Tuesday, June 10, 2014

BUSAN – JEJU – SUMMARY

Untuk trip Busan-Jeju, ni dia summary apa yang diplan n apa yang actual jadik..


Ni pulak bajet Kak Kiah sepanjang trip ni.


Overall sebenarnya Kak Kiah bagi trip Jeju-Busan ni markah 7 out of 10. Not bad actually considering Kak Kiah berjaya pergi tempat yang Kak Kiah nak pergi the most macam Cheonjeyoen Falls, Jeongbang Falls, Jusangejeolli, Jagalchi Market, 40 Steps, Taejongdae & Gamcheon Village. Must try pun almost all dapat – makan hotteok, radish kimchi, banana uyu, seaweed, seafood & limau hallabong. Bajet tak melebihi sangat apa yang dirancang, walaupun rate won agak tinggi – masih under control. Dapat beli souvenirs untuk diri sendiri, kengkawan & keluarga macam tshirts Busan, pirate games & kpop merchandise. Cuaca pun alhamdulillah ok kecuali last day ni je lah hujan lebat.

Tak banyak hiccups sepanjang trip ni kecuali:
1. Amek masa terkial2 nak cari tempat solat di Gimhae Airport – sepatutnya cari info pasal ni beforehand
2. Handle beg troli jahanam dan bengkok – dem u Air Asia!
3. Pembayaran lunch Mr Yang – sepatutnya confirm dulu dengan Mr Won masa deal driver
4. Tak prepare nama Busan Inn in hangul
5. Tersalah beli T-Money instead of Cash Bee
6. Tak prepare info tempat makan di Jagalchi Market
7. Masa soping kurang di Kukje Market sebab ada perubahan plan
8. Terpaksa skip Busan Mosque, Turkish Restaurant & Heundae tour pasal nak cari money changer.
9. Meredah hujan masa di Gwangan – shud prepare baju ujan/payung sbb dah tau akan hujan   

Selain yang listed kat atas ni, benda yang tak best - bab adik2 berdua yang masam2 muka sampai tak bercakap ngan each other and jalan jauh2 membawak diri ni. Walopun takde kena mengena ngan Kak Kiah apa yang dibengangkan tu, namun terbantut jua napsu nak berseronok-ronok. Ye lah awkward kan.. cakap dengan orang ni kang, orang tu tarik muka... cakap dengan orang tu, orang ni tarik muka.. Haiyaa pening!

Lagi satu bab tak redi fizikal, mental & emosi ni. Kalo nak ikut bajet style Kak Kiah ni, tiga2 faktor ni tersangatlah penting. Kak Kiah wish sangat at least inform la before pegi tu pasal masalah2 yang ada – kaki sakit ke, tak leh makan seafood ke, nak pegi certain2 tempat ke – jangan la masa kat sana baru nak inform. Tensi sangat nak replan atau nak ikut kehendak sorang2.. sampai sudahnya kita sendiri yang tak enjoy the trip.

Tapi Kak Kiah faham juga, kadang2 kita ni manusia ada certain time tu terlepas jugak perangai2 annoying tu, termasuk Kak Kiah ni jugak – kalo lapar je memang pantas bertukar jadi dragon. Dulu masa muda2 especially, lagi la selalu ada angin kus2 asek nak kuar api dari mulut. Pernah masa trip ke Perhentian ngan my girlfrens Kak Kiah bad mood dari day 1 sampai balik just sebab tak sebulu dengan one of the travel partners. Bila kenang2 balik, oh camni rupanya ya.. buruk sungguh perangai mendiva Kak Kiah masa tu.. huhuhu. Cuma bila dah kertu ni ada la reti sket nak bersabo and bertolak ansur. Rasanya tu ciri2 sporting tahap tertinggi. Nak marah ke, nak sentap ke.. bukan tak boleh.. tapi jangan la berlama2 sampai orang lain jadik menyampah tengok. And yang penting bila dah cool down tu mintak la maaf dengan kengkawan. Kita ni pun bukan budak2 lagi. Tanda2 penuaan dah pun terserlah di wajah kan.

