Showing posts with label Riau. Show all posts
Showing posts with label Riau. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

BANDUNG - DAY 4 - RIAU


Lepas setel solat sume, Kak Kiah pun begerak la sorang2 menuju ke Riau Shopping Area. Jauh gak actually tapi Kak Kiah jalan selow2 je menikmati suasana kehidupan orang2 Bandung ni. Cikgu2 tu katanya pegi jenjalan kat taman area Balai Kota depan hotel kami.

Lalu kat depan BIP ada buat cam pameran binatang2. Wah teruja terus Kak Kiah tengok binatang kiut miut gitu!!



Lepas dah layan lepas rindu kat kucing2 binatang2 tu sume Kak Kiah menapak lagi. Bila dah berjalan ni baru la kita nampak betul2 betapa ramainya gelandangan kat tepi2 jalan tu. Ada yang mengemis biasa2 je, ada yang tuju kat kereta ketuk2 tingkap, ada yang main gitar tepi jalan. But seriously, suara diorang yang menyanyi tepi jalan ni kan.. perghhh sedap giler ok! Almost semua yang Kak Kiah dengar semua sedap2 n merdu2. Kalo campak kat Msia memang harus kaya kalo bikin single je pun.

Kak Kiah terus tuju Terminal Tas nak belikan henbeg untuk opismate Kak Kiah tu. Tatau la ntah ori ke tak. Kak Kiah send picca semalam dia kata ok je. Alah bagi duit RM100 je pun. Apepun pada pendapat Kak Kiah la kan, kalo nak beli henbeg toksah le beli kat Bandung ni. Kak Kiah tengok cam tak lawa je. Yang kengkonon ori A+++ tu pun tak lawa, apetah lagi lagi cokia tu kan. Tapi kalo jeans, baju, telekung, kain2 sume ok memang Kak Kiah tak nafikan kualitinya bagus kat sini n harga murah. So memang agak malang lah Kak Kiah sebenarnya bila kawan kirim henbeg ni sebab tak senang hati kita nak bersoping mikirkan nak beli barang dia. Kadang2 ada orang cakap “tak kesah la, beli je apa2”.. tapi satgi kang komplen lak kang. Sebab tu Kak Kiah tak kesah la, sanggup menapak jauh ni nak beli henbeg dia sebab tu je yang dia kenan.

Yang depan tu beg Kak Kiah. Murah je tak sampai Rp100,000 pun. Tapi sangat lasak ok boleh cuci lagi huhu..
Pastu dah beli, Kak Kiah pun dah lega. Alhamdulillah semua dapat dibeli. Esok leh balik Msia dengan hati girang hoyeah!!

Plan ngan Cikgu Elly, Cikgu Shikin & Dayah nak dinner malam ni kat BMC. So Kak Kiah pi singgah Masjid yang berdekatan tu. Masjid ni located kira tengah2 antara hotel, BIP n BMC so mudah la kan. Lepas maghrib cikgi2 akan terus datang jumpa Kak Kiah kat masjid je nanti.

Ok la masjid dia. Besar tapi simple. Tapi takde karpet huhu keras masa sujud. Jemaah muslimah lak pakai telekung kalerful. Bab lain, cara2 solat wirid sume sama je cam kita.

Lepas abis solat dapat sms Cikgu Elly kata diorang ada kat luar pagar. Masa nak kuar tu Kak Kiah dengar riuh-rendah la orang dok berarak kat jalan. Alah macam reformasi ke jadah tu. Tejerit tepekik time maghrib. Ntah apa2. Tapi Dayah cakap kat sini memang biasa cam tu. Diorang tu mostly student universiti. Kira suara bebudak U boleh tahan kuat la kat Indon ni sebab sampai bole jatuhkan kerajaan sume.

