Thursday, January 22, 2015

SEOUL V3 – DAY 2: NAMI ISLAND

Pukul 1 pagi Kak Kiah dah bangun. Terkebil2 dalam gelap. Member berdua tu kemain layan berdengkur. Penat sangat gamaknya. Rasanya macam tableh tido dah sebab dah biasa tido sehari cuma 3-4 jam je.

Dah bangun mandi dulu. Sebab semalam lepas makan memang terus tido hehe. Then Kak Kiah turun ke level bawah sebab nak guna public PC. Teka buat apa? Haha kena siapkan assignment orang la. Kesian kan Kak Kiah? Tak senang nak bercuti. Kalau ikutkan memang malas nak buat sebab yang job thesis dulu pun diorang tak bayar lagi. Tapi kalau tak buat sakit jiwa pulak sebab client dok email and push2 suruh siapkan by esok. Lagipun client kata nak bayar dalam 2-3 hari ni. Kalo ada payment ada lah fulus untuk Kak Kiah kat sini.

So di kala semua orang sedang lena dibuai mimpi, Kak Kiah dok la sorang2 tercanguk depan PC dok buat assignment orang pasal IT outsourcing, risks, security protection, confidentiality.. tah apa kejadah menatang lagi tah..

So to those yang dok kata Kak Kiah ni banyak duit sebab bole jalan sana-sini, harap boleh faham lah ye. Macam ni la susahnya Kak Kiah mencari duit. Even tengah bercuti pun masih ada keje tau. Beginilah nasib orang yang bergaji ciput tapi sebok nak bejalan kan huhu..

Tengah2 khusyuk buat keje tu, tetiba teringat sesuatu... ehhh.. hari ni 14 November!

Terus nyanyi dalam hati.

HAPPY BIRTHDAY TO ME
HAPPY BIRTHDAY TO ME
HAPPY BIRTHDAY TO KIAH!!
HAPPY BIRTHDAY TO MEEEEEEE!!!


Hahaha baru teringat rupanya besday Kak Kiah arini uolsss! Wah dah 39 dah.. tua beno rasanya hikss. Tapi tetap rasa happy & bersyukur pada Allah SWT sebab dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik and dapat celebrate besday kat tempat yang paaaaaling fevret di hati Kak Kiah.

Happy2 jugak, tapi besday girl tetap la gigih kena siapkan keje
*kesat air mata

Tengah2 khusyuk mengadap PC tu tetiba dengar bunyi orang masuk. Rupanya ada 2 orang Msia baru sampai pagi ni. Sorang tu pangkat kakak, sorang lagi much younger.. maybe anaknya. Sebab tengah ghalit buat keje, Kak Kiah cuma pandang and senyum je la kat diorang.

Sekali tu kakak tu tegur, “U Kak Kiah kan?” 
Erk. 
"I follow your blog u know..” 

Waaaa... kembang kuncup terus idong. Terus tersengih2 la macam kerang busuk. Tapi Kak Kiah tatau nak cakap apa sebab macam terkejut jugak masa tu. Ye lah blog ni takde lah banyak follower pun. Tapi terharu gak subuh2 dah jumpa peminat.. kekeke...

*Apapun thanks kakak yang menegur. Sori tak sempat nak bual panjang sebab Kak Kiah masa tu tengah rush nak siapkan keje. Walaupun kakak cuma tegur macam tu je, to me that was just like my first birthday present for today. Kembang hati rasa.

Anyway, sebenarnya ada lagi sebab lain kenapa Kak Kiah bersengkang mata tanak tido balik sampai ke subuh. Kawan Kak Kiah yang nama Lai tu dijangka akan tiba pagi ni. Dari airport Incheon Lai akan naik airport shuttle bus sendiri, cuma Kak Kiah kena tunggu kat bus stop kat Namdaemun Market nanti. Since Kak Kiah ni henpon ka wassap ka sume tarak, Kak Kiah just depend kat email dari dia untuk estimate kul berapa nak pegi tunggu kat bus stop.

Around kul 6am Lai email cakap dia dah kat Incheon. So Kak Kiah ada lagi 45 minit untuk bersiap2. Walaupun keje tak setel lagi, Kak Kiah tinggalkan je. Takpe malam kang sambung. Naik atas tengok Kin & Anim dah bangun. Lepas siap2, terus keluar. Kak Kiah sorang je pergi airport bus stop. Diorang berdua tak ikut sebab kejap je kan.

Elok2 je Kak Kiah sampai tengok ngam2 shuttle bus pun sampai. Bila nampak je Lai terus eksaited dedua maka berpelok2 lah kami sambil terjerit2 kesukaan. Maklom la dah almost 15 tahun tak jumpa. Happy giler dapat jumpa balik – kat Seoul lak tu haha.. And she’s still the same Lai that I know – gila2, havoc n happy go lucky. Pastu rupa maintain je, awet muda habis.

