Monday, January 5, 2015

LOMBOK – DAY 4: GILI TRAWANGAN PT II

Lepas cukup masa bermalas-malasan sambil update status di FB, kami pun bersiap2 la untuk meronda pulau Gili T ni. Kalau ikut kaki memang tak larat dah nak berjalan. Tapi memandangkan kami cuma ada kat sini cuma sehari je, rugi lah kalau tak explore Gili T kan. Dah la memang tak dapat nak join snorkeling ke island hopping ke sebab esok pagi dah nak gerak balik ke Senggigi. Jadi masa yang ada ni kena la kami habiskan sebaik boleh.

Tengok2 suar Kak Kiah takde lagi yang bersih. Semua dah macam belacan. Yang bersih cuma suar tido je. So how? Belasah je la. Inilah hasilnya...

Kak Kiah getting ready to explore the island
Kak Kiah n cidomo
Dah serupa bibik indon kan? Hahaha ku redho ajelah. Yang kungajo tu ada yang ingat Kak Kiah memang orang Lombok, siap tak caya bila Kak Kiah cakap dari Malaysia. Lagi sadis bila ada yang ingat Kak Kiah ni mak kepada Koh. Warghhh!!! Buta kah?? Penghinaan tanpa batasan betol huhu..

FYI, Gili Trawangan is one of the three Gilis in Lombok (dalam bahasa Sasak, Gili=pulau). Yang lagi dua tu Gili Meno & Gili Air. Gili Trawangan ni pulau yang paling besar la and paling banyak dikunjungi pelancong. Kalo naik cidomo dalam 45 minit jugak la untuk complete keliling pulau ni. Oh ya, kat Gili T memang takde motor atau kereta. Transportation cuma cidomo or beskal. Kalo jalan kaki pulak, dalam 2 jam kena amek untuk pusing pulau ni. So boleh terpongeh gak la. Kos naik cidomo ni kalau short distance about 50,000 rupiah (~RM13) and kalau keliling pulau 150,000 rupiah (~RM40). Kalo sewa beskal cuma 15,000 rupiah (~RM4) sejam.
Map - Gili T

Memandangkan kaki pun tengah sakit and nak kejar sunset (kul 5.15pm dah sunset sini), kami plan nak amek cidomo untuk keliling pulau and then turun di sunset point, yakni di belah barat pulau, pastu jalan kaki balik semula ke Beach House.

So kami pun nego2 la harga dengan driver cidomo ni sebab kalau ikutkan kami tak complete pun pulau kan sebab cuma sampai sunset point. Tapi dia macam takmo kurang la sebab ikut dia, dia still kena bawak kuda dia pusing penuh. Last2 dia cuma boleh kurang sampai 125,000Rp je. Tu pun macam bengang je dia ngan kami sebab mintak diskaun.

Inilah cidomo atau kereta kuda padi
Me on the cidomo
Melalui celah2 lorong yang sempit
Naik cidomo ni mencabar jugak. Macam nak terpelanting memasing sebab lorong dia berbonggol2. Memang sakit montot. Nak amek gambo pun payah. Tapi seronok gak sebab ni first time Kak Kiah naik kereta kuda so ala2 jakunist sket.

Pastu si driver cidomo ni apehal tah tanak ikut route yang betul. Sepatutnya dia kena susur tepi pantai ke utara. Tapi dia sesuka hati mak nenek dia terus amek short lepas dari Art Market and masuk ke tengah pulau. Pas tu siap berenti lagi kat solok mana tah sebab nak jumpa kawan dia ke apa tah. Lama plak tu dekat 10 min benti. Kak Kiah agak, dia mesti bengang pasal kami mintak kurang tu and so dia cut short route kami. Tapi mengenangkan masa tu kat kawasan kampung mana tah, malas nak komplen. Asal kami tak diapa2kan sudah. Dalam hati pikir takpelah, hajat hati pun nak tengok sunset. Maybe kalo kami ikut route yang betul2, silap2 boleh termiss sunset sebab masa tu pun dah pukul 4.30pm.

Di bahagian center and north-west pulau ni, ada banyak kampung. Kalo tengok kondisinya macam menyedihkan la sebab rumah buruk2 je, tanah berdebu n kontang, pokok2 kering and banyak sampah-sarap. Sekali pandang rasa macam kat Bangladesh. And most locals dok kat area kampung ni la.

