Thursday, June 26, 2014

Jom main kuiz suka-suka

Hai uols..

LUASKAN KUASAMU!!
*eh tetibe

Hehee.. boring lah tatau nak buat apa tetibe dapat cuti lak Johor arini. So kalo ada sapa yang boring cam Kak Kiah ni jom ler main kuiz ni. 

Saja suka2 nak test compatibility uols. Sesuai tak kalo kita travel tugeder2? Atau apakah personaliti kita ibarat kucing dan hanjeng bila travel?



Sila ketik sini:
ADAKAH UOLS TRAVEL PARTNER YANG NGAM NGAN KAK KIAH?

Enjoissss..

Disclaimer: Kuiz ni adalah suka2 ye. Jangan take serious lak hehe. Anggap la Kak Kiah tengah bosan tatau nak buat hape.. 

Tuesday, June 10, 2014

BUSAN – JEJU – SUMMARY

Untuk trip Busan-Jeju, ni dia summary apa yang diplan n apa yang actual jadik..


Ni pulak bajet Kak Kiah sepanjang trip ni.


Overall sebenarnya Kak Kiah bagi trip Jeju-Busan ni markah 7 out of 10. Not bad actually considering Kak Kiah berjaya pergi tempat yang Kak Kiah nak pergi the most macam Cheonjeyoen Falls, Jeongbang Falls, Jusangejeolli, Jagalchi Market, 40 Steps, Taejongdae & Gamcheon Village. Must try pun almost all dapat – makan hotteok, radish kimchi, banana uyu, seaweed, seafood & limau hallabong. Bajet tak melebihi sangat apa yang dirancang, walaupun rate won agak tinggi – masih under control. Dapat beli souvenirs untuk diri sendiri, kengkawan & keluarga macam tshirts Busan, pirate games & kpop merchandise. Cuaca pun alhamdulillah ok kecuali last day ni je lah hujan lebat.

Tak banyak hiccups sepanjang trip ni kecuali:
1. Amek masa terkial2 nak cari tempat solat di Gimhae Airport – sepatutnya cari info pasal ni beforehand
2. Handle beg troli jahanam dan bengkok – dem u Air Asia!
3. Pembayaran lunch Mr Yang – sepatutnya confirm dulu dengan Mr Won masa deal driver
4. Tak prepare nama Busan Inn in hangul
5. Tersalah beli T-Money instead of Cash Bee
6. Tak prepare info tempat makan di Jagalchi Market
7. Masa soping kurang di Kukje Market sebab ada perubahan plan
8. Terpaksa skip Busan Mosque, Turkish Restaurant & Heundae tour pasal nak cari money changer.
9. Meredah hujan masa di Gwangan – shud prepare baju ujan/payung sbb dah tau akan hujan   

Selain yang listed kat atas ni, benda yang tak best - bab adik2 berdua yang masam2 muka sampai tak bercakap ngan each other and jalan jauh2 membawak diri ni. Walopun takde kena mengena ngan Kak Kiah apa yang dibengangkan tu, namun terbantut jua napsu nak berseronok-ronok. Ye lah awkward kan.. cakap dengan orang ni kang, orang tu tarik muka... cakap dengan orang tu, orang ni tarik muka.. Haiyaa pening!

Lagi satu bab tak redi fizikal, mental & emosi ni. Kalo nak ikut bajet style Kak Kiah ni, tiga2 faktor ni tersangatlah penting. Kak Kiah wish sangat at least inform la before pegi tu pasal masalah2 yang ada – kaki sakit ke, tak leh makan seafood ke, nak pegi certain2 tempat ke – jangan la masa kat sana baru nak inform. Tensi sangat nak replan atau nak ikut kehendak sorang2.. sampai sudahnya kita sendiri yang tak enjoy the trip.

Tapi Kak Kiah faham juga, kadang2 kita ni manusia ada certain time tu terlepas jugak perangai2 annoying tu, termasuk Kak Kiah ni jugak – kalo lapar je memang pantas bertukar jadi dragon. Dulu masa muda2 especially, lagi la selalu ada angin kus2 asek nak kuar api dari mulut. Pernah masa trip ke Perhentian ngan my girlfrens Kak Kiah bad mood dari day 1 sampai balik just sebab tak sebulu dengan one of the travel partners. Bila kenang2 balik, oh camni rupanya ya.. buruk sungguh perangai mendiva Kak Kiah masa tu.. huhuhu. Cuma bila dah kertu ni ada la reti sket nak bersabo and bertolak ansur. Rasanya tu ciri2 sporting tahap tertinggi. Nak marah ke, nak sentap ke.. bukan tak boleh.. tapi jangan la berlama2 sampai orang lain jadik menyampah tengok. And yang penting bila dah cool down tu mintak la maaf dengan kengkawan. Kita ni pun bukan budak2 lagi. Tanda2 penuaan dah pun terserlah di wajah kan.

