak bersabar, yang muda pulak tak bole nak beralah. Rasa macam nak hanggukkan je kepala dua2 orang tu sekali dengan kepala Kak Kiah.. biar sume pensan..

Kami park dekat2 area Balai Polis and Seogwipo Port sebab kat situ je ada public parking. Jalan sikit la untuk ke restoran tu.

Jeju Halmang Ttukbaegi
Ttukbaegi ni maksudnya periuk tanah so food kat sini dimasak guna periuk tanah la. Kat sini broth nya pakai stok ikan bilis so insyaAllah takde masalah untuk muslims.

Bila dah duduk tu apalagi kan.. order lah.. Kami pilih seafood stew sama set untuk sume orang. Lepas order tu tetiba Nanny bagitau Kak Kiah dia tanak makan. Kak Kiah rasa dia geli or tak yakin tempat ni leh makan kot. Apepun memang mengada-ngada kan? Tadi tanak cakap, dah order dah pun. Kak Kiah malas nak layan n tanya apa2 lagi. Kak Kiah iye kan je lah. Kalo tanak makan kang, bahagian dia Kak Kiah makan la. Lantak la kalo kena bayar lebih.

Akhirnya dapat makan korean food.. yeayyy!!
Bila dah sampai makanan, masing2 pun jadi waras semula. Barulah ok skit suasana ada rasa nak gelak2.

Then Kak Kiah tengok Nanny makan jugak. Kak Kiah diam je la malas nak tegur. 

Konon tanak makan kan tadi.. hah licin..!
Anyway food dia memang best! Alhamdulillah. Mak punya lah suka. Taste dia kan. Kak Kiah lak jadi suka ngan kimchi white radish kat sini. Masa dulu Kak Kiah try kimchi kat Seoul macam tak sedap je. Kali ni sedap pulak.

Tapi ada satu benda tu kaler putih, rasanya abalone kot dalam stew tu.. eeee tak sedap langsung! Rupa cam jeli tapi keras cam ada kulit kat luar. Bila gigit dalam tu ada cecair rasa sabun. Yuckssss!!! Benda ni je yang Kak Kiah tak nak usik. Lain sume licin dibedal.

Hasil mentekedarah kami
Total cost KRW55,000 untuk 5 orang. Mahal ek? Takpe lah.. sekali ni je pun dapat makan korean seafood. Bila lagi nak rasa.. Lagipun sedap dan berbaloi2..

Lepas makan tu ingatkan dah abis dah perangai buat hal si Nanny. Kali ni dia cakap badan dia panas n tekak dia semacam. Pastu baru cakap dia takleh makan seafood. Eh geram betul lah. Tadi kenapa la tak cakap? Pastu bila food datang kenapa dimakan jugak? Kak Kiah serious tak faham orang cam ni tau. Hal nak makan seafood ni pun dah dicakap sebelum datang Jeju ni lagi. Memang Kak Kiah cakap nak try seafood kat Jeju. Takde lak dia cakap dia alah ke apa. Kalo dia alah, tentu la Kak Kiah tak sajes makan kat sini kan. Dah la ubat pun tak bawak. So Kak Kiah tatau apa masalah dia. Samada memang betul2 tak leh makan seafood or dia memang saja but perangai.

Fedap gila Kak Kiah. Malas nak layan. Amek gambo kat Seogwipo Port lagik best...

Then kami ke Cheonjeyeon Falls pulak... Nasib baik Eti nye mood dah ok nak drive.