Tuesday, October 22, 2013

KINABALU – DAY 3 – PUNCAK KINABALU

Kul 1.30am Kak Kiah dah jaga sebab dah bising2 kat luar tu dengar orang dah bangun. Janji ngan Anis nak jumpa dalam kul 2.30am, dia akan naik ke sini sebab Kak Kiah malas nak turun supper. Actually supper kul 2am tapi kne turun la kat Laban Rata. Ish tak kuasa kau.. baik makan biskut je kat bilik.

Buat air dulu. Minum kopi n makan biskut. Sambil tu pack barang siap2. Nanti balik terus check out je sebab kat sini kena check out before 10.30am. Sejam lambat caj RM100 gila kan.. Untuk naik ke puncak, Kak Kiah cuma bawak sikit je few energy bars, air n ubat2. Lain sume tinggal. Kuasa mak nak angkut sume.

Kesian kat Erni sebab suar dia basah semalam. Dengan stokin skali basah. Nasib baik dia ada bawak track sehelai. So Kak Kiah bagi dia pakai stokin spare Kak Kiah. Untuk mendaki ke puncak ni, Kak Kiah pakai 2 tshirts, 1 inner, 1 sweater, 1 windbreaker, 1 tights, 2 tracksuit, 2 stokin, 2 glove (1 wool, 1 leather) & headlamp. Hehe gemuk macam beruang. Ah tak kira janji selesa n tak sejuk. Dari sini ke puncak takyah bawak climbing stick sebab leceh nanti banyak kena pegang tali, kalo ada stick cam ganggu pergerakan.

Lepas siap sume, Kak Kiah pegi lepak kat luar sambil senam2. Wah semangatnye kau Kiah ye. Alhamdulillah cuaca pun nampak ok. Bulan cerah lak tu. Ramai jugak yang pegi turun supper.

Kak Kiah dah siap!
Niza kuar join Kak Kiah tak lama pastu. Dok bebel2 pasal dia takleh tido. Ada mamat yang sebilik ngan dia tu kemain kuat berdengkur. Kesian betul. Dia cakap nak ajak Kak Kiah tido bilik dia semalam tapi dia takut Kak Kiah dah tido. Huhu nasib baik tak ajak. Dah ler ada jantan dalam tu. Pastu macam2 gak la dia bebel. Kak Kiah diam je melayan. Risau gak tengok minah ni macam2 komplen. Itu tak kena, ini tak kena.. Pastu semalam kan dia cakap dia biasa panjat gunung, bila tengok prestasi semalam macam tak je huhu jahat kan Kak Kiah.. Ye lah, ingatkan jenis kental lasak sume apa halangan bisaku redah kan.

About 2.30am, Anis pun sampai. Lepas dia check semua barang n pakaian Kak Kiah, kami pun get redi nak gerak. Tengok banyak climbers dah mula mendaki. Dari jauh nampak headlamp memasing je berbaris cam semut.

Bismillahirrahmanirrahimm... ayuh kita mulakan!

Ok dari apa yang Kak Kiah study before this, perjalanan menuju ke puncak ni adalah yang paling mencabar sekali. First skali sebab gelap, cuma berpandukan headlamp je. Pastu trail dia memang bahaya, banyak tangga curam2 n batu2 licin. Banyak orang yang mati jatuh kat part ni la. So mental memang kena kuat time ni. Kena ingat tujuan datang sini untuk apa n fokus pada setiap langkah kita. Pendekata takleh main2 lah. InsyaAllah selamat.

Memula tu perjalanan banyak mendaki tangga2 kayu yang steep. Fuh memang bisa lutut weh masa ni. Kena plak climbers ramai depan belakang bersusun je. Nak benti pun space tak banyak. Kira kita menapak ikut pace orang depan kita la. Kalo dia laju, kita pun kena laju. Kalo tak climbers yang belakang tu bising2.

Yang kelakar nya ada satu mat saleh ni depan Kak Kiah asek terkentut je. Kira bontot dia memang menghala muka Kak Kiah la.  Dah la kentut jenis panjang2 tu kan. Pastu selamba je muka cam tak bersalah. Kak Kiah masa tu tengah dok la baca2 ayat n berzikir dalam hati, tapi memang takleh tahan kau terus tersenyum2 nak tergelak pun ada. Memang kelakar betul. Tapi memang ya pun, masa mendaki yang ni memang asek nak kentut je. Sebab tekanan kot dah kat altitude tinggi kan. Cuma bezanya Kak Kiah kentut slow2 la.. pemalu kan.. ahaha..

