Tuesday, January 13, 2015

LOMBOK: DAY 6 - KUTA BEACH & BIL

Balik dari Batu Payung, kami singgah sat kat Kuta Beach sebab mamat berdua tu belum pernah sampai sini lagi. Tapi sayangnya air laut tengah surut so pantainya tak begitu memberangsangkan, tak macam masa kami datang aritu.

Pagi di Kuta Beach
Air belum pasang
Koh mungkin sedang melayan perasaan syahdu nak tinggalkan Lombok
Tash & Koh - ibarat kapel tengah bergaduh hehe..
Tak lama kami kat sini sebab kami nak kena gi airport dah. Lagipun perut agak lapar sebab tak makan lagi. Kalau sampai awal, sempat gak makan ni kot.

Sampai2 je Bandara Internasional Lombok (BIL), kami pose2 ala model dulu depan airport tu untuk kenang-kenangan. 

Bye2 Lombok!
Persahabatan antara 2 negara terjalin di Lombok.. chehwah..
Ntah bila laa dapat mai sini lagi kan. Kak Kiah masa ni agak sedih gak nak tinggalkan Lombok ni. Rasa macam banyak sangat kenangan manis suka duka kelat Kak Kiah sepanjang kat sini. Dapat tengok pemandangan cantik2, dapat kawan baru yang baik2 and dapat belajar pasal adat dan budaya orang Lombok yang unik. Memang rasa tak puas sebab tak sempat nak explore Lombok ni sepenuhnya due to masa yang terhad. 

So bila dah tiba masa nak balik ni, berat je rasa hati. Perasaan ni sama macam masa Kak Kiah kat Seoul dulu. 

Ermm.. apakah Kak Kiah sudah jatuh chenta sama Lombok? *senyum sorang2

Tengok jam dah kul 8.30. Cepat2 la kami pun masuk untuk check in luggage. Mamat berdua tu pun check in sekali walopun flight diorang lewat sikit dari kami. Setel je semua, kami pi makan kat kedai makan tempat Kak Kiah & Koh try Ayam Taliwang masa memula sampai aritu. 

Kali ni sebab nak cepat, Kak Kiah cuma order apa bende tah nama makanan ni. Macam daging salut lada gitu.


Punyalah pedas berapi bende alah ni. Memang terbakar! Dah la takde nasik. Tapi sedap la. Cabai Lombok katakan.. marbeles!

Lepas makan, Kak Kiah & Koh gerak dulu untuk masuk departure hall sebab flight kami kul 10am. Kami pun babai2 la Tash & Shai and sempat la kami bertukar2 fb n email address to keep in touch. Harus la kan sebab nak tengok gambar. Maklum la diorang berdua tu pakai GoPro huhu..

Untuk sesapa yang ke sini, jangan lupa ya untuk ketepikan airport tax sebanyak 150,000Rp.

Dalam airport ada jugak la kedai2 souvenir. Dari pengamatan Kak Kiah, harga lebih kurang sama je dengan harga yang dijual kat luar. Pastu lagi banyak choice and lagi cantik2. So sempat la Kak Kiah sambar 2 keping FM kat sini. Kak Kiah rasa kalo nak beli souvenir Lombok macam better beli kat airport kot lagi puas hati. 

Masa nak masuk flight tu bila tengok kiri kanan baru tersedar muka kami berdua dah macam warga Lombok nak datang kerja kat Malaysia. Hahaha memang rentung uolsss!! Tu laa.. Kak Kiah ni dulu sedap mulut ngata orang, pantang kulit gelap rentung je terus cakap muka kelombokan. Ha ni amek kaw.. baru brape hari je Kak Kiah pun dah serupa mbak Lombok. Kalo setahun dok sana, silap2 Kak Kiah pun dah ikat kain batik kat luar keh3x..

Alhamdulillah, flight kami selama 2 jam ke Senai smooth je and takde masalah.

Rinjani di balik awan. Kak Kiah was there uols!
Pukul 1 selamat sampai Senai Airport. Adik Kak Kiah pun dah tunggu dengan wife and anak2 dia. 

Sampai je rumah adik, Koh terus balik ke Batu Pahat. Kak Kiah lepak dulu sempat urut kaki seround dengan adik ipar. Fuh.. kaki Kak Kiah punya sakit memang tatau la nak habaq. Ibu jari kaki kiri sampai biru lebam. Pastu dua2 betis kebas. Tapi takpe.. Kak Kiah happy dengan trip ni. Berbaloi la rasa sakit kaki tu dengan experience yang Kak Kiah lalui sepanjang 6 hari ni. Thank you Allah..

Ok tamat lah sudah stori Lombok. Thank you pada uols yang sabar menunggu cerita ni habis hehe. Next entry - macam biasa - summary and bajet!

31 comments:

  1. Hee best best.. TQ KK sbb share keindahan Lombok ni kat blog.
    Insya Allah ada rezeki 1 fine day saya nak pegi jugaklah nanti :)

    Pstt.. next trip pegi mana pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk 2015 lom ada plan lagi noks.. tabung dah menyusut sob sobss..

