Thursday, October 17, 2013

BANDUNG - DAY 4 - RIAU


Lepas setel solat sume, Kak Kiah pun begerak la sorang2 menuju ke Riau Shopping Area. Jauh gak actually tapi Kak Kiah jalan selow2 je menikmati suasana kehidupan orang2 Bandung ni. Cikgu2 tu katanya pegi jenjalan kat taman area Balai Kota depan hotel kami.

Lalu kat depan BIP ada buat cam pameran binatang2. Wah teruja terus Kak Kiah tengok binatang kiut miut gitu!!



Lepas dah layan lepas rindu kat kucing2 binatang2 tu sume Kak Kiah menapak lagi. Bila dah berjalan ni baru la kita nampak betul2 betapa ramainya gelandangan kat tepi2 jalan tu. Ada yang mengemis biasa2 je, ada yang tuju kat kereta ketuk2 tingkap, ada yang main gitar tepi jalan. But seriously, suara diorang yang menyanyi tepi jalan ni kan.. perghhh sedap giler ok! Almost semua yang Kak Kiah dengar semua sedap2 n merdu2. Kalo campak kat Msia memang harus kaya kalo bikin single je pun.

Kak Kiah terus tuju Terminal Tas nak belikan henbeg untuk opismate Kak Kiah tu. Tatau la ntah ori ke tak. Kak Kiah send picca semalam dia kata ok je. Alah bagi duit RM100 je pun. Apepun pada pendapat Kak Kiah la kan, kalo nak beli henbeg toksah le beli kat Bandung ni. Kak Kiah tengok cam tak lawa je. Yang kengkonon ori A+++ tu pun tak lawa, apetah lagi lagi cokia tu kan. Tapi kalo jeans, baju, telekung, kain2 sume ok memang Kak Kiah tak nafikan kualitinya bagus kat sini n harga murah. So memang agak malang lah Kak Kiah sebenarnya bila kawan kirim henbeg ni sebab tak senang hati kita nak bersoping mikirkan nak beli barang dia. Kadang2 ada orang cakap “tak kesah la, beli je apa2”.. tapi satgi kang komplen lak kang. Sebab tu Kak Kiah tak kesah la, sanggup menapak jauh ni nak beli henbeg dia sebab tu je yang dia kenan.

Yang depan tu beg Kak Kiah. Murah je tak sampai Rp100,000 pun. Tapi sangat lasak ok boleh cuci lagi huhu..
Pastu dah beli, Kak Kiah pun dah lega. Alhamdulillah semua dapat dibeli. Esok leh balik Msia dengan hati girang hoyeah!!

Plan ngan Cikgu Elly, Cikgu Shikin & Dayah nak dinner malam ni kat BMC. So Kak Kiah pi singgah Masjid yang berdekatan tu. Masjid ni located kira tengah2 antara hotel, BIP n BMC so mudah la kan. Lepas maghrib cikgi2 akan terus datang jumpa Kak Kiah kat masjid je nanti.

Ok la masjid dia. Besar tapi simple. Tapi takde karpet huhu keras masa sujud. Jemaah muslimah lak pakai telekung kalerful. Bab lain, cara2 solat wirid sume sama je cam kita.

Lepas abis solat dapat sms Cikgu Elly kata diorang ada kat luar pagar. Masa nak kuar tu Kak Kiah dengar riuh-rendah la orang dok berarak kat jalan. Alah macam reformasi ke jadah tu. Tejerit tepekik time maghrib. Ntah apa2. Tapi Dayah cakap kat sini memang biasa cam tu. Diorang tu mostly student universiti. Kira suara bebudak U boleh tahan kuat la kat Indon ni sebab sampai bole jatuhkan kerajaan sume.

Haih.. Kak Kiah kalo nak bukak kitab indon kang memang panjang nak bebel. I’ve been studying their culture, hukum adat, undang2, politics for years. Bila dah datang sini n tengok sendiri, rasa kesian sangat. Allah bagi nikmat banyak sangat kat bumi ni (tengok nasik je pun dah leh beza), tapi kenapa rakyat dia banyak miskin? Kat Bandung ni je gaji paling tinggi RM1000 je sebulan tau. Tu yang level pegawai2 tu. Kalo yang rendah2 ni silap2 RM200-300 je sebulan. That’s why bila diorang datang Msia dapat gaji RM450-500 sebulan dah bersyukur sangat2. Siap leh simpan balik beli tanah berekar2. Yang best tu, Dayah citer budak2 Indon universiti dia tanya kenapa orang Msia sibuk2 nak buat himpunan2 bagai (masa ni kecoh pasal BERSIH) sedangkan hidup dah ok kalo nak banding ngan diorang. Ha tau takpe. Tu beza orang tau konsep bersyukur atau tak.. I’m not saying Msia ni perfect takde salah. No no. Banyak lagi flaws yang perlu dibetulkan. But still not bad. Kita still dalam frasa perubahan. Dah ada transparency tak lah corrupted gile macam masa 10 thn dulu. Kita masih dapat idup dgn aman, cukup makan, cukup pakai. Apepun tak sampai lagi level nyanyi2 main gitar tepi jalan untuk mintak sedekah.

Eh lari topik dah ni huhuhu..

Untuk malam last ni kami makan sedap2 je. Nak abiskan duit rupiah kan. Esok pagi nak balik dah..Tapi bila nak bayar, Cikgu Elly belanja plak. Alhamdulillah.. murah rejeki Cikgu Elly pas ni aminn..


Nasi Timbel Kompelit namanya
Vege Juice -blend sawi, nenas & epal. Tapi bau cam rumput. Nasib baik sedap!
Our last meal in Bandung. Memang best!
Lepas say bye2 kat Dayah, kami pun balik hotel. Pack2 apa yang patut. Risau giler esok takut terlebih muatan. Beg pulak dah beranak pinak. Tido lewat lagi malam ni. Tak sabo nak balik hehee.. 

No comments:

Post a Comment