Cara planning pun memainkan peranan jugak. Sebenarnya sangat tak bagus nak squeeze banyak2 tempat in one day. Kalo pi sorang or berdua takpe. Bila melibatkan orang lain yang tak biasa jalan lelaju, memang sangat meletihkan. Especially kalo jenis biasa travel ngan agency yang rilek2 je takyah susah jalan sana jalan sini. Jadi bab ni memang Kak Kiah mengaku – I was too ambitious masa buat planning ni sebab tak pertimbangkan tahap fitness diorang. Manakan sama kaki yang pernah sampai puncak Kinabalu ni dengan kaki mereka yang tak pernah sampai kan? Ahahaha tetap nak riak hokeh.

Lagi satu Kak Kiah kena belajar tolerate ngan benda2 yang unpredictable ni. Kena tanamkan dalam hati toksah expect too much yang orang akan ikut rentak kita. Bila ada drama, wat lek wat peace je lah.. Maybe lebih aman kot jiwa tu dari kita dok concern orang hepi ke tak dengan trip yang kita arrangekan.. Dah buat apa yang terbaik kan. Kalo orang tak puas hati gak, pasrah aje.. Lain kali pergi solo kui3x..

Macam yang Kak Kiah mention masa awal2 entry dulu, apa yang Kak Kiah tulis sepanjang trip ni – itulah yang Kak Kiah rasa dan lihat dari pandangan sendiri masa kejadian sebenar. Tapi tak semestinya apa yang Kak Kiah rasa tu betul ya. Mungkin Kak Kiah yang terlebih berdrama-queen who knows. Mungkin juga Kak Kiah salah faham situasi atau body language masing2. Ntah2 diorang takde apa2 pun, Kak Kiah yang melebih2 stress hehee...

Namun apa yang jadik dalam trip ni Kak Kiah anggap sebagai kenangan manis, asam garam kehidupan yang akan buat kita matang, mengenali and menerima kawan2 kita seadanya. Samada banyak bercakap, kuat sentap, kuat merajuk, muka blur, cepat penat, cakap kasar, cakap besar, berkira – mereka tu semua dah pun jadik kawan and Kak Kiah shud blajar untuk lebih memahami orang. Barangkali Kak Kiah terlalu banyak bersendirian (dok umah sorang, kat opis sorang, jarang hang out ngan frens) lately jadi skill untuk bercampor ngan manusia-manusia lain dah tumpul dan seharusnya diperbaiki lagi.

Kak Kiah harap masing2 amek la iktibar dari trip ni. Yang baik amek jadi teladan, yang buruk tu jadikan sempadan dan bahan kenangan di masa depan. Kak Kiah tak de lah simpan rasa bengang dalam hati untuk adik2 berdua tu sepanjang trip ni, sebab by now rasanya dah leh faham kondisi dan masalah, personaliti dan angin dalam badan masing2 yang berbeza. Kalau jumpa waktu lain rasanya ok kot diorang tu. Takde lah seterok masa Nanny – ha yang tu memang Kak Kiah stress giler sampai skarang fobia nak call dia pun Kak Kiah takmo.. heheh

Kalo nak tanya mau tak nak repeat lagi? Jeju no lah, dah cover semua ~ waterfalls, cave, cherry blossom, rapeseed flowers, Seongsan Ilchulbong, Mount Halla, Loveland ~ dah tengok batu & tebing yang cantik2, dah makan limau yang sedap tu so apa lagi yang tinggal? Kalo Busan, maybe. Tu pun takde la bernapsu sangat, maybe sehari dua je lah kot untuk cover Haeundae Beach & Yonggungsa Temple. Rasanya tak jatuh chenta sangat ngan Busan macam Kak Kiah jatuh chenta ngan Seoul. Maybe surroundings kot. Orang2 Busan tak secantik n seelegan orang2 Seoul. Diorang macam kampung sket la dressing, cara bercakap, cara layan tourist sume tu. Pastu kebersihan pun agak kureng. Ada few toilets kat Busan ni yang Kak Kiah masuk sangat kotor rasa cam nak muntah. Tepi2 jalan pun banyak sampah, nak2 depan Busan Station yang banyak gelandangan tu. Tapi selain tu, tourist attractions di Busan ni not bad and still worth to visit.

