Thursday, January 29, 2015

SEOUL V3 – DAY 4: CHEONGGYECHEON STREAM

Keluar dari KTO tengok depan tu memang meriah giler. Ada khemah2 gerai lagi sepanjang sungai. Tak tau la ada pesta ke apa ke. Tapi memang penuh sesak dengan manusia. Dari atas dah nampak lantern2 kat Cheonggyecheon Stream. Tapi masalahnya tatau cemana nak turun ke bawah.

Rupanya nak turun kena ikut entrance kat Cheonggye Plaza. Fuh dah la orang kemain beribu2 lemon, nak jalan dari KTO ke Cheonggye Plaza pun semak sangat rasa. Dulu masa Kak Kiah datang, takde la ramai camni and masih boleh turun ke bawah ikut mana2 tangga terdekat.

Tapi dah sampai ni kan, takkan tanak turun. Lagipun lantern festival ni cuma ada sekali je setahun which is bulan 11. Kalau pergi waktu lain, tak brape cun nak layan..

So bertabah je la.. Kena la beratur..

Map & info pasal Cheonggyecheon Stream
Lama betul nak tunggu turn dapat turun tu sebab orang memang ramai. Laluan kat tepi sungai tu kan kecik. Kalau semua turun menyerbu, silap2 ada yang jatuh masuk sungai. So ada la staff2 yang jaga laluan sepanjang2 tu.

View lantern2 dari atas
Kapal tongkang
Pegawai2 diraja
Lip lap sana sini
Bila dah turun mula lah kami snap2 picca lantern2 tu semua.

Korean family
Hall
Askar2
Pemuzik
Macamana diorang bentuk jadi camni ek.. kretif betol..
Sejok masa ni noks
Lantern2 ni not much different dari masa Kak Kiah datang dulu. But ada la lantern2 baru. Cuma bila nak amek gambo tu memang boleh migrain sebab susah nak cari space dengan orang bersesak2 tu. Staff on duty lak dok suh jalan and jangan benti lelama sebab nanti jem. So kne lah jalan ikut flow.

Akibatnya mood untuk amek gambo memang ke laut.

Admiral Yi Shun Shin sedang menulis diari tentang perang Korea-Jepun
Ini kartun kot, x sure
Kanak2 berpakaian tradisi Korea
Statue of Liberty
Ini macam pavillion.. agaknya lah..
Diorang bertiga tu pun macam serabut gak dok kat bawah tu. Dengan sejuk, semak kepala tengok orang ramai, lapar plus kaki masing2 pun dah letih sebab banyak jalan dari pagi tadi – so kami decide untuk naik ke atas je. So kalau diikutkan, kami hanya cover ¼ je dari keseluruhan stream. Boleh la kan.. dari takde..

Pada those yang ada ke Seoul dalam bulan 11, Kak Kiah sajes kalo boring malam tatau nak buat apa mai la ke sini sebab memang meriah. Selain dapat tengok lantern2 beraneka rupa bentuk ni, banyak yang boleh kita belajar tentang masyarakat Korea from those lanterns. Ada banyak papan2 tanda yang menceritakan setiap lantern tu.Tapi kena bertabah la mengharungi lautan manusia ni. 

Destinasi seterusnya ialah Dongdaemun sebab kami semua lapar and nak makan ikan bakar. Dari Cheonggyecheon Stream, kami naik subway dari Euljiro-3-ga Line 2 pastu switch ke Line 4 di Dongdaemun Stadium dan stop kat Dongdaemun Stn. Keluar Exit 8 jalan susur Cheonggyecheon Stream and masuk lorong kanan lepas jumpa jambatan kedua atas sungai. Dah masuk lorong tu nanti nampak lorong kecik belah kiri, ada banyak kedai2 makan.

Malangnya Jeongju Sikdang tutup la pulak! Aisehmen.. Kak Kiah lupa hari ni hari Ahad. Dah la tengah lapar gila. Satu hal pulak nak pikir nak makan kat mana ni.

Cuba la usha kedai lain . Tengok menu kat depan tu dulu. Sekali nampak pork tak jadi masuk. Kuciwa..

Masa dok diskas2 nak pi mana tu, ada sorang ahjumma kedai sebelah Jeongju Sikdang ajak masuk kedai dia. Awal2 lagi beriye kabo “No pork, no pork!”. Ha apalagi laju terus masuk ke dalam. Dia suruh naik makan kat atas. So kami pun ikut je.

Rupanya kat atas tu ada 2 orang pompuan melayu tengah makan. Haha. Agaknya ahjumma tu pun dah kenal orang Malaysia. Diorang pun rupanya plan nak ke Jeongju Sikdang jugak tadi. So bila tutup diorang mai makan sini instead.

Macam biasa order Samchi Baekban (Japanese Mackerel). Sampai je makanan terus melantak tak hengat.. Lapar kau..

