Wednesday, January 7, 2015

LOMBOK – DAY 5: GILI TRAWANGAN – PELABUHAN BANGSAL

Memandangkan kami ada 2 jam sebelum check out, kami decide untuk pegi cari tiket bot and mandi laut.. yeayyyy!!!

Kalau ikut map Lombok ni, biasanya orang mandi laut kat belah utara pulau sebab situ pasirnya lebih halus, landai and kalo nak snorkelling, kat sana lebih lawo. Tapi jarak dari Beach House nak ke sana macam agak jauh ~ maybe setengah jam kalo nak membetis.

So memula tu kami ingat nak amek cidomo je, tapi Koh suggest naik beskal. Since Kak Kiah ni nak bengkok lutut pun tak boleh, Koh kata biar dia yang kayuh and Kak Kiah bonceng kat belakang.

Kami pun sewa beskal dengan harga 15,000Rp sejam.

Me and Koh dan beskal sewa - Koh macam minah Vietnam tak? Kikiki..
Tapi memang kelakar sangat masa naik beskal ni. Jalan dah la tak rata so beskal kami tu dok la terhoyong-hayang nak elak lubang and bonggol. Pastu rantai beskal tu pulak asek tercabut. Koh la yang berhempas pulas mengayuh huhu, Kak Kiah kat belakang dok gelak2 tahan sakit montot. Asal berselisih dengan cidomo je terpaksa brek sebab takut eksiden, maklum la jalan pun kecik and tourists dah mula ramai.

Kedai dah banyak bukak
Pelancong dah makin ramai
Memula kami pi harbour dulu sebab nak beli tiket bot. Asalnya nak amek slow boat la sebab cheaper (13,000Rp pax) dari speed boat. Masalahnya slow boat ni memang lama perjalanannya (1jam) and biasa diorang akan tunggu bot penuh baru jalan. And kadang2 terlebih muatan or too crowded.

Contoh slow boat (Kredit: Google)
Inside slow boat - ha tengok tu telor pun ada (Kredit: Google)
Jadi kami berpendapat better amek speed boat sebab cepat sket sampai. Kuasa nak berlama2 bersesak dalam bot kan. Harganya 75,000Rp pax. Our boat akan berlepas pada 12pm. So ok lah kan, check out kul 11am so ada la masa sikit and takde la kami terkejar2 nanti.

Lepas setel hal tiket, kami pun terus ke belah utara plak. Wahh.. teruja sangat tengok kebiruan air kat sini.

Me and the boats
Auwww.. abang macho! Nak follow boley?
Pantai yang cantik, air yang jernih kebiruan

Syoknya uols berjemuran begini
Rugi sangat tak bawak bikini. Kalau tak Kak Kiah mesti macam ikan kering terdampar di pantai kan? Ahahaha..

Lepas amek2 picca, terus lah masuk dalam air. Wahhh syiok gila wa cakap luu.. Gambar? Memang takde la gambar sebab dua2 dah lupa diri jap bila masuk dalam air. Anyway, kami ceplam-ceplom kejap je. Kira buat syarat la janji balik tak kempunan. At least dah merasa mandi di pantai Gili T kan.

Tengok jam dah dekat nak kul 11am so kami pun terpaksa la gerak balik ke resort sebab nak mandi, kemas and check out oh sedeyy..

Setel semua kami pun dah redi di jeti untuk menunggu bot.

Jeti untuk fast boats
Tak sabar nak balik sebab panas giler masa ni
Besar tak anak tapir ahkak?

Bye2 Gili T!

Fast boat ni rupanya macam speed boat Rudy yang kami naik aritu, cuma disumbat dengan lebih ramai ~20 orang. Perghh.. macam sardin wa cakap lu! Bau kepam tak hengat. Paling haru, Kak Kiah dok kat belah belakang. Sepanjang perjalanan tu habis basah kami yang kat belakang tu kena percik air.

Bot penuh dengan penumpang dan bagasi
Bot ni singgah Gili Meno and Gili Air jugak untuk amek passanger.