So kesimpulannya - like I said, 7 out of 10. Tak perfect tapi lulus. Kak Kiah tetap happy dan bersyukur sebab diberi kesempatan, peluang dan kesihatan yang baik untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan yang Esa *kesat air mata keinsafan yang bercucuran...

Akhirnyaaa.. tamatlah sudah cerita trip kali ni. Thanks pada mereka yang sudi membaca royanan rempanan Kak Kiah ni. Bab2 Kak Kiah membebel2 tu harap dimaafkan ye, maklum lah blog ni dah macam diari hatiku konsepnya ahaha.

Till the, next destination ke mana kita? Nantikannnn.. (sambil terkial2 kira duit tabung)

67 comments:

  1. Hoyee...tamat sudah..siap ada summary lagi...apa lagi..akan refer sini lah nanti..hikss

    Tak pe kak kiah..itu semua pengalaman..bila di kenang semula ada manisnya kan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee KK baru tadi baca stori JM pegi tempat jauh2 tapi tak masuk dalam tu. kenangan manis kan sbenarnya walopun masa kejadian rasa cam nak berjurai air mata huhuhu..

      Delete
  2. baca entry summary ni mcm baca celoteh ustazah k.kiah plak. apapun seronok baca kisah ni. kebetulan pulak k.kiah pergi masa weols baru balik dari tempat2 tu. Bila baca kisah k.kiah seolah2 mengimbau kenangan plak. nasib baiklah trip weols tak sedrama trip k.kiah. hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. ecehhh KK usha blog si hadrawalin tu, uols nye trip cam bessssstttt jerr... jeles tau. tapi mmg kalo dapat travel ngan geng2 sekepala tak banyak cekadak memang best sebenarnya kan :)

      Delete
  3. Wahh panjang betul summary kak kiah kali nih hahahah ... ape2 pun me suka je bace entry2 travel kak kiah... tak sabar nak tunggu next trip punye entry.. kemane plak tu yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee next destination kne secret dulu lah. sbb kali ni KK pegi berdua je. tak brani nak mention sbb KK pun takut kalo2 tak jadik apa yang diplan. yang pasti next trip bulan 9 nnt so mmg lambat lagi lah nak update blog ngeeee... ;)

      Delete
  4. kalo dah gitu pendapat kak kiah tentang busan..maybe saya akan buang dari wishlist saya..hmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik jangan begitu huhu. kalo Busan ni yang betul2 menarik - Gamcheon Village, Yonggungsa Temple & makan seafood kat Jagalchi Market. tu pendapat KK la. kalo nak ke korea, le je amek route ke Busan - stay for just 1 day then proceed to next destination.

      but bende ni depend pada taste travel masing2 & musim apa jugak noks. if datang Busan masa peak Cherry Blossom (end March) tu worth gak kot sebab ada festival sume tu kan.

      Delete
  5. Ok.. next destination jgn luper roger ye..
    Don't forget..saya SPORTING!

    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki.. KK ni memang suka kalo orang sporting n pandai amek gambo. bole tumpang pose2 model terus.

      tapi next destination KK ni mmg kne pakai stamina n kekuatan mental yang tinggi. KK sendiri takut nak pelawa orang sebab takut orang tak sanggup nak melasak2 ni. but the view - i guess tersangatlah ohsemnya!

      Delete
  6. Waah.. mantap jugak plan kak kiah ni. Next destination kat mana kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu cam tak tergamak nak bgtau dulu kat sini sebab takut tak jadik. first, lom buat plan sangat. baru beli tix je. second, tempat tak popular sangat. but hopefully jadik la.. tu pun kalau Allah izinkan hehee..