      Delete
    2. Salam,,,
      Bagi rekan" malaysia yg mo bercuti ke lombok butuh sopir dan transport murah,zullombok transport siap mengantar anda,call or via watshapp
      + 62 8223 7711 304

      Zullombok transport siap mengantar anda... Salam

      Delete
  2. sambil bejalan kak kiah juga jumpa ramai kawan baru dalam trip nie..bestnya!
    tu lagi satu memori yang dapat kak kiah kutip :)
    adakah next entry korea bakal menyusul? yeaayy

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaayy.. suka kan entry pasal korea.. hihi

      Delete
  3. Tahniah kak...lepas ni update lg cite travel kak tu. byk entry menunggu tu..paling suka bile kak travel ke korea. dah mcm balik kg je gayanya..jelesss!!

    nnti kita dah kumpul duit nak ke korea..nak upah kak kiah jadi tourist guide okey

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha KK dah tak gi korea lagi kot pasni.. ubah angin ke negara lain puloks

      Delete
  4. Finally...KK berjaya juga menghabiskan ceritanya. Tahniah ! (Tepuk tangan 3x KK...hehehe). Insha Allah satu hari nanti saya nak ke sana juga. TQ atas tips and advise yang sangat berguna.

    ReplyDelete
  5. Tiba2 terpengaruh nak gi lombok jgk....insyaAllah one day....

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah mudah2an ada rejeki untuk jejak kaki ke sana k.. KK doakan..:)

      Delete
    2. Yuk berlibur ke pulau lombok, dan menikmati segala objek wisata yang ada di pulau lombok tentunya bersama kami. Disini juga kami menyediakan transportasi untuk anda yang tentunya ingin berlibur di pulau lombok. Call or WA : +62 822 377 11 304

      Delete
    3. Yuk berlibur ke pulau lombok, dan menikmati segala objek wisata yang ada di pulau lombok tentunya bersama kami. Disini juga kami menyediakan transportasi untuk anda yang tentunya ingin berlibur di pulau lombok. Call or WA : +62 822 377 11 304

      Delete
  6. Best best citer travel KK..mmg tak jemu2 baca...doakan saya dpt gi travel mcm KK jugak tapi tak dpt lah nk panjat gunung..hahhaa...semput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahaha macam la KK ni tak semput. tapi takpe.. tak panjat gunung pun, banyak lagi tempat2 menarik yg boleh dilawati kan. yg penting - idup hanya sekali, selagi boleh jalan kita jalannn!! haha..

      Delete
  7. Tamat sudah. Best baca citer kk ni. Ayat sempoi tapi kelakar. KK mcm supermeng malaya ..kelakar gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiks.. SM tu tahap diraja femes tak hengat punya blogger noks, KK ni amatur sangat. cuma kongsi pengalaman ikut pandangan mata sendiri je. apapun TQ sudi singgah baca cerita travel KK. me so honored! ;)

      Delete
  8. Replies
    1. true bro. memang mendamaikan mata dan jiwa.

      Delete
  9. hehehe orang cakap pengalaman yang dapat tu berbaloi dengan sakit2 sendi urat yang kita rasa.. dapat kawan baru.. tho ada pahit manis jumpa manusia tah apa2 tapi tu semualah yang best. tahniah KK akhirnya berjaya mendaki. balik rehat2kan kaki.. pi spa seround dua hehehe.. hehehe gigih CT bace smpai abes ni..

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ CT sudi marathon baca story lombok ni. agak sehari suntuk ye mengadap sampai khatam hehe..

      Delete
  10. kak.saya ke bali n lombok mac ni..so tq sbb blog akak yang osem ni bagi banyak idea utk ekspolore lombokssssssss... untung akak kenal koh n lain2.....saya akan jadik polower akak..go girlssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bestnya nak gi bali n lombok.. i is jelessssss!!!

      selamat explore lombok ye. try cover sebanyak mungkin tempat tau!

      Delete
  11. Assalam kak, baru je follow2 & baca blog akak ni memang kelakar & sempoi habis. Tq utk entri ni sebab hujung bulan ni insyaAllah ke Gili. Tang makanan2 tu buat menjejes air liur je ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuk berlibur ke pulau lombok, dan menikmati segala objek wisata yang ada di pulau lombok tentunya bersama kami. Disini juga kami menyediakan transportasi untuk anda yang tentunya ingin berlibur di pulau lombok. Call or WA : +62 822 377 11 304

      Delete
    2. Yuk berlibur ke pulau lombok, dan menikmati segala objek wisata yang ada di pulau lombok tentunya bersama kami. Disini juga kami menyediakan transportasi untuk anda yang tentunya ingin berlibur di pulau lombok. Call or WA : +62 822 377 11 304

      Delete
  12. KK .. mcm mana nak kontek rudy utk guide ke rinjani ?

    ReplyDelete
  13. KK ..nnt baca rep sy kt email ye.. tkt terlepas pandang..sbb sy plan nak ke rinjani..tgh survey2 guide n porter hehehe... ni email sy fatin_fazmieda@yahoo.com.my
    mekasih KK.. Nnt update lg pasal travel hehee

    ReplyDelete
  14. Salam.

    Zul lombok transport siap mengantar anda ke semua tujuan di pulau lombok
    Call or via watshap + 62 8223 7711 304
    Salam.

    Zullombok

    ReplyDelete
  15. #lombokisland
    #lomboktourmurah
    #lomboknesia
    Yuk berlibur ke pulau lombok dan menikmati segala objek wisata yang ada di pulau lombok tentunya bersama kami. Disini juga kami menyediakan transportasi untuk anda yang tentunya ingin berlibur di pulau lombok��. Call or WA : +62 822 377 11 304

    ReplyDelete
  16. #lombokisland
    #lomboktourmurah
    #lomboknesia
    Yuk berlibur ke pulau lombok dan menikmati segala objek wisata yang ada di pulau lombok tentunya bersama kami. Disini juga kami menyediakan transportasi untuk anda yang tentunya ingin berlibur di pulau lombok��. Call or WA : +62 822 377 11 304

    ReplyDelete