Cara planning pun memainkan peranan jugak. Sebenarnya sangat tak bagus nak squeeze banyak2 tempat in one day. Kalo pi sorang or berdua takpe. Bila melibatkan orang lain yang tak biasa jalan lelaju, memang sangat meletihkan. Especially kalo jenis biasa travel ngan agency yang rilek2 je takyah susah jalan sana jalan sini. Jadi bab ni memang Kak Kiah mengaku – I was too ambitious masa buat planning ni sebab tak pertimbangkan tahap fitness diorang. Manakan sama kaki yang pernah sampai puncak Kinabalu ni dengan kaki mereka yang tak pernah sampai kan? Ahahaha tetap nak riak hokeh.

Lagi satu Kak Kiah kena belajar tolerate ngan benda2 yang unpredictable ni. Kena tanamkan dalam hati toksah expect too much yang orang akan ikut rentak kita. Bila ada drama, wat lek wat peace je lah.. Maybe lebih aman kot jiwa tu dari kita dok concern orang hepi ke tak dengan trip yang kita arrangekan.. Dah buat apa yang terbaik kan. Kalo orang tak puas hati gak, pasrah aje.. Lain kali pergi solo kui3x..

Macam yang Kak Kiah mention masa awal2 entry dulu, apa yang Kak Kiah tulis sepanjang trip ni – itulah yang Kak Kiah rasa dan lihat dari pandangan sendiri masa kejadian sebenar. Tapi tak semestinya apa yang Kak Kiah rasa tu betul ya. Mungkin Kak Kiah yang terlebih berdrama-queen who knows. Mungkin juga Kak Kiah salah faham situasi atau body language masing2. Ntah2 diorang takde apa2 pun, Kak Kiah yang melebih2 stress hehee...

Namun apa yang jadik dalam trip ni Kak Kiah anggap sebagai kenangan manis, asam garam kehidupan yang akan buat kita matang, mengenali and menerima kawan2 kita seadanya. Samada banyak bercakap, kuat sentap, kuat merajuk, muka blur, cepat penat, cakap kasar, cakap besar, berkira – mereka tu semua dah pun jadik kawan and Kak Kiah shud blajar untuk lebih memahami orang. Barangkali Kak Kiah terlalu banyak bersendirian (dok umah sorang, kat opis sorang, jarang hang out ngan frens) lately jadi skill untuk bercampor ngan manusia-manusia lain dah tumpul dan seharusnya diperbaiki lagi.

Kak Kiah harap masing2 amek la iktibar dari trip ni. Yang baik amek jadi teladan, yang buruk tu jadikan sempadan dan bahan kenangan di masa depan. Kak Kiah tak de lah simpan rasa bengang dalam hati untuk adik2 berdua tu sepanjang trip ni, sebab by now rasanya dah leh faham kondisi dan masalah, personaliti dan angin dalam badan masing2 yang berbeza. Kalau jumpa waktu lain rasanya ok kot diorang tu. Takde lah seterok masa Nanny – ha yang tu memang Kak Kiah stress giler sampai skarang fobia nak call dia pun Kak Kiah takmo.. heheh

Kalo nak tanya mau tak nak repeat lagi? Jeju no lah, dah cover semua ~ waterfalls, cave, cherry blossom, rapeseed flowers, Seongsan Ilchulbong, Mount Halla, Loveland ~ dah tengok batu & tebing yang cantik2, dah makan limau yang sedap tu so apa lagi yang tinggal? Kalo Busan, maybe. Tu pun takde la bernapsu sangat, maybe sehari dua je lah kot untuk cover Haeundae Beach & Yonggungsa Temple. Rasanya tak jatuh chenta sangat ngan Busan macam Kak Kiah jatuh chenta ngan Seoul. Maybe surroundings kot. Orang2 Busan tak secantik n seelegan orang2 Seoul. Diorang macam kampung sket la dressing, cara bercakap, cara layan tourist sume tu. Pastu kebersihan pun agak kureng. Ada few toilets kat Busan ni yang Kak Kiah masuk sangat kotor rasa cam nak muntah. Tepi2 jalan pun banyak sampah, nak2 depan Busan Station yang banyak gelandangan tu. Tapi selain tu, tourist attractions di Busan ni not bad and still worth to visit.