Gili Meno
Air lebih hijau di sini
Gili Air
Lepas 20 minit perjalanan, kami pun sampai ke Pelabuhan Bangsal.

Jeti Pelabuhan Bangsal
Pelabuhan Bangsal - khas untuk public boats
Dari sini kami plan nak ke Senggigi. Perjalanan by taxi biasa amek masa dalam setengah jam cuma kat Pelabuhan Bangsal ni memang takde taxi Bluebird tu, kena menapak keluar sikit dalam 20 minit untuk dapatkan taxi. Kalau ada pun orang yang offer taxi kat sini, semuanya taxi sapu and diorang caj gila babi mahal. Dari pembacaan beberapa blog sebelum ni, Kak Kiah roughly estimate kos taxi ke Senggigi should be around 100,000Rp.

Tapi bila keluar je dari bot, datang la mamat2 ulat taxi sapu ni dok pester2 kitorang. Memang serabut sangat. Dah la kaki tengah sakit, tengah angkut anak tapir kat belakang, cuaca tengah panas berdenting – yang diorang ni dok memaksa2 especially ada 2 orang mamat ni yang sangat tak hensem rupa parasnya.

Memula tu diorang letak harga 200,000Rp. Kak Kiah cakap mahal. Jalan lagi. 2 orang ni follow. Sorang tu kata dah habis murah la, harga standard la, kalau nak taxi murah susah nak dapat la.. Kak Kiah diam je malas layan. Continue jalan. Diorang tak putus asa, follow lagi. Dok paksa2 mendesak2 naik taxi diorang. Tapi harga turun sampai 150,000Rp je. Kak Kiah cakap tanak sebab Kak Kiah tau harga taxi ke Senggigi cuma 100,000Rp je and tak sepatutnya lebih dari tu. Yang sorang tu muka dah start bengang je dengan kitorang bila Kak Kiah menjawab camtu.

Bila kami take a break kejap sebab nak beli air, diorang datang lagi. Sama2 diorang ada 2 orang ni kapel omputih. Kali ni dia cakap ok la 100,000Rp untuk kami berdua tapi kami kena share taxi dengan 2 orang tu. Kak Kiah tanak la sebab untung kat diorang la sebab dapat 200,000Rp untuk satu taxi sedangkan kami berempat kena bersesak2 dengan beg bagak kami dalam taxi tu. Plus Kak Kiah n Koh ada cadang nak stop kat few points along the way ke Senggigi tu. Jadi memang tak convenient la kalo nak sharing taxi. Bila Kak Kiah cakap tanak je, yang sorang tu terus maki2. Dia kata orang Malaysia ni banyak songeh, asek nak mintak murah je tak macam orang Thailand takde kira2 pasal duit.

Eh ada jugak yang makan lempang ni kang.

Tapi kami sabar and diam je sambil minum air kat tepi tu. Yang duorang omputih tu tegur la kami tanya nak ke mana semua kan. Kami cakap la nak ke Senggigi tapi kami takmo naik taxi diorang ni sebab mahal and rude. Kami nak jalan kaki ke depan and amek taxi kat luar je.

Bila nampak duorang omputih tu dok cakap ngan kami, yang sorang tu terus datang menyerang memaki sebab dia kata kami dok hasut omputih tu jangan naik taxi diorang. Kak Kiah cakap la, dah orang tu tanya kita jawab la. Si mamat tu terus cakap Kak Kiah ni nama je pakai tudung, tapi mulut jahat. Pastu dok pusing2 keliling kami sambil memaki and mencarut. Siap panggil kami anjing lagi. Babik kan? 

Memang kecik beso je Kak Kiah tengok dia masa tu. Dia warning jangan main2 dengan orang Lombok pastu siap ugut nak santau lagi. Omputih tu try reason dengan diorang cakap kat Lonely Planet harga cab cuma 100,000Rp je tapi tak sempat habiskan ayat, si mamat tu dah makikan dia. “You go! You go walk! Stupid dog!”. Eii memang menyirap lah kalo tengok muka si Lombok cilaka tu. Masa ni Kak Kiah memang dah start baca ayat Kursi dalam hati. Tengok situasi tegang macam tu apa2 pun bole jadi.

