Hari ni no
rushing. Lepas bangun pagi semayang n sarap, Kak Kiah tido balik hehe.. penat giler badan masa ni..
Bangun2 balik
dah kul 11+, roomate sume dah kuar. So siap2 ler mandi. Tengok cuaca pun cerah
je. So rasa tak perlu pakai berlapis2 dah. Target hari ni nak meronda University of Melbourne pastu pegi Cooks Cottage
kat Fitzroy Gardens and petang sket pegi Docklands & Eureka Skydeck.
University of
Melbourne ni terletak kat northern part and dekat je (kalo tengok peta) ngan
Space Hotel. So jalan kaki la dari Russell St tu menyusur Swanston St. Perut
lak dah berbunyi mintak soru. Ingat macam nak lunch dulu la kat Norsiah’s
Kitchen yang juga located kat Swanston St ni.
Tune Hotel baru bukak yang terletak juga di Swanston St. Rate per night 40AUD rasanya untuk double room. Lokasi agak jauh dari CBD (kena naik tram). |
Cuaca agak panas (terik actually) so ramai kakak2 sudah mula menayang peha |
Jalan punya
jalan tak jumpa pun Norsiah’s Kitchen. Last2 nampak satu kedai ni nama Nasi
Padang. Teringat aritu Chef ada cakap makan kat Nasi Padang ni sedap sikit la.
So Kak Kiah singgah sini dulu.
Kedai dia
kecik je. Tak la berapa grand cam Es Teller or Nelayan. But harga makanan
murah. Kak Kiah amek nasik putih, sayur, sambal telo & paru baru 6.50AUD
je.
My lunch |
Rasanya? Ha
memang kena sangat ngan tekak Kak Kiah. Nampak cam tak menarik kan, tapi
Alhamdulillah sedap.
Lepas dah
makan, Kak Kiah sambung perjalanan. Berapa tapak depan tu baru nampak Norsiah’s
Kitchen. Laa dekat je rupanya. Takde rezeki nak makan sini.
Lepas berpeluh
gak menapak, akhirnya sampai la kat Gate 3 University of Melbourne. Kira ni
macam self-guided tour la. Print map dari internet pastu tour sensorang. Kalo
orang lain maybe tak minat nak pegi U ni. Tapi Kak Kiah kan suka building n
feeling2 cam remaja balik bila masuk U ni huhu..
U may need
about 1 hr untuk tour ni. Ok la tu cuci mata..
So tengok
picca je lah ye. Untuk motivasi pada adik2 yang nak further studies gak ni.
Lihatlah betapa cantiknya universiti ni..
Usha peta dulu |
![]() |
Richard Berry & Elizabeth Murdoch Building - utk medic student |
![]() |
The Union House & The Old Quad (oldest building in campus) |
![]() |
The Old Quad yang macam castle |
![]() |
Natural Philosophy Dept & Botany Building |
![]() |
The University House - lecturer2 & staf2 dulu dok sini |
![]() |
Pokok2 bunga di penghujung musim spring |
The System Garden - taman kecik di tengah2 kampus |
Satu lagi bangunan botani |
Library yang paling beso - Baillieu Library. Met few Indons here. |
Engineering building |
School of Engineering entrance |
1888 Building - utk student postgrads |
Di celah2 bangunan |
Tempat students melepak2 |
Me in front of Chemical Engineering Department of coz huhu |
Dah puas jalan moh kita ke next destination
– Fitzroy Gardens!