So kesimpulannya - like I said, 7 out of 10. Tak perfect tapi lulus. Kak Kiah tetap happy dan bersyukur sebab diberi kesempatan, peluang dan kesihatan yang baik untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan yang Esa *kesat air mata keinsafan yang bercucuran...

Akhirnyaaa.. tamatlah sudah cerita trip kali ni. Thanks pada mereka yang sudi membaca royanan rempanan Kak Kiah ni. Bab2 Kak Kiah membebel2 tu harap dimaafkan ye, maklum lah blog ni dah macam diari hatiku konsepnya ahaha.

Till the, next destination ke mana kita? Nantikannnn.. (sambil terkial2 kira duit tabung)

BUSAN-JEJU – DAY 5 – BACK TO MSIA

Okey let’s finish our stories mories..

---

Pagi ni hujan lebat. Sejok. Sendu. Macam tau2 je hati tengah tak seronok. Maklum lah dah nak balik Msia. Assignment Salina yang Kak Kiah janji nak siapkan hari ni tak siap pun.. huhu matik la customer marah.

Flight kami kul 10.35am, jadi kena lah check out awal. So pukul 8am kami dah turun mintak ahjussi Busan Inn call kan cab. Tengok muka masing2 semua mendung jugak. Either masih dalam mode letih atau dah sampai tahap malas nak bercakap ngan each other. Memang tak membantulah nak up kan mood Kak Kiah yang juga sudah ke longkang.

Berarak mendungg kelabuuuu...
Busan Inn ni sebenarnya dekat ngan Busan Station. So sebenarnya depan station tu berlambak2 cab, cuma kena redah ujan la jalan ke sana. Macam biasa la yang bagi suggestion tu setakat suggest je la, buat nye takmo. Kak Kiah boleh je pegi tapi at that time konon nak tunjuk protes, rasa macam tak kuasa lah. Asek2 Kak Kiah je yang kena bersusah2, orang bukan appreciate pun.. lagi banyak komplen ada..

Tapi lepas tu kesian pulak sebab ahjussi tadi (agaknya susah nak dapat cab thru phone) terus kuar bawak payung pegi carikkan cab untuk kami. Bila tengok dia sampai kuyup2 tu sedih lak. Oh berdosanya rasa membiarkan orang tua tu kena ujan.

Cab yang sampai pulak kecik tak muat nak sumbat beg2 kami kat bonet. Driver tu kata dia dengar ahjussi cakap cuma ada 2 passengers je. Agaknya salah faham or sound trouble. Tak kisah lah. Kak Kiah dok depan, so pangku la beg troli Kin. Nasib baik tak berat (minah tu tak soping kan).. kalo tak kurus peha terus..

Perjalanan ½ jam tu takde cakap apapun. Masing2 melayan perasaan bad mood. Hujan pun masih lebat. Dalam hati bersyukur gak nasib baik tak hujan masa kami baru sampai haritu sebab forecast memang cakap akan hujan masa kami kat Busan. Kalau hujan memang banyak plan kena ubah. Silap2 dok bilik je sepanjang hari n membuta terus..

Hujan yang turunnn bagaikan mutiaraaa...
Sampai Gimhae Airport terus drop luggage. Setel urusan check in, Kak Kiah & Kin terus pi convenience store sebab nak habiskan belen won yang ada. Adik2 berdua tu kami tak ajak pun sebab masa tu Kin cam moody sket n tension, lapar kot masa tu sebab kami tak sarap apa. Jadi beli la kopi, roti and instant rice few packs untuk bawak balik Msia (takut kempunan huhu).

My bekpes
Sambil sarap tu Kin dok meluah perasaaan. Banyak benda dia frust dalam trip kami ni. Hmm samalah Kin.. Kak Kiah pun camtu gak. Ye lah asalnya ni kan trip kami berdua. Patut sapa nak join tu kena lah ikut cara kami.. tak bole la nak ikut kepala masing2, spoilkan mood orang lain dengan bersikap tak sporting n pentingkan diri sendiri. Kami ni berbulan2 kumpul duit nak travel, dah susah2 plan itu ini nak matchkan dengan semua orang punya taste – tapi rasa effort tu tak berbaloi pun dengan apa yang kami dapat.