Last2 kapel omputih tu pun beralah sebab malas nak gaduh2 and penat dah kot. Diorang berdua naik jugak taxi diorang tu dengan harga 150,000Rp. Sebelum blah, sempat mamat Lombok cilaka tu menjeling Kak Kiah sambil meludah. Bodoh. Dah la tak hensem.

Lepas diorang blah, kami pun mula la menapak. Alhamdulillah.. tak sampai 5 minit jalan, ada satu taxi masuk. Terus kami tahan and nego dapat harga 100,000Rp untuk ke Senggigi. Gumbira sangat sebab takyah jalan jauh2 dalam panas terik ni. Yang lebih menggumbirakan, tentulah sebab duit Kak Kiah selamat dari dapat kat mamat Lombok cilaka muka tak hensem tu! Ngehngehngehngehngehhhhhh!! *joget goyang2 montot

Apapun pengalaman tadi tu antara yang Kak Kiah takkan lupakan la sebab memang mencemaskan. Masa dia panggil ‘anjing’ tu memang darah menyirap naik ke muka and kalo tak pikir ini tempat orang yang banyak memakai2 ilmu batin, rasanya harus jugak Kak Kiah berlawan2 cakap membabikkan dia pulak tadi.

So pada those yang akan melalui Pelabuhan Bangsal ni dari Gili, please please and please.. avoid them dari awal.. and kalo nak deal jugak, please be careful sebab diorang ni sangat2 agresif. My advice – turun je dari bot, jalan menonong, don’t say anything, walk ahead and if they persist gak just shake your head and continue walking. Jangan cakap apa2 la senang citer.

Off we go to our next destination – Senggigi. Sambung di next entry k, c ya!!

30 comments:

  1. dasyat dasyat, ish ish ishh sabar ye kak kiah :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu sabar la tu noks.. kalo tak sabar dah bertumbuk kot haha

      Delete
    2. Salam,"
      Zullombok transport siap menawarkan transport + sopir from Airport lombok dan ke semua tujuan wisata
      Call or via watshapp
      + 62 8223 7711 304

      Kedatangan anda kami tunggu
      Salam
      Zullombok transport

      Delete
  2. whoaa bagus la kak kiah buleh bersabar lagik, kalau saya dah lama saya cakar ayamkan muka dia, biar lagik tak cantek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi ganas main cakar2.. but i likee.. biar kekal huduh kan muahaha

      Delete
  3. haishhhh menakutkan sungguh

    betul tu, kalo xnak baik diam je kan? sekali nego sudah la. dia x bg kurang kita blah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah. takpe ni bole dijadikan iktibar jugak untuk semua.

      Delete
  4. ish..bangangnya pemandu teksi tu..kurang ajar betul...
    saya yg baca ni pun rasa menyirap kak kiah ooii....nasib baik la uolls cool je kat luar, kalau orang yg jenis maki hamun jugak, mau ada orang berguling2 gaduh kat tepi tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya KK macam pernah terbaca ada few blogger yang pernah lalu kes macam ni kat Pelabuhan Bangsal ni. so mmg diorang ni memang macam tu la kot.. kungajo giler..

      Delete
  5. Scary nya...Alhamdulillah,Allah lindungi uolls time tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. tapi jantung berdebar2 gak masa dia dok keliling kami tu. Nasib baik kami selamat.

      Delete
  6. Mmg kurang asam.. dh la teksi ulat, charge mahal, nk maki hamon org... tp tu lah..mika ni mmg kdng2 agresif x sedar diri... org x nk tu, udah la... berani omputeh tu naik gak. .. kot2 ntah ke mna dibwknya... takot ler kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab maki tu tahan lagi, bab dia ugut nak santau tu yang serem noks. Begini ayatnya to be exact, " Kamu jangan main-main sama orang Lombok ya. Saya boleh santau kamu sampai mampos!". Haaa.. serem tak?