Samchi Baekban - 6,000won per set
Dari segi rasa, macam kedai Jeongju Sikdang tu lagi power ikan bakar dia. Tapi Kak Kiah suka kimchi kat kedai ni. Memang kena dengan tekak. Apapun hepi gak tengok diorang bertiga tu makan dengan penuh selera. Ye lah, Kak Kiah ni risau sikit takut ada certain orang kan tak boleh nak makan kat tempat2 cam ni (eh teringat plak Nanny huhu). Paling seronok tengok Lai la sebab dari hari tu nak makan Korean food tapi kami dok makan bekal lauk Malaysia je. So memang malam ni kami makan memang banyak la. Siap tapau balik lagi ikan bakar tu haha..

Masa kami tengah makan tu, ada satu kapel Malaysia ni naik and dok sebelah meja kami. Diorang pun macam teragak2 jugak memula. Tapi bila si husband nya tengok ada kami and 2 orang girl Malaysia dalam kedai ni, diorang pun ok la konfiden kot nak makan situ. Wife dia cerita diorang sebenarnya ramai. Tapi yang lain semua tak konfiden nak masuk so diorang balik makan kat guesthouse je.

So bab2 makan ni memang gitu lah. Sebab tu Kak Kiah malas nak entertain sapa yang mintak list tempat2 makan kat Seoul ni. Kalau kita bagi kang, banyak pulak cerita dia. Terus jadik macam pegawai JAKIM semua nak diquestionkan. Ada orang cerewet, nak cop halal la, nak yang takde serve arak la, nak yang takde meat langsung la.. Pastu siap euww euww kat kita yang pernah makan kat situ. Tak ke kungajo tu namanya? Dah la pemalas nak research semua dok mintak kat kita. Choi sangat perangai..

So kesimpulannya - kau yang nak makan kan, carilah kedai yang kau yakin. Kalau tak yakin, jangan makan and sila bawak bekal dari Malaysia. Senang cerita.

Lepas kenyang kami pun terus balik. Kaki memang sakit giler tak kuasa dah nak singgah memana lagi. Balik guesthouse Kak Kiah terus tido. Nak stay up buat assignment pun malas..

Good nite Seoul!

To be continued..

12 comments:

  1. First thing, menarik betul latern tu sebab ada unsur pasal Korea. Tapi tak best la bila serabut nak ambil gambar sebab ramai dan sesak.

    Pasal restoran/makanan halal tu, saya setuju dengan Kak Kiah. Sekarang ni malas nak bagi list dekat orang sebab macam-macam diorang nak question sampai tak terjawab. Yang paling geram, siap euw bagai tu. Tapi apa pun. Just hati-hati dan yakin je la dengan apa yang kita makan kan. TQ for sharing Kak. InsyaAllah kalau ada rezeki, akan ku pijak bumi Korea ni. Hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab tempat makan ni memang kadang2 boleh buat bergaduh. tu pasal KK prefer travel solo. kita takde la rasa burden nak pk bab makan orang lain ni.

      KK doakan pojie akan dapat jejak kaki ke Korea ya. tengah ada promo AA ni kan? +RM600 murah tu noks.. sila lah grab

      Delete
  2. mmg ramai sangat org kat lantern festival tu.. nak masuk selit2 pun tak larat bile tengok selautan manusia

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu azra. sejak2 zaman sume orang ada henpon and selfie stick ni, memang merata la semua ceruk nak begambo kan. bila dah ramai2 tu lagi la serabut tengok.. tau2 terjulur je batang selfie stick depan muka. how? haha..

      Delete
  3. santek2 lah lantern tu..camne diaorg buat.kagumnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang besar2 tu memang kagum tengok.. gila susah nak buat tu rasanya..

      Delete
  4. Heheh part mkn tu mmg betul. Saya pun mls nak cerita. N kdg2 pelik juga spesis yg mls wat research main nak senang je. Ekceli xde la research teruk sgt pn kan..cuma kena rajin membaca n copy paste print bwk siap2 je. Mana nak makan. Apa nak makan. Berapa duit kena sediakan. Apa skrip nak dicakapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa kita ni punya prepare sampai menu pun siap tulis in hangul, skrip siap pektis dr rumah lg nk sebut cemana kan? Hahaha.. Tp mmg sakit hati dgn org yang nak keje senang je ni. Pemalas betul. Pastu banyak songeh lak tu.

      Delete
  5. Nak tgk lantern tp nampak couple2 je kt depan..jeles tau...kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sempat tu usha kapel2 lain. KK dah tak nampak apa dah masa tu sbb ramai sangat umat!

      Delete
  6. setuju sgt dgn KK psl mkn tu..nsb baik msa gi Korea dulu makcik2 yg follow tu pn jnis sekepala.jenis tawakal dan bedal apa yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kalo dapat yang tak banyak songeh bab makan. sebab tu la bab makan ni KK akan tanya 1st dulu pada sapa yang nak follow KK travel. kalo jenis banyak bunyik pasal makan, ha takyah ikut hehe..

      Delete