Lepas sarap kami pun terus masuk ke boarding hall. Masa tengah queue tu tengok adik yang seorang ni menjauhkan diri dari kami. Kami bertiga kat depan, dia nun jauh kat belakang. Tah apa benda lagi lah yang tak puas hati tu. Tak faham. Dah nak balik Mesia dah dik oi.. Cukup2 lah berdrama. Letih Kak Kiah.

Kin sempat jugak soping kejap kat Duty Free. Akhirnya dapat jugak dia beli benda yang kawan dia kirim which semalam tak dapat beli sebab kedai dah tutup kat Gwangbokro tu. Alhamdulillah. Tengok dia happy lega sikit hati Kak Kiah masa tu sebab Kak Kiah tau betapa stressnya Kin bila tak dapat beli benda tu semalam.   

Kin depan Shinsegae Duty Free
Nak ke katebang, kena naik shuttle bus pulak sebab kedudukannya agak jauh dari boarding gate. Dalam bus sempat temu ramah yang ada sorang brader chinese ni nak balik Msia gak. Dia stay kat Jeju & Busan cam kami gak. So dok borak la pasal pengalaman masing2 especially pasal food. Rupanya korean beef ni sedap giler ek. Brader tu cakap lembut habis daging ni, tak macam daging kat Msia. Memang berbaloi la makan. Tapi mana pulok nak cari korean beef yang halal. Pastu dia stori pasal black pig kat Jeju. Sedap giler juga katanya. Kak Kiah sengih2 je sambil angguk2 kepala. Dalam pikiran terbayang black cadbury yang Kak Kiah tengok masa kat Seongjeup Folk Village aritu. Terus rasa nak terkeluar balik isi perut yikess..   

Dalam flight Kak Kiah dok sebelah Kin. Nothing much except membuta lepas makan nasik lemak.

After 6hrs di awan biru, sampai di LCCT about 4pm. Ni kira last lah landing sini sebab lepas ni AA akan move ke KLIA2. 

Lepas setel urusan pick up luggage tengok cuma ada Zai je. Bersalam2 lah kami bermaaf2an segala. Zuree pulak dah kuar sebab dia takde amek luggage. So tak sempat la salam2. Takpe lah. Tunggu jugak kot2 nak SMS say thanks ke sorry ke tapi takde jugak (sampai la ke hari ni). Again, takpelah. Setiap orang ada pikiran dan pendapat masing2. Mungkin trip ni jadi kenangan pahit bagi dia, what else yang Kak Kiah boleh cakap kan.. Dah buat yang terbaik – pasrah gittew kalo orang tak hepi..

Setel urusan kena tunggu pulak kakak datang amek sebab kereta Kak Kiah ada kat dia and dia lak masih kije lagi. Sementara menunggu tu lepak je lah kat airport sambil minum kopi mencuci mata dan mengenang nasib diri. Skali tu Kin call tanya Kak Kiah dah gerak balik ke. Rupanya dia pi solat tadi. So dia pon mai la lepak ngan Kak Kiah. Dia stori pasal tension ngan Zuree sebab baru dapat sms bagitau dia ada utang won lagi. Hahaha nak tergelak besar Kak Kiah. Agak tak setel2 lagik cerita duit ni dari semalam. Yang dia bengang tu sebab setahu dia macam dah setel dah semua. Hai nasib kau lah Kin deal ngan orang berkira2 duit ni.. Dah balik Msia pun masih ada drama.

Since Zuree ada hutang lagi duit balance guesthouse n cab sama Kak Kiah and Kak Kiah malas nak mintak, so suh Kin tolak je dari situ. Halal je lah semua. Takpe duit boleh dicari. Jangan serabut kan pemikiran anda dengan isu seringgit dua ni.

Kin sepatutnya naik bus je ke KL Central. Tapi dia baik hati lak nak temankan Kak Kiah. Sambil2 tu mengomel2 jugak mulut masing2 cerita pasal kenangan kami 5 hari ni. Nak gelak hade, nak nanges pon hade. Kesian kat dia sebab kalo nak dibanding ngan Kak Kiah, Kin ni lagi penyabar orangnya. Tapi kalo dia pon sampai suara jadik high pitch nak menceritakan ketensionan dia, hehe.. faham2 sajalah..