      Delete
  7. From my pengalaman laaa.....travel 2 org ok...lebih dari tu mmg akan ada baaaaaaaaanyakkkkk masalah...wpun masa kat mesia sebulu kaki semua...kat sana kuar lah peel sorang2...huhuh

    Mcm best jer next trip....tak sabo nak baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu noks. kalo orang jenis tak kesah rasanya ok kot. tapi KK pernah organize trip about 20 org join - ok je best sume org enjoy takde yang buat hal. so rasanya maybe KK ni dah tua kot.. dah susah nak adapt dgn pemikiran org2 muda gittew huhuhu

      Delete
  8. Wah... Best penulisan... Suka baca.... Murah juga ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ bro. eh tak la murah jugak trip kali ni sbb duit flight busan-jeju tu mahal sket (beli dah lambat), pastu amek cab driver lagi kan. kalo betul2 bajet bole kurang sampai RM1200 exclude makan & sopping rasanya..

      Delete
  9. As for me kak, kalau dah buat silap atau sentap sendiri masam muka bagai pastu spoil kan mood orang lain, kene la mintak maap, bukan perlu tapi wajib mintak maap yer. Dan satu lagik yang penting kene ikhlas la kot. Apa apa pon saya mmg tabik spring kak kiah mmg wonder women boleh menghadapi rakan rakan se-travel dengan prangai gini. Kalau saya lah, kompom dah kuar suara siput srawak terjerit jerit amukkan.

    ps: Taniah buat nanny kerana masih berada di tangga juara carta traumatize kak kiah lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekeke suara siput sarawak terusss..

      haha nanny mmg legend. KK punya fobia. cuma bagusnya nanny ni dia tak amek hati la masam2 muka sampai sudah. walopun lebih tua, ada banyak gak dia ikut cakap KK.. cuma bab dia bebel2 bising2 komplen2 tu la yang tak sanggup hadap ahahaha

      Delete
  10. Bab bebel ni Kak Kiah cukup terrer betul... respect... kihkih

    Pada saya Busan ni menarik juga tempatnya. Tapi kalau terkejar-kejar memanglah kureng sikit seronoknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. noks.. kalo ko ada di tempat kejadian, tgk la muka KK masa tu.. rilek je setenang air di sungai. tapi hati bergelora mendidih2 nak membebel.. tu yang bila blog hah terus non stop merempan kekekeke

      Busan menarik eh.. ye lah kot maybe sbb terkejar2 aritu, tak sempat nak enjoy pun sebenarnya. kepala serabut sangat masa tu huhu

      Delete
  11. saya nak pi jugak ke Busan ni nanti....tapi entah bila la kan....tapi mmg rasa best je Busan ni bila tgk gambar2 orang ke sana...hehehe lagi nak makan seafood freshhh kat sana...

    kak kiah nakpi nepal kee?eh sukati main teka je plak kan...hehehe sbb ckp kena ada stamina tu la view mantop...hehehe tapi kalo betul ke nepal, saya yakin la kakkiah boleh....kinabalu pun sudah ditawan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. seafood Busan wajibulghunnah tau!! sedap sangat ok. jangan kedekut won bab ni.. mmg rugi kalo tak merasa..

      amboi nepal.. dasat tu hik3x KK ni kasta rendah sket bab travel ni DJ.. berani buat apa yang mampu je. lom sampai tahap nepal hehee..

      Delete
  12. Tabik untuk kak kiah. Bukan mudah nak handle ragam manusia yang pelbagai..

    Nanti nak terjah Busan atau Jeju boleh refer sini jer. Tq tq kak kiah bagi info banyak. Terus jatuh hukum Wajibulghunnah untuk saya taste fresh seafood sini..

    Kalau teka kak kiah nak buat ABC trekking err?? Bila nak buat sporting test nyer?? ngeh ngeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ gak sbb sudi membaca. walopun citer trip kali ni lagi banyak membebel dari bagik info kekeke..

      ABC trekking tu hape noks? err cam best je.. cer cite..

      sporting test? haha ok la nnt KK buat la kuiz ye.. main2 je bukan betul2 punye tau. sementara nk tggu next entry hehee.. bole gak layan2 boring

      Delete
    2. ABC trekking tu antara trek paling glemer kalo pegi Nepal. Nama panjangnya "Annapurna Base Camp". Baru jer nak studi pasal tempat ni.:)

      Kalo tak ke sana pun, agaknya kak kiah pegi Lombok eh.. hiking mt.rinjani, hehe..
      sukati saya jer main teka-teka..