Sampai kat guesthouse ada la sesi suai-kenal kejap. Maklum la diorang bertiga tu first time jumpa. Kena tengok chemistry dulu. Alhamdulillah lega Kak Kiah bila tengok diorang ni kejap je dah mesra.

Lepas bekfes dan masing2 pun dah bersiap, about 8am kami pun keluar. Plan hari ni ialah ke Nami Island and then ke Sokcho dan bermalam kat sana sebab esok kami nak naik Mount Seorak. Anyway, walaupun malam ni kami tak stay kat guesthouse ni, kami dapat permission untuk tinggalkan barang2 kat bilik je. No need to bawak turun pegi receptionist pun. And free of charge summore. Best kan?

Untuk ke Nami Island Kak Kiah follow route yang sama macam dulu. Naik subway Line 4 ke Dongdaemun, then tukar subway Line 1 ke Cheongnyangni. Pastu amek train ITX ke Gapyeong. Sampai Gapyeong amek taxi ke ke Jeti Nami and then amek ferry ke Nami Island.

Kak Kiah & Lai sedang menunggu ITX
Dalam ITX kami semua kena berdiri sebab tak dapat seat. Orang pulak boleh tahan ramai dalam tu. Takpe lah.. dapat tengok view cantik sepanjang perjalanan 45 minit tu.

Di penghujung autumn
Banyak pokok2 dah menguning dan gugur
Sungai
Dari Gapyeong Station kami ke Jeti Nami naik cab. Pastu beli tiket 8000won untuk naik ferry.

Me kesejokan di Jeti Nami
Just like my previous trip, jejak je kaki kat jeti ni hati terus berbunga2 *background lagu Winter Sonata. Woohooo Nami Island here i come again!

Me on the ferry
Holllaaa orang di sana!
Oh Nami.. I'm back!!
Walaupun dah di penghujung autumn, view tetap ohsem. So masing2 tak tunggu apa dah.. keluarkan kamera dan terus pose sana sini bajet Malaysia’s Next Top Model haha..

Ok lah tadi dah citer panjang. Jom layan gambar pulak.

Welcome to Naminara Island! This is the pulau berbentuk karipap (or is it spender?)
White Pine Tree Lane
Muahaha teruja
Agak kau dah kenapa sedih beno?
Kak Kiah di train station - boleh naik ni kalo malas jalan
Sarangheyo versi 2013 di First Kiss Table
Love love love!!
Pose sama macam dulu - with my fav kapel
Masa tengah2 melayan view tu ada sorang adik dari Msia ni tegur, “Ni Kak Kiah kan?” Whoaa.. tak sangka dalam sehari boleh jumpa 2 orang follower blog kat Korea ni. Sempat la kami borak kejap and amek2 gambo. Fuh fofuler rupanya ahkak ni rupanya yek (sila jangan muntah baca keh3x)..

*To adik yang jumpa Kak Kiah aritu, Kak Kiah nak say thanks to u sebab sudi tegur. Another great birthday present for me indeed!

Bangunan ni dah ada kedai halal jual asian food
The menu - macam biasa ada nasik, mee semua
Musolla dalam Book Cafe
Buku disusun hingga ke siling - kretip!
Since masa ni dah masuk waktu zuhur, kami solat dulu.

Lepas solat, perut pun lapar so kami nak lunch dulu. Since dulu Kak Kiah tak berkesempatan nak makan nasik goncang, kali ni nak cuba la rasa. Memula tu macam tercangak2 nak cari Yeonggajiga Cafe ni kat mana. Rupanya kat hujung bangunan yang ada musolla tu je.

Yeonggajiga Cafe

Cantik kat depan ni
View cafe dari jalan depan
The menu
Kak Kiah pernah baca macam2 review pasal nasik goncang ni. Ada orang kata hanyir la macam muntah la. Ada lak yang kata sedap nyum nyum. So kami sepakat nak share je sebab takut tak kena dengan tekak kami. Kami order nasik goncang dengan korea tuna.

Kak Kiah beriye menggoncang nasik
Inilah rupanya
Dari segi rupa memang tak memberangsangkan.. tapi memang sedap uolssss! Menyesal order 1 je share berdua hehe.

Inside the cafe ada banyak gambar2 shooting drama yang dibuat kat Nami ni. So that's why people call this cafe "Drama Cafe"
Lepas perut dah kenyang, kami ronda2 lagi Nami. Dulu Kak Kiah ronda pulau ni naik beskal, tapi kali ni kami berjalan kaki je. Seronok jamu mata dengan view autumn yang cantik sini.