Pas abis hazab tangga, sampai part yang bertali lak. Masa ni gelap so takde la nampak apa2 kan. Follow je la orang depan. Tapi since masing2 pakai headlamp, memang boleh nampak la punye lah ramai climbers bersusun2 dari mula tali tu sampai ke atas. Rugi tul masa ni memang Kak Kiah tak amek gambo. Sebenarnya berkali2 gak try kuarkan kamera tapi mikirkan nyawaku lebih berharga, terus masukkan balik kamera dalam kocek. So no picca di sini..

Masa kat tali tu kira dah mula kawasan berbatu2 la. Memang kne hati2 lebih kat sini. Since Kak Kiah ni badan ringan, macam senang sikit la nak balance and melekap2 kat batu cam spiderman. Depan Kak Kiah masa ni ada satu amoi ni. Punyelah selow terkial2. Pastu nangis2. Laki dia ajar la nak pijak mana sume kan. Nak tunggu dia, yang belakang ni dah bebel2. Mau tak, kitorang kat belakang ni basically cam berpaut kat tali tu dengan batu yang steep menunggu dia gerak. Sabo je lah..

Akhirnya sampai ke Pintu Sayat-Sayat kul 4am. Kat sini kena tunjukkan tag kita pada staff kat kaunter checkpoint tu. Tekejut tengok dalam tu pakai lilin je.. huhu mana de letrik sini kan..

Apepun alhamdulillah berjaya dapatkan sijilkaler uols!!! Untuk dapatkan sijil kaler, climbers mesti sampai Pintu Sayat-sayat before kul 5am. Kalo lambat dari tu, diorang tak benarkan proceed sampai puncak sebab dah consider lambat nanti tak sempat turun. Pastu nanti cuma dapat sijil black n white je. Kira kalo ikut hukumnya, lulus cukup makan je la.. tak cemerlang. Kira Kak Kiah ni lulus dengan cemerlang la hehee..

Sayat-sayat Check Point
Kat sini rehat jap makan epal. Sebenarnya leh je nak jalan terus tapi Anis suh rehat n panaskan badan sebab pendakian lepas ni agak mencabar. Lagipun kami ni batch yang agak awal. Kira kalo rehat pun sempat la nak sampai puncak masa matahari terbit nanti kan. Kat sini ada toilet gak. Kira sapa nak terkucil ni check point last la sebab lepas ni tak jumpa toilet lagi dah. N kalo ada sesapa yang nak solat, kat area2 sini pun leh solat sebab batu dia agak rata. Bole tayamum je and cari tempat tersorok sikit.

Beso gile handlamp ko Kiah hehe
Climbers lain baru sampai check point
Pemandangan masa ni memang cantik tau sebab bulan terang and penuh and nampak besaaaaaar sangat. Kak Kiah cuba amek gambo tapi tak jelas plak. So amek gambo diri sendiri je hehe..



Perjalanan seterusnya memang gile babi. Sebenarnya mukabumi tak la teruk sangat, batu flat je kan... tapi steepness 45 darjah tu yang tak tahan plus angin tiup agak kuat masa ni. Kita cuma berpegang pada tali tu je. Nasib baik bulan pun terang, masih nampak depan walupun kabus tebal. Betis masa tu memang gila babas macam nak meraung. Memang mintak nyawa.

Saat pendakian yang sungguh mencabar. Yang asap2 tu kabus tebal. Yang bulat bercahaya tu bulan. Yang lampu kecik2 bersusun tu cahaya headlamp dari climbers. Tali putih tu la jadi guideline sepanjang pendakian.

Kak Kiah sepanjang tu dok baca ayat kursi 3x, 3 kul dalam hati selow2 ikut langkah kaki pastu stop amek nafas dalam hati kira 1 sampai 20. Pastu jalan lagi ulang baca lagi. Seriously kalo tak kuat mental memang senang give up kat area ni. Udara pulak makin menipis so nak bernafas pun agak susah. Sejuk toksah kata la.. Nasib baik la Kak Kiah pakai pun dah berlapis2 cam beruang so a bit selesa.

Setelah sejam lebih mendaki (seriyes cam nak pensan dah masa ni), akhirnya langit dah mula terang and dah nampak peak2 di sekitar. Wah dah excited dah masa ni. Hilang terus penat Kak Kiah. Rasa cam tak sabar2 dah nak tengok sunrise dari Low’s Peak (puncak). Laju terus berjalan kau.