Haih.. Kak Kiah kalo nak bukak kitab indon kang memang panjang nak bebel. I’ve been studying their culture, hukum adat, undang2, politics for years. Bila dah datang sini n tengok sendiri, rasa kesian sangat. Allah bagi nikmat banyak sangat kat bumi ni (tengok nasik je pun dah leh beza), tapi kenapa rakyat dia banyak miskin? Kat Bandung ni je gaji paling tinggi RM1000 je sebulan tau. Tu yang level pegawai2 tu. Kalo yang rendah2 ni silap2 RM200-300 je sebulan. That’s why bila diorang datang Msia dapat gaji RM450-500 sebulan dah bersyukur sangat2. Siap leh simpan balik beli tanah berekar2. Yang best tu, Dayah citer budak2 Indon universiti dia tanya kenapa orang Msia sibuk2 nak buat himpunan2 bagai (masa ni kecoh pasal BERSIH) sedangkan hidup dah ok kalo nak banding ngan diorang. Ha tau takpe. Tu beza orang tau konsep bersyukur atau tak.. I’m not saying Msia ni perfect takde salah. No no. Banyak lagi flaws yang perlu dibetulkan. But still not bad. Kita still dalam frasa perubahan. Dah ada transparency tak lah corrupted gile macam masa 10 thn dulu. Kita masih dapat idup dgn aman, cukup makan, cukup pakai. Apepun tak sampai lagi level nyanyi2 main gitar tepi jalan untuk mintak sedekah.

Eh lari topik dah ni huhuhu..

Untuk malam last ni kami makan sedap2 je. Nak abiskan duit rupiah kan. Esok pagi nak balik dah..Tapi bila nak bayar, Cikgu Elly belanja plak. Alhamdulillah.. murah rejeki Cikgu Elly pas ni aminn..


Nasi Timbel Kompelit namanya
Vege Juice -blend sawi, nenas & epal. Tapi bau cam rumput. Nasib baik sedap!
Our last meal in Bandung. Memang best!
Lepas say bye2 kat Dayah, kami pun balik hotel. Pack2 apa yang patut. Risau giler esok takut terlebih muatan. Beg pulak dah beranak pinak. Tido lewat lagi malam ni. Tak sabo nak balik hehee.. 

Friday, February 8, 2013

BANDUNG - DAY 2 - SETIABUDI & RIAU AREA

Before ke Rumah Mode, kami ke BIP (pronounce 'bee air pear') dulu sebab cikgu2 berdua tu nak beli beg troli. Kak Kiah tak beli sebab dah beli dari Msia. Asal aritu nak beli sini tapi takut harga mahal ke apa kan huhu.. Tau je lah Kak Kiah ni bajet cheapskate..
Murah-murah ya bagasinya neng..
Then kami ke Setiabudi untuk ke Rumah Mode. FYI, Rumah Mode ni memang sangat la femes n menjadi favorite pelancong2 dari Msia.

Harga agak mahal berbanding FO lain tapi kualiti baju2 dia memang bagus sangat. Design pun cantik2. Even t-shirts kat Rumah Mode ni pun banyak sangat taste Kak Kiah. Kalo RM30 kita dah leh dapat t-shirt lawo2 sini. Cuma Kak Kiah kureng berkenan sket baju2 diorang suka lipat2. Bila nak tengok kena bukak satu2. Pastu salesgirl dia lak cepat2 akan lipat balik, tak senang Kak Kiah nak memilih.

Lepas Rumah Mode, kami ke Fashion World sebelah je letaknya. Kat sini pun Kak Kiah rembat lagi few t-shirts Armani Exchange. Masa ni hujan turun. Namun begitu semangat bersoping masih kuat membara.
Lepas tu kami shopping jeans lak kat Toko Tiga. Kat sini Kak Kiah belikan jeans untuk boipren Kak Kiah. Ye lah kena gak beli jiwa. Nanti dia ingat Kak Kiah lupa daratan dapat jenjalan kan (walopun sekarang ni rasa nyesal belikan dia jeans tu.. ada ke patut lepas dapat jeans dia gado ngan Kak Kiah pasal jeles ngan Pak Darso erk!). Harga jeans kat sini memang murah2, RM50-70 sehelai. Jenama ada macam2. Kalo yang kelas sket cam Levis tu harga dalam RM120-150.

