Friday, January 9, 2015

LOMBOK – DAY 5: SENGGIGI

Dari Pelabuhan Bangsal kami menuju ke Senggigi. Journey about setengah jam and pakcik teksi tu bawak kami menyusur tepi pantai. Alhamdulillah sepanjang perjalanan takde apa2 masalah. Pakcik teksi jenis baik and tak banyak cakap, and kami pun just enjoy the view.

Sebelum ni kami plan nak stay kat Senggigi sebab Senggigi antara tempat tumpuan pelancong gak. Dekat sini ada jeti untuk bot2 yang datang dari Bali. Selain ada pantai yang cantik, kat sini pun boleh snorkelling and surfing. Kalo jenis yang suka sunset boleh layan sunset view di Senggigi Beach or pegi ke Pura Batu Bolong. Tapi sebab flight kami pagi2 esok, takut tak sempat pulak nak ke airport sebab dari Senggigi ke Bandara Internasional Lombok (BIL) tu agak jauh gak. Jadi kami dah book hotel yang lebih dekat dengan airport di Praya. Cuma untuk hari ni, kami akan singgah Senggigi untuk usha2 kawasan and beli souvenir sebelum kami amek bas menuju ke Praya petang nanti.

Anyway, dalam perjalanan tu kami ada bagitau pakcik tu untuk berhentikan kami kat mana2 tempat yang cantik untuk amek gambo. So pakcik tu dropkan kami kat satu view point ni.

Wah teruja amat Kak Kiah dibuatnya! Lawa gilerrrr view kat sini uolss.. macam kat Gold Coast!


lawaaaaaaa....

Tiga Gili dari kejauhan

Me, Gili T, Gili Meno and Gili Air

Pose nak cepat sebab takut pakcik teksi tunggu lama

Jernih biru airnya

Muka suka

Kat hujung tu boleh amek gambo lagi lawa kot tapi kami tak pergi sebab takut jauh

Mendamaikan

Lepas tu pakcik teksi berhentikan kami kat satu lagi viewpoint berdekatan Senggigi. Pun lawa jugak!

Pose dalam tengahari buta- muka pun dah nak rentung


Ada beting pasir di sana

Senggigi Beach dari jauh

Memegang ceper botol Bintang - beer kebanggaan warga Lombok

Jeti Senggigi

Colourful boats
Actually kami tak tau nak berenti kat mana kat Senggigi ni sebab tak sempat study map. So kami bagitau la pakcik teksi tu untuk dropkan kami kat Art Market sebab nak beli souvenir and nak cari Sate Bulayap, antara sate wajib ditry di Senggigi ni. Dekat area Art Market ni memang ada tempat jual Sate Bulayap. Anyway, pakcik tu cakap kat Senggigi ni harga souvenir agak mahal so dia sajes kami beli kat Mataram je. So dia bagi no hp dia kat kami in case kami nak naik teksi untuk ke hotel. Since kami pun tak sure last bus dari Senggigi ke Praya kul brape, kami rasa better jugak amek no dia as back up plan.

Art Market
Sampai2 je kat Art Market kami cari tempat untuk simpan beg sebab tak kuasa sangat nak mengangkut anak tapir tu. Tapi pusing punya pusing tak jumpa pulak tempat untuk simpan barang. Last2 kami tumpang simpan kat satu restoran ni namanya The Office. Tapi syaratnya kena order sumthing pulak.

Restoran The Office
Alang2 dah mengorder kan, terus la order lunch terus. Kami pun tengah lapar sangat. Takpe kang jumpa Sate Bulayap kang boleh makan lagi (begitu nafsu mentekedarah ku membuat decision).


My lunch - pais ikan and sayur goreng n kopi Lombok (total 85,000Rp)

Food dia tak berapa la. Harga pun agak mahal. Nasib la sebab nak simpan beg, otherwise Kak Kiah tak rekomen makan kat sini. Tapi sini ada wifi and nice view. So kami lepak agak lama gak kat sini sambil online update status FB untuk orang kampung huhu..

Bot2 di depan restoran
Nampak macam untuk display je bot2 ni

The boats again
Lepas makan, kami pun berjalan la menyusur Senggigi Beach untuk ke jeti sebelum patah semula ke Art Market. Kami santai2 je sebab takde rushing nak kejar apa2. Oh ya, kami dah buat keputusan untuk call pakcik teksi tu untuk hantar kami ke hotel di Praya petang ni sebab lebih mudah n convenient. On the way nanti boleh singgah Mataram untuk beli souvenir.