Dah nak terang uols!!
Akhirnya kami tiba kat kaki Low’s Peak around 5.15am. Sunrise dijangka 5.40am. So kami lepak2 dulu kat bawah tanak panjat lagi. Sebab kat atas tu tak luas n tak boleh ramai2 skali naik. Nanti kalo naik awal, kne turun lak. Agak2 lagi 10 minit matahari nak terbit tu, Kak Kiah n Anis cepat2 panjat ke atas. Hehee dah macam spider tau kitorang. Zup zap zup zap cakk.. sampai atas dah hehee.

Menuju puncak!!
Gaya berlagak dilupa jangan haha

Sampai2 je just nice terus sunrise.



MasyaAllah perasaan masa tu memang tatau nak habaq cemana... terharu.. speechless.. sungguh cantik ciptaan Yang Maha Esa.

Tak sangka berjaya jugak Kak Kiah sampai ke puncak Kinabalu ni. Syukur padaMu ya Allah.



Hoyeah berjaya berjaya!!

Banyak gambo Anis yang amek. Ke laut hasilnya. Hehe takpe pasrah je lah. Yang pasti memori ni akan sentiasa terpahat dalam memori Kak Kiah.

Lepas puas amek gambo kami pun turun. Kena bagi laluan kat orang lain plak kan. Ingat mak bapak ko punye ke puncak tu ko nak conquer sensorang atas tu?

Lepas turun tu hehe tersengih2 je Kak Kiah. Macam tak caya. Jalan pun berkepak2 weh. Exercise seminggu je tau hohoho..Tapi sebenarnya kne time kasih kat Anis. Tanpa dia, rasanya susah gak Kak Kiah nak sampai ke sini. Dia memang betul2 guide sejati. Sume tips yang dia bagi memang berkesan untuk Kak Kiah. Berbaloi sangat bayar RM128 untuk hire dia. Thank you Anis!!!

Anis cakap kena sampai Laban Rata before kul 10am. Since masa tu kul 6+ kitorang took our sweet time la snap2 picca sume. Bila dah terang ni, memang masyaAllah cantik sungguh view okeh. Jom layan picca lagi..

Yang belakang macam muka beruk tu St John's Peak
Antara peak yang ada - South Peak, Alexandra's Peak, Ugly Sisters' Peak & Donkey Ears' Peak
Inilah Low's Peak view dari bawah. Panjat naik ikut batu.
Ada kolam kat sini. Anis kata namanya "Kolam Jepun" (dibuat masa zaman Jepun).
 

Moh balik
Me at km8
View cantik sangat
On the way turun tu baru nampak Sham. Dia sorang je nak menuju ke puncak. Dia cakap Niza ada kat belakang. Tapi bila Kak Kiah jalan sampai ke Pintu Sayat2 pun tak nampak bayang Niza langsung.

Kak Kiah terus je la jalan. Masa ni senyum je sepanjang perjalanan. Menikmati keindahan alam. Cantik sangat-sangat..

Kelihatan kampung2 di sekitar
Sayat-sayat nampak dekat tapi jauh
Letih tapi hepi

Akhirnya tiba semula di Sayat-sayat
Berehat seketika di Sayat-sayat
Kat Sayat2 ni kita kena sekali lagi tunjukkan tag kat kaunter tu.

Bunga2 comel di sekitar Sayat2
Bila dah sampai part bertali tu kan, masyaAllah... rupanya begitu mencabar skali sebenarnya. Pagi tadi kan gelap mana nak nampak apa. Bila dah terang tu tengok mak oiii gaung kat tepi tu. Kalo jatuh tu memang innalillah terus..

Stedi Kiah sampai tertonggeng2
Curam siot
Nampak tak grup yang berhelmet tu? Ha tu semua climbers via ferrata. Yang tu lagi gila. Kak Kiah ada usha kat internet, selamba jenis tergantung2. Kalo jenis gayat memang boleh pitam dibuatnya. Kalo sapa nak datang sini amek pakej tu pun boleh. Mahal sikit tapi worth kot. InsyaAllah kalau ada rezeki datang lagi, Kak Kiah nak cuba la via ferrata ni.

Via Ferrata. Nak cuba? (Source:Pakcik Google)

Part gila babeng merbahaya. Masa pagi tadi takde la nampak cam bahaya, skali dah siang amek kaw.. dedor lutut kawan
 

Memang takde cara lain nak turun. Tu je option yang ada.
Masa sampai part yang paling dangerous nak mati ni, ada sorang mamat depan Kak Kiah ni berapa kali tergelincir ok. Gila menakutkan. Sikiiiiiiit lagi nak ke gaung. Kak Kiah rasa la maybe kasut dia tak sesuai kot. Dia pakai sport shoes je, jenis mahal la tapi maybe tak kuat kot grip tapak. Oleh itu sapa yang nak daki gunung, takyah la pakai kasut memahal. Cari je Adidas Kampung kat kedai2 hardware biasa ada jual. Grip baikkk punya. Harga murah je RM4 huhu.. 