Kin cakap next time buat “Sporting Test” kalo nak bagi orang join trip kami. Jawab 20 soalan nanti tengok markah lulus ke tak. Hahaha bagus gak idea Kin ni. Ye lah kadang2 orang cakap dia sporting, tapi under certain situation yang stressful, hilang sporting nye keluar rupa singa lapar teros. Ada orang cakap takde nak soping2 sangat, skali tengok dia yang sampai duit tak cukup and nyusahkan orang lain. Ada yang tak cakap tak kisah nak gi mana ikut je apa kita plan, pastu dok bising kenapa pegi tempat tu, ada apa, kenapa lama sangat bla bla bla..

So patut kah next time Kak Kiah define sporting ikut kamus Kak Kiah terlebih dulu?

My sister sampai dah 6+pm. Lepas salam2 n say babai, Kak Kiah & Kin pun berpisah. Pheww... letih giler rasa cam nak tido tepi jalan. Nasib baik kakak nak balik Segamat jugak, so dia yang drive.

Maka dengan ini berakhirlah trip Jeju-Busan selama 5 hari ni. Kejap je sebenarnya tapi sebab banyak sangat drama, rasa cam lamaaaaa sangat. 

Happy? Puas hati? Kuciwa? Let’s find out in the next entry!

Sunday, June 1, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 4 – GWANGALLI BEACH

Lepas solat, Kak Kiah pun siap2 nak ke Gwangalli Beach. Actually plan ori nak ke Gwangalli Beach ni sebab sepatutnya ada Eobang Festival di mana ada acara2 berkaitan laut n nelayan dari pagi sampai malam, and then ada local performance n fireworks display as penutup. Tapi rupanya festival ni dibatalkan sempena menghormati tragedi feri karam di Busan tu.

Since dah takde bende sangat yang menarik untuk diorang tengok, Kak Kiah plan nak pi sorang je – sebab hanya teringin nak amek picca Gwangan Bridge waktu malam. Tapi Kin n Zuree pun nak join manakala Zai pulak takmo n nak rehat dalam bilik je. So ok lah kan.. Kin pun ada plan nak pi Gwangbokro nak beli kiriman kawan dia, so kami pikir lepas Gwangalli kang terus ke Gwangbokro pulak..

Kami bertiga pun keluar lepas Maghrib tu. Cuaca masa tu agak sejok menandakan akan ujan soon. Tapi sebab gigih sangat nak ke Gwangalli Beach tu, ku abaikan saja perasaan risau if betul2 ujan.

Untuk ke Gwangalli Beach ni kami kena amek subway dari Busan Station ke Somyeon Line 1 then transfer Line 2 and stop kat Gwangan. Kira jauh gak la perjalanan dari Busan Station tu. Tapi masa dalam perjalanan tu Kak Kiah kompius sendiri dengan note yang Kak Kiah buat untuk ke beach ni samada berenti kat ner, sebab note tulis Geumyongsan bukan Gwangan Station. Masa tu kompiden ngan note sendiri, so benti la kat Geumyongsan Stn Exit 5 pikir ok la takkan that far kot dari beach.

Rupanya jauh uols! Memula tu pelik la sebab takde nampak laut pon? Jalan la kami meredah kesejokan mengikut instinct menuju ke direction beach tu. After 20mins jalan huh baru nampak Gwangan Bridge dari jauh. Fuh lega.. Cuma heran la sebab cam jauh sangat dari subway station tu kan. Kalo naik Busan City Tour takde la pening2 kepala sebab benti betul2 kat beach tu.

Bila dah sampai tu excited la kami snap2 picca walaupun masa tu dah start ujan renyai.

Gwangan Bridge
Lepaking di pantai mencuci mata
Dah mula hujan uh-oh..
Me dalam kesejokan bayu laut dan ujan gerimis
Tengok muka pun tau tak excited kan Kiah?
Kedai2 sepanjang Gwangalli Beach
Kalau malam2 bosan tatau nak buat apa, leh mai sini (if tak hujan laa)
Sure mahal hotel ni..
Ada pancaran tulisan bergerak (tatau dari mana) di atas pasir di pantai

Lampu2 bertukar kaler di jembatan ni rupanya
OH makin lebat.. tidakkk!!
The view of Gwangan Bridge at nite tu ok lah so-so je pada pendapat Kak Kiah. Maybe sebab masa tu ujan and maybe masa tu tengah sebu perut sebab lapar jadi mood nak enjoy the view pun macam dah ke longkang. Kalau festival tu tak kensel rasanya harus lah meriah. Ni agak sendu-mendu belaka.