Jalan yang berdebu


Rumah2 kampung yang uzur
Menyedihkan
Kontang
Padang tempat bebudak kampung main bola
Kuda
Typical rumah golongan bawahan di Lombok
Lembu2
Kampung Kebun Kelapa nama tempat ni
Bila dah sampai kat pantai barat Gili T baru pemandangan tu bertukar. Baru la nampak resort yang cantik2 and mahal. Terus rasa macam kat Club Med. Tapi memang cantik pun area sini and rasanya banyak kapel2 yang berhanimun memang stay area ni.

Matahari petang
Pose2 orang kayah
Pantai ekslusif untuk tetamu2 Ombak Sunset Resort
Siap ada buai tu
Mbak Indon feeling2 tengah hanimun kekeke
Racing dengan minah saleh dan anak2nya
Saying bye2 to Arjun - the horse
Driver cidomo tu turunkan kami kat sunset point. Elok2 je kami sampai tu dah nak sunset pun. Fotografer2 pun dah bersusun je kat tepi.

Sunset Point, Gili T
Getting ready for sunset
Melayan sunset di Gili T
Actually Kak Kiah tak realize pun apa istimewanya sunset di Gili T ni sampai la matahari dah start menurun. Sekali tengok perghh.. cantik dan lain dari yang lain..

Mula2 ingat tu awan
Skali tu eh, Gunung Agung di Bali rupanya!
Matahari terbenam di balik gunung
Ciptaan dan keindahan dari yang Maha Suci

Love it! Awan membentuk kepala dragon..
Matahari dah tenggelam
Gunung Agung dari kejauhan di remang senja

Lepas puas snap picca, kami pun gerak la jalan kaki untuk balik ke Beach House. Perut pun dah lapar. Ramai jugak yang berjalan kaki atau santai berbasikal. Very the relaxing.

Sepanjang jalan tengok pemandangan di Gili T bertukar sekali lagi. Kali ni dah macam Las Vegas pulak dengan lampu2 yang cantik, bling2 sana sini. *Since masa ni Kak Kiah punya gambar banyak yang tak menjadi blur gegar kelam dan sebagainya, dengan ini Kak Kiah letak gambar view Gili T at nite yang dicilok dari other websites haha..

Kebanyakan cafe resort akan ada set buffet macam ni
Resort mewah
Bar
Tir Na Nog - Irish pub yang sangat femes di sini
Nampak banyak bar and pub sepanjang jalan. Memang jauh beza dengan pemandangan daif masa kat kampung Kebun Kelapa tadi. Sebab tu Kak Kiah rasa Gili T ni unik betul, one side untuk orang2 miskin, another side untuk orang2 kaya.

Dalam berjalan2 tu mata melilau nak cari tempat makan. Pekerja2 pub/bar ni dok la cakap kat Lombok ni 99% penduduknya muslim, jadi diorang claim makanan sini halal la. Sekali tu bila usha2, semua ada pork pork pork.. bacon bacon bacon.. Acaner tuh..

Akhirnya kami jumpa la satu cafe resort ni yang menunya takde porky2 ni tapi tetap serve beer bagai. Kami dinner kat situ je. Pasrah walopun harganya agak pricy. Anyway, lepas dah balik Msia baru Kak Kiah dapat tau boleh je nak dapat food halal and murah kat sini – tapi kat area jeti or kat warung2 dalam kampung. So if sesapa ada nak mai sini, please cek dulu pasal ni yek. Jangan jadi macam kami, makan seciput tapi harga sampai RM30 sorang.

Setel makan kami pun balik jer sebab dua2 pun dah keletihan. Sampai kat resort, ada sorang staf yang jaga cafe kat sini sebok la dok beramah-tamah dengan Kak Kiah. Asalnya tanya dia pasal hot water je. Tapi dia boleh ajak Kak Kiah pi masuk satu bilik ni, bilik orang kaya la hujung sekali.. siap ada pool bagai depan bilik (Kak Kiah cek harga bilik ni kat internet ~RM1k per night). Ingatkan dia nak tunjukkan apa la. Rupanya nak tunjuk ada kettle dalam bilik tu. What the..? Dah la kedudukan bilik tu agak tersembunyi. Memang sesuatu dan scary betol. Cepat2 Kak Kiah buat alasan nak balik ke bilik.