      Delete
    3. owhh nepal yerk? amboi tu level dasat tu KK ni tak tergapai lagi.. LD nak pi sana ke? hui terernye tabik spring lah.

      Delete
  13. diari hatimu tetap ku suka baca..
    teruskan blogging ye kak kiah...I suka penulis jenis jujur macam kak kiah ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ noks. errr.. cop.. KK ni jujur sangat ke uols? actually tak reti nak tapis2 stori. nnt tak keluar apa yang dirasakan masa tu.

      tapi tengok blogger lain rilek2 je story trip theyols. nampak cam enjoy je semua. ke KK ni sumthing wrong? erkk..

      Delete
    2. taklah....saya rasa bloggers ni mmg macam2 jenis
      ada yg tak suka citer dilema2 masa travel, ada yang suka citer A to Z
      so, pembaca yang kena memilih jenis cmne yg diorang suka kan?
      In my case, saya suka style KK hehe

      Delete
    3. hehee TQ again. nasib baik la KK ni setahun 2-3 trip je yang mampu. kalo tak mati la penuh blog ngan drama ahahaha.

      Delete
  14. ~skill untuk bercampor ngan manusia-manusia lain dah tumpul dan seharusnya diperbaiki lagi~

    i like dis statement KK, haha! bila nak repeat busan lg? hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha busan tatau la bila.. so far lom ada apa2 plan lagi utk 2015.. nak berangan pun tak berani sebab takut ada komitmen lain. maklom lah i gaji ciput je you..

      Delete
  15. yeeay tamat sudah entry ini...boleh jadikan rujukan!
    next destination ke manakah itu??
    tahun nie repeat kampung halaman lagi kan kak kiah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. final trip ke korea this nov. nak layan autumn hihi.. pastu rasanya tanak pi korea dah.. nak cari mak mertua baru kat negara lain ekekeke..

      selain korea, ada 2 lagi destinasi tahun ni. cuma tu lah.. nak cerita takut tak jadik.. so tungguuu :)

      Delete
  16. best2 entry kak kiah ni.boleh jadi panduan utk sy.haih..msih berkira-kira nak pergi ke tak ke jeju or nak jln2 kat seoul je..kak kiah..bg advise sikit..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo pergi time spring (ujung bln 3 or awal bln 4), shud pegi jeju skali layan cherry blossom. jeju mmg cantik time spring. tapi kalo pegi time autumn/winter, better fokus kat seoul je sbb lg byk tmpt best sini. silap2 seminggu pun tak cukup nak cover.

      Delete
  17. clap clap clap.. watamat akhirnya segala drama.
    besttt sangat baca kisah kak kiah.
    tak sabau tunggu percutian kak kiah selanjutnya lepas ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. koh3x.. sampai tepuk tangan gitu.. TQ sudi n setia membaca kisah2 merepek KK ni :)

      Delete
  18. Salam perkenalan Kak Kiah, saya nampak blog travel ni dkt one of the blogs yg saya baca... dah follow dah.. very detail bajet kak kiah...senang org mcm saya nak ikot dan nak bajet2 duit... ada hati jugak nak ke jeju..he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok pegi jeju 2 hari make sure full. kalo nak naik hallasan, tambah lg 1 hari tau. pastu pegi time ujung2 bln 3 or 1st wk of april. dijamin cantikkk..

      Delete
  19. Kiranya dah xnak datang Korea lagi ke...ceh soalan. Trip hujung tahun ni jadi kan. Hihi. Betul tu, toleransi sangat penting kalau bercuti ngan orang yang baru kita kenal. Nak lagi perangai semua berbeza. Buang yang keruh, ambil yang jernih konsepnya kalau dah masuk alam young-at-heart ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. trip ujung thn ni jadik insyaAllah.. hehe nangeh kalo kensel yang ni..

      betul tu bie. kne banyak tolak ansur. KK ni pun kne blaja2 jugak. ye lah seblom ni kawan ngan geng2 kertu. bila dah start campor ngan adik2 yg ada gap umo ni, kne tingkatkan kesabaran jugak sbb ada certain things tu pd mata theyols biasa2 je, tp pd mata KK n kak kin mcm *eh kau dah kenapa? hehee...