      Delete
  7. ok jer kalo kak kiah nak berbikini,err kak kiah ada crew kah ? kekeke....tahan lah kalo dihencap di forum ehh :)

    yg pasal babi membabi tuh nasib jah kak kiah tak bercrew, kalo tak ajak gusti lengan kannn..apa pon nasib deme tak kejar kiah, syukurlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ko ingat KK ni ada boipren anak menteri ke? Kih2x.. kalo berbikini pun harus la btak terliur pelancong2 lain sebab nasik lemak 50sen jah.. ahahaha

      Delete
  8. KK..... cantik nya Gili T nie.... org2 kat sane mmg ramai yg cmtu ke? (mmg ramai yg cm driver taxi tu ke)... x sbr nk tggu next post... hhihihi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh takde2.. orang2 Lombok semua yang KK jumpa peramah n baik2. Yang ni je macam cilakak takde sivik.

      Delete
    2. Salam
      Bagi rekan" Malaysia yg mo bercuti ke lombok zultransport siap mengantar2 Anda: sms/ watshapp
      + 62 8223 7711 304
      Zullombok siap memberikan pelayanan terbaik,bersama sopir" yg telah berpengalaman ....

      Salam,,,,,zul lombok

      Delete
  9. berani juga kak kiah ni rupanya..kalau mrs dah lama kecut habis urat perut
    tapi orang tu memang sangat biadap..mcm tu ke cara nak cari pelanggan haaish
    air laut tu kenapa lah cantik sangat.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. macam pailang habis. Kot ye pun nak cari rezeki kan..
      Air laut Lombok memang cantik giler.. the best di mata KK so far. GOR pun kalah.

      Delete
  10. Pergghhhh...kalau saya kat tempat KK, belum abis dia cakap...saya dah sumbat kasut dalam mulut dia. Hisshhh...geram ngan orang macam tu. Betul tu, jika kita tak mau, jalan terus aje dan jgn layan...lama2 dia bosan dan tak ganggu kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi berani ko nak sumbat kasut? Haha. Orang tu dah la tak hensem, bila dia memaki2 tu agak menakutkan jugak la nak pandang muka dia.

      Delete
  11. masa shin kat sana pon berhadapan ngan local guy yak kurang ajar.. cam nk gado sesama dorang sbb berebutkan customer.. adoii.. seramm.. kawan shin ckp.. kat sana kita buat derk jer.. kalo kita melawan sesilap kena santet tauuu #wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram kan? Dah la diorang tu mostly memakai. Kita tau hidup diorang susah, tapi sad to see la when they have to lower themselves to that level semata2 untuk dapatkan rezeki.

      Delete
  12. isk menyeramkan ngat haaaaih. KK kira cekal amat dah tu. CT ni kira cepat panic. kena serbu macam tu memang confirm resah. isk apa punya orang lah. syukur orang mai tempat diorang dapat jugak income..

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan dan pengajaran buat KK sebenarnya bila kena cam ni.. kena berhati2 lebih lagi pasni kat tempat orang..

      Delete
  13. insyaallah .blan 9 ni nak pg l0mbok. duk bace blog kak kiah nie. erm takot plak rase. tp bgus n tq . langkah berjage2 di negara orang kan. huhu .mcm best nye. tapi nak kne berangkut ngan anak sekali x tahu la sabo ke idok. huhu. berdebor pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kirim salam sama jejaka2 Lombok k.. don wori orang sana memang baik2. cara cakap pun sama macam kita, tak kuat slang hindonnya. kalo bawak anak tu ok je as long as travel dengan transportation yang selesa.

      Delete
  14. Salam,,,,
    Hai,untuk kawan" yg mo melancong ke lombok zul transport siap membantu anda dengan harga transport yg murah dan berpatutan
    Call or watshap + 62 8223 7711 304

    Salam....zullombok transport siap membantu Anda di lombok.

    ReplyDelete
  15. Salam,,,,
    Hai,untuk kawan" yg mo melancong ke lombok zul transport siap membantu anda dengan harga transport yg murah dan berpatutan
    Call or watshap + 62 8223 7711 304

    Salam....zullombok transport siap membantu Anda di lombok.

    ReplyDelete