Sambil merayap2 tu kami amek picca je.


Senggigi Beach

Jeti Senggigi


View dari jeti

Peaceeee!
Sila baca dalam satu nafas dan bernada sinetron

Dermaga Apung

Sempat borak dengan pakcik pemancing ikan

Budak2 mandi - ada yang bogel nampak anu hihi

Kedai2 di sekitar jeti

Boleh cari jugak souvenir kat sini tapi tak banyak pilihan sangat

Pastu kami jumpa port tempat makan Sate Bulayap. Memandangkan ramai sangat yang cakap sate sini sedap, rugilah kalo tanak cuba kan?


Warung Sate Bulayap

View depan warung
Yang bestnya tempat ni, makannya bersila atas tikar. Fuh memang layan ok.. View cantik, angin tiup sepoi2 bahasa.. memang syiokk..
Kak Kiah dah macam tukang karut

Sate Bulayap - ada ayam, daging n hati. Yang berbungkus tu ketupat nasinya.

Air kelapa

Harga satu set Sate Bulayap ni 20,000Rp je. Air kelapa tu pulak 10,000Rp. Tapi memang terbaek gila lah sate ni. Sedap hokeh! Kuah dia pedas tapi memang power. Kitorang siap bungkus bawak kuah tu balik haha..

Masa makan tu sempat Koh pinjam hp tuan kedai untuk call pakcik teksi. Mintak dia pick up kami kul 4pm nanti. Then kami jalan patah balik ke Art Market.

Memang betul pakcik teksi tu cakap. Mahal barang2 kat sini. Nak tawar pun susah. Fridge magnet pun tak jumpa yang cantik. Tapi Kak Kiah beli jugak la sedikit cenderahati untuk kengkawan opis. Beli keychain 6pcs dengan harga 60,000Rp. And also dapat beli kain selendang tenun sasak untuk mak Kak Kiah dengan harga 50,000Rp sehelai. *Kak Kiah ada amek picca tapi tak ingat mana simpan, so kalo dah jumpa nanti baru Kak Kiah letak yek.

If sesapa datang ke Lombok ni antara barang2 yang boleh dibeli untuk souvenir ialah kain sasak, barangan pearls, dodol rumpai laut dan barangan ukiran kayu. Since Kak Kiah nye bajet agak tight, Kak Kiah takde la beli barang2 ni semua.

Dalam kul 4pm kami dah ready depan Art Market dengan anak2 tapir kami untuk tunggu teksi. Sekali tengok yang datang pakcik teksi lain pulak. Driver yang ni kawan pada pakcik teksi tadi. Ok takpelah. Tengok macam baik je so kami pun naik je. Berangkatlah kami ke Mataram yang terletak about 1 jam dari Senggigi.

Ok kita stop dulu. Nanti sambung ehh..

12 comments:

  1. huntong la bebudak tu semua kan boleh mandi laut jernih cantik bebila masa.. tengah2 hari rembang pun terjun laut jugak.. syukur jugak pakcik teksi baik and tak berkira. huhu memang spesis orang sana suka scam agaknya. nak tumpang beg pun berkira.. sabar ajelah..

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nak buat.. kat sana diorang mmg susah nak cari duit. tu yang manjang nak scam.. esp kalo tourists dr msia. tapi tak semua la.. ada jugak yang baik n jujur mcm pakcik teksi tu.

      Delete
  2. salam...nak minta no taxi....boleh tak email ke hanaomar09@gmail.com... tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Alamak no taxi ada pd Koh. KK tak simpan. To no worries. Kt sana bole try call Teksi Bluebird. Mmg byk sana teksi ni.

      Delete
  3. salam...nak minta no taxi....boleh tak email ke hanaomar09@gmail.com... tq...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam...nak minta no taxi....boleh tak email ke aziyati82@gmail.com... tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sorry KK tak simpan no pakcik teksi tu. Boleh cuba call Bluebird Cab je kat sana nnt pastu mintak no driver tu in case nk pakai servis dia lg.

      Delete
  6. Salam, saya nak minta nombor taxi bole tak? emel saya: hidayah117@gmail.com .. terima kasih ye blog ni sgt membantu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sorry KK tak simpan no pakcik teksi tu. Boleh cuba call Bluebird Cab. Nnt amek no driver tu in case nk pakai servis dia lg.

      Delete