      Delete
  20. Huh! Dah macam warna trafic lite... He He He...

    ReplyDelete
  21. Best betul kisah kisah kak kiah ni...tak sabar tunggu next trip...
    Kisah kat gunung kinabalu tu mmg best.Sy bkn org yg suka aktiviti lasak tapi bila baca cerita kak kiah...sgt terhibur...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sudi baca. KK ni bukan lasak sangat sbnrnya. saja cuba je tu. gunung ledang yang dekat ngan umah ni pun tak pernah panjat sampai atas hehee..

      Delete
  22. salam kak kiah..saya terjumpa blog KK masa tgh survey trip ke busan ni..kami akan pergi ke busan pada bulan september ni..bila membaca kisah KK ttg nanny..terus saya ke trip KK pada 2013..asal nak menjadi silent reader tapi tangan gatal untuk menulis sedikit pendapat..hehe

    kalau nak travel ni..memang kene perg dengan geng satu kepala..kalau tak sama kelapa, memang akan jadi macam2 aksi yang sgt tak syok dan merundumkan jiwa kalau tak kekar..kesian KK sebab da alami trip tak syok on 2013 dan kene jugak on 2014..lepas ni KK memang kene pergi dgn yang mmg satu kepala sahaja..baru puas.. =)

    orang pernah cakap..bagaimana kita ingin mengenali kawan kita? maka pergilah mengembara..maka kamu akan kenal siapa kawan kamu.. dan itulah apa yang kita belajar di sekeliling kita apatah lagi KK yang da tempuh pelbagai karenah..

    bertabahlah dan anggap inilah cabaran hidup yang harus ditempuhi..

    lepas ni KK pergi travel dengan yang betul2 kaki travel jah k..yang memang motip travel mmg gile nak tgk tempat orang..yang mmg gile nak tahu budaya sesuatu negara...

    tabahkan hati..kuatkan hati KK.. =)

    p/s: saya rasa kita mungkin sama..sebaya..dan reason masih lagi tak kahwin...tettttt...hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. noks.. geng2 KK yg satu kepala sume dah kawinnnnn... uwaaaa!!

      KK ni susah sket nk ckp. kdg2 tableh gak nak memilih travel partner sbb dulu kita pun masalah tiap kali nk cari geng travel, ni bila dah dapat takkan nak eksen2 tak bg org join kan.. hehe.. tp takpe lah, like u said - anggap sbg cabaran hidup. KK ni yang kne bukak minda kne terima buruk baik orang n tingkatkan kesabaran diri huhu.

      p/s: waaahhh ye ke sebaya n solo-molo ni? gimme five!!

      Delete
    2. hahaha..gimme five!!! hiappp.

      Delete
  23. eh..lupa pula...sbb excited nak berkomen..hehe...anyway..terima kasih banyak2 dengan coretan pengalaman KK..banyak membantu next trip kami ke busan n seoul september ini..ini trip busan pertama dan trip seoul kedua...tahun depan nak cover trip jeju kedua pula..
    korea banyak tempat yang banyak untuk dilawati dan SubhanaAllah..ciptaan Allah sangat cantik..
    thank KK.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye.. gud luck and enjoy k yr trip to Busan. mesti pegi tmpt2 yg KK rekomen tu kalo tak rugi hehe.. olso jgn lupa pekena seafood di Jagalchi Market!

      Delete
  24. Kak kiah...saya pun mcm akak gak...bawa partner memcm peel,tapi sekali jelah pastu bye bye...malas nak layan cari partner lain lak..partner saya kat Busan/Seoul mmg debak sbb sama kepala, saya suka Busan sbb seafood kat Jagalchi Market sangat sedap, town yg tak busy..Haeundae Beach..Gwangali Beach, Taejongdae,Gamcheon Village yg cantik...so maybe akan repeat Busan lagi..teringin nak travel ngan akak mesti menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat partner satu kepala mmg best kan! tapi dulu2 senang la. now ni agak susah utk KK sbb almaklom lah dah senja uols.. hehe.. kengkawan satu kepala banyak dah tak minta travel. kne la cari geng baru.