Lepas part bertali tu Kak Kiah rest dulu ngan Anis. Saja nak lepak2 ngan few climbers n guide lain. Pastu ada la guide ni dok usha2 mintak no tepon. Eh sabau je la. Dah la muda. Yang best tu guide tu siap cakap dia ada kebun sayur ahaha.  Ni mesti Anis punye keje ni. Boleh dia pegi promote kat guide2 tu pasal Kak Kiah. Mentang2 Kak Kiah ada citer kat dia semalam kalo boleh nak cari suami orang kampung je, keje simple2 ada kebun sayur, janji lelaki sejati gitu. Ahaha.

Tapi kalo ada peluang dok kat sini memang Kak Kiah mau. Lain macam tau udara kat sini. Segar n fresh je. Otak pun tak serabut dengan jem, asap sume.

Ok teruskan perjalanan. Masa dah dekat nak ke Laban Rata tu nampak ada climber pompuan yang kena gendong. Pergh.. pensan rupanya. Kalo kita tak larat n mintak guide gendong kan, kne caj RM300 untuk tiap km kalo tak silap. Nasib baik la alhamdulillah Kak Kiah ok takde apa2 kejadian yang tak ingini berlaku sepanjang ke puncak tadi.

Dalam kul 8.30am sampai ke Gunting Lagadan Hut. Anis terus turun ke Laban Rata. Janji jumpa balik kat sana untuk gerak turun kul 10.30am kang.

The rest kita continue kat next entry lak k..

16 comments:

  1. Congarates KK dah sampai ke puncak, Wahh cantik pemandangan , tq berupaya bawak yang membaca ni sama2 ke alam pendakian KK, rasanya ada kelebihan mendaki malam2 tu agar tak seriau tgk gaung2 tu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo pegi masa siang harus tekucil diam tak berkutik agaknya huhu

      Delete
  2. Bravo laa K.kiah..ni 1st time baca cerite details pasal panjat Kinabalu ni...
    Bile lah bleh jejak agakny....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe.. angan2 dulu. pastu pasang niat insyaAllah satu hari sampai. KK doakan :)

      Delete
  3. Tahniah sebab dah panjat Gunung tertinggi di Malaysia... walaupun tak jejak tapi mengikuti pengembaraan KK bagaikan turut sama mendaki bersama. Chaiyok chaiyok

    ReplyDelete
  4. tahniah kak kiah berjaya menuju puncak!
    kak kiah memang hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak la hebat mana.. tu pun dgn keizinan Allah jua, dapat guide ok, kesihatan ok n cuaca ok. kalo tak.. dok kaki gunung je lah kot hehe

      Delete
  5. cantiknye!!! teringin nak pergi sini.. gambar lawanyee!! kak kiah pakai camera apa ni?-khalidah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti datang!! eh tetibe.. hehe. kamera cap ayam je ni. tak ingat la brand apa tapi my bro punya. susah nak setting kamera ni benonye. tu yang banyak gambo blur2 gitu.

      Delete
  6. 1) congrats kak kiah...ms salute sangat usaha gigih kak kiah yang kental nie walaupun tiada jemaah lain dlm trip nie!
    2) gemuk macam beruang! part nie memang kelakar
    3) sian kak kiah pepagi buta dah kena angin semulajadi puut puut...
    4) gambar kat puncak subhanallah cantik sangat!
    5) cerun curam tu bila siang mashaallah...sumpah takut nak mampus!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahaha tenkiu MS. cantik kan puncak kinabalu tu. sayangnya KK pakai kamera orang tak reti nak setting. ni amek mana yang ok je. harap2 bila tgk gambo2 ni sapa yang ada tanam cita2 nak ke sini akan lebih bersemangat dan bermotivasi gitu huhu..

      Delete
  7. beshnya kak kiah.. shin penah manjat bukit sekali.. kat Broga.. 1st time dan teruja.. teringin gak nak gi manjat Gunung Kinabalu.. tp takot lakk baca ayat akak "ramai yak mati" hukkkkk #nanges

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah boleh punya n selamat. kne hati2 je. kesihatan pun kne ok. antara reason yg mati tu (selain jatuh) ialah sebab jantung, sesak nafas etc. doa byk2 insyaAllah dipermudahkan :)

      Delete
  8. Tahniah kak Kiah....sampai gak ke puncak...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  9. Kak kiah..ada lagi tak no fon anis?akma dan adik beradik nak naik sana ogos ni. terima kasih in advance

    ReplyDelete