Merah meriah sana sini
Sarangheyo!
Caaakkk!!
Metasequoia Lane
Feeling blues
Ibu dan kopeknya
 

Dah banyak gugur daunnya

Di tepi sungai
Peaceful
Daun2 keemasan
Matahari petang

Guesthouse - boleh dok sini kalo berminat
Di atas hamparan dedaun
Gadis2 manis
Really love the view here

Maple tree
Yeayyy!! Sukanya kau Kiah

My fav pose haha - which means i'm very2 happy
Pisahkan cinta itu Kiah!
Besday girl sangat gumbira
About 4pm kami pun gerak balik sebab lepas ni nak ke Sokcho pulak. 

Nami Island di waktu petang
Moh ler balik weh

Tataaa..!!
Senja di Nami Island

Walaupun berat kaki nak melangkah pergi, namun terpaksa jua meninggalkanmu. Selamat tinggal Nami! Tak tau bila boleh datang sini lagi.

Annyeongggg.. sobs sobs...
To be continued..

21 comments:

  1. Happy belated birthday Kak Kiah...
    tak tahan baca caption gambar KK..muahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Rafhani.. Huhu tp gambo punyalah banyak ek. Harap jangan sampai termuntah tengok gambo haha..

      Delete
  2. kelas kak kiah sampai ke korea peminat serbu

    happy belated bday kak kiah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beginilah nasib orang femes koh3x mati laa kuat perasan

      TQ for the wish Meng! :)

      Delete
  3. Happy belated birthday Kak Kiah! Untung dapat pergi Nami Island. Boleh buat scene ala-ala Winter Sonata. Heh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Pojie! Best memang best tapiiiii.. hero tarakkk.. sob sob..

      Delete
  4. santeknya permandangan kat nami island tu..
    wah..glamer kak kiah, smpai korea org kenal ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo jenis appreciate beautiful view and nature mmg akan enjoy tempat ni. Tp ada jugak yang rasa Nami ni overrated n tak faham naper org2 Msia suka pegi sini.

      KK ni takde glemer mana pun. Kebetulan jumpa orang yg refer blog ni untuk ke Korea huhu..

      Delete
  5. Happy birthday k.Kiah !. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

    Popular K.Kiah ye kat Seoul...ramai fan. Boleh vote utk Anugerah lalala....ekeke

    K.Kiah, just nak tanye sket pasal train ITX dari ke Cheongnyangni ke Gapyeong. Tiket train tu nak kena beli kat kaunter atau bole bayar aje dalam train? Free seat? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Ish! Pasal train tu kalo sampai Cheongyangni Stn, tuju tempat ITX pastu boleh beli tix kat mesin kat level atas. Kalo beli masa tu biasa mcm susah nak dpt seat. Kalo nk reserve awal, boleh beli online kot so dapat la seat. Cer google.

      Delete
  6. Wahh..glam lah kak kiah..p mana2 di serbu peminat!..mungkin sebab birthday u kot..he..he.. sayalah antara umat yg malas berjalan tu, yg naik train unicef tu..ha..ha.. lepas naik train, naik basikal pulak... sudah ada kedai makan muslim..bagosnya... baru kedai tu eh..? dulu mcm x ada ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu namanya rejeki di hari jadi huhu.. Oh skrg dh byk ek kedai makan halal. Senang utk org2 Mesia yg ke Nami nak makan. Takde lah kne bawak bekal macam dulu2..

      Delete
  7. Happy Belated Birthday Kak Kiah!!! Dah jadi artis sekarang, hehehe....Nami Island memang cantik. Actually ada lagi satu kedai halal dekat seberang Nami.Dekat parking2 bas tuh....Saya makan ayam pedas kat stu...sedap!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha retis la sangatttt..

      Wah ada lg ye kedai halal. Mmg govt sana skrg tgh naikkan betul industri makanan halal ni kan? Alhamdulillah..

      Delete
  8. Replies
    1. tulis blog suka2 nak merepek, tak sangka pulak ada yang sampai cam muka huhu..

      Delete
  9. Cantik gak Nami time autumn...tapi winter trip baru2 nie mmg tak singgah Nami sbb target nak gi main ski kat Elysian n ice fishing kat Hwacheon...alhamdulillah, tercapai hajat...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nami kalo ada snow mmg cantik time winter. Kalo takde snow mmg tak lawa la sbb togel je semua..

      Delete
  10. Assalam k.kiah..sy nk tnya,cheongnyangni station ada 2,yg mana satu ya..yg biasa @ yg line jungang?

    ReplyDelete