Then pegi ke area Riau pulak. Riau ni lebih kurang Dago gak, banyak FOs yang menarik. First kami ke The Summit. Lebur lagi rupiahku di sini. Lepas soping kami pekena eskrem durian kat depan FO ni. Sedap sangat tau. Harga Rp8,000 secawan.

After that kami lintas jalan pegi ke FO depan The Summit (tak ingat nama). Kat sini ada banyak jual handbag. Ofis mate Kak Kiah kan ada kirim handbag. Tapi Kak Kiah tengok takde pun handbag yang ori. Kalo gred A++ tu ada la. So Kak Kiah pun tak tau nak beli ke tidak, maklum la barangan branded2 ni Kak Kiah memang kurang pengetahuan (I pakai henbeg cap ayam je you.. yang penting dalam beg banyak duit, kau hado? Hahah). Tapi Kak Kiah ada la curi2 snap picca handbag2 tu sume, ingat nak send kat FB kawan Kak Kiah tu. Kalo dia setuju baru la Kak Kiah beli esok2 ke lusa2 ke..
Lepas tu kami ke The Heritage & Cascade lak. Again, banyak gile baju lawa2. Rasa penyesalan mula terasa sebab tak bawak duit banyak2. Dari semalam Kak Kiah cuma soping baju Kak Kiah. Ni kalo napsu soping untuk diri sendiri tak dikekang, harus la takde souvenir untuk orang lain kang huhu..

Masa ni dah lebih 12 jam waktu penyupiran Pak Darso. Kalo ada additional hour memang kena bayar lebih sket. Bincang punya bincang semua setuju untuk extra time ni. Ye lah kat Jalan Riau ni tak sampai 3 jam, mana cukup nak cover semua kan. So kami ke Collector Parfum depan FO Oasis sebab nak beli perfume bancuh. Murah je sebotol 30ml (Rp45,000), 100ml (Rp115,000). Kak Kiah ni tak pandai bab2 perfume ni tapi ramai orang rekomen beli perfume kat sini, katanya murah n bau tahan lama macam ori la. Kak Kiah beli 2 jenis – Issey Miyaki untuk mak, Hugo For Women untuk Kak Kiah sendiri.
(Note : Perfume ni memang best ok. Kak Kiah pakai 30ml tu leh tahan 6 bulan. Kalo dari pagi pakai, sampai ke malam baunya uols!)
Then kami ke Bakso Malang Karapitan (BMK) untuk dinner. Pak Darso yang rekomen tempat ni, dekat je ngan BIP n about 15min dari hotel kami. BMK ni just jual bakso je tapi pelbagai rupa jenis bakso la. Kak Kiah order Bakso Seceng.
Ya Allah sedap juga bakso ni. Memang i love u lah food kat Bandung ni. Semua Kak Kiah suka! Murah gak bakso ni. Kami makan bertiga cuma Rp60,000.

Bila perut dah kenyang, badan pun dah capek. Lepas tu Pak Darso hantar kami balik ke hotel. Dalam perjalanan tu sempat order Kek Lapis Kukus Kalimantan kat Pak Darso. Murah je tau cuma Rp65,000. Kalo orang lain jual Rp75,000. Kak Kiah order 3 jenis – cheese, stoberi n ceklat. Pak Darso kata nanti lusa malam dia hantar ke hotel.

Before berpisah sempat bergambar ngan Pak Darso. Ganteng bukan? Hoho.. FB dia pun ada bagi tau, tapi Kak Kiah tak ingat buleh gitu?
Anyway, sampai je bilik panas hati tengok bilik tak berkemas, towel tak bertukar. Pergh memang teruk la servis Hotel Patradisa nih. Siap korang esok Kak Kiah nak hamun.

Malam ni pun diorang tido awal. Kak Kiah je terkebil2 susah nak tido. Dah la bilik atas dok bising2 lagi.. Apa saja la dibuat 2-3 pagi tak tido2 lagi ntah..