Tuesday, January 27, 2015

SEOUL V3 – DAY 4: BUKCHEON HANOK VILLAGE

Hari ni kami tukar plan untuk ke Changdeokgung Palace & Bukchon Hanok instead of pegi masa day 8 nanti. Takut lambat2 kalu, makin banyak daun2 autumn berguguran. Tak lawa pulak view masa Secret Garden tour nanti.  

Macam biasa dari Hoehyeon Stn naik subway Line 4 transfer to Line 3 Chungmoro pastu stop kat Anguk. Keluar exit 3.


Menuju ke Changdeokgung
Tiga sahabat - sudah terserlah kepenatan di wajah pada hari ke 4
Tapi sebab kami takde buat online reservation, kami just terjah je beli tiket. Nasib baik ada kosong lagi untuk english tour at 11.30am. So sementara nak tunggu tu, pagi ni kami ke Bukcheon Hanok Village dulu.

Merah daun2 autumn
Kak Kiah dan bunga kobis
Pada those yang pernah baca entry blog ni awal2 dulu mesti ingat kan macamana Kak Kiah tertinggal flight balik sebab gigih nak ke Bukcheon Village ni pastu sesat barat. Haha. Tableh lupa betul kenangan manis tu..

Masa trip dulu Kak Kiah cuma dapat cover 3 photo spots je dari 8. So misi kali ni ialah untuk mencover sekurang2nya 7 photo spots (takmo pegi spot #2 sebab dah pegi dulu).

Untuk mengelakkan sesat-barat, kami telah mengambik map dari Tourist Info Centre.

The 8 photo spots (ni cilok dari google bukan map sebenar)
Di photo spot #1 - Changdeokgung Palace di balik tembok
Rumah2 hanok

Silence plis.. jangan momokak yo
Seni bina yang cantik
Pintu kayu purba tapi ada alarm siap
Photo spot #3 Gahoe-dong Alley - belakang tu ada muzium and workshop untuk brg2 kraf
Spot #1 and #3 memang kacang sebab Kak Kiah familiar dengan jalan dia. Dulu kan sesat kat sini. Tapi masuk je spot #4-6 terus datang blur Kak Kiah.

One of hanok guesthouse - GAIN
Kanak2 riang main tengah jalan
Me and Kin
Rumah di photo spot #6
Rumah ni photo spot #7
Rumah hanok lagi
Kalau dapat dok umah cam ni, i can die in peace haha
Walaupun kami ada map, tapi jalan and lorong2 kat Bukcheon ni memang mengkompiuskan. Maka lama jugak lah kami berpusing2 dalam village tu. Dah la naik turun bukit. Kaki sakit toksah kata la. Yang bertiga tu pulak follow je and just depend pada Kak Kiah sorang untuk baca map. So memang agak stress masa tu.. nak2 bila tengok muka masing2 tension semacam bila tak jumpa2 spot yang dicari..

Bukhansan Hill kat belakang tu
Cantik scenery ni - superlike!
At the end Kak Kiah tatau la dapat ke tak cover semua spot. Lantaklah. Kaki pun dah sakit. Tengok jam pun dah kul 11.15am. Nak kena rush pegi ke Changdeokgung Palace lak pasni.

Pada sesapa yang ada plan nak ke sini, Kak Kiah nasihatkan untuk google dulu Bukcheon 8 photo spots tu and amek direction betul2, jadi takde la buang masa terkial2 nak cari lorong pastu nak figure out view apa kat photo spots tu. Kak Kiah ni dua kali pegi pun tetap la lupa nak google, lepas tu pening sendiri. And allocate ~2 jam kalau nak cover semua spots.

Apapun rasanya ok lah kot dapat tengok almost keseluruhan village and menikmati keindahan Bukcheon. Untuk fan kdrama macam Kak Kiah ni sentiasa aje teruja tengok rumah2 hanok ni. Maybe untuk orang yang tak brape nak berjiwa kdrama susah nak faham kot kenapa perlu bersusah2 naik turun bukit semata2 nak tengok rumah je. So kalau rasa tanak kena maki, get yourself prepared with map and directions, or travel lah dengan kengkawan yang sporting huhu..

Memandangkan Secret Garden tour kami start kul 11.30am, so kami pun jalan lelaju untuk ke destinasi seterusnya – Changdeokgung Palace. 

To be continued..

11 comments:

  1. Akak!!!saya menggagau cari Bukchon Hanok Village tu. jumpa spot #1 tu.siap amik gambar lagi.pastu x jumpa pintu masuknye...ahahaha terus beratur beli tiket masuk Secret Garden. dah balik, baru tu la spot #1.frust...nasib terubat hati masuk Secret Garden (sambil fefeeling nyanyi lalalalalalala.....ahahahaha).Tak sabra nak tunggu update SG..weeehoooooooo :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mcm tu lah masa 1st time KK dtg dulu.. Puas cari kt mana photo spot nya pdhal dh depan mata. Takpe takpe nnt Akma leh ripit lagi huhu..

      Delete
  2. KK...Besar sangat ker Bukchon Hanok tu? nampak cam jalan dia naik bukit turun bukit? Letihn juga tu kan. Ingat nak g round semua spot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. luas noks.. naik turun bukit tu yang macam lahanat sket. pastu mmg byk lorong2 kecik so boleh kompius la kekadang.

      Delete
  3. Rasa macam baru semalam SS baca kisah kak kiah tinggal kapal terbang tu sebab nak ke bukcheon ni kan... Hari ni SS baca lagi entry bukcheon yang baru ni... Jauh betul perjalanan kak kiah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai noks.. jauh mananya kalau ripit tempat yang sama kekeke.. cuma kali ni dapat la cover photospots berbanding dulu

      Delete
  4. Konon plan nak singgah ke Bucheon n Gyeongbuk Palace gak trip hari tuh tp nan hado! Pikir balik x nak terlepas lg peluang nak gi stesen TV glamer SBS n KBS incl. tmpt Kpop, Apgujeong...masa trip winter 2013 balik kosong sbb x sempat nak cover tmpt2 nie dulu...hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo mcm tu kne lah ripit lagi ahahaha.. KK dah berkali pergi Seoul pun tak dpt gi SBS or KBS, so ada lg alasan ni nk guna hehe

      Delete
  5. kak kiah, tau dak spot mana yg ade view yang best, superb & marveles?

    haha

    sy nak g spot tu je

    ReplyDelete