      Delete
  25. salam perkenalan kak kiah, suka bc blog kak kiah ni..simple n senang faham..btw 2 mgu lps bru balik dr busan...busan mmg daebak..suka sgt..especially taejongdae...sy add akk kt fb..harap bleh approve sb nk tya psl melbourne ni especially tour ke gor n philip island..hehehe..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mazura. eh dah add kan? hehe. kalo ada soklan pasal melben leh la tanya lagik ye..

      Delete
  26. As salam, memang adventure betul baca blog KK nie...jarang saya ikuti story sampai habis selain daripada story trip yang saya nak pegi. Memandangkan banyak trip KK ke Korea, so saya baca kesemuanya...macam2 episod yea yang berlaku... ada gembira, sedih, tempered, gila2..dan mcm2 lagi...boleh director bikin drama...hahaha. Pakallah saya nie laki, kalau tak mmg saya join trip KK sebab saya suka style dan itenary KK. Sekarang pun memang saya tgh study blog2 org yang ke Korea especially ke Seoul sbb awal next year nak pegi...winter gitu.heeheh... so kalau boleh nak dapatkan tips yang bagus, cuma tak banyak story @ experience blogger yang pegi Korea time winter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huaa syiok pi time winter! KK dulu teringin nk pi time winter tapi bila time auntumn pun tak tahan sejok gedi sampai berpakaian dah seperti beruang, ku kuburkan je lah niat itu huhu.. anyway bab2 transport, hostel, mkn sume sama je mcm kalo travel musim2 lain. cuma kne take note tempat yang nak pegi tu la. ada certain2 tempat x menarik pegi time winter mcm nami island, everland (except dah dekat2 xmas). tapi kalo mt seorak, yeongpyong ski resort tu mmg worth pegi masa winter. just standby la baju tebal2 okeh hehee..

      Delete
    2. best g time winter..jakun dpt tgk salji turun

      Delete
  27. wooow terperinci sungguh perbelanjaan Kak Kiah. CT jap sampai skarang dok baca traveller punya blog pun pening pening lalat nak faham few mende. Kad kad diorang tuh and hahaha.. apa apa pun tabung tak cukup lagi nampaknya. kena sabar. doakan CT pulak ada rezeki ke Korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah KK doakan CT dapat ke Korea soon. aminn..

      KK dulu mcm tu gak - manjang migrain bila dok study cemana nak buat bajet. dah le 1st time pegi solo masa tu so mmg gila babas la preparationnya huhu. takut tak cukup duit kat tempat orang gituh..

      Delete
  28. Salam kak kiah...best gak baca blog akak ni...(akak ke)tapi mcm mana ngan restoran halal kat sana senang x cari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo Seoul senang. Kalo. Busan n Jeju tak byk so kne makan kat kedai yg jual seafood or vegetarian je. Takpun tapau dr Msia.. Anyway, thx sudi singgah sini baca blog ye :)

      Delete
  29. salam..mcm2 gelagat trip partner ek..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. huhu begitulah adat travel ramai camni huhu

      Delete
  30. terima kasih atas pencerahan kak kiah..sy ingat sy sorang ja ada perangai annoying time travel..bila dah balik br rasu awat teruk sgt prangai aku..huhu..betul la org kata..waktu travel tu lah kita kenal diri masing2..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. kalo muda2 hati memang cepat panas kan. sikit2 sentap. KK dulu camtu gak. diva habis.. dah tua ni baru insap..

      Delete
  31. 1st time baca blog kak kiah.. omg hakakyg baca pn rasa lenyek2 je hahahha.. please pray for me trip ke jeju with my mom dia awal2 dah ckp mama ikt kakak je πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.. sedut segala kesabaran kk..

    ReplyDelete