Masa ni Kak Kiah dilanda perasaan guilty teramat, especially tengok muka Kin & Zuree. First sebab Kak Kiah degil nak jugak mai sini transfer subway bagai semata2 nak tengok bridge – which rasa cam tak berbaloi je. Second, nak mai sini tapi direction tak sure menyebabkan kami berjalan agak jauh dari exit subway dan telah membuang masa dan T-money. Third, sebab takde bekap plan nak makan apa. Macam yang Kak Kiah cakap tadi, seblom ni ingat ada festival jadi pikir sure ada banyak benda2 boleh makan. Bila festival kensel, Kak Kiah terlupa nak google tempat2 yang bole makan kat sini. Pastu Kak Kiah tak ingat lansung nak pack bekal biskut whatsoever. Fourth, masa tu hujan and memang sejok giler. Memang kesian lah.

Terok Kak Kiah ni kan..

Tengok juga around kot2 ada Lotteria leh gak cari shrimp burger tapi tak nampak pulak sebab Gwangalli Beach ni actually panjang giler and mati la kalo nak susur sepanjang2 tu semata2 nak cari Lotteria. Kalo nak makan seafood ke apa duit dah ala2 je. Last2 kami masuk CU sebab diorang nak topup T-Money and also cari anything to eat.

So apa yang boleh dimakan dari convenience store? Ya – susu pisang, instant rice, seaweed, kimchi & telor rebus.


Sedih kan dinner kami malam ni? Maka makanlah kami depan CU tu dalam kesejokan hujan yang masih turun. Apalah nasib..

Lepas makan tengok jam dah 9+pm. Nak ke Gwangbokro lagi pas ni sebab nak setelkan urusan beli-belah Kin. Hujan pulak makin lama makin lebat. Payung or baju hujan pun takde (kedekut nak beli). Jadi kami redah je la hujan sambil jalan laju2.

Memandangkan tadi kami jalan dari Geumyeonsan Station agak jauh, jadi Kak Kiah ikut instict je masa tu nak ke Gwangan Station instead. Dalam otak pikir it couldn’t be that far kot dari beach tadi. Ha salah lagi uols!!! Sama jauh rupanya! Ok menapak jauh tu satu hal. But menapak dalam hujan? Pergh memang rasa terok sangat Kak Kiah masa tu bila melihat mereka berdua kuyup2 kebasahan dan kesejokan.

Ni lah jadi bila tak prepare – tak get info main redah je bila nak gi sumwhere. Harapnya jadi pengajaran la untuk Kak Kiah lepas ni. Kalau tak melibatkan orang lain takpe jugak, ni sampai lokos2 anak orang.. At this stage diorang berdua tu dah tak berbunyik sangat dah (mungkin dalam hati menyeranah siapa tau – tapi Kak Kiah memang seharusnya dimaki uols kerna memang daku bersalaaahhhh!!)

Anyway lepas dah lokos2 tu akhirnya kami pun sampai ke Gwangan Station. Dari situ naik Line 2 ke Samyeon then transfer ke Line 1 untuk ke Jungang pulak. Masa tu jam dah nak kul 10pm. Tapi pikir kedai2 bukak lagi sebab semalam masa kul 11pm pun masih happening di Gwangbokro.

Ok salah lagi!! Dah la dari Jungang Station tu menapak lagi meredah hujan, hampa hampagas sangat bila tengok kedai yang kami nak pergi tu dah tutup. Gila babas perasaan macam nak luku2 je kepala sendiri masa tu. Rasa guilty kat Kin sebab dia tak dapat beli apa yang dia nak beli. Dah la siang tadi pun tak soping minah tu. Kalo tadi tak ke Gwangalli Beach and teros ke sini takde jadik camni kan.

Last2 kami gerak balik je. Kedai2 pun mostly dah tutup at that time. Kira salah la kiraan Kak Kiah bahawa kedai2 kat sini opening hours macam kat Myeongdong. Maybe semalam tu sebab weekend jadi orang ramai n tutup pun lewat about 11pm.       

Hai Kiah Kiah.. kali ni kau yang buat hal.. Ha ngate orang lagi kan..

Sampai Busan Inn dalam basah kuyup.  What a tragic way to end our final day in Korea. Sob sob.. mahapkan daku kengkawan.. Dalam hati berdoa mudah2an esok lusa ni takde yang demam.

Esok dah nak balik Msia dah. Assignment orang pun tak siap. Badan penat, kaki sakit. Rasa lousy and down giler masa ni.

Were u happy dapat tengok bridge Kiah?