Bila dah kat sini baru Kak Kiah realize Gili T ni bukan la macam tempat2 lain di Lombok. Walaupun pekerja2nya ramai orang local yang Islam katanya and matawangnya masih in Rp, tapi yang memajukan Gili T banyak orang2 luar. Jadi Gili T ni memang penuh dengan anasir2 kebaratan. Pub and bar bersepah2. Even kat sini banyak yang menunjukkan yang diorang ni selamba je hisap ganja and amek drugs. Jadi pada sesapa yang nak ke Gili T, please be careful especially bila meronda malam2 kat sini.

Sampai bilik je Koh tak tunggu apa dah. Salin baju terus membuta. Balas dendam kot dapat tido atas tilam best hehe.. Kak Kiah tido agak lambat sikit malam ni sebab dok main Candy Crush sambil urut2 kaki. Dalam seumur hidup Kak Kiah, ni lah pertama kali kaki Kak Kiah injured teruk. Dulu panjat Kinabalu pun takde sehazab ni. Tanda2 awal penuaan kot uols? Haha.

About 11pm baru Kak Kiah dapat lelap. Nite2 Gili T!

16 comments:

  1. Lawak la citer kak kiah... dari pakai seluar tido sampai la balik urut kaki.. saya pon kdng2 sakit kaki jalan2...dulu masa 20s x de plok nak sakit2 kaki...huhuhu.... mmg begitu ya keadaan di sana, rumah buruk satu side, satu side lagi resort mewah2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. tua dah kot kita ni. actually effect sakit kaki ni sampai skrg KK masih lagi rasa. mmg worrisome la..

      Delete
    2. Salam"
      Bagi kawan" Malaysia yang bercuti ke lombok zultransport,siap menawarkan jasa sopir+ kereta murah
      Call or via watdhapp
      + 62 8223 7711 304

      Zullombok siap memberikan pelayanan terbaik,

      Salam

      Delete
  2. Kak kiah tak letak pulak gambar Koh bersama-sama. Boleh kami compare sendiri betul tak macam anak beranak, hehe...

    Jangan marah err KK, gurau2 takde batas. KK masih voguelah sebenarnya.. keayuan gadis melayu tetap menyerlah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha kami xde pic berdua rasanya masa kat Gili T ni. tp bila letak gambar sebelah2 mmg ketara nampak ibu dan anak tu kih3x..

      Delete
  3. Replies
    1. panjang HMMMM tu ha kena datang sini jawabnya huhu.. tengok depan mata lagi cantik noks..

      Delete
  4. gud job kak kiah..nak tgk budget pulak. eh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu bajet lambat lagi kot. ada lagi beberapa entry lagi tak abis.. tungguuuu..

      Delete
    2. Salam
      Untuk kawan Malaysia yg bercuti ke lombok butuh transport,kami zullombok transport siap mengantar from Airport lombok & semua tujuan
      Call or via watshapp
      + 62 8223 7711 304
      Email :zullombok73@gmail.com

      Zullombok siap memberikan layanan prima,,

      Delete
    3. Salam
      Untuk kawan Malaysia yg bercuti ke lombok butuh transport,kami zullombok transport siap mengantar from Airport lombok & semua tujuan
      Call or via watshapp
      + 62 8223 7711 304
      Email :zullombok73@gmail.com

      Zullombok siap memberikan layanan prima,,

      Delete
  5. hehehe adus candy crush tak abes =D hehehe.. time naik rinjani tu tak abes plak bateri eh KK ? mana mau charge hehehe.. turun bawah bleh gak charge.. cantik sunset and itu dia buaian tergantung itu. katanya pegi lombok kena amek gambar kat buaian tu.. ramai post kat instagram hehee...

    pakcik tu bawak cidomo lalu jalan lain sbb korang mintak diskuan kot hehe..

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
    Replies
    1. bateri ipad kk ni bole la tahan lebih 4 hari so ok la tak perlu caj selalu. buaian tergantung tu kk ingt khas utk customer2 resort kat situ jadi tak brani nak naik.. dah rugi la kan..

      Delete
    2. Salam"
      Zullombok transport siap menawarkan jasa sopir+ kereta,from Airport lombok dan kesemua tujuan Hotel wisata di lombok,call or via watshapp + 62 8223 7711 304

      Salam,,,zullombok siap membrikan service terbaik

      Delete
  6. Bestnya kak kiah....bab buai tgh laut tu yg syok

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tapi masa tu kaki tengah sakit tak bernapsu pulak amek gambo sambil dok atas buai. rugi lak rasanya..

      Delete