Saturday, January 10, 2015

LOMBOK – DAY 5: MATARAM

Dari Senggigi kami ke Mataram pulak untuk mengusha souvenir. Perjalanan amek masa dalam sejam jugak la.

Dalam perjalanan tu tetiba teksi tu stop. Rupanya nak bagi laluan pada perarakan orang kawin. Wahhh.. eksaited terus kami nak nengok. Terus kami turun dari teksi and join orang2 kat situ untuk amek gambar.
Perarakan kawin orang Sasak
Itu dia wajah2 orang Lombok
Yang lelaki pakai baju hitam kain batik, pompuan pakai baju putih
Pengantin lelaki
Ini mungkin ketua rombongan
Flower girls

Pengantin pompuan
Congrats to u girl
Macam ni ek rupanya perkahwinan orang Sasak. Mengikut cakap driver teksi, ni dah lepas nikah kat rumah keluarga pengantin lelaki and la ni diorang dalam perjalanan nak berarak ke rumah pengantin pompuan. Tapi pelik gak berarak time nak Maghrib2 ni kan.

Anyway, it’s quite interesting gak dapat tengok benda ni. Bukan senang nak dapat experience camni. Pemuda-pemudi dia pulak memang layan habis berdansa jimba-ria tengah jalan tu. Macam tengah stim ketum pun ada. Sampai Kak Kiah rasa macam join sekaki hehe..

Kalau interested nak tengok video, sila klik di bawah. Serious memang layan. Kak Kiah mengaku memang banyak kali repeat tengok video ni huhu.. 


Then kami pun teruskan perjalanan ke Mataram. Unluckily, banyak kedai dah tutup. So driver ni bawak kat satu toko ni. We have no choice, terpaksa la beli souvenirs kat sini je.

Toko Oleh2 Ria
Ada banyak jugak pilihan souvenirs kat sini macam t-shirt Lombok, kain sasak, keychains, dodol Lombok etc. Tapi Kak Kiah takde la beli banyak sangat sebab diorang kedekut takmo bagi kurang harga. Layanan pun out. Siap buat muka bila kita mintak kurang. Koh pun sampai bengang dengan ada sorang staff kat situ sebab kungajo ngan dia masa nak bayar.

Anyway, just bought few shirts untuk anak sedara and adik-beradik. Untuk diri sendiri pun takde sebab Kak Kiah rasa macam tak lawo je tshirt Rinjani dia. Baik balik nanti buat baju design sendiri je lagi puas hati boleh design sendiri haha..

Lepas setel membeli-belah, kami pun menuju ke hotel Grand Royal BIL di Praya. Tak jauh sangat la, dalam setengah jam dah pun sampai. Oh ya, kami deal harga teksi dari Senggigi ke hotel ni 120,000Rp. Tapi sebab kesian kat driver ni kena tunggu masa kami soping souvenir tadi plus dia ni pun layan kami baik, so kami bagi dia 170,000Rp instead.   

Sampai je hotel ternganga jap sebab tengok hotel ni macam grand habis. Harga hotel ni 450,000Rp per night and Kak Kiah expect macam 3 star je. Sekali tu tengok dari luar macam 5 star. Koh cakap dia book hotel ni sebab ada promo kat internet so maybe sebab tu harga dia murah kot.

Grand Royal BIL Hotel
Entrance
Antara statue yang menjadi hiasan

Ada pool
Koh sedang checking in
Kami tanya mamat kat reception tu macamana nak ke Batu Payung kat Tanjung Aan sebab esok flight kami kul 10am, so kami ingat macam nak pergi Batu Payung sebelum ke airport. Actually ni plan Koh la sebab dia memang teringin nak pergi Batu Payung ni. Masa first day aritu kan kami sepatutnya pergi Tanjung Aan. Tapi sebab tak cukup masa, kami cuma dapat ke Kuta Beach je.

Mamat reception tu bagitau dia boleh bawak kami ke sana dengan harga 150,000Rp. And kami kena gerak pagi2 la dalam kul 5am so dapat tengok sunrise kat sana. Kami pun setuju.

Masa kami nak ke bilik, sekali tu bertembung dengan 2 orang Singapore yang naik Rinjani sekali dengan kami aritu. Masa kat Rinjani kami tegur2 gitu je sebab diorang ikut grup agency  lain, but both of them memang nice and tak sombong. Sorang nama Tash and sorang lagi nama Khai. Diorang pun stay kat hotel ni and nak check out esok about the same time dengan flight kami. Lepas turun Rinjani, diorang stay kat rumah guide kat Senaru and then baru hari ni diorang gerak ke sini. So kami pun ajak la diorang sekali untuk usha Batu Payung esok. Dapat la jimat kos kan kalo sharing2 huhu..

Ok setel hal Batu Payung, jom masuk bilik.

Our room
Ada TV, meja dan 2 botol air mineral
Toilet n shower - ada bath tub
Nampak macam ok kan? Tapi sebenarnya condition bilik ni agak poor. Dah la takde kettle. Sinki tersumbat. Dekat luar bilik kami ada cawan2 kotor from previous tenants tapi sampai la kami check out diorang tak bersihkan. Aircond bocor sepanjang malam sampai banjir lantai. Bila panggil maintenance, haram tak datang langsung walopun dua kali kami call. Yang paling menyakitkan hati, wifi langsung tableh pakai.

So if u ask me berbaloi tak bayar 450,000Rp satu malam dengan condition hotel macam ni, i would answer – no. Kak Kiah tak rekomen la sesapa yang stay kat sini. Walaupun dekat dengan airport (provide free transport), kalo jenis yang cerewet tang service, better jangan amek hotel ni. Rupa je gah di luar, tapi cikai di dalam.

Malam ni Kak Kiah memang terlalu letih. So awal dah terpengsan. Esok pagi2 nak bangun and check out dah. So good nite Lombok!

6 comments:

  1. wah...saya pun suka tengok video tu....best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sori kalo gambo gegar n blur. maklum la kamera cikai.

      Delete
  2. Replies
    1. memang menarik mama. rugi KK tak sempat nak pergi Desa Sasak tu. kat situ rasanya lagi banyak boleh tau pasal adat orang Sasak ni.

      Delete
  3. amboi sakan sungguh jejoget hahaha.. meriah kawen. berarak senja tu naik sheikh tu jejoget =P
    hampeh nye hotel huhu. betul tu KK.. gah kat luar aja wat apa.. isk..

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. terkinja time maghrib. kalo kat msia ni dah kena baling ngan terompah suh setop the musik hihi..

      hotel tu mmg hauk. teruk gila serbis. KK mmg tak rekomen la..

      Delete